Powered By Blogger

Thursday, October 29, 2009

Kesedaran Sivik dikalangan kita

Semasa perjalanan balik ke rumah selepas mengambil anak dari sekolah, ada van sekolah yg juga membawa pelajar2 berada di depan kereta saya. Dalam van tu, saya perhatikan mereka sedang makan aiskrim dan juga makanan ringan. Sya asyik memerhatikan budak2 tu membuka pembalut aiskrim dan terus membuangnya di atas pembahagi jalan sebelah kanan. Seorang budak lagi, membuka pembalut biskut dan membuangnya di sebelah kiri..Van terus bergerak laju bila lampu hijau terpasang. Pembalut tu berterbangan di atas cermin kereta saya.

Hati saya sungguh kecewa dgn sikap budak2 dan pemandu van juga. Anak2 sya turut memerhatikan kejadian tersebut. Sya cuma bertanya kepada mereka, apakah silap budak2 itu? Mereka menjawab, mama diaorg tak ajar mereka.. ( pandai pula budak2 ni bodek aku) Kita masih kekurangan kesedaran sivik untuk menjaga harta awam dan kebersihan negara kita. Di mana silapnya budak2 ni yg menyebabkan mereka sanggup mengotorkan jalan raya dan bandaraya kita? Sya ada kakak yg tinggal di Singapura. Anak2 kakak saya itu, dari segi kebersihan dan menjaga harta awam, saya boleh kata 1st Class! Kalau sebut sja Singapura, pasti org yg telah ke sana, pasti terpegun dgn kebersihan negara itu dan kekuatan pelaksanaan undang2 jalanraya dan segala macam undang2 di sana.

Sebenarnya undang2 ni, jika ada tetapi tidak ada penguatkuasaan dan pelaksanaan, tiada org akan mengikuti dan menghormati undang2 smada undang2 manusia atau undang2 Allah..

Berbalik kepada isu budak di atas, saya rasa bermula dari rumah. Dari keluarga dan ibu bapa yg mendidik anak2. Sayang pada diri sendiri, harta dan sayang juga pada negara sendiri..penerapan nilai2 murni yg menjadi amalan setiap masa dan di mana kita berada..

Saturday, October 24, 2009

Bajet 2010

salam semua..

Hari ni nak cerita sedikit saja mengenai Bajet( Hmm..macam pandai sgt)

Seingat2 saya sejak pandai baca suratkhabar hinggalah boleh menulis dalam suratkhabr atau mana2 makalah..semua bajet ni, bagus, terbaik, untuk semua, bertimbangrasa dan segala macam yg terbaik la.
sejak dari dulu juga, selalu terfikir bila bajet ni tidak baik ye? atau saya yg tak pandai membuat bajet..tau nak spend bajet je..

Yg saya cari dalam bajet, ada bonus tak tahun ni? Itu je..

p.s saya menaip entry ni dari Hotel Swiss Garden, Kuantan.

Thursday, October 22, 2009

Hidup Bermadu..

Bila bercakap pasal bermadu ni, kita tidak akan terlepas dgn Filem Madu Tiga arahan dan lakonan Allahyarham P. Ramlee. Macam2 alasan akan dibuat agar dapat berkahwin lebih dari satu. Akhirnya, segala tembelang akan pecah dan kebenaran akan timbul jua jika kita tidak ikhlas dan jujur melakukan sesuatu.

Saya dimaklumkan oleh teman sepejabat yg juga merupakan prinicipal di asrama perempuan bahwa ramai pelajar2 perempuan membuat pengakuan yg mereka suka menjadi isteri ke2, ke 3 atau seterusnya..Menurut mereka, lelaki yg dah matang dan telah lama bekerja mempunyai simpanan yg yg byk dan juga harta yg berlebihan. Segala tuntuan wanita dipenuhi..justeru itu, mereka tidak2 ragu2 untuk di jadikan isteri ke 2.. Betul tu..statement sebegini buat saya sendiri dalam ketakutan. Ya lah mere zindagi pun mengajar jugak. Selalu je balik rumah bawa bunga, hadiah yg dibungkus rapi dan cantik, siap dgn bunga sekali..baju batik, coklat dan manisan2 yg sedap sekali..

Bila mendengar seorg teman sudah menjadi isteri, saya merasa sungguh gembira sekali..tapi bila diberitahu mnjadi isteri kedua.. terus hati mnjadi tawar, lidah pun kelu.. Betul, itu jodoh mereka. Mudah2an diberkati Allah s wt. Sya medoakn yg terbaik buat mereka sekeluarga.

Saya selalu ingatkan diri sendiri dan adik2 saya jgn ambil org lain punya..kita boleh kawin dgn org muda atau tua dari kita..biarlah diperkatakan org.. mulut org tidak boleh ditutup. mungkin itu sudah jodoh kita, tapi jgn ambil org lain punya.. Kalau mahu juga, minta la izin dgn yg pertama..tapi saya pasti jika ada keizinan pun, bukanya dari sepenuh ikhlas hati..Ada hati yg terluka dan merajuk..Mudah2an Allah melindungi kita..

