Thursday, September 30, 2010

masalah sosial di UIAM

Pada petang tadi ad sekumpulan pelajar2 lelaki sya telah membuat presentation yg bertajuk Masalah2 Sosial di IIUM. Sya merasa sungguh terkejut bila mendengar dan melihat sendiri bukti2 masalah2 sosial di IIUM. Masalah sosial bukan setakat freehair di kalangan pelajar perempuan dan merokok di kalangan pelajar lelaki. Tetapi lebih dari itu. Isu seperti lesbianisam( musahaqah), gay ( homosexual), gansgterism dan juga dadah. Sya tidak sedar yg mungkin ada dikalangan pelajar saya terlibat dgn aktiviti tidak bermoral seperti di atas.

Pelajar2 lain yg melihat videoclip dan gambar2 tersebut turut mengakui memang ada kes2 seperti itu. Mereka bertnya kepada saya, kenapa pihak berwajib di UIAM tidak mengambil tindakan kepda mereka. Sya kelu..tidak tahu apa yg harus di jawab. Apa yg bermain di kepala saya ialah, pihak berwajib sibuk mahu menjadikan IIUM sbagai research university agar peluang utk mendapat duit membuat penyelidikan terbuka luas...

aargh!!

p.s kau sombong sekali..

Wednesday, September 29, 2010

Belajar untuk berterimakasih..

Saya ingin menegur mengenai sikap sesetengah student yg berat mulut nak mengucap terimakasih kepada guru mereka. Sebagai seorg guru, tugas mengajar adalah profesion sya. Sya dibayar gaji untuk mengajar. Tetapi dari segi moral, guru adalah org yg byk membantu kita di dalam memahami makna kehidupan. Guru yg sebenar bukan hanya termaktub di dalam buku dan kertas tetapi lebih dari itu. Tugas guru yg sebenar ialah memberi inspirasi kepada student beliau mengenai makna kehidupan. Guru mengajar student bagaimana hendak menjadi seorg individu yg mempunyai akhlaq yg tinggi dan nilai2 murni. Guru juga adalah contoh terbaik kpd student. Berbalik kepada persoalan terimakasih tadi, sya sentiasa tergaman bila masa saya membantu member informasi kpd student tetapi student hnaya meninggalkan office saya dgn ucapan salam sahaja. Atau student yg menghantar sms bertanyakan itu dan ini, selepas saya membalas message mereka, tiada reply ucapan terimakasih dari mereka. Kadang terfikir bahawa kita hanyalah instrument atau alat utk mendapatkan informasi. Tiada “human touch” didalam hubungan kita. Bila tiada sentuhan kemanusiaan maka tiadalah hubungan hati diantara kita..maka tiadalah sifat mercy atau sifat lembut hati di dalam hati guru semasa berhadapan dgn kertas jawapan peperiksaan mereka.. Belajarlah utk bersifat rendah diri dgn guru..berterimakasih dgn mereka, nescaya kamu akan dikasihi oleh sesiapa saja.Paling penting hidup kamu akan lebih diberkati..

p.s. tiada ucapan itu dari mu lagi…

Tuesday, September 28, 2010

Student lelaki lebih baik dari perempuan?

You all tak tercabar ke bila org laki2 jadi lebih rajin dan komited dalam pelajaran? Saya pun rasa tercabar. Biasanya sya tengok budak perempuan lebih rajin, lebih pandai, lebih komited dalam pelajaran. Tapi kali ni, jumlah org yg hantar assignment dah 5 org. Hanya seorg sahaja perempuan.. aik mana pergi perempuan2 ni? cepat hantar! Buat malu je.. Test yg lepas pun org lelaki juga yg dapat markah tinggi. Walhal, student laki tak ramai. macam mana ni? Kualiti,kuantiti atau apa ye?


p.s. di mana kamu..?

