Saturday, December 31, 2011

Pelajar dan janji...

Rupanya kita sudah menghampiri saat-saat terakhir pada tahun 2011. Mungkin pada ketika ini kita membilang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup kita sepanjang tahun ini. Cerita sedih, gembira, suka, duka dan pelbagai lagi yg mewarnai hidup kita sepanjang berkelana sebagai hamba Allah di dunia yg fana ini.


Pelajar2 saya pula sekarang ini sedang sibuk menghadapi peperiksaan akhir untuk semester 2011/2012. Ada sesetengah pelajar pula, semester ini merupakan semester terakhir buat mereka sebelum melangkah keluar ke alam baru yg bukan lagi bergelar pelajar.


Semenjak saya mula mengajar pada tahun 1994, sudah beribu pastinya pelajar2 yg pernah belajar dengan saya. Mudah2an setiap ilmu yg diajar dapat diamalkan dan dipraktikkan. Itu yg paling penting. Bagi saya pula, setiap ilmu dikongsi dengan pelajar, makin terasa bahawa masih bertambun yg perlu saya gali dan cari. Saya sangat2 beruntung jika bersama pelajar yg mempunyai idea2 yg bernas; yg bukan hanya berlandaskan kepada idealism semata2 tetapi lebih bersifat realistik dan pragmatik agar dapat disesuaikan dengan keadaan dan semasa.



Berbalik kepada isu pelajar, ada sesetengah mereka apabila begitu gembira mendapat result peperiksaan akan senang sekali berjanji dengan saya. Berjanji utk belanja saya makan, belanja saya minum, nak bagi hadiah itu dan ini, nak bagi kad dan sebagainya. Tetapi janji hanya tinggal janji. Pernah seorang pelajar lelaki berjanji dengan saya akan membelanjakan wang pertama gaji yg diterimanya utk saya dengan membeli segelas milo kepada saya. Hingga ke saat ini, selepas -8 tahun grad, tidak pernah sekali pun dia menghubungi saya.


Sebenarnya bukan saya tak mampu hendak membeli segelas milo untuk saya tetapi waktu dia membuat janji dia berada di dalam keadaan gembira kerana saya banyak menolong dia pada waktu itu. Pada realiti, dia tak mampu utk mengotakan janji dia itu hingga saat ini.


Benarlah pepatah ada berkata " Dont make any promise when you are happy and dont make any decision when you are angry"


Untuk pelajar2 saya yg pernah berjanji dengan saya, tidak sesekali saya akan tuntut janji2 anda semua di akhirat nanti. Semuanya saya halalkan.


Akhir kata, mudah2an tahun baru 2012 bersamaan dengan 1433 Hijriyyah akan memberi momentum baru buat kita semua agar menjadi lebih baik dari tahun 2011 dari segi usaha, nilai murni, ilmu dan amal. Cuba kita ingatkan juga, adakan anda sudah mengotakan janji anda pada tahun 2011?


p.s. teringat lagu "Janji Manis mu" nyanyian Aishah dan lagu " Kau Lupa Janji" nyanyian Jamal Abdillah...lalalalala...

Thursday, December 8, 2011

please, grow up!



Antara perkara yg membuat saya sangat2 kecewa ialah bila pelajar ponteng kelas. Ponteng kelas atas sebab yg tidak munasabah seperti overslept atau nak buat ulangkaji pelajaran lain sebab ada ujian. Ada juga memberitahu saya yg mereka tak datang kelas sebab tak ingat ada kelas ganti atau kelas tambahan atau sebab nak pergi kenduri kawin sepupu dan pelbagai alasan lain lagi. Tidak hadir ke kelas dengan sengaja adalah merupakan satu kesalahan BESAR.




Mereka ini lupa pada bai'ah yg dibuat sebelum semester bermula di hadapan rektor dan top management office yg lain. Mereka juga lupa pada bai'ah yg dibuat di hadapan ibubapa masing2. Tujuan mereka datang ke universiti ialah untuk mendapatkan ilmu dgn harapan suatu hari nanti dapat satu degree dan menggunakan degree itu sebagai satu jalan utk mencari nafkah hidup. Bai'ah ini adalah satu perjanjian dan juga satu sumpah. Jadi jika kamu secara sengaja melanggar terma2 perjanjian maka anda telah berlaku khianat pada diri sendiri dan juga org lain.




Saya merasa sangat sedih dan kecewa bila pelajar begitu mengambil enteng perkara ini. Memandang remeh pada tanggungjawab sebagai pelajar terhadap pelajaran dan menunjukkan sifat tidak hormat pada guru.




