Powered By Blogger
Showing posts with label students. Show all posts
Showing posts with label students. Show all posts

Friday, January 16, 2015

Apa pendapat student mengenai saya?

Semalam saya ada melihat keputusan Student Feedback Survey ( SFS) yang telah dinilai oleh pelajar-pelajar saya untuk semester lepas iaitu Semester 1 2014/2015. Saya mengajar 3 sections dengan 2 sabjek.
Student saya tidak ramai di dalam setiap section. Ada dua kelas yang mengandungi 13 and 15 orang sahaja di dalam setiap kelas. Satu section lagi diajar oleh lecturer lain pada mulanya dan jumlah student dalam kelas tersebut ialah 44 orang. Walaubagaimanapun, lecturer tersebut tak dapat mengajar dan kelas tersebut diberi kepada saya.

Saya cuma nak bercerita mengenai komen-komen student di dalam SFS. Adalah menjadi kebiasaan apabila kita menjadi public figure di sesuatu tempat samaada di universiti, tempat kerja, sekolah, ahli politik mahupun celebrity, pasti ada yang suka dan ada yang tak suka. Sama juga di kulliyyah saya, AIKOL, yang mana ada student yang suka lecturer A dan ada yang suka lecturer B.


Walaupun student membuat penilaian kepada lecturer dengan meng"tick" ruang 1,2, 3 dan 4 tapi tak ramai yang rajin menulis komen. Hanya beberapa kerat sahaja yang rajin memberi komen.

Saya sertakan di sini kesemua komen yang dibuat oleh student semester lepas. Sudah semestinya komen-komen ini adalah anonymous. 


Setiap komen yang diberi sangat saya hargai, samada positif dan negatif. Semuanya untuk saya memuhasabah diri agar lebih baik dari hari semalam. Kadang-kadang kita tidak sedar yang kita telah melakukan kesilapan terhadap mereka. Mudah-mudahan semester depan saya akan mengajar lebih baik dan lebih menghormati student.


                                                                       Komen 1



                                                         
                                                               Komen 2


                                                      komen 3


Thursday, June 14, 2012

Corat coret memeriksa kertas jawapan

Disebabkan minggu ini ialah minggu terakhir kepada pensyarah-pensyarah untuk memeriksa dan memberi gred kepada pelajar-pelajar maka saya ingin berkongsi pengalaman memeriksa dan membaca kertas-kertas jawapan pelajar-pelajar undanng-undang di kelas saya. Gambar-gambar di bawah adalah sebahagian dari kertas-kertas jawapan yang telah saya baca.






Kesalahan jawapan pelajar di atas kerana memberi satu fakta yang berlawanan pada ayat yang mula-mula. Kalaulah ijtihad itu sudah "independent" maka ia tidak perlu lagi pada perkataan "depends".  Maka pelajar di atas tidak dapat markah kerana ada conflict of interest dalam fakta di atas dan di bawah.





Penggunanaan perkataan 'consummation" adalah salah untuk konteks ayat di atas. "Consummation of a marriage" adalah satu istilah yang digunakan di dalam sabjek Family Law. Tetapi di dalam undang-undang jenayah Islam, kita guna "consuming of khamr" ataupun "consumption of khamr". Kesalahan student ialah mereka banyak mendengar tetapi tidak membaca. Sepatutntnya student mestilah memeriksa apakah perkataan asal consummation di dalam kamus.



Ada yang memohon maaf kerana tulisan yang sangat teruk. tapi saya rasa tulisan di atas tidaklah teruk sangat. Alasan yang mengatakan necessity atau darurat adalah tidak diterima.



ada juga yang eja nama abah saya salah  walaupun sudah tulis di whiteboard nama penuh saya.


Tulisan dan jawapan yang menarik perhatian saya. Pasti sesiapa yang tengok pada kertas jawapan macam ini akan memberi markah dengan senang hati pada pelajar tersebut. Tulisan yang besar, warna dakwat pen hitam pekat, ada paragraf, no soalan dan bahagian A  juga ditulis. Tidak ketinggalan juga, student di atas telah meng'highlight' nama Khalifah Umar untuk menarik perhatian pemeriksa. Jika salah, jangan guna liquid paper untuk membatalkan ayat atau perkataan yg salah. Guna pembaris dan membuat satu garisan atas ayat yang salah.



Lagi satu jawapan yang menarik perhatian saya. Pelajar juga sempat membuat table untuk menunjukkan perbezaan dua istilah yg berbeza. Sangat kreatif dan berbeza.

Bila saya tengok tulisan macam ini, kepala saya pening dan tidak mahu membaca dengan sepenuh hati saya. Memaksa diri membaca dan memberi markah seadanya. Pelajar perlu ingat, bahawa pemeriksa juga manusia biasa dan mempunyai hormon-horman yang tidak bertimbangrasa jika tulisan sebegini dihadiahkan kepada dia.


ada yang menulis ayat Quran salah. Saya maafkan juga jika tidak terlalu berlebihan kesalahan mereka. Tetapi di sini, maksud ayat pun dah lari.Cuba lihat ayat kedua bacaannya seperti Allah Muhammad yang sepatutnya ialah Allahu al somad.


istilah yang sepatutnya digunakan di atas ialah Musta'man dan bukannya Musta'mal. Lagi satu istilah yg salah ialah kalimah Qamr. Qamr itu maksudnya bulan. Pelajar di atas mahu menulis Khamr iaitu arak. Sebenarnya kedua-dua perkataan di atas sudah ditulis di whiteboard semasa lecture dan tutorial. Sudah diingatkan beberapa kali di dalam kelas tetapi mereka tetap lupa...