Friday, September 24, 2010

Presentation UF dan ICL

Dalam minggu ini, student Usul al Fiqh dan Undang2 Jenayah Islam telah membuat presentation sebagai salah satu method assessment sebelum peperiksaan akhir semester.

seronok sebenarnya tengok/mendengar presentation mereka ini. Seronok melihat gelagat masing2 bila berhadapan dgn penonton yg terdiri dari kawan2 mereka juga. Ada yg nervous, ada yg selamba, ada yg buat kelakar dan ada yg buat seolah2 dunia ini dia yg punya ( bak kata P ramlee..) Pada masa yg sama juga, semasa presentation, kita boleh tengok kreativiti student meyampaikan isi dan reaksi mereka bila menjawab soalah dari penonton. Sifat2 sebegini sebenarnya dapat menonjolkan sikap dan pengetahuan mereka. Sikap dan pengethauan di sini, bermaksud kematanangan dalam menilai isu2 di dalam topik yg dipersembahkan. adakah hanya mengeluarkan saja apa yg diajar di dlm lecture atau membuat sedikit research di dalam topik tersebut?

Tujuan presentation bukan shj utk melihat sejauh mana student memahami apa yg yg diajar tetapi melihat sejauh student bertanggujawab dgn task yg diberikan. Dgn erti kata lain, sikap proaktif mereka utk bertanya kepada guru2 mereka semasa membuat persediaan presentation itu. Apa yg perlu dimasukkan dan yg tidak perlu dimasukkan. Adalah diminta kpd student utk berbincang dgn guru sebelum presentation bermula. Presentation adalah satu instrument utk pelajar membuktikan sejauh mana merka yakin/confident di dalam public speaking. Tetapi merka jangan terlalu confident/over confident sehingga membelakangi guru2 mereka dan seterusnya hilang sifat rendah diri dan hormat semasa menuntut ilmu.

Akhir kalam..minggu depan masih ada lagi presentation Usul al Fiqh. Saya tak sabar2 hendak melihat persembahan mereka yg pasti Meletop..ala DIVA-DIVA gitu! Awww!..

p.s. aku yg kau tinggalkan...

Wednesday, September 22, 2010

You are rude!

One student, who did not come to my class 14 times since the beginning of the semester, had visited my office yesterday. Upon listening to his explanations; could not wake up, busy, I wanted to come but could not make it and bla, bla.. All I said to him was "You are rude and no attitude!” He was staring at me unbelievably with mouth wide open.

Before he left my office, he touched his cheek and asked me " Am I rude?". I said " yes, without your knowledge you are doing this to your teacher.." He left and I left him as well..with no grudges. Sometimes, you need to say this so that he will stop dreaming..

p.s. coincidence is a miracle of Allah..

Monday, September 20, 2010

Hati yg terusik

Ada pepatah menyebut, jangan cepat merajuk nanti cepat tua. Bila kita merajuk,air muka menjadi tidak ceria. Dahi berkerut , mulut muncung dan mata pun nampak kuyu sebab hati sdg memendam perasaan. Kekadang2 kita terpaksa buat2 bahagia walau hati bagai nak gila. Terutama jika nature pekerjaan seseorg itu melibatkan dgn org ramai seperti cikgu, lecturer, model, public figure dan sebagainya. Ketahanan diri mesti kental dan jitu utk berhadapan dgn org ramai walau hati dimamah perasaan pilu. Kekuatan diri yg ada serta yakin Allah bersama dia akan memberi impak positif kepada kita.

Saya selalu mengingatkan diri sendiri supaya bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan samada hal peribadi atau dgn karier sebagai pendidik. Walau hati saya sedikit terusik dgn sikap sesetengah student tetapi sya mesti kelihatan baik dan professional semasa bekerja.