Saya pernah terbaca dalam status FB seorang pelajar menyuruh kawan sekelas utk tolong sign attendance satu kelas pagi yg dia tak kan hadir sebab dia nak buat ulangkaji pada satu test pada petang hari tersebut. ada tiga benda dapat kita faham dari status ini; satu, jenayah ponteng kelas ini adalah berleluasa, kedua, komplot dalam melakukan jenayah menipu dan sikap yg suka stadi pada saat-saat akhir.



Pada masa yg sama, guru2 juga patut mengambil serius jika ada pelajar ponteng kelas. Jangan dipandang sebelah mata sahaja sebab mereka itu bukan anak kita atau saudara mara kita. Ambillah sebarang tindakan ke atas mereka sebelum terlambat. Marah, tegur dan sebutlah nama mereka yg tidak hadir ini di dalam kelas. Ini adalah satu bentuk hukuman juga. Semuanya itu dibuat atas dasar prihatin dan kasih sayang.....Antara tugas seorang guru ialah membantu anak didik kita dari terjerumus ke dalam kancah kemaksiyatan.


Sebenarnya punca masalah ini berlaku adalah kerana niat sebenar kita telah terpesong. Atau pun mungkin kita sudah hilang arah, apa yg tujuan hidup ini sebenarnya.



Baik saya ingatkan sekarang yg hidup kita, tidak lain dan tidak bukan , hanyalah untuk mencari keredhaan Allah semata-mata dan mudah2an dengan keredhaan Allah itu kita terselamat dari azab api neraka....






Friday, December 2, 2011

Saat yang ku idamkan




Minggu lepas balik kampung sempena dgn adik saya yg ke-9 melangsungkan perkahwinan dia dengan Faiz Adi. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.




Kali ini balik kampung tidak dapat bermalam di rumah ma abah sepenuhnya disebabkan "hotel" ma abah dah fully booked. Akhirnya saya sekeluarga dan adik no 3 menyewa homestay yg berdekatan dgn rumah ma abah. 3 malam kami di sana, hanya di malam ke 4 barulah boleh tidur di rumah ma abah.




Seronok balik ke kampung. Apa yg seronoknya? Selain dapat berjumpa dgn ma abah, dapat makan makanan kegemaran di sana iaitu Putu Halbo dan Nasi Tupey. Subhanallah, rasanya putu halbo dibeli 2 kali sehari dan tiap2 hari. Nasi tupey pula sekali makan 2 bungkus! Tak tahu lah nak komen apa. Lepas makan, risau pulak takut kain dan baju tak muat nak dipakai. Nampaknya kena puasa sunat bulan muharram ni.







Lagi satu yg membuat saya sangat gembira pulang ke kampung kali ini ialah kerana dapat berkumpul semua adik beradik. Kali kesemua adik beradik seramai 10 orang dapat berkumpul. Jarang2 sekali kami semua dapat bersama. Alhamdulillah, dgn izin Allah, kali ini dapat kami adik beradik bertemu mesra dan mengeratkan persaudaraan.






Semasa di dalam kapalterbang pulang ke KL, sempat saya mencoret puisi khusus utk kakak dan adik2 saya...









Selamat tinggal Dar al Naim



Selamat tinggal pujaan hati



Hasrat hati utk lebih lama di sini



mengail kasih



mengaut budi



dengan sedarah



dengan sedaging



rupanya cukup setakat ini



pertemuan berhenti



mencoret memori



melakar kasih abadi



mudah-mudahan bertemu lagi



Panjang umur, murah rezeki



jika tidak, maaf diberi



ampun saja kesalahan ku



dulu dan kini



mungkin berrtemu lagi



di akhirat nanti



sambil membawa kasih ilahi...






Sunday, November 20, 2011

Bahagia itu di hati bersama Lutfi




Hari Raya Aidil Adha yg lepas disambut di Kuala Lumpur. Ini adalah kali ketiga kami menyambut di sini dan bukan di Kampung Penambang. Pertama kali menyambut di KL pada tahun 2001 bila ma dan abah berada di Makkah kerana menunaikan haji. Tahun ke dua ialah tahun lepas kerana kami baru berpindah rumah dan ketiga pada tahun ini.



