Powered By Blogger

Tuesday, November 30, 2010

sesi kedua akan bermula..

Semester kedua untuk sesi 2010/2011 akan menyusul tidak lama lagi, kurang dari 2minggu. hari ni adalah hari pendaftaran untuk student2 baru, local dan international. Banyak kereta tadi semasa saya masuk ke kampus pagi tadi. Kebanyakannya dtg bersama2 dgn keluarga masing2. hari pendaftaran anak2 di asrama penuh, di kolej, universiti dan juga hari konvokesyen adalah hari bersama keluarga.

Pada bulan october yg lepas, saya juga turut menghadiri pada hari pendaftaran anak sulung saya ke pusat matrikulasi. Sungguh tak sangka tempat yg pernah saya mendaftar 21 tahun lepas akan menjadi tempat anak saya pula. Kenangan semasa belajar di UIAM dulu bermain2 di mata. Tempat saya membesar dan menimba ilmu dan belajar menjadi seorang yg dapat menerima perbezaan di kalangan kita. aargh.

Semasa saya mendaftar di matrik UIAM dulu, saya pergi di temani abah dan sepupu yg juga dapat masuk di tempat yg sama. keseronokan amat terasa sebab berteman. Ibu saya tidak papat pergi disebabkan adik2 masih kecil dan ramai yg masih bersekolah.

nasihat saya pada pelajar baru, betulkan niat anda semasa belajar. kalau niat hanya utk bersuka2 dan mendapatkan keseronokan semata2, maka, sila betulkan. Ingatlahm bila ibu bapa anda berhabis2an menghantar ke asrama penuh/kolej dan sebagainya, sebenarnya mereka menghantar anda bersama2 seribu harapan dan sejuta doa agar anda menjadi anak serta student yg bertanggungjawab pada amanah yg diberikan. Anda juga adalah manusia terpilih, "anugerah dari Allah" utk menjadi khalifah di mukabumi ini..

sya pula membayangkan pada saat ini, student baru adalah bertudung litup, labuh dan sangat innocent pada seminggu dua ini..dan selepas itu, Allah sahaja yg tahu..

p.s. aku sudah agak begitu..

Thursday, November 25, 2010

Gulab Jamun

Inilah kuih kegemaran keluarga saya. Namanya gulab jamun. sebenarnya, tak ada cerita menarik utk dikongsi sejak dari cuti hari raya aidil adha. masa byk digunakan utk memeriksa kertas exam. kemudian sibuk menyiapkan satu paper yg masih belum siap hingga sekarang ini. jadi, masa byk di rumah, membaca dan memasak..

ini gambar, gulab jamun yg sudah digontel oleh saya dan lutfi. tangan yg menggoreng itu ialah tangan maid saya.





bila sudah digoreng, inilah hasilnya..warna oren atau kemerahan2 sedikit..






sudah digoreng, semua gulab jamun direndam di dalam air gula yg telah dimasak semalam. air gula ini dimasak bersama buah pelaga dan sedikit saffron




sekrang sedia utk dimakan..rasanya manis tetapi tidak terlalu manis. homemade gulab jamun adalah lebih baik dari dijual di kedai..

btw, post kali ini, bukan nak melawan blog adik saya, janna, yg pakar dalam bidang masakan..sy cuma nak menepek gambar sahaja..


p.s masih terluka

Wednesday, November 24, 2010

satu hari di bulan zulhijjah..

Kenangan di Masjidil Haram. Gambar diambil dari tingkat 1. ada beberapa keping lagi diambil di depan kaabah, cuma tak berani nak tepek, bimbang disalahertikan sebagai utk menunjuk2. Gambar diambil oleh, adik angkat saya di Makkah, Mimi.





Semasa di dalam masjidil Haram, sempat berkenalan dengan jemaah haji dari Egypt. Namanya pun dah lupa cuma yg saya ingat kami sebaya. Masa di sini lah, terhegeh2 nak bercakap bahasa Arab yg dah lama berkarat.



Pengalaman menunaikan Haji di kala usia 40 tahun adalah impian menjadi kenyataan. Sya sentiasa berharap dan berdoa sebelum ini agar dapat menunaikan rukun islam yg ke5 sebelum melebihi ke angka 40. Masing2 diuji oleh Allah dgn pelbagai ujian, mental dan fizikal. Masing2 ada pengalaman tersendiri, pahit dan manis. Walau apa pun terjadi, anggaplah sebahagian dari jihad menunaikan haji. Untuk saya, menanggung beban rindu pada org2 saya kasihi adalah ujian yg paling besar.


p.s. hatiku diguris luka..

Thursday, November 18, 2010

Balkoni di rumah saya..

tempat yg menjadi favorite sya bila sya boring..di sini juga tempat saya dan suami berbual2 sambil minum teh dan makan Gulab Jamun...Inilah balkoni di rumah saya..





Di sini ada dua kerusi..yg kecik hijau itu utk sya..dan yg hitam dan besar tu, faham2 la sendiri utk siapa..di atas kerusi hitam itu ada HP sya, utk sya menyemak dan megemaskini FB saya..streamyx masih belum ada lagi di rumah. Di sini juga sya membaca novel yg masih belum dihabis baca..sedap tau novel ni..