Friday, May 25, 2012

Cerita pagi jumaat...

Seorang pelajar lelaki tahun satu datang ke bilik saya tadi.

Pelajar: Ustazah, saya nak berhenti belajar...( matanya yang berkaca merenung saya)

Ustzazah: Hah? Exam contract kelmarin lagu mana?

Pelajar: Saya tak ambil exam kelmarin..( sambil mata tunduk ke bawah)

Ustazah: Dah beritahu mak ayah atau sesiapa pasal isu ni?

Pelajar: Belum ustazah...( menangis...)

Ustazah: Bagi saya no telefon mak awak. Biar saya cakap dengan mak...

Pelajar: Jangan ustazah...Biar saya simpan sendiri... ( sambil teresak2)

Ustazah: Kenapa awk nak berhenti?

Pelajar: Saya nak jaga ayah saya yg sakit...( sambil kesat airmata yg tidak berrhenti mengalir)

Ustazah: betul ke awak nak jaga? atau awak nak duduk ssajo?

Pelajar: Saya tak ada semangat nak belajar. Saya rasa putus asa. Tiada motivasi untuk terus belajar.

Ustazah: Bu ( bukan nama sebenar), tengok saya.... Bu, tengok saya, please... ( airmata sudah menanti utk mengalir) Boleh tak awak jadikan saya sebagai inspirasi kepada awak agar awak lebih bersemangat untuk belajar? Boleh tak awak kata pada diri awak, " kalau saya tak ada kat AIKOL ni, saya tak boleh jumpa ustazah lagi.."

Pelajar: (senyum nampak gigi...(mungkin tak percaya )sambil merenung saya) Ya betul , ustazah! betul...

Ustazah: ( senyum juga sambil ambil tisu kesat airmata)

Pelajar: Ok, saya nak ambil exam petang ni. Saya akan jadikan ustazah sebagai sumber inpirasi dalam hidup saya...Saya minta diri dulu, ye?

Ustazah: ya, Bu....jaga diri baik-baik

Di dalam bilik, saya termenung sendirian sambil mengeluh panjang. Begitu rapuh jiwa anak muda sekarang. Tetapi hanya dengan kasih sayang, sedikit perhatian dan kata-kata perangsang sudah cukup mengubah perasaan mereka....

Abu, Abu.....

Thursday, May 24, 2012

Doa untuk kita...

Setiap kali awal semester bermula, saya tidak akan lupa memohon doa kepada Allah agar diberi kesihatan yang baik agar dapat mengajar dengan sempurna tanpa meninggalkan kelas satu pun. Saya juga turut berdoa kepada Allah agar dipanjangkan usia agar dapat menyiapkan silibus untuk semester itu. Risau sangat, kalau Allah cabut nyawa semasa semester sedang berlangsung ditakuti menyusahkan pelajar-pelajar dan Jabatan untuk mencari ganti. Sebaik saja peperiksaan akhir semester berakhir, doa yang sama turut saya panjatkan sekali lagi agar dapat menyiapkan marking kertas jawapan pada waktunya kerana tak nak menyusahkan orang lain.

Walaupun saya tahu, itu semua kerja Allah yang Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, tetapi tidak salah untuk kita mendoakan sedemikian. Ketetapan Allah itu boleh berubah dengan doa yang dipinta dan usaha yang berlipat ganda.

Kelas sudah habis dan peperiksaan sudah bermula minggu ini.. Saya ingin berpesan agar pelajar-pelajar  menjaga hak Allah dan hak manusia sepanjang musim exam ini. (kalau boleh selama-lamanya) Banyakkan bersedekah dan membaca al Quran. Jangan lupa berbuat baik pada ibubapa ( jika masih ada) dan meminta mereka mendoakan yang terbaik untuk kita. Bila habis exam, jangan lupa juga untuk mendoakan agar diberi ketenangan di dalam hati guru-guru semasa memeriksa kertas jawapan kita. Jauhkanlah dari sifat serabut, marah dan tertekan semasa menunaikan tanggungjawab tersebut.

                            Akhir kata, selamat menduduki peperiksaan! Bi al Tawfiq wa al Najah...




Thursday, May 17, 2012

Terimakasih semua!!



Di sini saya kepilkan 3 keping gambar iaitu 2 kad ucapan Hari Guru yang saya terima dari pelajar-pelajar saya. Kad yang bertajuk Thank you Ustazah itu datangnya dari pelajar2 tahun satu. Kad yg kedua yang berwarna merah jambu itu adalah dari pelajar2 tahun dua.Gambar yang ketiga ialah tandatangan pelajar2 dalam kelas tersebut. Sungguh terharu menerima kad sebesar ini. Mudah2an mereka akan sentiasa ingat dan mendoakan saya sehinggalah saya tiada lagi di dunia ini. inshaAllah...



Wednesday, May 16, 2012

Hari Guru, hari terharu buat saya...

Seawal jam 6.30 petang semalam, saya sudah pun menerima ucapan Hari Guru dari pelajar-pelajar saya, jauh dan dekat, serta yang sudah grad dan yang masih lagi belajar dengan saya. Ucapan diterima melalui SMS, whatsapp, facebook dan panggilan telefon. Satu lagi saya nak tekankan di sini ialah tiada istilah bekas guru atau bekas pelajar. Selagi dia bernama guru, dia akan tetap guru kita sampai ajal tiba.