Anak saya yg ketiga, Ahmed Lutfi, menangis teresak-esak sehari sebelum Hari Raya. Dia merayu minta dibelikan tiket. Dia asyik bertanyakan kenapa kita tidak balik kampung walaupun soalan itu telah dijawab beberapa kali. Saya memujuknya dgn pelbagai cara tetapi dia masih menangis mahu dibelikan tiket utk balik kampung. Akhirnya saya bangun meninggalkan dia selepas dia enggan dipujuk lagi. Sebelum saya beredar, dia menyebut " There is no Hari Raya unless we do it in Kampung with Atok and Nenek!" Saya cukup tersentak mendengar kenyataan sebegini dari anak yg berumur 11 tahun itu. Pada masa yg sama, hati saya berasa sungguh sayu melihat kesungguhan dia menunjukkan kasih sayang pada keluarga di kampung. Hati saya bagai dicarik2 dgn kenyataan berani itu seolah2 saya tidak bersungguh2 seperti dia dan sekaligus tidak mahu pulang ke kampung.




Pada Hari Raya yg jatuh pada hari ahad. 6 hb nov 2011, kami sekeluarga menyambutnya di rumah. Malam hari raya, saya menyediakan juadah kegemaran Lutfi iaitu nasi dagang berlaukkan ayam, ikan tongkol, udang dan telur rebus. Saya juga buat kuah kacang dan nasi himpit. Bangun pagi, dia berasa sungguh seronok bila nasi terhidang di atas meja.



Selepas solat hari raya, saya, Lutfi dan Wafi pulang ke rumah. Jam 11 pagi, adik saya dari Pulau Indah bertandang ke rumah. Jam 12 adik dari Bangi pula datang. Lutfi kelihatan cukup gembira melihat sepupu2nya datang. Jam 1 tengahari kawan saya datang dari Ampang. Jam 2 petang, Lutfi mengikut sepupunya ke rumah makcik di Setapak. Jam 4 baru lah saya datang ambil dia dari Setapak. Petang jam 6 ada jiran di rumah lama datang. Lutfi pun kenal dgn anak2 jiran itu.



Pada sebelah malam kami menjemput sepupu2 yg dekat2 serta jiran2 datang utk menjamah daging korban yg dibuat oleh suami. Alhamdulillah, Lutfi sangat gembira dan tidak berhenti bercakap dgn para tetamu yg datang.



Sebenarnya, Hari Raya tidak lengkap jika tidak disambut bersama keluarga tercinta. Tetapi, banyak kali apa yg kita mahu itu tidak dapat dipenuhi oleh Allah. Jadi, berbahagialah dgn apa yg ada dan dengan siapa yg ada di sisi kita.



Jangan dicari bahagia itu. Ia ada di hati; bukan di kanan atau di kiri...



Sebagai ibu, saya perlu lebih kuat agar anak2 saya lebih bersemangat dan berkeyakinan pada diri sendiri.. walaupun jauh di sudut hati, saya begitu merindui ma dan abah di kampung lebih dari anak2 saya lagi...








Thursday, November 17, 2011

Cinta Pandang Pertama..


Hari ini seorang student lelaki membuat presentation di dalam kelas tutorial. Saya sungguh tertarik dengan presentation dia kerana dia begitu berkeyakinan sepanjang 20 minit berdiri di depan kelas. Dia bersedia 110% untuk berdepan dgn teman2 dia dan saya sekali. Tiada kedengaran bunyi orang bercakap sepanjang dia membuat presentation. Semuanya memandang ke depan dengan mata tidak berkelip. Saya sendiri pun cukup kagum dgn student tahun pertama tersebut. Tanpa saya sedari airmata saya mengalir mendengar dia membaca khutbah terakhir yg disampaikan oleh Rasulullah SAW. Cara dia membaca dan mengupas kandungan khutbah itu menunjukkan betapa dia sayangnya kepada Rasululllah. Hati saya cukup tersentuh dengan semangat jati seorg mukmin yg ada pada Abduh.



Sepanjang balik ke pejabat sebaik saja tutorial selesai, saya teringat pada tahun 1990 bila mana saya membuat presentation di depan kelas tutorial. Masa itu hanya ada 3-4 orang pelajar lelaki di dalam kelas dan dalam 10 orang pelajar perempuan. Tajuk yg saya present pada masa itu ialah Polygamous Marriage in Islam. Selepas saya membuat presentation, lecturer saya mengucap tahniah kerana dapat melaksanakan tugas saya dgn baik. Dia memberi markah 9/10. Saya hilang 1 markah kerana saya berdiri di sebelah perempuan sahaja. Sepatutnya saya berdiri di tengah2 kelas agar balance antara lelaki dan perempuan.



Keesokan harinya saya mendapat surat cinta dari salah seorang pelajar lelaki di dalam kelas tadi. Di dalam surat yg ditulis panjang sehingga 4 helai muka surat itu, dia menyuarakan hasrat hatinya utk berkawan dengan saya. Dia juga menyatakan di dalam surat tersebut yg dia telah jatuh cinta selepas mendengar presentation saya semalam! Lebih memeranjatkan lagi, saya adalah cinta pertama dia.