Tajuk novelnya, anda boleh baca kan? HP saya warna hijau sebab saya dari Kelantan..








Kalau dah boring baca buku saya akan tengok ke sebelah kanan saya..ada KLCC dan KL tower..KL city centre










Kalau tidak, tengok sebelah kiri..ada PV6 dans sedikit MRR2 menghala ke lebuhraya Karak







Atau pun tengok depan..Blok A dan D di PV8..







atau kalau boring sangat..saya masuk dalam bilik tidur dan buat apa lagi..tidur la!

eeh..maaf tak da gambar bilik tidur..

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha

Esok semua umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Korban. Tanggal 15 Nov semalam telah berlaku wukuf di arafah. Umat2 Islam yg tidak menunaikan Haji disunatkan untuk berpuasa sempena hari Wukuf bersempena dgn 9 zulhijjah. Banyak keberkatanya berpuasa sunat pada 9 zulhijjah ini. Walaubagaimanapun, entry kali ini bukan nak bercerita pasal kelebihan puasa sunat ini, tetapi bercerita kenangan menunaikan haji pada tahun lepas.

Bila tengok gambar umat Islam sedang bersaie dai Safa dan Marwah di muka depan News Straits Times semalam (15 Nov) lantas teringat pengalaman menunaikan ritual yg sama pada jam 1-3 pagi. Sampai bengakak2 kaki berjalan dari safa dan marwah sambil mengingati peristiwa Siti Hajar berlari2 mencari2 air utk anak lelakinya Nabi Ismail. Mulut tidak berhenti menyebut nama2 anak2, zaki, wafi dan lutfi agar menjadi anak2 yg soleh. Tidak lupa juga menyebut nama2 anak2 saudara yg lain.

Selepas wukuf, rasanya kami menaiki bas ke Muzdalifah untk bermalam walaupun tidak tidur di sana. Tetapi saya terlelap sekejap, bertilamkan tanah muzdalifah dan sambil memandang langit hitam pekat..sesekali jelas bintang2 berkerlipan. Pertama kali rasanya tidur di atas tanah..Bila badan sudah letih, mata sudah tidak tertahan lagi di situlah kita terjelepok lesu. Kiri kanan teman2 lain juga ada yg tidur nyenyak sekali dan ada juga yg berdengkur.

Kemudian dari Muzdalifah kami di bawa ke Mina utk melontar di Jamrah esok hari. Bas yg membawa sya dan rombongan adalah bas yg pertama berlepas tetapi dgn izin dan qadai qadar dari Allah, bas kami adalah bas yg terakhir sampai pada malam itu. Perjalanan yg sepatutnya mengambil 30-40 minit, tetapi mengambil masa lebih kurang 4 jam. Pemandu bas kami, sesat. Masa itu kami masih dalam ihram lagi. Tidak boleh marah dan bercakap kasar. Sya hanya mampu bertalbiah berzikir pada Allah. Tiba2 kedengaran suara 2 org lelaki sedang bertekak, pemandu bas dan jemaah haji dari negara arab ( sebab dia bercakap dlm bahsa arab). MashAllah..ketakutan menyelubungi fikiran saya. Dalam hati, jemaah haji tersebut memang dah kena dam sebab telah melanggar pantang larang di dalam ihram. Astaghfirullah…

Akhirnya kami sampai di destinasi..alhamdulillah. Di Mina, kami duduk selama 3 malam di dalam khemah. Khemah kami itu bersebelahan dgn kedai runcit ala-ala 7 eleven. Maksudnya dia buka 24 jam. Bygkan,bila masa kami nak tidur atau berehat yg sewajarnya. Lagi satu, sya rasa kita semua maklum kalau dgr org Arab bercakap..macam nak bergaduh! Ada sekali semasa di dalam khemah, pekedai runcit atau pekrjanya telah membaling kulit pisang dan jatuh atas riba saya..dan yg kedua diaorg baling botol air soft drink dan jatuh sebelah saya. Semuanya berlaku dgn sekelip mata dan saya menerimanya sebagai dugaan dari Tuhan yg maha esa. Di sana juga, sya takkan lupa kenangan pergi ke bilik air yg sgt2 terhad untuk menampung hampir 2 juta umat islam. ada yg beratur sampai 2 jam utk ke bilik air, tetapi ramai yg berhati mulia memberi lalauan kepda mereka benar2 memerlukan. Satu lagi buat sya tersenyum, bila pertama kali ke bilik air di sana, sya tertanya2, " ini bilik air lelaki atau perempuan?" Ini disebabkan boleh dikatakann 90% wanita2 pada masa itu berambut pendek. sependek2nya..hehe. Mungkin saya seorg shj yg "perempuan" pada masa itu :-)

Byk lagi kenangan2 yg hendak saya kongsi di sini tetapi saya rasa anda semua pasti boring membaca entry yg panjang2 seperti ini. Kenangan di Madinah adalah saat sedih buat diri saya, di mana saya begitu merindui keluarga di kampong dan pada seseorg yg melukai hati saya..