Sebaik saja selesai mengerjakan solat zohor tadi, saya termenung seketika sambil memandang beberapa jenis hadiah yang saya terima dari pelajar2 saya. Sungguh tidak disangka, ramainya "peminat". Rasa sungguh meriah sangat hari ini. Dari yang datang ziarah dan yang bagi hadiah. Jari saya pun lenguh membalas mesej ucapan dari pelajar2 saya. Rata-rata, "peminat2" saya meminta saya mendoakan kejayaan mereka dan mengucapkan terimakasih mereka kepada saya. Tiba-tiba saya terfikir, jika saya sudah tiada lagi di dunia ini, adakah mereka masih ingat lagi pada saya? adakah semeriah ini "ucapan takziah" yg akan saya terima? Sedang saya cuba menyeka airmata dari jatuh tiba2 saya menerima satu lagi mesej dari jauh di bumi Arab yg turut mengucapkan Hari Guru kepada saya. Terasa sungguh istimewa sekali :)

Jika saya sudah tiada lagi di dunia, jangan lupa doakan saya. Sedekahkanlah fatihah dan ayat2 suci al Quran jika anda semua tidak lupa. Maafkan segala salah silap semasa bicara. Saya juga manusia biasa dan bukannya wanita luarbiasa. Banyak benda saya lupa dan kadang2 terkata.

Semoga pada hari saya terlelap untuk ke sekian kalinya, mudah2an akan semeriah Hari Raya, penuh doa dan airmata. Merelakan saya pergi dengan penuh redha. Mudah2an bertemu lagi...tetapi di mana ya? Hanya Tuhan yg Maha Esa tahu jawapannya... Mudah2an dengan RahmatMu, kita akan berjumpa di syurga....amin


Friday, May 11, 2012

Saya v Pelajar

Saya cukup marah bila student tidak hadir ke kelas dan dia buat tak tahu atau buat muka bodoh bila jumpa saya di dalam kelas atau di luar kelas.

Bila saya marah, pasti mereka menangis tidak berlagu. Saya sanggup mellihat mereka dalam keadaan begitu asalkan mereka sedar apa kesalahan yang telah dibuat.

Yang saya tidak sanggup lihat ialah bila mereka menangis depan saya lepas dapat result exam yang sangat teruk ataupun kena buang universiti. Masa ini, nasi sudah menjadi bubur.

Ramai pelajar yang mempunyai sikap, sudah terhantuk baru terngadah.

3 hari lepas, kerja saya ialah memarahi dan menegur pelajar2 sebegini...

Kepada pelajar-pelajar terbabit, "Tidak sesekali saya akan memberi apa yang anda MAHU. Saya hanya memberi apa yang PERLU untuk anda pada hari ini atau kemudian hari".

Wednesday, February 1, 2012

Semoga kamu bahagia

Kelmarin keputusan peperiksaan semester 1 2011/2012 telah selamat dikeluarkan oleh pihak universiti. Seperti biasa, ada yang lulus dengan cemerlang dan disenaraikan dalam Senarai Dekan dan ada juga yang gagal di dalam sekurang-kurangnya satu sabjek. Ada yg lebih teruk lagi bila dibuang terus dari universiti.


Saya ada menereima call dari dua orang parents bertanyakan nasib anak2 mereka yang telah dibuang dari UIAM. Kesian mendengar suara dan luahan perasaan dari mereka. Tapi, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.


Ada beberapa sebab kenapa pelajar dibuang; sebab utama ialah sifat ambil lewa pelajar tentang soal pelajaran dan sebab yang kedua ialah course yg diambil bukan dari minat sendiri. Bagi sebab yang pertama saya tidak mengambil kisah sangat sebab itu memang salah sendiri. Tetapi bagi yg kedua, amat terasa pedihnya.


Saya cuba membantu dengan memberi nasihat dan jalan keluar dari masalah tersebut. Saya berbuat sedemikian dengan harapan dapat memberi sokongan moral kepada mereka ini. Saya juga ingin mereka tahu bahawa masih ada yg sayang kepada mereka.


Pagi tadi seorang pelajar yg telah dibuang menelefon dan membuat pengakuan bahawa selepas 4 tahun belajar di UIAM sedikit ketenangan dapat dicapai selepas dibuang dari universiti. Sebelum ini, dia berusaha untuk kekal di fakulti undang2 tetapi selepas mendapat surat bahwa dia telah dibuang sebab gagal beberapa kali dalam exam, sedikit ketenangan datang di hati. Saya pasti fikirannya berserabut dengan course yg tidak sesuai dengan kebolehan dia. Bergenang airmata saya mendengar kata-kata dari pelajar itu; " ustazah, terimakasih kerana sudi mendengar masalah saya. Terimakasih juga kerana memberi ketenangan di dalam hati saya"


Untuk pelajar tersebut ingin saya nyatakan di sini, "apa yg saya mahu lihat ialah ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup kamu dengan apa saja course yg kamu pilih. Degree bukan penentu kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup kita tetapi sejauh mana kita akrab dengan Allah SWT"

Tuesday, January 24, 2012

Jangan tiru dia!

Semalam seorang pelajar lelaki menegur saya. Bila saya melihatnya, saya tidak cam siapa dia. Rambutnya panjang di depan tetapi dikemaskan mengikut raut muka dan hampir menutup mata kiri. Bila diperhati lama-lama style rambutnya seolah-olah penyanyi lelaki dari negara Korea. Saya tahu drama2 dan lagu2 korea menjadi kegilaan remaja sekarang termasuk juga aktor/aktres dari sana. Kalau dilihat dalam gambar profile facebook pun rata2nya memuat turun aktor/aktres dari sana.


