Powered By Blogger

Saturday, December 25, 2010

Hidup berkat dari doa guru yg mustajab

Saya mungkin antara guru yg masih lagi percaya pada keberkatan seorg guru terhadap murid2 beliau. Maksudnya di sini ialah, sebagai seorg pelajar kita hendaklah sentiasa menghormati dan memandang tinggi pada guru kita. Walaupun guru itu salah semasa mengajar, kita dilarang sama sekali untuk membetulnya secara terang2an di hadapan pelajar2 lain. Tetapi sebagai guru yg penuh integriti, adalah tanggungjwab guru tersebut utk mengaku kesalahan atau kesilapan yg dilakukan. Bila guru masuk ke dalam kelas, kelas itu adalah milik beliau. Dia adalah yg menguruskan kelas tersebut agar pelajar2 dapat mengambil ilmu yg disampaikan oleh beliau. Dia berhak utk menghalau mana2 student yg tidak berakhlaq dan menganggu pengajaran dia dan juga pelajar2 lain. Dia berhak untuk mengawal jumlah soalan yg boleh ditanya di dalam kelas dan dia juga berhak utk mengawal apa yg boleh ditanya di dalam kelas. Guru juga berhak untuk tidak menjawab soalan yg ditanya. Itu adalah hak dia. Walau apa pun, dia perlu menolak dgn penuh berhemah, bijak dan berakhlaq. Dan sebagai murid kita hendakah bersangka baik dgn guru kita. Apa saja persoalan yg ada di dalam kepala kita perlu disampaikan dgn penuh berhemah dan bersopan. Guru bukan kawan kita tetapi mereka boleh menjadi rakan baik jika kena gaya dan cara...

Selagi mana guru masih menggunakan bahasa yg betul, baik..terimalah seadanya dia. tetapi jika guru sudah meyumpah2 di dalam kelas, memanggil kita bodoh, bengong, jahat dan sebagainya maka dia bukan guru yg sebenar..maka dgn itu kita berhak utk utk bertindak dgn penuh hormat juga..

Sya selalu berpesan pada diri saya..biar lah guru saya tidak kenal saya disebabkan ketidakpandaian saya di dalam kelas..jangan guru kenal saya sebab sya tidak berakhlaq..

Doa guru yg dizalimi antara doa yg mustajab..

p.s. teringat lagu Saleem..tinggal kenangan

Thursday, December 23, 2010

Maaf ye, I tersasul...

Semasa kita mengajar dan memberi syarahan kepada pelajar2 kdg2 ada juga berlaku tersalah sebut atau tersasul kata atau juga dalam bahasa Inggeris dipanggil "slip of tongue'.

Semalam, di dalam kelas undang2 Jenayah Islam telah berlaku peristiwa yg memalukan saya di hadapan student2 saya. Sya hendak memberi contoh tentang penggunaan alat utk membunuh boleh dijadikan sebagai bahan bukti yg pembunuh mempunyai niat utk membunuh. Lalu saya berkata. "...the murderer has used cleavage to kill the victim.." sebut cleavage tu pulak dgn penuh tajwid dan idghamnya..KLIVIJJ. Lepas sebut, saya tengok budak2 laki2 pandang sesama sendiri..agaknya dalam kepala diaorg.." biar betul ustazah ke madam ni?.." Budak2 perempuan pulak..pandang semacam kepada saya. agaknya diaorg pun tak faham apa makna cleavage. Lepas tu, saya tersedar dari mimpi di siang hari..mak ooi! rasanya merah padam muka saya. Mula la nak maintain lawa..tapi cepat2 mengaku yg saya tersilap sebut. Nak sebut cleaver sebenarnya..

apa nak buat eh..benda dah jadi. Lagi pun I tak da criminal intention pun..

mungkin ada yg bertanya apa makna cleavage tu? maknanya "lurah dendam" atau "lembah dalam"..kalau tak faham jugak, cari lah dalam kamus!

p.s. lagu sofaz yg menusuk jiwa..

Wednesday, December 22, 2010

Kahwin dan belajar..

Saya tidak menggalakkan student2 saya kahwin semasa belajar. Secara umumnya berkahwin semasa belajar akan lebih banyak mengundang masalah jika ekonomi tidak kuat dan tiada sokongan dari keluarga. Ramai yg berfikir, perkahwinan itu adalah satu keseronokan. Perkahwinan itu sebenarnya adalah satu perjudian di dalam hidup kita sebenarnya. Ada yg untung dan ada juga yg rugi atau sama2 untung atau sama2 rugi..bergantung kepada pemain2nya.