Salam Aidil Adha buat semua..


p.s. Takkan ku lupa aku kelas kedua..

Friday, November 12, 2010

Nasihat pada pelajar2..

Bila pemeriksa menanda kertas2 jawapan peperiksaan, perkara pertama yg menjadi perhatian ialah apa yg tertera di muka depan kertas jawapan. Nombor2 soalan yg dijawab, nama pemeriksa dan tulisan student. Perkara2 di atas adalah first impression yg pemeriksa tanam di dalam hati mereka sebelum meneruskan pembacaan beliau. Ada yg mulakan dgn Bismillah..ada yg mula dgn salam pada Madam..Dan diakhiri dgn "pujuk rayu" agar dibelas kesihan pada si penulis. Ada jugak yg dah bagi hint pada saya" kalau yg ada smiley face tu, saya lah ustazah!" Apa pun nasihat yg diberikan, sya akan cuba sedaya upaya utk menjadi adil dan memberi pada yg hak dan yg berhak sahaja.

Satu lagi sya ingin berpesan pada student agar jgn gopoh semasa menjawab soalan. Baca arahan soalan berkali2. pastikan apa yg perlu dijawab, berapa yg perlu dijawab dan apa yg tak boleh dijawab. Sikap gopoh ini adalah salah satu sifat syaitan dalam satu hadith yg pernah saya baca. Pelajar2 dinasihatkan bertenang semasa di dalam dewan peperiksaan. Bertenang di sini bermaksud menyerah diri pada Allah agar jiwa tidak berkecamuk dan seterusnya dapat berfikir secara rasional. Sebenarnya, sikap tenang ini adalah berkait rapat dgn hubungan kita dgn Allah bersertakan dgn usaha2 yg telah kita buat. Disamping itu juga, kessihatan diri, makanan yg halal dan baik serta cukup tidur dan rehat juga antara faktor kita dapat mengawal diri kita sendiri..

p.s. Kau dekat..tetapi jauh sebenarnya...

Monday, November 8, 2010

Renungan buat semua..

Sekarang musim demam peperiksaan di UIAM. Alhamdulillah, kesemua sabjek yg saya ajar telah pun selamat diduduki oleh para pelajar2 saya yg disayangi. Pada saat ini saya sedang sibuk memeriksa kertas Undang2 Jenayah Islam. Kertas Usul al Fiqh telah selamat ditanda dan sudah diberi grade masing2.

Kira2 seminggu sebelum peperiksaan bermula, ada satu peristiwa telah berlaku pada diri saya sbagai seorg tenaga pengajar di AIKOL. Sempena dgn final exam semester ini, saya telah meng’BAR’ 4 org student dari menduduki sabjek saya disebabkan mereka “MISKIN” dgn jumlah kehadiran ke kelas. Maka, saya menggunakan kuasa yg ada paa saya utk menghalang mereka dari menduduki kertas saya.

Selepas saya bar mereka, maka mereka yg berkenaan itu begitu tangkas dan lebih laju dari Usain Bolt, dtg menziarahi saya dgn muka yg murung dan sedih. Ada juga dtg dgn airmata berlinangan..dan berjurai2 keluar. Tetapi, nasi sudah menjadi nasi air dan bubur lambuk..yg memang sedap untuk ditelan, tak perlu dikunyah2 lagi. Saya tidak berganjak dgn keputusan yg saya buat. Sebelum ini, sudah dipesan berkali2 utk dtg ke kelas sentiasa tetapi semua pesanan saya hanya tinggal pesanan, tidak diambil kisah…

Selain dari itu, saya juga diganggu oleh ibu seorg student yg meminta bagi pihak anak beliau agar ditarik balik surat barring. Malah saya di tawarkan “hadiah” yg lumayan. Dgn izin Allah saya menolak segala tawaran yg diberikan. Yg penting saya ingin melihat student tersebut sedar dari mimpi indah dan belajar menerima kenyataan yg hidup di dunia bukan seperti cerita dongeng yg berakhir dgn happy ending..tetapi seperti cerita Korea, Taekugi..

Akhir kalam, kepada mereka berkenaan..bila mahu mengambil iktibar pada setiap detik pahit yg berlaku dalam diri anda?

Monday, November 1, 2010

Novel..






Gambar2 buku2 novel cinta yg saya beli baru2 ini. Maaf terlambat upload di sebabkan masalah internet di rumah.

Buku Dear John membuatkan airmata saya mengalir bila habis mmbaca buku ini..Cinta tidak semestinya kita hidup bersama..tetapi Cinta sebenarnya melihat anda bahagia dgn org lain..

The Killing Place, membuat saya takut setiap kali membaca chapter yg semakin menggerunkan..penuh misteri dan ending yg tak disangka2..

Summer affair, masih belum habis..ceritanya mengenai wanita moden yg cukup bahagia dgn keluarga tetapi masih membuat affair dgn org lain..bukan berdasarkan cinta tetapi nafsu semata2..