Subhanallah.. tidak terkata sebaik sahaja selesai membaca surat tersebut. Saya rasa bersalah pula kerana membuat org jatuh cinta dgn begitu senang sekali. Niat saya ke depan hanyalah utk berkongsi idea dan juga utk membina keyakinan diri bila membuat public speaking. Tetapi begini pulak jadinya.



Tetapi saya terpaksa menolak cinta dia. Akibatnya, dia jatuh sakit dan tidak mengambil exam semester pada tahun itu. Kawan rapat pelajar lelaki itu dtg menemui saya dan memujuk saya utk menerima cinta kawan dia itu. Saya menolaknya dgn baik dgn memberi alasan saya tidak bersedia utk menerima dia sebagai soulmate saya. Tiada kurangnya pelajar lelaki itu; berilmu, baik, mukmin yg boleh dicontohi, cuma hati saya tidak terbuka utk dia.



Saya tahu dia bahagia sekarang sebagaimana saya juga bahagia dgn diri saya sekarang ini. Walaupun dia tidak dapat melupakan cinta pertama tetapi saya pasti dia telah menemui cinta sejati dalam hidup dia...



Hingga sekarang saya tidak melupai peristiwa tersebut. Setiap kali melihat student membuat presentation yg bagus, saya pasti mesti ada yg jatuh cinta!



Friday, November 4, 2011

Nasihat untuk Ami...

Ahlami, adik saya yang ke 9 akan melangsungkan perkahwinanya lebih kurang 3 minggu dari sekarang. Bila membaca status di FB dia , rasanya dia sangat teruja utk melangkah ke alam baru. Alhamdulillah, perasaan sebegitu adalah perkara biasa. Mudah2an Ami ( panggilan manja) akan selesa apabila mendapat title baru.








Teringat saya pada zaman dahulu kala apabila selesai mengikat tali perkahwinan dgn mere zindagi. Sebaik selesai bernikah keesokan harinya saya ke rumah suami. Perasaan yg pada mulanya gembira bertukar menjadi duka. Teringat pada ma abah serta adik2 yg tersayang. Saya bukan lagi milik ma dan abah..saya sudah menjadi milik suami tercinta. Kebebasan saya akan menjadi lebih terbatas. Kasih sayang saya pada adik2 menjadi terhad. Masa kini hanya utk suami yg telah memberi mas kahwin kepada saya. terasa seperti hubungan suami isteri ini menjadi kejam terhadap adik2 yg saya sayangi.







Seminggu berkahwin, saya menjadi tidak keruan. Makanan tak dapat nak dihabiskan. jarang minum pagi sebab teringat saat2 selalu minum pagi dgn ma dan abah di rumah. Kuehtiaw, makanan kegemaran saya tidak dapat ditelan sebab rindu nk makan dgn adik2 di rumah. Rindu bergaduh dgn kakak, rindu utk mendukung adik bongsu, fatien adibah, rindu utk mencubit pipi ami..rindu melihat telatah adik2 yg lain.








Pada masa yg sama, saya juga cuba " adjust" diri utk hidup dgn lelaki yg bernama suami. Yg tidak sama dalam banyak perkara. Seribu satu cubaan dari segi fizikal dan mental.








Pernah sekali, saya mengurung diri di dalam bilik air dan menangis tersedu sedan sambil menyebut satu persatu nama adik2 dan memanggil perlahan2 ibu saya " ma..ma...ma..". Dgn harapan ibu saya dapat mendengar jeritan batin saya..







Kadang2 bila saya teringat pada saat itu, seakan saya belum bersedia utk menjadi isteri dan ibu. Tetapi Allah itu adalah pentadbir hidup kita. Dia lebih tahu bila dan di manakah kita mampu memikul satu2 beban.







Untuk Ami, gunalah saat yg ada ini utk memperkuatkan jiwa dan semangat. Kelak nanti menangis tak berlagu bila berada jauh dari keluarga. Banyak2kan membaca Quran serta bertadabbur dgn setiap ayat yg dibaca. Bila jauh dari keluarga dan tiada support dari mereka hidup kita sedikit goyah. Yg membantu kita nanti adalah semangat yg ada..dari mana datangnya semangat? Dari hubungan kita dgn Allah taala sahaja...








Semoga berjaya....















Saturday, October 29, 2011

Pelangi Petang

Pelang Petang adalah tajuk lagu kegemaran saya yg dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Lagunya yg mendayu-dayu dan disusuli dengan suara lembut dan sedih dari penyanyi tersebut memang akan membuat saya mengalir airmata. Lebih-lebih lagi bila sampai ke bait bahawa Pelangi itu membawa kebahagiaan dalam hidup kita walau hanya sebentar cuma.


