Powered By Blogger

Monday, February 28, 2011

"127 hours" bersama dgn anak-anak..

Saya suka sangat tengok filem yg berdasarkan kisah benar. Kisah2 sebegini sebenarnya banyak memberi inspirasi di dalam hidup kita. Saya pernah tengok cerita "Taekuguki" dan menangis sedih sepanjang cerita itu hingga keluar panggung.

Saya ada juga menonton filem cina yg bertajuk " after shock", juga cerita sedih dan berdasarkan kisah gempa bumi yg sebenar yg berlaku pada tahun 1976. Macam biasa saya menangis teresak2.

Hari ini saya bersama dgn anak2 serta adik bongsu saya, Fatien, pergi menonton wayang cerita "127 hours" yg juga berkisar pada kisah benar yg berlaku pada tahun 2003. Sehingga ke saat ini saya masih tidak lupa melihat adegan dia memotong tangannya sendiri. Begitulah nekad seorang yg terperangkap sendirian di antara lurah2 di pergunugan Canyon.

Sejurus habis cerita saya memberitahu anak2, the morale of the story is that, don't you forget to let me know where you are going. Dengan siapa nak pergi dan bila nak balik. Saya juga mengingatkan mereka bahawa bila mereka susah mereka akan mula ingat pada mama dan papa. Bila senang, tak nak bagi tahu mama apa yg berlaku.

sebagai org Islam, apa pun yg berlaku kita hendaklah kembali pada Allah yg satu. teringat juga pada kisah pada zaman dulu tentang beberapa org Islam yg terperangkap di dalam gua dan pintu keluar dihempap dgn bastu besar. Tp dgn kuasa Allah, batu itu bergerak selepas masing2 bercerita tentang kebaikan yg telah mereka lakukan kpd ibubapa masing2..

Apa2 pun, Aron sekarang masih hidup dan meneruskan hobinya iaitu mendaki gunung..

p.s. there is no greatest power but the power to live...

Saturday, February 26, 2011

Masa itu hak kita bersama..

Pagi tadi (25/02) saya dikunjungi oleh seorang student yg mengadu mengenai seorg lecturer yg selalu menghabiskan kelas pada jam 1.20pm atau kadang2 hampir 1.30pm. Kelas sepatutnya habis jam 12.50pm. Kebanyakan student di dalam kelas tersebut ada kelas lagi pada jam 2pm. Justeru itu, kelewatan sebegini amat menyusahkan student yg terpaksa bergegas untuk solat, makan dan mungkin juga utk membelek2 nota2 sebagai persediaan utk kelas jam 2 nanti.

Keadaan ini berlaku bila lecturer itu mahu menghabiskan silabus pada minggu itu. atau pun lecturer itu gagal utk merancang apa yg perlu diajar dan apa yg perlu dibincang di dalam turtorial. Tak semua topik di dalam course outline kita mest ajar di dalam lecture. Ada sesetengah topik yg mana kita bagi satu article dan bincang di dalam tutorial.

Oleh itu, lecturer tersebut terpaksa mengambil hak student ( masa) demi utk menghabiskan silabus sabjek yg diajar. Saya rasa, kalau sekali dalam satu smester tak menjadi hal tetapi kalau setiap minggu, rasanya , itu adalah kurang tepat. Kita menafikan hak student utk berehat dan menunaikan hak2 asasi mereka.

Sebagai lecturer, jika kita mahu student hormat dan menjaga hak kita, pertama2 sekali kita mestilah menjaga hak mereka. Respect should be earned and not asked..

p.s. Ku kehilanganmu...

Friday, February 25, 2011

Marah student..

Di dalam tutorial semalam, saya ada berleter pada pelajar2 tahun 1 yg yg tidak menghadiri tutorial pada minggu lepas. Bila ditanya, mereka yg berkenaan itu memaklumkan yg mereka sangat mengantuk dan letih sebab study untuk ujian pada jam 10 pagi dan kelas saya pula pada jam 12 tenghari. Apa lagi, saya pun mula lah jadi mak nenek diaorg sekejap. Berleter pasal sikap tidak bertanggungjawab dan mengambil mudah pada pelajaran. Mereka semua ini masih lagi di tahun 1. Kecik2 dah pandai berfikiran macam ni, apa lagi bila dah tahun seterusnya? Mesti banyak lagi autar mereka.