Walau apa pun, setiap cabaran perlu dihadapi dgn tenang..paling2 tidak saya mengeluh sendirian ( atau menangis sendirian). Yg pasti kita hanya manusia yg tidak sempurna dan berusaha utk menjadi kesempurnaan dalam hidup setakat yg termampu..
Akhir kata, semoga kekurangan yg ada pada diri kita tidak akan mengurangkan kasih sayang org utk menyayangi kita..itulah puncak kasih sayang dan cinta..

p.s. semusim saja…

Wednesday, September 15, 2010

Letter to Rafael Nadal

Dear Rafa,

I am feeling quite nervous now because this is the first time that I am writing you a letter. I hope you are fine, stretching your limbs and enjoying your holiday in Majorca with your loved ones.

First of all, I would like to congratulate you for winning the 2010 US Open. I was there watching you live from New York. My heart was pumping very hard whenever you made a serve and I was jumping on my seat whenever you got aces. Wow! Your left hand is amazing..

Dear Rafa,

this year is such a fantastic year for you . You have won several grand slam titles ever since you turned into a professional player in 2001. Australian Open,French Open, Wimbledon and US Open are now in your hands. You name it, you got it! To be in the world ranking is not as important as winning the game. It was a worthwhile wait since you did not play in 2009 due to knee injury.Now, your name is craved in the world tennis history together with other great tennis players. I hope you will remain humble as you are before. Don't be influenced with the celebrity limelight.

Till then, I wish you many great events to come and I will remain your unsung loyal fan..

Best wishes

ramizah

p.s. I never thought that your girlfriend is so beautiful..*sigh*

Tuesday, September 14, 2010

Kelate oh Kelate!

Sepanjang bercuti di Kota Bharu,saya asyik mendengar radio Kelantan FM. Saya tersenyum sendiri bila mendengar DJ bercakap di dalam loghat Kelate. Agak luarbiasa pada mulanya disebabkan selalu mendengar DJ radio hotfm dan KLfm. Walaubagaimanapun, perasaan pelik itu bertukar menjadi gembira dan berbesar hati. Kelantan masih mengekalkan identiti org Kelantan. Lagu2 yg diputarkan juga kebanyakannya lagu loghat daerah dan lagu2 Melayu kita. Sya tidak kedengaran langsung lagu2 barat yg mempunyai lirik2 yg terpesong. Lagu2 dikir barat serta lagu yg dinyanyikan oleh penyanyi dari negeri Kelantan sendiri. Bagi saya. keadaan seperti ini patut dikekalkan agar budaya kita tidak tercemar dgn lagu2 barat yg byk memesongkan akidah kita.

Satu lagi yg membuat saya tertanya2 ialah jenama "Yusmira" amat popular di Kelantan. Dari kosmetik, produk menguruskan badan, tongkat ali dan sebagainya. Bagus ke jenama Yusmira tu? hmm..nak cuba la..

Monday, September 13, 2010

Hari ke 4 aidil fitri

Saya masih lagi di kampung sempena cuti Hari Raya. Alhamdulillah, Hari Raya disambut dgn penuh kesyukuran bersama keluarga di sini. Seperti biasa, suasana di pagi raya agak kalut dgn suara periuk di dapur. Kemudian suara saya yg sibuk mengejut anak2 bgn tidur. Jam 8.20pagi sya berjalan kaki ke masjid di kmpung penambang.Kemudian jam 10.30 pulang ke rumah ma dan abah dan acara bersalam2an dan bermaafan di antara ma, abah serta adik beradik lain.

Di dalam kekalutan itu, kami mendapat panggilan dari sepupu memaklumkan mak saudara berada dalam keadaan tidak sedar diri di rumahnya di Pasir Pekan. Kami bergegas ke sana. Begitulah, corat coret hari raya, ada yg gembira dan ada yg sedih. Selalulah beringat.

Hari ni hari ke 4 aidil fitri, segala impian sudah menjadi kenyataan..

sekarang sya sedang befikir2 apa yg nk mengajar pada 20 september ini..atau bagi test je lah..hmm..what do you think?

Wednesday, September 8, 2010

Menjelang Hari raya..