Semasa kecil, terutama selepas mandi hujan di depan rumah, saya pernah beberapa kali melihat Pelangi muncul di langit. Terasa sungguh bahagia sekali melihat keajaiban Allah itu. Pada masa itu tidak faham konsep hujan, mentari dan pelangi



Sekarang baru saya tahu, bahwa hujan itu bermaksud kesedihan yg kita hadapi samada dari kegagalan hidup dan atau kecewaan kerana ditinggalkan teman atau sesiapa saja yg kita sayangi. Hujan juga diibaratkan airmata yg mengalir yg kerana kesepian dan kedukaan akibat ditinggal kekasih atau teman baik atau sesiapa saja yg kita sayangi. Saya dapat bayangkan semua itu kerana saya pernah merasa dan sedang merasainya sekarang.


Banyak kali saya dapat merasai bahawa mereka yg saya kasihi itu adalah Pelangi Petang semuanya.




Walau apa pun terjadi, saya pasti setiap kesedihan pasti akan disusuli dgn kegembiraan. Cuma, kita hanya perlu bersabar dan menanti saat manis yg akan tiba. Bila dan di mana? Terpulanglah pada kita. Kita yg menentukan bila kita mahu bahagia. Kebahagiaan tidak semestinya berdua atau bertiga. Kebahagiaan ada di dalam hati kita..dan di mana jua kita berada..




Jika dia sudah pergi...



biarkan saja,



pasti ada lain yg sudi untuk menemani...



kalau tidak pun, biarkan saja bersendiri...



Mudah2an dia akan muncul kembali...Jika ada rezeki...



Kalau tidak, mungkin itu sudah dari azali...



Yg dia tetap pergi



dan tidak akan bertemu lagi...



pada diri ini...

Wednesday, October 26, 2011

Cerita hari ini...

Semasa saya dan anak2 sedang berada di kaunter tiket TGV untuk membeli tiket filem Real Steel, tiba2 saya terdengar perbualan seorang lelaki dgn cashier tempat jualan tiket.


Lelaki: Saya nak tengok wayang jam 1 hari ni?


Cashier: Movie apa?


Lelaki: Apa-apa movie saja.


Cashier: hah? [Sambil pandang muka lelaki tadi]


Lelaki: Ya, apa2 movie, janji pukul 1pm.


Cashier: Berapa orang?


Lelaki: 2 orang.


Saya terdengar cashier tadi berbincang dgn teman sebelah dia dan memberi movie The Thing kepada lelaki tadi.


Selepas saya dan anak2 beredar, saya bertanya pada anak saya, Wafi yg berusia 15 tahun.


" Eh, ada juga ya orang macam tu?"


" ada Mama. ada ramai orang macam tu..."



Saya memandang muka dia dengan muka tak percaya.


"Betul ke Ngah?"


"Betul, Mama. Ada orang yang hanya mahu menghabiskan masa dgn kawan2 dia hanya dgn menonton wayang. Apa cerita pun, mereka tak kisah. Janji mereka dapat menghabiskan masa bersama".


Selepas berfikir apa yg anak saya cakap tadi, saya rasa ada juga yg betul. Yg penting kita menghabiskan masa bersama. Berbual dan catch up things apa yg tertinggal. Menonton movie adalah secondary.



Jadi, bila kita boleh berjumpa lagi? :-)

^
^
^
^
^
^

^


Thursday, October 20, 2011

Bersama pelajar membuat saya bahagia...

Selain daripada mengajar pelajar2 saya di dalam kelas, saya juga mengajar mereka di luar kelas. Bila mereka datang berjumpa dengan saya untuk meminta nasihat mengenai masalah peribadi yg mereka hadapi maka saya juga "mengajar" mereka bagaimana utk menghadapi masalah tersebut mengikut pengalaman yg ada atau berpandukan pada pengalaman orang lain. Tp banyak kali saya pula yg belajar dari mereka tentang kehidupan dan masalah yg mereka hadapi yg kdg2 menjerat diri mereka sendiri.


Selain dari mengajar saya juga boleh mengesah sijil2 atau transkrip exam student. Ini adalah tugas seumur hidup saya sepanjang mengajar di IIUM. Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada pelajar datang meminta utk mengesahkan sijil2 mereka atau dokumen2 lain. Jadi, kerja saya ialah utk memberi autograf pada setiap helaian sjiil yg telah difotostat. Ada yg datang utk permohonan PTPN, JPA, zaka, Baitul mal dan macam2 lagi.