Lepas2 berleter, saya meneruskan mengajar seperti biasa... Kemudian saya berjumpa dgn teman saya yg telah keluar dari kelas sebab marah pada student. Dia tidak dapat meneruskan pengajaran nya disebabkan terlalu marah dan ada kemungkinan perkara2 yg tidak diingini akan berlaku.

Seingat2 saya, rasanya tak pernah lagi saya keluar kelas walaupun saya marah dan berleter pada student. Kalau student itu nakal dan meganggu student lain maka saya akan suruh dia yg keluar, bukan saya.

Bagi saya, guru adalah org yg " berkuasa" ( in charge) di dalam kelas. Dia lah yg mengawal keadaan kelas agar semua org di dalam kelas dapat manfaat darinya. Bila dia keluar dari kelas, dia sebenarnya gagal mengawal kemarahan dia dan kelakuan student. Dan bila guru itu keluar, dia juga menafikan hak2 org yg tidak bersalah di dalam kelas tersebut.

pastikan bahwa bila kita marah student, niatnya utk mendidik bukan utk melepas geram.. setiap tindak tanduk kita akan meninggalkan kesan pada student, baik atau buruk..

p.s. Allah mendengar doa org2 yg zalimi...

Wednesday, February 23, 2011

Kenangan Membesar dgn Lagu2 Sudirman..

Hari semalam, 22 hb Februari genap 19 tahun Allahyarham Sudriman Haji Arshad meninggalkan kita. Salah sebuah stesen radio di KL telah memutarkan lagu2 arwah sejak awal pagi lagi hingga ke jam 10 pagi. Setiap kali mendengar lagu2 arwah, ramai hati yg tersentuh. Hiba melihat kisah hidup beliau yg gagal dalam perkahwinan. Perasaan arwah selepas itu, banyak diterjemahkan di dalam lagu2 beliau yg begitu menusuk kalbu. Lagu arwah yg terakhir iaitu Salam Terakhir adalah gambaran yg dia tahu yg dia akan pergi menemui ilahi.

Saya membesar dgn lagu2 Sudirman rasanya. Semenjak dia menang juara Bintang RTM pada tahun 1976, pada masa itu saya berusia 7 tahun, lagu2 beliau menjadi mainan di mulut saya. Dia juga adalah idola saya pada satu ketika dulu. Saya masih ingat yg saya menonton rancangan Bintang RTM. kemudian lagu2 beliau sering ke udara di radio. Itu sahajalah cara utk saya mendengar lagu; melalui radio. Saya membeli CD kompilasi lagu Sudir selepas dia meninggal. Sehingga hari ini CD itu masih ada di dalam kereta saya. Setiap kali mendengar lagu2 beliau hati saya menangis. Banyak lagu2 nya terkena tempias dalam kehidupan kita sehari2.

Saya masih tidak lupa membaca pada satu headline di dalam suratkhabar The Star yg berbunyi "...The day that the music dies.." Merujuk kepada kematian Sudirman..

Al Fatihah untuk arwah Sudirman Haji Arshad...

p.s. Pelangi Petang dan Nilai Cinta mu...

Saturday, February 19, 2011

Pelajar AIKOL; dulu dan kini..

Beberapa minggu lepas saya ada tengok gambar beberapa org bekas pelajar Undang2 UIAM ( AIKOLIANS) di dalam Facebook. Ada seorang pelajar lelaki saya yg sekarang ini adalah peguam di Kuala Lumpur menepek gambar2 dia tidak berbaju dan berpegang2an tangan dgn staff di pejabat dia. Ada banyak lagi gambar2 yg tidak sesuai juga ditepek di dalam FB. Walhal dulu, diaboleh di kategorikan sebagai student yg baik.

Di dalam FB juga saya tengok seorg lagi bekas pelajar lelaki AIKOL yg menulis di dalam profile dia yg dia adalah freelance gigolo selain dari bekerja sebagai Peguam. Walaupun saya tak mengajar dia dulu tetapi saya kenal dia sebagai student yg tiada masalah disiplin dgn lecturer2 lain.

Saya juga dimaklumkan dari sumber yg betul bahawa ramai bekas2 pelajar AIKOL terlibat di dalam kes2 masalah disiplin di tempat kerja dan ada juga kes yg mana mereka telah melakukan jenayah pecah amanah. Yg menyedihkan, mereka ini adalah top2 student di aikol pada satu ketika dulu.