Saya rasa ini lah kelemahan masyarakat melayu kita ini. Terlalu mudah terpengaruh dengan budaya dan orang2 luar. Terlalu berbangga bahawa cara hidup mereka adalah lebih baik dari cara hidup kita sehingga mengorbankan style kita sendiri demi utk mengikut cara mereka. Saya rasa tidak salah menonton drama2 Korea yg banyak memberi mesej dalam kehidupan kita tetapi cukup setakat itu saja. Contoh filem Korea yg begitu memberi kesan pada saya ialah filem "Taekuguki". Filem yg membuat saya menangis dari permulaan cerita sehingga akhirnya. Lagu2 Korea juga ada yg sedap didengar dengan lirik yg puitis tetapi kita perlu menapis siapa dan apa yg boleh kita ikuti dan dengari.


Berbalik kepada pelajar tadi, saya amat terkejut dengan penampilan terbaru beliau. Teringat semasa belajar dgn saya dulu, rambutnya kemas dan beridentitikan orang melayu. Ya lah, ramai pelajar takut pada saya semasa belajar sebab markah di tangan saya ( dan Allah jua). Bila sudah habis belajar dengan saya, sudah tidak takut untuk membuat apa yg dilarang. Di dalam hati mereka ditanam supaya takut pada guru lebih dari takut pada Allah!


Saya pernah berjumpa dengan pelajar lelaki yg memakai rantai berwarna perak di leher. Saya yg berdiri di sebelah beliau pun tidak dikenali. Almaklum bila ada makwe di sebelah seolah2 dunia menjadi milik dia. Mashallah...


Saya rasa scenario ini berlaku disebabkan kita belajar agar untuk lulus di dalam peperiksaan bukan utk mencari ilmu pengetahuan. Saya tidak berbangga langsung melihat pelajar yg mendapat keputusan yg cemerlang di dalam peperiksaan dan disenaraikan dalam Dean's List tetapi tidak "berilmu"! Lebih2 lagi jika perangai pun entah ke mana.


Ilmu bukan diukur dengan jumlah degree dan sijil yg ada, tetapi berdasarkan jumlah amal istiqamah yg anda miliki dan amali....

Sunday, January 1, 2012

Yakinlah pada diri sendiri..[ adab dengan guru II]

Satu lagi sifat yg saya kurang suka bila pelajar berada di dalam kelas ialah sifat yg berlawanan dgn sifat pertama tadi; sifat yg terlalu merendah diri.





Merendah diri adalah salah satu sifat yg mulia dan salah satu dari sifat2 Rasulullah S A W. Tetapi jika terlalu sangat merendah2kan diri kita membuat orang lain merasa muak dengan perangai sedemikian.





Sebagai contoh; bila ditanya di dalam kelas, jawapan yg diberikan ialah " tidak tahu" atau mengangkat bahu. Kemudian setelah selesai kelas, maka student itu datang dan menjelaskan jawapan yg sebenar. Bila ditanya kenapa tidak dijawab sedemikian. Lantas jawapan yg diberikan ialah " Saya malu...saya takut jawapan saya salah..English saya tak bagus..dan bla bla bla.."



Ataupun pelajar yg tidak pernah membuka mulut sepanjang masa tutorial. Tidak pernah bertanya, tidak pernah menjawab soalan, tidak pernah memberi komen atau pun menjawab ya atau tidak bila ditanya soalan sedemikian. Yg ada hanyalah senyuman yg terukir di bibir.








Sebenarnya bila kamu berada di dalam kelas, kamu dan rakan kamu yg lain adalah berada di atas level yg sama di antara satu sama lain. Tiada yg lebih dan tiada yg kurang pada pandangan guru. Jika kita terlalu merendah diri kita akan rugi. Kita akan terlepas peluang utk menonjolkan kelebihan yg kita ada. Menonjol di sini bukan bermaksud menunjuk-nunjuk. Tetapi lebih kepada sifat positif iaitu menunjukkan keyakinan yg kita ada. Keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri.

Ramai orang akan hormat pada diri kita jika kita mempunyai sifat percaya pada diri sendiri. Percaya kepada diri sendiri bermaksud percaya pada kebolehan yg ada tanpa ada rasa sifat untuk menyombong pada orang lain atau hendak menunjuk2.



Semasa saya kecil, ramai kanak2 lain suka mengejek2 dgn memanggil saya dgn nama "ttampong". Ini adalah disebabkan pada sebelah kiri muka saya ada tompok2 warna coklat yg tidak sama dgn warna kulit muka saya. Tompok2 itu adalah tanda lahir sejak saya lahir ke dunia lagi. Ia menjadi semakin jelas bila saya meningkat remaja. Saya merasa rendah diri di atas kekurangan yg saya ada pada masa itu. Bila usia sudah semakin meningkat, saya semakin lali dgn keadaan muka saya. Saya tidak pernah merasa kekurangan tadi sebagai penghalang untuk saya mencari kawan dan senyum pada sesiapa saja. Kerana saya yakin, mereka juga tidak sempurna seperti saya. Yang penting, orang lain gembira melihat saya.. :-)





Ada juga teman2 rapat dan student bertanya akan hal ini. Jawapan saya senang saja, itu tanda rezeki dari Allah untuk saya dan saya cukup gembira dengan tanda lahir itu. Bila saya ke salon untuk membuat facial, sudah menjadi kemestian kepada beautician bertanya untuk memutihkan tanda lahir tersebut, tetapi saya enggan. Saya selalu berkata, ini yang Allah bagi pada saya dan saya merasa cukup "cantik" dengan anugerah Allah itu.



Berusahalah untuk mendapat ilmu dan sentiasa berdoa agar Allah menganugerahkan kepada sifat bijaksana agar dapat kita melalui kehidupan kita dengan penuh keyakinan bahawa setiap pergerakan kita hanyalah utk mencari keredhaan Allah dan bukannya keredhaan manusia.