Selain dari itu, saya juga banyak menjadi referee kepada student yg akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Master atau Ph.D Tidak kurang juga menjadi referee kepada pelajar2 LLB yg sedang membuat chambering. Dengan kata lain, kerja pensyarah ni banyak cabangnya dan banyak sumbangannya pada pelajar2. Yg ironiknya, selepas mendapat PTPN atau selesai mendapat degree master atau Ph.D atau menjadi lawyer dan sebagainya, semuanya senyap belaka. Kad raya sekeping pun tak ada, apatah lagi ucapan hari guru...*sigh*


Apa2 pun, tidak mengapa..yg penting mereka bahagia dan berjaya. Yg penting juga, saya pun cukup bahagia menjadi sebahagian dari kejayaan mereka. Walaupun mungkin sudah dilupa, tapi saya cuba untuk bersangka baik dengan mereka..Mereka hanya tidak bijak mengurus masa..


Akhir kata, saya gembira dapat berjumpa dengan pelajar2 saya, kerana mereka membuat saya...


sentiasa muda.. :-)









Tuesday, October 18, 2011

Doakan saya....

Tahun 2007 dan 2009 adalah tahun sakit saya..




Tahun ini, saya mesti buat check up lagi.




Apa nasib saya tahun ini, Allah sahaja yang lebih tahu.




Saya akan ke hospital lagi, kecut perut semakin terasa.




Sebak rasanya...airmata tergenang di kelopak mata.




akan terus gugur bila-bila masa




Segala wasiat sudah dimaklumkan kepada anak-anak....



Doakan saya....




Agar pergi dengan penuh keimanan




dan




Husnul Khatimah....

Sunday, October 16, 2011

Life Goes On...

There are things that we don't want to happen


but have to accept...




There are things we don't want to know


but we have to learn...




and there are people we can't live without


but have to let them go....




Well.......

Saturday, October 15, 2011

Blog saya dan sampai bila?






Bila tengok kepada jumlah follower blog saya yg sudah mencecah ke angka 116, membuat saya kurang percaya. Ya, saya tahu follower blogger lain sudah mencecah lebih dari saya. Cuma saya tertanya-tanya siapa lah yg membaca entri saya selain dari pelajar2 dan adik2 saya.







Semasa mula-mula berjinak di alam blog lebih 3 tahun lepas, saya hanya ingin berkongsi berkongsi pengalaman mengajar pelajar di peringkat universiti. Ada seorang pelajar memujuk saya agar menulis pengalaman saya itu di dalam blog. Pada mulanya saya menolak dgn alasan malas dan tiada masa. Selepas dia grad, barulah saya rajin hendak menulis. Sebenarnya, bukannya saya tiada masa tetapi pada masa itu saya tidak pandai mengurus masa. Lama kelamaan, minat utk menulis sentiasa ada. Walau sesibuk mana sekalipun, saya akan cuba meluangkan sedikit masa utk menulis. Walaubagaimanapun, entri saya tidak secanggih orang lain dgn pelbagai gambar menarik dan layout yg cukup kontemporari. Apa yg boleh saya buat ialah meluahkan apa yg ada di dalam kepala dalam bentuk kata-kata yg boleh difahami. Itu saja.







Mudah2an saya akan terus menulis selagi kudrat masih ada..selagi mana, jari-jari tua ni masih mampu menekan papan keyboard laptop ini.







Pesan saya pada anak-anak, jika mama sudah tiada lagi di dunia ini...biarkan saja blog ini kekal di alam cyber sampai kiamat tiba...mudah2an apa yg tertulis akan memberi manfaat pada sesiapa saja. Setiap entri yg ditulis ada kisah tersendiri; samada dari pengalaman peribadi atau orang-orang yg saya kasihi. Banyak entri yang menggambarkan betapa "fragile" nya saya dengan alam sekeliling. Betapa saya begitu "vulnerable" dengan alam dan makhluk Tuhan. Saya tidak sekuat mana apa yg disangka cuma "berlagak" saja...







Pada masa yg sama saya berpesan pada anak2 agar Facebook saya dihapuskan untuk selama2nya jika kematian menjenguk tiba....












p.s. masih sihat hari ni...

Friday, October 14, 2011

Aku dan hari ini...



Belajar untuk menerima kekurangan diri...

Belajar juga menghargai kelebihan diri...

Lebih-lebih lagi belajar untuk menghargai orang lain...

Ikhlaskan diri untuk beramal hanya kerana Allah....









Belajar untuk memahami orang lain..

Mudah-mudahan mereka juga memahami diri ini..

Belajar untuk menerima apa yg berlaku pada hari ini...

Mudah-mudahan ada hikmah yg terbaik untuk masa depan...