Untuk yg hidup bermadu atau yg dimadukan, ingatlah....kebahagiaan kita bukan bergantung di atas seorg yg bernama suami tetapi pada Allah S W T. dan usaha kita sendiri untuk mendekatkan diri padaNya.

p.s bila saya secara berseloroh meminta mere zindagi kawin lagi, dia bilang..”an ideal marriage is between one man and one woman”…adus…chalte..chalte…

Monday, October 19, 2009

Q & A with Wafi..

Case 1 ( wafi was between 4-5 years old)

I am spinning M.Nasir’s songs for the 3rd time in the car we were travelling in..

Wafi: Mama, do you like M. nasir?
Mama: Yes, wafi..I love him very much.
Wafi: Why you did not marry him then?...
Mama: Ohh..very good question wafi..but I have no answer at this moment

Case 2 ( wafi was between 7-8 years old)

I was busy preparing dishes for his birthday party.

Wafi: Mama, why are you doing this?
Mama: Today is your birthday. You are special my son..
Wafi: When is your special day?
Mama: My special day would be when I have you..well, when you were tiny and the doctor put you on my belly..hmm..when is your special day then?
Wafi: hmm…when you are dead.
Mama: astaghfirullah al azim… *@#%$&

Case 3 ( wafi is now..13years old)

We were watching a movie showing a man has a paralysed wife and she is on the wheel chair..

Mama: Hmm..he still loves his wife though she is paralysed..
Wafi: I want to ask you something mama..
Mama: Your something is not ordinary one, wafi…There must be a catch.. what is it?
Wafi: After you married to papa, have you ever thought of marrying a blind man?
Mama: What kind of question is that, huh? You are so imaginative and creative la..I need to tell your papa about this..
Wafi: I am serious mama..
Mama: astaghfirullah…subhanallah..masyAllah..

Thursday, October 15, 2009

Semester 1 2009/2010 akan berakhir

Lecture dan tutorial akan berakhir tak lama lagi. Lega rasanya sebab kelas dah nak habis. Student pula akan mula berada di dalam minggu studi atau revision week. Minggu ini sepatutnya digunakan untuk student mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan diri untuk peperiksaan yg akan menjelang tiba nanti. Tetapi ada ramai lecturer yg masih mengadakan lecture hingga ke malam hari. Malah minggu ini juga digunakan oleh sesetengah lecturer untuk membuat kelas ganti ( make up class panggilnya disini).Begitu juga test. Kesiaaaaan kat student…tapi student jgn pula ambil kesempatan untuk balik kg!..Itu sudah salah..
Biasanya saya bila kelas dah nak habis, hati jadi sayu..sedih..tak sanggup nak hadapi hari2 tanpa student “mengacau” kat bilik. Seronok sebab syllabus dah habis tapi harap2 hubungan guru-murid tak habis di situ saja. Mudah2an akan tetap maintain sampai bila.
Student akan ingat guru dgn dua cara: Hari Guru dan Hari Raya. Hari lain yang student tidak ada keinginan untuk ingat..tidak menjadi masalah buat saya tapi bukan pada kedua hari yg saya sebut tadi..

“ If you love somebody, you have to let him go..if he comes back to you, he is yours..if he does not, then it is never meant to be…”

Semoga semua student saya menjadi manusia terbilang dan gemilang pada Islam dan Ummat sejagat..

Monday, October 12, 2009

my last weekend

My last weekend, I was the driver for my kids and a cook for my students.

My two boys had open house function at their friends’ houses at 12pm and 8pm. I was the driver for my youngest son in the morning since he has a taekwando class until 11am. So, since morning at 8.30am until 10pm I was working full time; driver. Drop off at their friend’s house at 12.30pm and fetched them after 2 ½ hours. Came home and rested a while ( not rested actually, I baked carrot cake!) and went out again at 7.30pm. I was at Jusco Setiawangsa for 1 1/2 hours while waiting for them until 9.40pm . Despite all these, my 2nd son asked me..Mama, do you love me? Hmm...I said I am enjoying doing this so that you are happy and yes, I love you very much..

I was a cook for my students on Sunday since I invited them to have makan2 at my small house. I think, there were 30 students all together. I was very happy to have them at my house..though at night, my legs were in pain due too much movements. ( but akim said I am getting old..hu hu..)I really hope that they will forgive me for any shortcomings on that day due to the limited space at house.. maaf zahir batin.

I hope to make this as a tradition to those who want to come my house..

Thursday, October 1, 2009

Wanita hari ini..

