Powered By Blogger

Friday, February 11, 2011

Menghafal nama student

Ramai pelajar2 tahun satu bertanyakan saya, "Bagaimana ustazah boleh ingat nama semua student dalam kelas? Apa petua ustazah?"

Jawapan saya hanya satu: Bila ada kemahuan di situ lah ada jalan..bila saya sendiri mahu ingat semua nama student saya, maka saya akan berusaha dgn lebih gigih agar saya dapat berbuat demikian.

Dulu, saya pernah mempunyai hampir 70 org student. alhamdulillah, dgn izin Allah saya ingat nama kesemua mereka.

Mengingati nama student adalah muzik di telinga mereka..menyentuh hati mereka dgn melafazkan nama mereka dgn betul berserta tajwid..tiada kegembiraan di dalam hati melainkan menerima pengiktirafan dari guru mereka..Mengingati nama merka adalah tanda bahawa saya sayangkan pelajar2 saya..

Mudah2an Allah menajamkan fikiran dan ingatan saya agar saya dapat menghafal nama2 mereka..bila mereka gembira saya pun suka.. :-)

p.s. I fall, I stumble but I gave it all..

Thursday, February 10, 2011

Kenapa suka datang lambat ke kelas?

Bila mengajar, saya paling tidak suka jika student datang lambat ke kelas. kalau kelas pukul 8, saya menjangkakan student sudah pun berada di dalam kelas pada jam 7.55am. kenapa? sebab mereka tidak ada kelas sebelum itu. Jika kelas pukul 9, kalau mereka ada kelas jam 8, tidak menjadi kesalahan jika dtg lambat seminit dua. Itu pun jika lecturer dismiss kelas lambat atau kelas pukul 8 dan pukul 9 adalah jauh jaraknya.

Walau apa pun, saya rasa fenomena suka dtg lambat ini adalah kerana kurang disiplin diri. Tidak hormat pada orang lain dan juga mindset yg telah di tanam dalam otak masing2 bahawa tidak menjadi kesalahan utk dtg lambat sebab org lain pun dtg lambat juga!

Bagi saya sikap begini ( suka dtg lambat dan tidak menepati masa) adalah dtg dari sikap yg tidak suka solat pada waktunya. Saya cukup yakin jika kita menjaga solat maka kita tidak akan sesekali berbuat sedemikian..

Bila diamati pada pelajar2 yg dtg lewat ke kelas, mereka ini adalah org yg sama.. org yg jahil tentang masa.. org yg mementing diri sendiri..mereka ini sebenarnya sudah membuat guru mereka berkecil hati..

Mudah2an Allah jauhilah kita dari sifat mazmumah itu...

p.s. tunggu dan berharap..

Wednesday, February 9, 2011

Doa ku untuk mu...

Post kali ini saya ingin berkongsi kegembiraan hati saya dgn pembaca2 blog saya yg hari ini dan semalam adalah hari yg cukup menggembirakan saya. Kenapa? Jawapannya ialah saya menerima kunjungan dari bekas2 student sya yg lepas. Lebih daripada itu, mereka juga membawa pelbagai buah tangan dan cenderamata dari kampung masing utk saya.

Pagi semalam, sebaik sampai di pejabat ada dua botol budu cap "sedap sengoti" berada di dalam raga di luar office saya. Jam 11 pagi saya dikunjungi azrina dan cuna. Petang jam 4 petang, Ju dan Kamal dtg sambil membawa buah pala dan keychains. Pagi ini (08/02), Aishah rais menghadiahkan saya sedikit buah tangan dari Johor. Kemudian Afif datang bersama Nuwar sambil membawa keropok lekor kegemaran saya pada jam 10 pagi. Jam 10.30 pagi saya dikunjungi oleh bekas student saya, Eyra dan yeni. Jam 11 pagi, teman sepejabat memanggil saya ke pejabatnya. Lantas dia menghulurkan saya satu bungkusan kecil dari Nurul.

Subhanallah, masih ramai yg mengingati dan menyayangi saya... Saya cukup gembira dan bersyukur pada Allah kerana menganugerahkan kpd saya sekumpulan manusia yg masih mengekalkan saya di dalam hati mereka...

Semoga Allah memberi ganjaran yg sewajarnya kepada mereka.. Tiada kata yg boleh saya ucapkan melainkan Jazakumullah Khairan Kathiran..

Kamu semua membuktikan bahawa, kasih sayang bukan hanya di hati tetapi pada perbuatan kamu...

Monday, February 7, 2011

Puisi dari Doktor Cinta..

Kalau nak bercinta, perlu ada Ilmu..
agar diri tidak lesu
hati tidak jemu
dan otak tidak dungu
Kalau nak bercinta, perlu pada harta
agar cinta terus dibaja
dengan rasa dan rupa
agar hidup tidak sengsara
dengan meminta-minta
pada sesiapa saja..
Cinta juga perlu berpada-pada
jangan sampai tergadai harta
dan rosak segala
sampai kita jadi gila
dan jadi hamba cinta..
.....................

Saturday, February 5, 2011

Bila nak kahwin?

