Powered By Blogger

Monday, March 28, 2011

maafkan saya...

Seorang student yg sudah hampir setahun tidak menjenguk saya tiba2 datang ke pejabat saya tadi. Dia menjelaskan tentang ketidakmunculan beliau sejak hampir setahun lalu. Rupa2nya dia berkecil hati dengan saya kerana tidak lagi memberi perhatian kpd beliau. Maafkan saya, itu silap saya. Yg saya tahu, student sepatutnya dtg ke pejabat lecturer utk bertnya khabar. Saya juga dah lama tidak menghantar message pada dia, bertanyakan khabar. Walau apa pun alasanya, saya mengaku itu kesilapan saya. Saya pula berpendapat student tersebut mungkin tidak selesa dgn saya jadi sebab itulah dia tidak lagi menghubungi saya. saya pun tidak pernah cuba utk bertnya khabar dgn dia. Maaf kan saya kerana rupa2nya hati dia telah saya sakiti. Bila dia memberitahu yg dia merajuk kerana saya melebihkan org lain, maafkan saya. Saya mungkin tidak sedar tindak tanduk saya.. Walau apa pun kedatangan dia ke pejabat telah melerai kekusutan hati dia. Akhirnya dia pulang dgn hati yg gembira........ ..hati yg dilukai dulu masih terasa ...argh...biarkan saja...

Wednesday, March 23, 2011

Jangan menipu semasa belajar..

Demi untuk sebuah kejayaan, ramai dikalangan student sanggup menipu semasa membuat assignment dan juga masa exam atau test. Mereka sanggup berbuat apa sahaja asalkan berjaya, sanggup telan kertas kerana hendak melupus bukti, sanggup menipu kawan dan guru dengan menggunakan hasil kerja kwan dan mendakwa kerja tersebut adalah hasil usaha dia.

Allah itu maha kaya dan setiap perbuatan anda pasti ada balasannya...

Semua ini adalah kerana niat belajar adalah untuk mendapat kejayaan cemerlang agar dapat kerja yg bagus. Niat utk menjadi popular. Niat utk mencari ramai kawan. Niat utk bodek lecturer. Niat utk menunjuk2..

Niat yg sebenar2nya adalah untuk mencari ilmu dan beramal dgn ilmu yg dipelajari. Juga dgn harapan agar dgn ilmu yg ada dapat menghindarkan diri kita dari siksaan api neraka dan azab kubur.

Mudah2an student2 saya dijauhi dari perbuatan sedemikian...kalau yg sudah terlanjur, bertaubat lah..dan mohon kemaafan dari guru anda..

p.s. sayang dan kasih pada semua pelajar saya...

Tuesday, March 22, 2011

pengalaman student membuat assignment

Hari ini adalah hari untuk student2 saya menghantar assignment. alhamdulillah, bila mendengar cerita dari mereka tentang pengalaman membuat assignment tersebut, saya merasa sungguh lega sebab semuanya seronok membuat assignment tersebut. masing2 tersenyum girang bila menghantar assignment. Bila ditanya tentang pengalaman manis menyediakan assignment, ramai yg berebut2 nak bercerita pengalaman manis mereka.

Ini adalah kali pertama saya menyuruh mereka membuat research utk assignment undang2 jenayah islam. menurut mereka, inilah kali pertama keluar utk menginteriew respondent.

Saya harap student2 selalu didedahkan dgn kerja luar kelas agar mereka bukan sahaja mendapat input dalam soal teori saja tetapi juga dari segi praktikal. pada masa yg sama membuat research juga mengajar mereka erti kesabaran dan persahabatan.

Mudah2an student ICL saya akan mendapat keberkatan dalam hidup mereka dunia akhirat. Mudah2an juga mendengar setiap butir kata dalam leteran saya, pagi dan petang, dan tidak lupa pada nasihat saya walaupun mereka sudah tidak lagi belajar dgn saya..insyAllah..

"A mediacore teacher tells, a good teacher explains, the superior teacher demonstrates and a great teacher inspires..."
p.s. selamat tinggal sayang...

Sunday, March 20, 2011

Bersangka baik sesama kita...

Seminggu yg lepas saya telah dijemput untuk memberi tazkirah kpada pelajar2 AIKOL sempena dgn program solat hajat untuk peperiksaan semester akhir yg akan berlangsung pada akhir bulan ini hingga ke pertengahan bulan april.

Antara nasihat yg saya sampaikan kepada pelaja2 adalah jangan kita berburuk sangka dgn guru kita. Setiap arahan yg diberikan kepada pelajar2 hendaklah dibuat dan dipatuh. Pasti ada sebab dan hikmah mengapa disuruh sedemikian. Kdg2, signifikan arahan itu tidak dapat dinilai dalam bentuk objectif tetapi dalam bentuk makna yg mendalam. Contohnya bila guru menyuruh membaca kes2 yg panjang berjela2, selain dari mendapat principle yg diutarakan di dalam keputsuan mahkamah, student juga dapat mempelajari vocab2 yg baru dan seterusnya dapat memperkayakan lagi jumlah vocab bhasa inggeris.