Hargailah hari ini.......

Hargailah diri sendiri......


















Friday, October 7, 2011

Monolog sendiri bertemu kekasih hati...

sebaik sahaja kelas tutorial jam 4-5 selesai, saya bergegas menuju ke pejabat untuk menunaikan solat asar. Sebaik sahaja habis solat dan membaca doa, cepat-cepat saya mengemas barang2 untuk dibawa pulang ke rumah. Hari ini saya harus bertemu dengan si dia yg sangat saya sayangi. Si dia yg sentiasa di hati dan di dalam doa saya. Tak boleh lambat kali ini, getus hati saya.


Sebaik sahaja doa menaiki kenderaan dibaca, kereta Nazaria yg sudah tua ini meluncur laju ke depan. Mata terus memandang ke depan, tetapi hati dan ingatan saya melayang ke belakang. Melayang pada kenangan bersama si dia pada satu ketika dulu. Dia yg begitu rapat dgn saya. Dia yg begitu ceria dengan lawak-lawak yg selalu dikongsi dgn saya. Kadang2 merah padam muka saya mendengar lawak dia. Dia yg begitu bersemangat bercerita mengenai pengalaman beliau ke luar negara, bertemu pelbagai ragam manusia dan adat resam manusia pelbagai bangsa.



Dia juga begitu pemurah dengan senyuman dan wang ringgit dan segala macam benda utk diberi pada sesiapa sahaja.



Owh...aku sayang dia..Ya! Allah..aku sangat sayang dia....






Kereta saya berhenti di persisiran jalan MRR2. cCpat2 keluar utk membeli goreng pisang dan sedikit kuih muih untuk si dia itu. Tak manis dan kurang beradab jika kita bertandang ke rumah orang dgn tangan kosong. Saya membeli RM4 pisang goreng dan RM 2 karipap.






Sekali lagi kereta saya berderum laju. tak sabar2 mahu berjumpa dgn si dia itu. Jam menunjukkan 5.45. Kereta banyak di jalan raya menyebabkan perjalanan saya terhensot-hensot sedikit. aargh...perjalanan sebegini membuka ruang kepada saya utk lebih khayyaling,,teurtama bila mendengar lagu2 lama zaman 70an, 80an dan 90an. jjiwo molep!!


Si dia yg saya sayangi itu sudah tidak seperti dulu. Sudah tidak seceria dulu. Sudah tidak secergas dulu. Dia hanya terlantar lemah di katil. Tidak mampu utk bangun dan bertahjjud. Tidak mampu utk bergurau senda dan berlawak jenaka. Melihat dia terlantar sepi di bilik bersendiri membuat hati saya bagai dihiris sembilu. Si dia itu sedang melawan sakit yg dihadapi sejak bertahun2 dulu... tanpa di sedari airmata meluncur laju bagai LRT.. menangis sedih..sungguh pilu mengenangkan dia sekarang ini...






Kereta saya terus membelok ke Jalan Ayer Leleh dan berhenti di tepi rumah cina depan rumah si dia. Jam sudah menunjukkan jam 6petang. Cepat2 saya keluar dari kereta dan mengambil buah tangan yg tak seberapa itu. Saya sangat merindui dia..saya ingin bertemu dgn dia..Selepas pintu otomatik terbuka, sya meluru masuk dan bersalam dgn puan rumah.






Kemudian saya menjengukkan muka saya di dalam bilik beliau terlantar. Terus dia berpaling dan memberi senyuman yg terbaik buat saya..sambil menyebut " owh...jah datang...jah dari mana?..cantik jah hari ini..." Pujian2 kepada saya tk lekang dari bibirnya. Terus dia menyambung.."Hari ini tiada orang datang jenguk Ayah Di.." Dia bercerita keadaan dia hari ini. Saya mendengar dgn penuh khusyuk. Pisang goreng dihulur padanya. Terus dia letak di tepi katil. Tak larat nak pegang apa2 hatta berat sendiri tak mampu utk diangkat. mashallah.... :-(






Selepas 15 minit di sana, saya beundur diri utk pulang ke rumah.. Mudah2an saya dapat berjumpa lagi utk mendengar pujian dia lagi. Walaupun saya berbaju buruk sekali pun, Ayah Di akan tetap memuji saya cantik berseri...






Itu lah Ayah Di.. Pak Cik saya yg kini terlantar sakit.






Mudah2an Allah ringankan kesakitan yg dihadapi agar dapat dia dapat beribadah dgn lebih sempuran. Mudah2an Allah memberi pahala yg sewajarnya dgn kesusahan yg dia rasai...