Selamat Tahun Baru semua!!

Saturday, December 31, 2011

Pelajar dan janji...

Rupanya kita sudah menghampiri saat-saat terakhir pada tahun 2011. Mungkin pada ketika ini kita membilang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup kita sepanjang tahun ini. Cerita sedih, gembira, suka, duka dan pelbagai lagi yg mewarnai hidup kita sepanjang berkelana sebagai hamba Allah di dunia yg fana ini.


Pelajar2 saya pula sekarang ini sedang sibuk menghadapi peperiksaan akhir untuk semester 2011/2012. Ada sesetengah pelajar pula, semester ini merupakan semester terakhir buat mereka sebelum melangkah keluar ke alam baru yg bukan lagi bergelar pelajar.


Semenjak saya mula mengajar pada tahun 1994, sudah beribu pastinya pelajar2 yg pernah belajar dengan saya. Mudah2an setiap ilmu yg diajar dapat diamalkan dan dipraktikkan. Itu yg paling penting. Bagi saya pula, setiap ilmu dikongsi dengan pelajar, makin terasa bahawa masih bertambun yg perlu saya gali dan cari. Saya sangat2 beruntung jika bersama pelajar yg mempunyai idea2 yg bernas; yg bukan hanya berlandaskan kepada idealism semata2 tetapi lebih bersifat realistik dan pragmatik agar dapat disesuaikan dengan keadaan dan semasa.



Berbalik kepada isu pelajar, ada sesetengah mereka apabila begitu gembira mendapat result peperiksaan akan senang sekali berjanji dengan saya. Berjanji utk belanja saya makan, belanja saya minum, nak bagi hadiah itu dan ini, nak bagi kad dan sebagainya. Tetapi janji hanya tinggal janji. Pernah seorang pelajar lelaki berjanji dengan saya akan membelanjakan wang pertama gaji yg diterimanya utk saya dengan membeli segelas milo kepada saya. Hingga ke saat ini, selepas -8 tahun grad, tidak pernah sekali pun dia menghubungi saya.


Sebenarnya bukan saya tak mampu hendak membeli segelas milo untuk saya tetapi waktu dia membuat janji dia berada di dalam keadaan gembira kerana saya banyak menolong dia pada waktu itu. Pada realiti, dia tak mampu utk mengotakan janji dia itu hingga saat ini.


Benarlah pepatah ada berkata " Dont make any promise when you are happy and dont make any decision when you are angry"


Untuk pelajar2 saya yg pernah berjanji dengan saya, tidak sesekali saya akan tuntut janji2 anda semua di akhirat nanti. Semuanya saya halalkan.


Akhir kata, mudah2an tahun baru 2012 bersamaan dengan 1433 Hijriyyah akan memberi momentum baru buat kita semua agar menjadi lebih baik dari tahun 2011 dari segi usaha, nilai murni, ilmu dan amal. Cuba kita ingatkan juga, adakan anda sudah mengotakan janji anda pada tahun 2011?


p.s. teringat lagu "Janji Manis mu" nyanyian Aishah dan lagu " Kau Lupa Janji" nyanyian Jamal Abdillah...lalalalala...

Thursday, December 8, 2011

please, grow up!



Antara perkara yg membuat saya sangat2 kecewa ialah bila pelajar ponteng kelas. Ponteng kelas atas sebab yg tidak munasabah seperti overslept atau nak buat ulangkaji pelajaran lain sebab ada ujian. Ada juga memberitahu saya yg mereka tak datang kelas sebab tak ingat ada kelas ganti atau kelas tambahan atau sebab nak pergi kenduri kawin sepupu dan pelbagai alasan lain lagi. Tidak hadir ke kelas dengan sengaja adalah merupakan satu kesalahan BESAR.




Mereka ini lupa pada bai'ah yg dibuat sebelum semester bermula di hadapan rektor dan top management office yg lain. Mereka juga lupa pada bai'ah yg dibuat di hadapan ibubapa masing2. Tujuan mereka datang ke universiti ialah untuk mendapatkan ilmu dgn harapan suatu hari nanti dapat satu degree dan menggunakan degree itu sebagai satu jalan utk mencari nafkah hidup. Bai'ah ini adalah satu perjanjian dan juga satu sumpah. Jadi jika kamu secara sengaja melanggar terma2 perjanjian maka anda telah berlaku khianat pada diri sendiri dan juga org lain.




Saya merasa sangat sedih dan kecewa bila pelajar begitu mengambil enteng perkara ini. Memandang remeh pada tanggungjawab sebagai pelajar terhadap pelajaran dan menunjukkan sifat tidak hormat pada guru.




Saya pernah terbaca dalam status FB seorang pelajar menyuruh kawan sekelas utk tolong sign attendance satu kelas pagi yg dia tak kan hadir sebab dia nak buat ulangkaji pada satu test pada petang hari tersebut. ada tiga benda dapat kita faham dari status ini; satu, jenayah ponteng kelas ini adalah berleluasa, kedua, komplot dalam melakukan jenayah menipu dan sikap yg suka stadi pada saat-saat akhir.



Pada masa yg sama, guru2 juga patut mengambil serius jika ada pelajar ponteng kelas. Jangan dipandang sebelah mata sahaja sebab mereka itu bukan anak kita atau saudara mara kita. Ambillah sebarang tindakan ke atas mereka sebelum terlambat. Marah, tegur dan sebutlah nama mereka yg tidak hadir ini di dalam kelas. Ini adalah satu bentuk hukuman juga. Semuanya itu dibuat atas dasar prihatin dan kasih sayang.....Antara tugas seorang guru ialah membantu anak didik kita dari terjerumus ke dalam kancah kemaksiyatan.