Selain daripada itu, isu buka tudung, minum dan masalah sosial lain adalah isu lama yg masih berleluasa hingga kini. Mereka pakai tudung dan berjalan tunduk malu seperti wanita melayu terakhir kerana takut markah mereka dipotong oleh saya.. atau takut mendengar Ustaz Hamid J berdehem..

kenapa ini berlaku? adakah mereka ini tiada ilmu? Sebenarnya ilmu ada...tetapi Ilmu itu hanya utk lulus periksa bukan utk periksa diri sendiri..muhasabah diri.. bila wang menjadi destinasi utama dalam hidup kita maka, syaitan akan menjadi raja..atau kata Hayyi kerana mereka meletakkan otak mereka di kepala lutut. ( saya cukup setuju dgn Hayyi)

p.s. belajar utk menghadapi apa jua keadaan...

Sunday, February 13, 2011

cerita pagi ini..

Pagi tadi, semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya ternampak kereta di depan saya yg dipandu oleh seorg lelaki yg berkopiah membuka pintu kereta dia. Pada masa itu lampu trafik light adalah merah. Saya ingat dia buka pintu kereta sebab pintu itu tidak rapat. Tetapi rupa2nya utk membuang plastik yg ada di dalam kereta dia. Saya sungguh terkejut dgn tindakan lelaki yg mempunyai karakter seperti seorg Muslim yg baik. Rupanya lelaki tadi adalah seorang yg mementingkan diri sendiri. Sanggup dia mengotorkan jalanraya dgn membuang sampah merata-rata. Ini adalah satu faktor penyumbang ke arah ketidakbersihahan bandar kita ( dan juga bilik air) kerana masing2 tidak membuat bandar yg mereka duduki seperti rumah mereka sendiri..

Entahlah..mudah2an Allah memberi hidayah kepada lelaki Muslim tadi.

p.s. kebijaksanaan seorg manusia boleh di rumuskan dgn dua perkataan; tunggu dan berharap..

Saturday, February 12, 2011

Sifat Malu..

Hari jumaat semalam, saya diminta utk menyampaikan tazkirah pagi jumaat kepada administrative staff di aikol. Pertama kali memberi tazkirah kpd mereka, agak gementar juga.Tajuk yg saya kongsikan dgn mereka semalam ialah mengenai sifat malu.

Sifat malu adalah satu sikap rendah diri. cetusan rasa dan gerak hati yg positif. Bagaimana kita hendak tahu bhwa org itu ada sifat begin? Biasanya bila merah mukanya, tersipu2 malu dan menundukkan pandangannya ke bawah. Jgn salah ertikan dgn sifat rendah diri yg lebih kepada unsur negatif.

Malu dgn Allah adalah tunggak kemuliaan sifat malu. Itu lah tunjang kepada sifat malu dgn org lain, lelaki atau perempuan, dan juga diri sendiri. Malu utk berkata-kata, khuatir jika perkataan yg akan keluar nanti akan menyakitkan hati org atau org akan silap faham. Justeru itu, fikir dahulu apa yg dikata sebelum mengeluarkan kata2. Malu utk menonjolkan aurat kita pada org lain sebab kita malu pada Allah dan malu pada diri sendiri. Malu pada Allah sebab, aurat itu adalah hak milik Allah pada kita dan harus di litupi pada sesiapa saja melainkan kepada org yg sepatutnya. Malu pada diri sendiri kerana bila menutup aurat kita sebenarnya menghormati diri kita. Kita menaik taraf kehormatan dan maruah diri.

Tetapi kita tidak boleh malu semasa kita menimba ilmu atau semasa kita sakit. Jangan malu utk bertnya pada guru jika kita kurang faham. Ramai saya tengok pelajar2 saya yg enggan bertanya semasa lecture atau tutorial. Bila ditanya kenapa tidak bertanya, jawabnya Malu..Apa yg malu? Malu sebab dalam kelas itu ada budak lelaki "A" atau budak perempuan "B" tu pandai. Ini sifat malu yg negatif.

Sama2 lah kita kita besifat malu bila hendak melanggar hukum Allah atau menyakiti org lain. Tetapi jgnlah kita malu utk bertanya bila ada keperluan..bertanya pun biarlah berpada2 dgn cikgu.. Bertanya sebab kita tidak tahu bukannya bertanya utk mencari seteru dan membuat org jemu..

p.s. Malu seperti semalu..hati mau tetapi lidah kelu..