Pada keesokan harinya, saya mendapat pesanan di FB saya tentang persoalan bersangka baik dgn guru sedangkan guru tersebut membuat statement yg menunjukkan dia tidak puashati dgn pertnyaan pelajar tersebut. Menurut pelajar ini, dia ke pejabat lecturer A untuk bertnyakan soalan, tetapi bila diketuk pintu pejabat, lecturer A tiada di pejabat. Tiba2 keluar lecturer B yg duduk berdekatan dgn office lecture A. Lantas pelajar ini bertnya lecturer B, di mana lecturer A? Jawapan yg diberikan kpd pelajar tadi amat memedihkan. Antara isi2 jawapannya ialah; saya tidak menjaga lecturer, itu bukan urusan saya utk mengambil tahu apa lecturer A buat dan bla2..

Pelajar ini bertnya pada saya, adakah salah utk dia bersangka buruk dgn guru? ( dalam kes ini pada lecturer B). Jawapan saya, tidak salah. Sangkaan buruk kita adalah dia tidak suka dgn pertnyaan kita berdasarkan jawpan yg diberikan. Apa2 pun, utk menenangkan kekecewaan kita marilah kita berfikiran positif. Mungkin lecturer itu mempunyai masalah dgn kerja atau dgn sesiapa saja dan gagal utk mengawal perasaan dia. Walau apa pun yg berlaku, saya rasa sebagai guru kita hendaklah menunjukkan sifat yg berhemah pada murid. Dan yg paling utama, kita juga hendaklah juga bersangka baik dagn pelajar2 kita...

p.s. makan bubur jagung hari ini...

Tuesday, March 15, 2011

Insiden di tengahari..

Sudah bersawang rupanya blog saya selepas hampir 2 minggu tidak dikemaskinikan. Bukan lupa bukan juga sengaja tetapi disebabkan kekangan masa dan tuntutan kerja maka, proses mengemaskini menjadi tergendala.

Petang tadi, anak yg sulung meneiklefon dan memberitahu yg kunci pintu gate tersekat, tak boleh pusing dan tak boleh buka pintu gate. Selepas mengambil dua org anak lagi dari sekolah saya bergegas balik ke rumah utk membantu membuka kunci. tetapi kunci tak boleh buka juga. Lantas, saya serta anak2 ke kedai tempat membuat gate utk mminta org kedai itu dtg mmbaik pulih gate kami yg sudah rosak itu. tapi org itu tak ada. Saya menjadi tidak tentu arah, macam mana nak masuk rumah ni. Sambil mengingatkan diri agar bertenang, tiba2 terdengar anak yg bongsu, lutfi membaca ayat2 suci al Quran..berulang2 dia membacanya. Saya terdiam dan mengamati2 setiap ayat2 yg dibaca dan turut membacanya bersama. hati saya terus berasa sedikit ketenangan dan dapat berfikir bagaiman mencari jalan utk menyelesaikan masalah.

Akhirnya kami dapat masuk ke dalam rumah selepas memanggil seorang locksmith utk membuka pintu dan menukar kunci yg baru.

apa2 pun saya merasa sungguh bersyukur pada Allah kerana anak2 ada bersama semasa saya dalam kesusahan. ketenangan yg anak2 tunjukkan memberi kekuatan kepada saya utk menghadapi segala kesusahan dgn lebih rational.

peristiwa tadi merupakan kualiti masa yg sgt berharga yg saya habiskan bersama dgn anak2..walaupun susah tetapi saya harus melihat impak positif dari peristiwa tersebut.

Wednesday, March 2, 2011

Bila student nak tukar course..

Tadi ada seorang student datang meminta nasihat untuk tukar stream dari law ke education. Sedih dengar bila dia memberitahu yg mereka memilih law disebabkan ibu bapa yg menyuruh mereka mengambila course tersebut. Test yg saya bagi dua hari lepas dia dapat telur ayam. Jadi bila dia datang hari ini, saya sedar yg dia betul2 dalam kesusahan. Hmm..kesian dia. Apa yg boleh saya nasihatkan dia ialah belajar macam biasa dan selepas dapat result exam semester ini, saya akan buat recommendation letter utk tukar course.

Saya sangat2 bersimpati dgn student2 yg mempunyai masalah sebegini, persis diluah mati bapak ditelan mati emak. Sebenarnya, ibu bapa tidak boleh memilih course apa yg patut mereka belajar. Biar mereka yg tentukan sendiri. Mereka yg akan belajar dan mereka yg akan hadapi segala masalah esok hari. Biar mereka yg tentukan apa yg terbaik utk mereka. sebagai ibu bapa kita hanya membantu mereka. Memberi tunjuk ajar dan nasihat dalam pelajaran. Setiap ibu bapa hanya mahukan anak2 mereka bahagia, dunia dan akhirat. Cukuplah mereka menjadi anak yg mempunyai akhlaq pada sesiapa saja dan menjaga hak Allah sentiasa. Sudah cukup utk membahagiakan ibu bapa..

Untuk student saya itu, bersabar dan berdoalah..saya sentiasa menyokong anda dari belakang..

p.s. merisik khabar...