Bila baca status FB student saya semenjak dua menjak ni tiada berita terkini, melainkan cerita kahwin. Saya rasa idea status of mind dalam FB tercetus disebabkan oleh dua org sahabat mereka sudah selamat melangsungkan perkahwinan mereka hari semalam (04/02). Sebenarnya stduent2 saya ni baru sahaja di dalam tahun 2 dan saya pasti usia mereka dalam lingkungan 21-22 tahun secara umumnya.

Berbalik pada pengalaman sendiri yg berkahwin pada usia 24 tahun selepas habis belajar, saya hnya mula berfikir mengenai perkahwinan semasa di tahun 4 semester akhir. Itu pun selepas mendengar sahabat karib saya akan melangsungkan perkhwinan pada masa itu. Masa itu lah baru terfikir yg saya mungkin akan kahwin selepas habis belajar dan bukannya semasa belajar. Kawan saya itu akan berkhwin dgn seorg lelaki yg sudah pun bekerja.

Fenomena ingin berkahwin hnya belaku bila melihat teman kita berkahwin. Bagi saya itu adalah perkara biasa. Mungkin ianya sementara shaja.. selepas ini, bila mereka merasa mahu bekahwin biarlah ianya dtg dari dalam diri bukannya dari org lain..

Bagi pelajar2 lelaki, nasihat saya, bekerja lah dulu sebelum mengambil keputusan utk berumahtangga...sekurang2nya, mas kahwin itu dtg nya dari duit hasil penat lelah kamu sendiri. Cincin kahwin itu dtg nya dari pilihan dan kocek kamu sendiri.. Bila ini berlaku akan berlaku kepuasan diri dan keyakinan utk mendapat penghormatan dari isteri dan keluarga isteri yg kamu mampu utk berdikari dan mempunyai kematangan utk membentuk satu keluarga..

p.s. Cuti yg panjang...hati yg semakin tenang..

Friday, February 4, 2011

Puisi..( utk melepaskan tensen..)

Berat sungguh kepala rasanya..

mengenangkan banyak deadline di depan mata...

anak-anak merengek2 minta di bawa ke sana..

aku merengek minta di bagi jalan keluar..

cabaran dtg bertimpa...

masalah yg tidak pernah selesai..

pada Mu aku meminta agar aku bahagia

walau badai melanda..

berikan aku kekuatan..

ketenangan...

keselamatan...

agar aku pergi dgn cinta Mu di sisi..di hati..di sanubari..

tidak diduai..

Selamat tinggal sayang...

Thursday, February 3, 2011

Bilanya sampai masa?

Seorang student saya bertnyakan soalan ini kepada saya. Bila kita tahu yg kita dah sampai masa utk kahwin, promotion atau sebagainya. Saya berjanji pada dia yg saya akan memberi jawapannya di dalam blog sya nanti.

Kita hanya tahu yg kita dah samapi masa utk kahwin bila kita layak utk berkahwin. Layak bukan dari segi material atau faktor2 yg jelas di depan mata kita sepreti, duit, rumah dan sihat. tetapi kita juga layak dari segi ilmu pengetahuan dan mental yg mengatakan kita sudah boleh berkahwin. Saya selalu berpesan yg kita hnya akan kahwin " with the right person and at the right time". Mungkin sekarang, ada dikalangan kita yg sudah ada special person tetapi masing2 masih belajar dan tak mampu utk bekahwin pada masa yg teredekat ini, maka mereka bedua ini adalah tidak layak utk berkhwin kerana belum sampai masanya lagi. Ilmu pengetahuan itu penting tentang aspek perkahwinan dan mempunyai kematangan yg tinggi utk membuat keputusan dan mengambil tindakan. Ilmu dan kematanagan buka diukur dgn umur. Bukan bermakna lagi lanjut usia lagi matang lah dia..bukan begitu sayang..

Bila sampai masa utk kita memohon promotion dari satu tingkat ke tingkat yg lebih atas? Bila kita sudah layak. Walaubagaimana pun, kita mesti percaya pada rezki. Mungkin kita sudah layak tetapi bukan rezki kita pada masa yg tedekat ini. Kita mesti percaya pada itu.

Bila masa kita perlu berhijrah? Bila kita rasa kita MESTI berhijrah dgn melihat faktor2 sekeliling. Melihat kemampuan yg kita ada. Berhijrah tidak semestinya kita kena mesti menunggu tahun baru tetapi bila kita rasa sudah sampai masanya utk kita berhijrah. Kita yg menentukan masa tersebut. Kalau kita dalam golongan yg lemah di dalam satu pelajaran , maka kita hendaklah mengambil langkah yg sesuai utk mengatasi masalah kita. Jangan tunggu bila dah fail dlam pelajaran tersebut, barulah nk berhijrah. tetapi adakalanya kite hanya berhijrah bila kita sudah terkena. Org kata sudah terhantuk baru nak terngadah..

Apa2 pun, apa yg kita rasa itu semestinya bergantung kepada hubungan kita pada Allah agar memberi kita ilham dan gerak hati sebelum kita membuat keputusan..

Lagi satu persoalan ialah bila sampai masa utk kita meninggalkan dunia ini? Adakah bila kita sudah bersedia? Bila sudah cukup amalan maka kita meminta Allah mengambil nyawa kita kah? sampai masa utk mati kita hendaklah sentiasa bersedia pada bila2 masa..tidak perlu menunggu adakah kita layak atau tidak..this is an exceptional case to the general principle..