Lagi satu hari aidil fitri akan menjelang tiba. Saya masih di Gombak. Esok hari terakhir anak2 ke sekolah. rambut mereka masih belum dipotong.

Hari ini sya dtg ke kampus. Sungguh sunyi sekali. ada ternampak beberapa org student berjalan2 di sekitar kampus, tapi semunaya pelajar2 dari luar negara. Pensyarah pun tidak kelihatan. Sya hnya berjumpa dgn dr ainul dan dr haniff sja di aikol. Yg lain mungkin sudah balik kampung.

Lagu2 Raya rancak berkumandang di corong2 radio. Bahangnya sudah terasa. Hati saya cukup hiba mengenang mereka yg tidak begitu gembira seperti lirik lagu2 hari raya. Sya cuba utk tidak terlalu gembira di aidilfitri ni. Hanya bersedrhana saja. Pasti ramai yg berduka bila kehilangan org tercinta. Yg penting, jiwa raga harus fitrah-suci dari segala tamak haloba, dengki dari berleluasa dan kasih sayang perlu ditimba pada hari yg mulia.

Hari Raya kali ini amat ditunggu juga kerana kakak sulung saya ( sy anak kedua) akan pulang beraya di kampung setelah beberapa tahun beraya di Singapura. Pada masa yg sama teringat juga pada adik, Janna dan Ahlami yg beraya di Sabah dan Adelaide pada tahun ini.

Walau di mana jua anda berada, yg penting kita mesti bahagia dgn sesiapa saja di sisi kita..

Selamat Hari Raya...

p.s aku yg kau tinggalkan...

Monday, September 6, 2010

Sahur

Sudah 27 hari kita berpuasa. Lagi 3 hari kita akan ( jika diizinkan Allah) menyambut Hari Raya Aidil Fitri, hari kemenangan bg umat Islam seluruh dunia. Ramai entry bloggers pada kali ini akan bercerita pasal raya. Sya pula ingin berkongsi cerita mengenai sahur.

Bangun sahur dan makan sahur, hukumnya adalah sunat muakkad. Sunat yg amat dialu2kan di dalam hukum Islam. Waktu sahur adalan masa mustajab doa. Seingat saya, semasa kecil, Ibu akan bangun menyediakan juadah bersahur. Bila bangun dari tidur, Ibu sudah menyediakna semunaya hatta nasi sudah diletak di dalam pinggan. Sya kagum dgn semangat kental ibu saya yg bertungkus lumus membuat persiapan di bulan ramadhan. Amalan bersahur menjadi amalan rutin saya setiap ramadhan. Jarang2 sekali, ada juga ibu terbabas. Sya terfikir, kalau saya sedar dulu saya akn bgn kejutkan ibu. Sya turut membantu ibu selepas itu.

Bila saya di Universiti, ramai teman2 sebilik meletakkan tanggugjawab utk mengejutkan bgn sahur kepada saya, hatta ke bilik yg agak jauh dari bilik saya.

Sekarang, bila sudah berkeluarga, saya masih lagi dgn tabiat yg sama. Mesti bgn sahur dan makan walau sedikit. Mengejutkan anak2 tidak susah buat saya. Bila saya sendirian di dapur menyediakan juadah sahur, kdg2 fikiran saya melayang pada pengorbanan ibu saya dulu. Sekarang giliran saya pula. Sya tak nafikan utk bangun sahur, memerlukan motivasi yg kuat. Tetapi berkat didikan ibu, saya dapat mengatasi kemalasan bangun sahur. Yg saya tahu byk keberkatan dan manfaat pada waktu itu...

Untuk ibu saya, Terimakasih kerana menanam sifat2 murni dlm hidupku..

Akhir kalam...masih 3 hari lagi utk bersahur..

p.s. Redha dgn kententuan Mu

Sunday, September 5, 2010

Bila student balik kampung..

Pagi tadi ke kampus sebab ada hal di office. Keadaan di kampus sgt sunyi. Ramai dah student pulang ke kampung. Byk kereta luar masuk ke kampus bila Pak Guard meminta mereka berhenti utk di ditnya tujuan ke UIAM.

