Monday, June 6, 2011

Gabra dan Gemuruh...Part 2

Bagaimana hendak mengatasi gabra dan juga darah gemuruh ini? Walaupun saya sangat2 takut bila nk masuk ke kelas utk mengajar, tapi saya masih lagi maintain cool. Wah! apa rahsianya? Jeng jeng jeng....

Saya selalu melihat perasaan takut dan tension itu dalam bentuk positif. Bila kita takut dan tension dalam bentuk positif kita akan membuat persediaan yg secukupnya. Kita hendaklah practise dan practise apa yg hendak kita cakap. Apa contoh yg kita hendak bagi dan apa cerita lawak yg hendak kita kongsi. Bila kita tidak membuat sebarang persediaan dan pakai main redah saja, bukan shja pendengar akan boring dgr apa yg kita cakap tetapi kita juga memalukan diri sendiri. Biasanya saya akan berlatih di depan cermin apa yg saya hendak cakap pada audiens. Lebih2 lagi jika saya akan membentang kertas kerja, di mana ada had masa yg telah ditetapkan padas setiap pembentang.

Saya masih ingat pada tahun 2004, saya membentang kertas kerja di National University of Singapore (NUS). Malam sebelum itu, saya berlatih di depan cermin, 4-5 kali utk memastikan saya menyiapkan pembentangan dalam masa 15 minit. Alhamdulillah, keesokan harinya saya menghabiskan pembentangan dalam masa 14 minit. Pihak organiser datang mengucapkan tahniah di atas "ketaatan" saya menghormati masa.

Jika ada power point presentation, saya akan memastikan pada setiap slide hanya mengandungi 2 line ayat shaja. Jika tidak, pendengar atau penonton hanya asyik membaca slide saya sahaja. Saya mahu mereka mendengar apa yg saya cakap dgn memandang ke arah saya. Mesti ada eye contact antara saya dan pendengar. Ini adalah sangat penting. Eye contact juga membuat gemuruh saya hilang.

Lagi satu pakai lah baju dan tudung yg kita paling suka sekali. Penampilan diri kita juga membuat kita lebih yakin pada diri dan dapat menghilangkan darah gemuruh. Baju yg selesa untuk kita bergerak dan longgar terutama di bahagian ketiak kerana semasa membuat presentation, mesti ada hand gestures yg saya akan buat. Jika presentation itu memerlukan saya naik ke pentas, saya lebih suka memilih jubah seluar.Jika tidak, baju kurung yang longgar dan warna2 pastel menjadi pilihan saya. Warna2 yg terang dan floral print saya cuba elakkan.

Tips yg paling akhir sekali ialah,jangan lupa senyum! :-) Walaupun dalam perut ada rama-rama atau kingkong dgn dinosaur sedang bergaduh, kita tetap senyum. You must look confident.. If you cannot make it, FAKE it~

p.s Terimakasih utk Shahir Shamsdin yg memberi idea yg bernas utk dikongsi dgn pembaca
blog saya..

4 comments:

Shehan Ismail said...

ustazah.. post ini sgt2 berguna!!! hehehe.. tp, since saya dh no longer practice, mgkn x perlu lg gusar utk bcakap dpn org. klu dlm kelas ustazah dlu pn, sy cuak. tgk ustazah cool jer. hehehehe

fatienwm said...

yeah fake it pon jadi la kann:)

Mohd Shahir Shamsudin said...

Tips yang sangat bagus, ustazah! Part nak senyum tu kadang-kadang susah sket. Gabra punya pasal sampai muka jadi ketat. Haha

Malu eh ustazah mentioned namo sayo sini. Lari2 tutup muko masuk bilik sembe muko atah bantal :p

ramizah said...

Shehan: Dalam kelas dulu, semuanya malu-malu..
Fatien: kena wak lolok confident la..
Shahir: thanks again..sembe muko? eh, mace citer hindustan jah ni?