Di dalam lecture baru2 ini, saya ada melontarkan persoalan mengenai kelayakan wanita untuk mnjadi hakim di mahkamah syariah di Malaysia. Rata2 jawapan yg diberikan oleh pelajar2 wanita adalah tidak layak; kenapa tidak layak? Wanita adalah manusia lemah dari segi fizikal dan mental; keputusan wanita bergantung kepada ijma' ulama dan juga lelaki; Lelaki adalah pemimpin bagi wanita; wanita menpunyai ketidakseimbangan hormon di dalam badan mereka yg menyebabkan mudah terpengaruh pada alam sekeliling semasa membuat keputusan; wanita adalah manusia beremosional!



Jawapan2 sebegini membuat saya sendiri menjadi manusia emosional! Kenapa kita sendiri memandang rendah pd kwibawaan yg kita ada. mengapa dari awal lagi kita telah menyerah kalah sebelum berperang. Kita tidak perlu bergnatung kepada sesiapa untuk membuat keputusan. Mata, hati, minda dan perasaan kita adalah milik Allah semata2 dan pada Dia kita bergantung harap. Kita difardhukan untuk menuntut ilmu supaya setiap keputusan yg dibuat adalah berdasarkan pada ilmu yg dituntut. Ilmu bukan setakat kelayakan akademik tetapi ianya termasuk juga pengalaman hidup.



Saya harap2 wanita2 di luar sana berhentilah dari memandang rendah pada kekuatan dan kebolehan yg kita ada. saya bukan pejuang hak wanita, bukan juga seorang yg anti lelaki. tidak sekali2. tapi saya anti manusia yg tiada pendirian dan istqamah di dalam hidup mereka. Tidak perlu untuk memperjuangkan hak kerana hak hak wanita sudah terang lagi bersuluh di dalam al quran dan sunnah dan juga di dalam peruntukan undang2 di MYS. Saya bukan anti lelaki kerana saya mempunyai suami yg begitu menjaga hak2 wanita/isteri. Ssya mempunyai seorang abah yg begitu mengasihi dan menghormati anak2 perempuannya.



Yg penting wanita akan terus2an melengkapkan diri dgn ilmu pengetahuan dan menjadi wanita modern penuh islamik lagi sejati. Selagi kita memandang rendah pada diri selagi itulah org akan terus memijak2 diri kita sendiri..

kisah di Kota Bharu

Kisah Satu:
Cara nak bersalam ni ialah dgn mengenggam erat tangan yg dihulur sambil mengucap selawat dan salam kepada Nabi ( kalau mahu) dan melihat wajah teman sambil tersenyum mesra. Selepas bersalam, tangan di hulurkan di dada atau di raut ke muka sebagai tanda salam diterima dan doa diaminkan. Itulah sebaik2 cara bersalam. Tapi sekarang ni cara bersalam raya macam apa ye? Org muda2 sekarang ni cakap, tangkap muat saja. tak pandang pun kita..senyum pun tarak..aisey man..?

Kisah dua:
Saya ni dah lama benar tak tengok berita tv nasional. Bukan tak patriotik tapi Mere Zindagi kat rumah yg suka tengok berita CNN, BBC world news and Al Jazeera. Kiranya saya ni tak uptodate la pasal berita tempatan.. tak juga, saya adalah pelanggan tetap SINAR HARIAN alert news. Cerita sebenarnya ialah, bila di kg, abah saya yg conquer tvnya dan berita tempatan adalah kegemaran beliau. Satu hari saya tengok pembaca berita mengakhiri bacaanya dgn Salam Satu Malaysia. Aik, mana pergi assalamulaikum ni??

Kisah ketiga:
Lebih seminggu saya berada di Kg untuk sambut raya. Seronok tu mesti la seronok. Cuma terfikir ramainya org buat kenduri masa raya. Maksud saya kenduri kawin dan sempena majlis pertunangan. Ada 3-4 jemputan sehari spjg minggu pertama raya. Itu belum masuk jemputan rumah terbuka lagi. Kiranya saya ni beraya sakan jugak la. Cuma saya tak sempat nak berjalan ke rumah kawan2 atau saudara. Byk menerima jemputan dtg ke rumah dan kenduri kawin. Jalan di KOTA Bharu, masyAllah, Allah saja yg tahu.. ore kelate kato Sumbat. Ore KL ( kesesakan lalulintas)kato Trafik jam. Maid saya kat rumah kata Machep! Kota Bharu dah ada Parkson, Tesco, Giant, Kota Bharu Trade Centre dan hotel 5 star pun ada. Ma abah pun ada di Kota Bahru. Kota Bharu tetap baru sampai bila2.. tiap kali pergi ke pasar siti khadijah ( 3 ke 4 kali gi pasar cuti hari tu) asyik dengar org bercakap luar ( luai) je jalan depan atau sebelah atau belakang saya. Maksudnya, ramai pelancong luar dtg ke Kota Bahru…sapa2 yg belum dtg ke KB sila jemput ke sana. anak saya yg kecik nangis2 tak nak balik Gombak..

Apa komen anda pasal kisah2 di atas..silakan.

Hingga berjumpa lagi..