Powered By Blogger
Showing posts with label books. Show all posts
Showing posts with label books. Show all posts

Monday, August 1, 2011

Books...

Dah lama tak menulis pasal buku-buku baru baru dibeli dan dan sudah dibaca..




Kebetulan masa trip ke London baru-baru ini, saya sempat membeli dua buah buku di KLIA sebelum masuk ke departure hall.


Di sini ada 3 buah buku yg saya sudah siap dibaca..








Tajuk buku di bawah ini ialah "Princess". Buku ini saya baca semasa berada di Heathrow Airport sambil menunggu waktu masuk ke departure hall. Ianya siap dibaca sehari selepas itu.Ianya berkisar pada kisah benar yg berlaku pada salah seorang puteri dikalangan kerabat diraja Arab Saudi. Pada umumnya buku ini sangat memberi impak kepada sesiapa saja bila mengetahui status wanita pada mata lelaki arab. Sebaik sahaja habis khatam buku ini, saya merasa sungguh geram dengan budaya dan mentaliti lelaki Arab terhadap wanita. Walaupun saya tahu, tidak semua lelaki bersikap sedemikian tetapi sedikit sebanyak menjejas juga perasaan saya pada lelaki Arab2 ini. Apa yg boleh saya simpulkan ialah, situasi sebegini adalah budaya Arab, norma hidup mereka dan sesekali tidak "represent" norma dan hukum Islam.






Ini buku kedua yang saya baca. Buku ini mula dibaca semasa di KLIA sebaik saja dibeli. Buku ini menjadi teman saya semasa menunggu bas, tube, tren atau pun semasa di rumah sewa. Tajuknya yg menarik membuat saya menggelepar hendak mengetahui isinya secepat mungkin. Banyak tips yg boleh kita belajar daripada buku ini. Tetapi ada juga yg saya tak mahu ikut; contohnya " How to use your eyes to make someone fall in love with you". Tips macam ini buat kita jadi gedik dan gelenyar pulak :-) Apa2 pun yg kita baca, gunalah akal fikiran dan iman di dada untuk menapis apa yg baik dan tidak baik.








Akhir sekali, buku yg terakhir yg ingin saya paparkan di sini ialah " I Shall Not Hate". Ianya adalah hadiah seorang yg istimewa kepada saya.




Buku ini adalah berdasarkan kisah benar berlaku pada penulis buku, Dr Izzeldin. Kisah hidup dia sebagai budak lelaki Palestine yg hidup di bawah reglime Israel. Keinginan beliau untuk belajar dan menjadi seorang doktor agar dapat mengubah kualiti hidup dia dan keluarga. Dalam memenuhi hasrat dan cita2 belau pelbagai ranjau terpaksa dihadapi. Bukan setakat wang dan kemiskinan tetapi dari segi politik dan sosial juga terpaksa beliau hadapi. Walaupun ibunya mati disebabkan keengganan pihak ambulan Israel enggan membawa ibunya ke hospital serta 3 org anak perempuannya mati akibat peluru yg dilancarkan oleh Israel pada rumah dia, dia masih tidak membenci Israel. Dia masih menyimpan harapan agar ada satu episod baru dalam hidup dia agar Israel dan Palestine masih boleh bersama. Sebaik saja habis membaca buku ini satu keluhan berat dan panjang saya lepaskan berserta airmata mengalir keluar. Mudah2an saya mempunyai semangat seperti Dr Izzeldin.




Sempena Ramadhan yg mulia ini, marilah kita semua menggunakan peluang ini untuk membaca al Quran Di samping itu juga, tidak salah untuk kita membaca buku2 berfaedah lain agar dapat menambah ilmu dan pengalaman hidup.

Ramadhan al Mubarak untuk semua!

p.s. aku yg sudah tak diendah..bila hati sudah berubah...





Monday, November 1, 2010

Novel..






Gambar2 buku2 novel cinta yg saya beli baru2 ini. Maaf terlambat upload di sebabkan masalah internet di rumah.

Buku Dear John membuatkan airmata saya mengalir bila habis mmbaca buku ini..Cinta tidak semestinya kita hidup bersama..tetapi Cinta sebenarnya melihat anda bahagia dgn org lain..

The Killing Place, membuat saya takut setiap kali membaca chapter yg semakin menggerunkan..penuh misteri dan ending yg tak disangka2..

Summer affair, masih belum habis..ceritanya mengenai wanita moden yg cukup bahagia dgn keluarga tetapi masih membuat affair dgn org lain..bukan berdasarkan cinta tetapi nafsu semata2..

Wednesday, October 27, 2010

Novel Cinta..

Kurang 3 minggu lepas saya beli satu novel berbahasa inggeris bertajuk The Killing Place. Buku tu agak tebal. Sebenarnya tiada niat utk membeli mana2 buku pada saya. Bila saya pergi ke MPH pada hari tersebut, niatnya nak membeli buku cerita utk dihadiahkan kepada Amalina Ramadzan kerana mendapat markah tertinggi di dalam mid term test pada bulan lepas. Tiba2 saya terfikir, eh..dah lama sangat tak bca novel Bahasa Inggeris. Asyik baca buku Bahasa melayu sahaja. maka saya beli buku itu dan mula membaca dari tarikh dibeli, 10/10/10 hingga 16/10/2010. Hampir semiggu buku itu habis dibaca. Satu rekod. Ianya tamat dibaca di Hotel Royal River, Bangkok.

Semalam sya sinnggah di MPH lagi. Kali ini saya borong 2 lagi buku; satu bertajuk DEAR JOHN dan SUMMER AFFAIRS. Hari tu beli buku thriller, cerita pembunuhanha. Kali ini, nak baca cerita yg romantik pulak. Wah, buku DEAR JOHN tu tinggal lagi 2 bab utk dikhatamkan. Ini cukup bagus! membaca novel cinta membuat kita mahu menghabiskan cerita itu secepat mungkin. Sya benar2 dilamun cinta..*sigh*

Orang berkata, Life begins at 40..saya pula, Love begins at 14...oppss..at 41.

p.s. Good bye and take care..

Saturday, February 6, 2010

Newly bought books..



I bought this book today..I ve read only a few pages. This book teaches how to be happy in a humorous way. You should read this one..My youngest Lutfi, asked me," why did not you book on " Happines in easy times?". If it is easy..it is the book on Happiness..



This one, I bought it so that I can understand my mere zindagi better..hard way or easy way..hu hu..




Sorry, tak perasan gamabr yg sama.. i bought this book in 2007. I still rHaread it from time to time, Just to refresh my mind about the tips on how to live in this world and be a matured person..Follow what is in your heart guided by the Quran and exempalry lives of the Prophet and his companions..

Monday, January 18, 2010

books..

These are the two books which I bought last saturday. These are motivational books. Alhamdulillah, they work on me.

















I have not finished reading the two books but I feel better now..No more worries, no more crying, no more blaming.. we have to learn to be Contented, Thankful and forgiving..