Sebenarnya punca masalah ini berlaku adalah kerana niat sebenar kita telah terpesong. Atau pun mungkin kita sudah hilang arah, apa yg tujuan hidup ini sebenarnya.



Baik saya ingatkan sekarang yg hidup kita, tidak lain dan tidak bukan , hanyalah untuk mencari keredhaan Allah semata-mata dan mudah2an dengan keredhaan Allah itu kita terselamat dari azab api neraka....






Thursday, October 20, 2011

Bersama pelajar membuat saya bahagia...

Selain daripada mengajar pelajar2 saya di dalam kelas, saya juga mengajar mereka di luar kelas. Bila mereka datang berjumpa dengan saya untuk meminta nasihat mengenai masalah peribadi yg mereka hadapi maka saya juga "mengajar" mereka bagaimana utk menghadapi masalah tersebut mengikut pengalaman yg ada atau berpandukan pada pengalaman orang lain. Tp banyak kali saya pula yg belajar dari mereka tentang kehidupan dan masalah yg mereka hadapi yg kdg2 menjerat diri mereka sendiri.


Selain dari mengajar saya juga boleh mengesah sijil2 atau transkrip exam student. Ini adalah tugas seumur hidup saya sepanjang mengajar di IIUM. Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada pelajar datang meminta utk mengesahkan sijil2 mereka atau dokumen2 lain. Jadi, kerja saya ialah utk memberi autograf pada setiap helaian sjiil yg telah difotostat. Ada yg datang utk permohonan PTPN, JPA, zaka, Baitul mal dan macam2 lagi.


Selain dari itu, saya juga banyak menjadi referee kepada student yg akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Master atau Ph.D Tidak kurang juga menjadi referee kepada pelajar2 LLB yg sedang membuat chambering. Dengan kata lain, kerja pensyarah ni banyak cabangnya dan banyak sumbangannya pada pelajar2. Yg ironiknya, selepas mendapat PTPN atau selesai mendapat degree master atau Ph.D atau menjadi lawyer dan sebagainya, semuanya senyap belaka. Kad raya sekeping pun tak ada, apatah lagi ucapan hari guru...*sigh*


Apa2 pun, tidak mengapa..yg penting mereka bahagia dan berjaya. Yg penting juga, saya pun cukup bahagia menjadi sebahagian dari kejayaan mereka. Walaupun mungkin sudah dilupa, tapi saya cuba untuk bersangka baik dengan mereka..Mereka hanya tidak bijak mengurus masa..


Akhir kata, saya gembira dapat berjumpa dengan pelajar2 saya, kerana mereka membuat saya...


sentiasa muda.. :-)









Tuesday, October 4, 2011

" Kamu nak kawin ni, ada duit tak?"

Soalan di atas, saya tanya pada seorang pelajar saya yg menyuarakan hasrat hatinya utk melangsungkan perkahwinan pada masa yg terdekat ini.

Sambil tersenyum dia bertanya balik pada saya. " Kenapa perlu tanya soal duit? Adakah duit adalah penentu samaada saya patut berkahwin atau tidak? "

Ya betul..duit adalah penentu samaada kamu sudah bersedia utk menunaikan tanggungjawab untuk mengemudi satu institusi yg teramat penting dalam sebuah masyarakat.

Duit di sini bukan bermaksud literal sahaja. Maksud duit di sini adalah lebih kompleks. Ia mencakupi kemampuan seseorang lelaki utk menjadi pemimpin sebuah rumahtangga. Kepimpinan ini terbukti apabila lelaki yg bernama suami ini tahu bagaimana utk mendapat sumber pendapatan agar dia dapat memimpin keluarganya. Kepimpinan lelaki juga akan terserlah bila dia dapat mengatasi segala masalah dengan kebijaksanaan, pengalaman dan kreativiti yg dia ada. Sifat kepimpinan seperti di atas bermaksud dia sudah berkemampuan utk berkahwin.

Di dalam satu hadis Rasulullah bersabda, " Jika diantara kamu ( lelaki2) mampu untuk berkahwin, maka hendaklah kamu berkahwin..."

Kemampuan di sini bermaksud dari segi fizikal dan mental. Fizikal di sini bermaksud, lelaki tadi mampu utk memimpin keluarga dgn mencari nafkah kepada keluarga beliau. Dia juga mampu utk mendidik dan mentarbiyah diri serta ahli keluarganya agar jauh dari api neraka. Lelaki semestinya ada ilmu rumahtangga. Ilmu yg melipuiti skill technical dan insaniyyah ( emosional) sesama manusia. Fizikal juga bermaksud, lelaki ini ( macam lagu anuar zain pulak!) sihat dari segi fizikal utk memberi nafkah batin kepada isteri. Kalau di dapati kamu tidak"fit" ( sendiri mahu ingat dan tahu la..) maka kamu tidak mampu utk berkahwin.

Kemampuan mental adalah bermaksud adakah bersedia utk berkahwin? Bersedia utk berkorban antara satu sama lain. Bersedia utk berhabis duit jika perlu. Bersedia utk menjadi ayah atau ibu atau atok dan nenek. Bersedia utk menerima keluarga isteri/suami seperti keluarga snediri. Bersedia utk berubah jika perlu. Bersedia untuk mencari idea agar kita sentiasa menjadi contoh yg terbaik kepada keluarga. Bagi saya, kemampuan dari segi mental adalah elemen terpenting dalam sesebuah perkahwinan.