Saya dikunjungi oleh seorg student yg baru sahaja berkahwin 2 minggu lepas. Tetapi semasa final exam yg lepas dia tidak menduduki 2 paper disebabkan dia lari dari rumah kerana bergaduh dgn mak tiri. Saya rasa org yg melarikan diri dari masalah adalah org yg tidak matang utk menangani masalah yg dihadapinya. Org yg berfikiran cetek dan masih belum mampu utk memikul tanggungjawab yg besar mendidik anak sendiri nanti. Gadis yg berumur 14 tahun yg tahu menghormati org tua dan mendengar kata adalah org yg lebih matang utk berkahwin jika dia tahu batas2 kelakuan dgn org tua dan menyayangi adik2 tirinya seprti adik2nya sendiri.

Jgn jadikan perkahwinan sebagai satu escapism utk lari dari masalah..sebenarnya perkahwinan itu akan mendatangkan byk lagi masalah jika kita tidak tahu bagaimana hendak menjadi seorg isteri dan wanita mithali..

p.s. ....dan bila esok

Monday, December 20, 2010

Jangan kita hilang semangat..

Minggu lepas, saya didatangi seorg pelajar perempuan berkongsi dgn saya masalah peribadi yg dia hadapi. Sepatutnya sekarang dia berada di dalam tahun satu smester kedua, tetapi di sebabkan dia gagal 4 sabjek semester lepas maka dia masih lagi dikategorikan sbg pelajar tahun satu semester satu.

Dia memberitahu saya yg semasa di pusat matrikulasi dia adalah antara pelajar2 cemerlang tetapi semenjak dtg ke Main campus, semangat utk belajar semakin pudar. Dia tidak mengambil serius pada pelajarannya langsung. semasa musim exam, dia sibuk berjalan ke sana sini. bermain game atau tidur dan atau ke perpustakaan utk membca majalah, novel2 cinta. Bila kwn2 menegurnya, dia tidak mendengar langsung malah semakin menjadi2 perangai yg tidak mendatangkan faedah pada diri beliau. Dia juga mula memakai pakaian2 yg seksi demi utk menarik perhatian lelaki katanya. Dia memerlukan perhatian dari seseorang. Dia juga mula bergaul dgn kumpulan2 yg mengajak dia utk mencari keseronokan

Semester ini, dia sedar atas kesilapan yg lalu. Dia juga berjanji untuk pada diri sendiri unk berubah dan berhijrah.

Selepas mendengar cerita dari pelajar tersebut, saya memberitahu dia yg Allah masih sygkan dia kerana memberi hidayah dan rasa keinsafan yg terbit dari hati dia. Sekarang dia perlu kuatkan iman sebagai benteng dari dipengaruhi oleh faktor2 alam sekitar di sekeliling dia. Walau apa pun yg berlaku jgn cuba salahkan org lain atau alam sekitar. Salahkan diri sendiri yg lalai, iman yg rapuh dan semangat yg hilang..

Jangan sesekali kita hilang semangat..kerana tanpa semangat,kita sebenarnya hilang segala2nya. Dan dari mana dtgnya semangat? Dari hubungan yg berterusan dgn Allah yg Maha Esa..

p.s cukup lah sudah...

Saturday, December 18, 2010

Ustaz Hamid Jusoh Al Butri

Kalau sebut nama Ustaz Hamid Jusoh al Butri, semua org kenal terutama di AIKOL. Dia adalah salah seorg tenaga pengajar di AIKOL, UIAM. Dia sudah lama di AIKOL bersama2 dgn al marhum Prof ahmad ibrahim membangunkan kuliah Law. Dia juga merupakan guru saya semasa saya di tahun 1 dan 2. Seorg yg guru yg amat dihormati oleh dan ditakuti oleh student2 zaman ini. Mengapa dia ditakuti? kerana ketegasan dia dalam menangani masalah disiplin di AIKOL terutama sekali.