Teringat zaman di UIAM dulu, bila bulan puasa, hati dan fikiran meronta2 nak balik kampung utk berbuka puasa bersama keluarga. Tetapi pada masa yg sama mengingatkan diri sendiri apa tujuan sebenarnya dtg ke UIAM. Walaupun perasaan membuak utk balik tapi yg paling penting sekali ialah pelajaran. Kita telah diamanahkan utk belajar. Tidak sesekali saya akan ponteng kelas hnya semata2 utk balik kampung secepat mungkin. Tidak sesekali sya akan membuat permohonan utk dipercepatkan ujian atau diperlambatkan ujian utk saya semata2 kerana saya nk balik kampung. Walaubagaimanapun, org mungkin akan mempertikaikan dulu lain, sekarang lain..Begitulah org2 yg tetap tidak mahu mengaku salah dan masih nak menegakkan benang yg basah.

Sya sungguh tersentuh dgn sikap student2 yg dtg berjumpa dgn saya sebelum balik ke kampung sambil memohon kemaafan zahir dan batin. begitulah akhlaq yg mulia yg bukan hanya menanam tebu di bibir sahaja..

p.s kau pandai bermain kata..

Wednesday, September 1, 2010

Sibukkah anda?

Saya tahu bahawa saya tidak berhak utk bercakap pasal sibuk sebab saya rasa ramai lagi org2 di luar sana yg teramat sibuk sperti PM kita, Datuk Seri Mohd Najib dan para YB2 yg lain.

Cuma sya terasa sedikit luar biasa berlaku pada diri saya semenjak bulan april tahun ni lagi. Ianaya semakin menjadi bila semester baru bermula pada bulan julai lepas dan semakin menjadi luarbiasa bila masuknya bulan ramadhan yg mulia ini.

Setiap minggu sya mesti pastikan yg sy memberi kerjarumah pada student saya seramai 81 org. Setiap minggu juga saya akan mengendong hasil kerja mereka ke rumah dan memeriksa bila ada masa terluang.

Setiap hari khamis atau jumaat sya akan memerah otak, apa kerja rumah yg patut bagi pada mereka. Setiap hari saya akan membuat sedikit research di dalam online databases jika ada latest research mngikut topik2 yg diajar. Kalau boleh stdent sentiasa dibekalkan dgn info yg baru dan terkini. Nota2 perlu dikemaskini dari masa ke semasa.

2 minggu lepas, kami diminta menyediakan soalan2 untuk peperiksaan akhir semester pada bulan october. MashAllah, rasa macam nk pecah kepala saya bila terpaksa "berkhayyaling". Pada masa yg sama, ada 3 kertas kerja yg perlu disiapkan sebelum akhir tahun ini.

Bulan ramadhan yg mulia ni, sya mesti pastikan sya mencapai KPI ( Key Performance Indicator)seprti qiyam, solat sunat, bersedekah, khatam Quran dan pelbagai amalan lain lagi.

Tidak ketinggalan juga, setiap minggu atau cuti umum, sya mesti melawat teratak baru kami sekeluarga di Melati Utama yg sedang dalam proses pembaikan.

Apa2 pun, sya pasti student2 saya adalah org2 yg paling sibuk sekali apabila setiap minggu semenjak bulan ogos lagi ujian pertengahan semester yg berderet2 setiap minggu disamping assignment dan kerja2 lain yg berkaitan dgn pelajaran mereka..

Tahun ni, sya tidak berkesempatan utk membalas kad2 raya [ yg amat sedikit] yg dihantar oleh student2 saya. Maaf, ini semua kesilapan saya yg gagal menguruskan masa dgn bijak..

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi bebanan kepada kita melainkan DIa tahu yg kita mampu utk memikulnya..


p.s. Mana lebih senang, hantar kad raya atau hantar warning letter?