Bila kita tahu kita sudah bersedia? Saya tidak boleh menjawab bagi pihak semua. Kita sendiri lebih tahu apa yg kita mahu, bila, di mana dan dengan siapa. Cinta yg kuat dan serta percaya bahwa dia adalah pilihan hati adalah naluri perasaan yg Allah ilhamkan dalam jiwa kita bersumberkan banyak mana hubungan kita dgn Allah..

Secara peribadi, saya hanya mahu berkahwin yg berani meluahkan perasaan hatinya kepada saya. Seseorang yg menyintai saya sepenuh hati walaupun saya sendiri tidak pasti adakah saya seperti dia. Bagi saya, cinta itu boleh dipupuk, boleh berkembang jika si dia itu pandai mengambil hati.

Janda, dara atau balu, duda atau jejaka, adalah "nama brand" sahaja. Begitu juga usia. Ia bukan penentu kebahagiaan .Yg penting adalah kematangan fikiran dan keseragaman arah berfikir adalah penentu segalanya.

Ingatlah, bila ada cinta, pasti ada kehidupan untuk kita lalui bersama...Cinta juga tidak semestinya kita perlu bersama...kadang-kadang ada cinta tetapi kita tidak ditakdirkan untuk bersama...tetapi kehidupan tetap ada dan perlu diteruskan....

Friday, September 23, 2011

Jadilah seorang pendengar...

Student: Ustazah, saya down sangat hari ni...

Saya: Kenapa awak down?

Student: Saya failed dua paper.

Saya: Awak dah register kedua2 paper itu utk sem baru ni?

Student: Sudah..

Saya: Kalau gitu, awak tak perlu "down" lagi la...Sekarang fokus pada pelajaran.

Student: Ustzah rasa, saya masih ada harapan lagi tak utk belajar kat sini?

Saya: Saya rasa, soalan itu utk awak..bukan utk saya. Saya tak boleh jawab soalan itu. Apa awak rasa sekarang?

Student: Saya rasa boleh..tapi saya tak pasti.

Saya: Kalau awak rasa boleh, saya yakin awak boleh buat. Tetapi, pertama sekali awak kena pastikan dulu apa kelemahan awak. Apa yg menyebabkan awk fail dalam fail paper tersebut.

Student: Salah saya...

Saya: Apa salah awak? Pernah tak awk consult lecturer tersebut spjg pembelajaran awak? Pernah tak awak tanya dia, kenapa saya dapat markah banyak ni?

Student: Tak pernah...hmm..itulah kesalahan saya ( sambil tersenyum)

Saya: Sekarang awk dah tahu apa kelemahan awak, apa kekurangan awak..dan awak juga tahu apa kelebihan awk, bukan?

Student: ya.. (sambil tersenyum juga)

Saya: Lupakan yg lepas, pandanglah ke depan... awk boleh buat!

Apa yg boleh disimpulkan di sini ialah student ini hanya mahu ada orang mendengar masalah dia. Dia mahu org memberi perhatian apa yg dia rasa. Saya tidak berbuat apa2..Saya hanya mendengar dan cuba merasai apa yg dia rasa.

Kekuatan yg dia ada ialah sifat berani beliau utk meluahkan perasaan dia pada saya yg tak pernah dia kenali dan jumpai....


p.s. Ustajah Cinta v the Ssohor..Ccotek satu!!

Wednesday, September 21, 2011

Adab dengan guru...



Bila memberi lecture di dalam kelas, saya paling tidak suka dua jenis sikap pelajar.





1. Pelajar yg over confident bila mahu bertanya soalan pada guru. Pakai belasah saja hingga memotong percakapan guru. Pada masa yg sama tidak mengangkat tangan sebagai tanda izin mahu bertanya. Sikap sebegini adalah kurang beradab. Tunggu sehingga guru habis bercakap, kemudian angkat tangan kanan dan bila guru memberi izin ( mungkin dgn mengangkat keningnya, atau menyebut" Ya" atau apa2 saja tanda izin) maka bolehlah anda bertanya.





Lagi satu, student yg tak sabar-sabar nk bertanya. Walhal, jawapan pada muka surat sebelah atau pada isu yg berikutnya sedangkan guru itu tengah membuat persiapan utk memberi lecture pada isu tersebut. Dek kerana sifat gopoh gapah boleh membuat guru berasa hati dgn sikap kita yg kurang matang itu.





Ada juga student yg mengaku dgn bangganya yg dia boleh buat lebih dari apa yg diajar oleh guru. Kenyataan sebegini boleh memakan diri sendiri.





Kita hendaklah confident dgn diri sendiri tetapi jgn OVER confident!


Bila belajar, kita hendaklah ada sifat rendah diri dgn guru..barulah hidup berkat dengan ilmu yg kita dapat...





Sikap yg kedua akan dibincang pada entri berikutnya.... :-)

p.s. hari yg ceria mendengar cerita mu...

Sunday, September 11, 2011

Hidup perlu diteruskan....



Semester baru akan bermula esok hari, 12 september. Saya akan bertemu dgn lebih 60 orang student pelajar2 tahun satu pagi esok. Pada masa yg sama student2 saya yg lama akan menganjak ke tahun 2, 3 dan 4.






Seronok sangat bila mengajar dan bergaul dgn mereka ini. Saya selalu merasakan bahwa pergaulan dan menjalinkan persahabtan dgn pelajar2 akan membuat saya bertambah muda. Mungkin petua awet muda yg terbaru utk dikongsi dgn pembaca2 semua.