Saya nak bercerita mengenai "pertemuan" saya dgn Ustaz Hamid petang jumaat kelmarin. Hari jumaat semalam, adalah hari yg agak sunyi di aikol. Student tak ramai dtg di aikol terutama sebelah petang. Bila sya hendak menaiki tangga dari tingkat 2 ke tingkat 3, pada hari biasa kena berhati2 disebabkan ramai student turun naik. Naik satu anak tngga ke satu anak tngga dgn berhati2, persis Perempuan Melayu Terakhir. Tetapi semalam, di sebabkan tiada org maka saya pun berniat nak langkah 2 anak tngga sekaligus. Boleh juga exercise! tengah bersiap sedia nk angkat kain..tiba2 saya tengok ada bayang2 org mahu turun dari tingkat 3 ke tingkat 2. Bila sy angkat kepala, rupa2nya Ustaz Hamid Jusoh. terkejut King Kong la dibuatnya. Terus melabuhkan kain.. dan dia pula terus berkata pada "...Takut pada Allah!! Jangan takut pada saya.."

Memang saya pun takut pada dia!! hahaha

p.s. jgn dekati diri ku lagi...

Thursday, December 16, 2010

Terimakasih daun keladi..

Sejak bermulanya semester baru isnin lepas, saya menerima kunjungan mesra dari student2 lama saya. Kebanyakan mereka datang dgn membawa buah tangan. Ada yg membawa gelang manik, kek, brooch, keychain dan makanan. Saya merasa sungguh gembira mendapat hadiah daripada mereka. Sebenarnya, hadiah sedemikian akan mengeratkan lagi hubungan sesama kita. Walaupun kecil atau harganya tak seberapa, ianya bukan menjadi ukuran buat saya. Yg penting ingatan yg berpanjangan. Ada juga yg dtg hanya utk bertanya khabar saya tanpa membawa apa2. Itu pun sudah cukup membuat saya gembira, yg menandakan mereka masih ingat pada saya. Ada juga yg berjumpa saya di tengah jalan..jauh melambai saya..ya, jauh. Segan agaknya utk menegur saya. Ada juga, yg nampak dari jauh tapi terus mengambil jalan lain. Entah apa niatnya, Allah jua yg tahu. Dulu tidak begitu..

Untuk student2 saya tesebut, terimakasih daun keladi..semoga ingatan kekal abadi..walau saya tiada lagi sisi..

p.s. luka dan terus luka..

Tuesday, December 14, 2010

Tonjolkan diri anda...

Sejak bertugas di AIKOL Lab semalam sehingga hari ini, ada beberapa cerita menarik utk saya kongsi bersama di dalam blog saya.

Cerita pertama mengenai seorg student yg datang meminta agar saya membenarkan dia mengambil satu sabjek walaupun workload sudah exceed. Bila saya mengamati kesemua result exam dari tahun satu sehingga tahun tahun 3, dia ada failed sabjek sekurang2nya dua sabjek. Sekarang dia berada di tahun 3 semester kedua. Sabjek criminal dan succession masih belum lepas. Bila saya tanya, apa problem awak sebenarnya menyebabkan awak gagal dalam exam setiap semester? Jawapan yg diberikan ialah, saya sudah study betul2 ustazah..tapi taka tahu lah kenapa. Dalam exam rasa macam boleh buat, tapi kenapa ek saya fail jugak? Saya tanya dia lagi, adakah pernah awak berjumpa dgn lecturer awak sepanjang 3 tahun lepas? jawapannya, tidak pernah langsung. Walaupun dia failed dalam test atau dalam CAM marks, dia tidak pernah berjumpa dgn mereka. Lantas saya menjawab, itu adalah faktor menyebabkan awak fail setiap semester.

Sebagai pelajar universiti, setiap pelajar mesti cuba untuk "menonjolkan" diri masing2 pada lecturer. Menonjol di sini dari segi kesungguhan kita demi untuk memahami lebih mendalam sabajek yg diajar. Berjumpa dgn lecturer setiap minggu sambil meminta dia menjelasakn lagi apa yg kabur di dalam lecture. Mungkin juga meminta lecturer menyediakan rujukan2 tambahan agar kita dapat memahami topik yg diajar. Mungkin juga dtg utk memperkenalkan diri kpd lecturer yg kita adalah student dia. Tidak salah utk berbuat demikian. Kdg2 malu dan segan tidak bertempat. Cara belajar di Universiti adalah sgt2 berlainan dgn cara belajar di bangku sekolah. Di univeriti kita kena belajar untk menjadi seorg individu yg dewasa dan bertanggungjawab. Individu yg berakhlaq dan tahu bercakap dgn "org tua".

Akhir sekali, jaga akhlaq, jaga solat dan jaga aurat..

p.s. memang begitu...