Dalam seronok tu ada juga yg sedih, bila ada sesetengah student yg buat2 tak kenal dah dgn kita. Ataupun student yg dulunya rapat dgn kita, selalu dtg berkongsi masalah dan meminta nasihat macam-macam. Tetapi setelah makin tinggi belajar dan banyak ilmu di dada, maka saya ditinggal begitu saja.





Apa2 pun saya pasrah, sabar dan redha...inilah yg dinamakan kehidupan....Kita bertemu dan berpisah...Berjumpa dan bergembira. Ketawa dan menangis. Yg hidup dan yg mati. Itulah lukisan alam. Suasana sebegini adalah memberi erti hidup yg sebenar. Yg penting, kita masih ada Iman dan Islam...Itulah sebaik-baik nikmat..

















p.s. pasti masih ada yang sayang pada saya....

Wednesday, April 6, 2011

Perihal student yg mendapat warning dan barring letter

Tadi saya lalu depan notice board AIKOL dan ternampak list nama student yg mendapat warning letter and barring student. Bila saya meneliti setiap nama yg tertulis itu saya dapati mereka ini adalah orang2 veteran dalam aktiviti ini. Mereka ini adalah sejak dari tahun satu lagi sudah mendapat warning letter dan juga barring letter. Dan mereka tidak serik utk berbuat lagi dan lagi! Saya tahu student 2 seperti ini adalah student yg mempunyai masalah. Tetapi mereka tidak mahu berkongsi masalah mereka dgn lecturer atau academic advisor atau mana2 lecturer yg mereka percayai. Ada juga yg merasa ego mereka tercabar bila masalah mereka dapat dihidu oleh pihak2 berwajib. Walau apa pun masalah yg mereka hadapi, pelajar2 mesti ingat apakah tujuan mereka datang ke universiti? Untuk apa mereka belajar? Kalau yg mengambil biasiswa atau pinjaman, jgn lupa perjanjian yg telah dibuat semasa mula belajar di sini dahulu. Tidakkah mereka bayangkan wajah2 ibu bapa di rumah yg mengharapkan kejayaan di dalam pelajaran. Saya pasti student yg dapat masuk ke universiti adalah mereka yg mempunyai nilai akademik yg tinggi. Tetapi mengapa bila sudah di menara gading sifat malas mula berleluasa di dalam diri? Mengapa jadi sombong dgn lecturer? Nilai2 murni semasa di sekolah menengah dulu semakin terhakis bila mereka jauh dari ibu bapa dan mendapat sedikit kebebasan dibandingkan di sekolah menengah. Jika dibandingkan di antara mereka yg suka meniru dan ponteng kelas, mana satu pejenayah yg patut kita takuti? sama saja kan?

Saturday, April 2, 2011

Meniru, hukumnya haram..

Saya sudah lama tahu yg ramai pelajar2 suka meniru semasa midterm test. Aktiviti ini berlaku terutama sekali bila test dibuat ditempat yg besar dan luas seperti Moot Court, LT A dan LT B. Dan ada juga dikalangan Dean's List ini adalah dikalangan mereka yg suka meniru. Sungguh tidak disangka-sangka.

Ada banyak sebab student meniru. Sebab yg utama ialah tidak study jadi jalan pintas utk berjaya ialah dgn meniru. Ada juga yg meniru bila mereka sangat baik dgn lecturer tersebut dan malu kalau dapat markah rendah dgn lecturer itu, ditakuti nanti lecturer itu tidak lagi mahu berbaik dgn dia, jadi dia akan meniru.

Lecturer juga diingatkan mengambil langkah2 berjaga2 bila ada test. Jangan bagi peluang langsung utk mereka meniru dan selalu merasa suspicious pada sesiapa yg bersikap pelik semasa exam atau test.

Saya ada bertanya pada student saya kelmarin, " awak pernah meniru tak dalam test?". jawapan dia adalah, " belum lagi ustazah.." haish..rasa nak tarik telinga budak tu. Kalau belum lagi jawapanya, maksudnya, ada niat utk meniru lah tu!

Peringatan yg saya sampaikan di sini ialah, meniru itu adalah haram, hukumnya berdosa. Mereka yg meniru adalah mereka yg ada potensi utk melakukan jenayah yg lebih teruk seperti, mencuri, merompak dan membunuh. Mana2 student saya yg pernah meniru dalam test/exam saya pasti mereka ini adalah org yg tidak akan mencapai kebahagiaan dalam hidup mereka walau sesaat.

Monday, March 28, 2011

maafkan saya...

Seorang student yg sudah hampir setahun tidak menjenguk saya tiba2 datang ke pejabat saya tadi. Dia menjelaskan tentang ketidakmunculan beliau sejak hampir setahun lalu. Rupa2nya dia berkecil hati dengan saya kerana tidak lagi memberi perhatian kpd beliau. Maafkan saya, itu silap saya. Yg saya tahu, student sepatutnya dtg ke pejabat lecturer utk bertnya khabar. Saya juga dah lama tidak menghantar message pada dia, bertanyakan khabar. Walau apa pun alasanya, saya mengaku itu kesilapan saya. Saya pula berpendapat student tersebut mungkin tidak selesa dgn saya jadi sebab itulah dia tidak lagi menghubungi saya. saya pun tidak pernah cuba utk bertnya khabar dgn dia. Maaf kan saya kerana rupa2nya hati dia telah saya sakiti. Bila dia memberitahu yg dia merajuk kerana saya melebihkan org lain, maafkan saya. Saya mungkin tidak sedar tindak tanduk saya.. Walau apa pun kedatangan dia ke pejabat telah melerai kekusutan hati dia. Akhirnya dia pulang dgn hati yg gembira........ ..hati yg dilukai dulu masih terasa ...argh...biarkan saja...