Aku sayang Ayah Di sampai mati.....


p.s. Sudah kalis dan imun....aargh...


Tuesday, October 4, 2011

" Kamu nak kawin ni, ada duit tak?"

Soalan di atas, saya tanya pada seorang pelajar saya yg menyuarakan hasrat hatinya utk melangsungkan perkahwinan pada masa yg terdekat ini.

Sambil tersenyum dia bertanya balik pada saya. " Kenapa perlu tanya soal duit? Adakah duit adalah penentu samaada saya patut berkahwin atau tidak? "

Ya betul..duit adalah penentu samaada kamu sudah bersedia utk menunaikan tanggungjawab untuk mengemudi satu institusi yg teramat penting dalam sebuah masyarakat.

Duit di sini bukan bermaksud literal sahaja. Maksud duit di sini adalah lebih kompleks. Ia mencakupi kemampuan seseorang lelaki utk menjadi pemimpin sebuah rumahtangga. Kepimpinan ini terbukti apabila lelaki yg bernama suami ini tahu bagaimana utk mendapat sumber pendapatan agar dia dapat memimpin keluarganya. Kepimpinan lelaki juga akan terserlah bila dia dapat mengatasi segala masalah dengan kebijaksanaan, pengalaman dan kreativiti yg dia ada. Sifat kepimpinan seperti di atas bermaksud dia sudah berkemampuan utk berkahwin.

Di dalam satu hadis Rasulullah bersabda, " Jika diantara kamu ( lelaki2) mampu untuk berkahwin, maka hendaklah kamu berkahwin..."

Kemampuan di sini bermaksud dari segi fizikal dan mental. Fizikal di sini bermaksud, lelaki tadi mampu utk memimpin keluarga dgn mencari nafkah kepada keluarga beliau. Dia juga mampu utk mendidik dan mentarbiyah diri serta ahli keluarganya agar jauh dari api neraka. Lelaki semestinya ada ilmu rumahtangga. Ilmu yg melipuiti skill technical dan insaniyyah ( emosional) sesama manusia. Fizikal juga bermaksud, lelaki ini ( macam lagu anuar zain pulak!) sihat dari segi fizikal utk memberi nafkah batin kepada isteri. Kalau di dapati kamu tidak"fit" ( sendiri mahu ingat dan tahu la..) maka kamu tidak mampu utk berkahwin.

Kemampuan mental adalah bermaksud adakah bersedia utk berkahwin? Bersedia utk berkorban antara satu sama lain. Bersedia utk berhabis duit jika perlu. Bersedia utk menjadi ayah atau ibu atau atok dan nenek. Bersedia utk menerima keluarga isteri/suami seperti keluarga snediri. Bersedia utk berubah jika perlu. Bersedia untuk mencari idea agar kita sentiasa menjadi contoh yg terbaik kepada keluarga. Bagi saya, kemampuan dari segi mental adalah elemen terpenting dalam sesebuah perkahwinan.

Bila kita tahu kita sudah bersedia? Saya tidak boleh menjawab bagi pihak semua. Kita sendiri lebih tahu apa yg kita mahu, bila, di mana dan dengan siapa. Cinta yg kuat dan serta percaya bahwa dia adalah pilihan hati adalah naluri perasaan yg Allah ilhamkan dalam jiwa kita bersumberkan banyak mana hubungan kita dgn Allah..

Secara peribadi, saya hanya mahu berkahwin yg berani meluahkan perasaan hatinya kepada saya. Seseorang yg menyintai saya sepenuh hati walaupun saya sendiri tidak pasti adakah saya seperti dia. Bagi saya, cinta itu boleh dipupuk, boleh berkembang jika si dia itu pandai mengambil hati.

Janda, dara atau balu, duda atau jejaka, adalah "nama brand" sahaja. Begitu juga usia. Ia bukan penentu kebahagiaan .Yg penting adalah kematangan fikiran dan keseragaman arah berfikir adalah penentu segalanya.

Ingatlah, bila ada cinta, pasti ada kehidupan untuk kita lalui bersama...Cinta juga tidak semestinya kita perlu bersama...kadang-kadang ada cinta tetapi kita tidak ditakdirkan untuk bersama...tetapi kehidupan tetap ada dan perlu diteruskan....

Sunday, October 2, 2011

Semua orang sibuk...










Sudah hampir 10 hari saya tidak mengemaskinikan blog saya.




Kalau disebut sibuk, semua orang sibuk. Macam-macam hal penting telah berlaku sepanjang minggu lepas tetapi saya pastikan bahawa sebelum hari ke 14 masuk, wajib saya menulis entri baru.



Sebenarnya elemen sibuk ini boleh menjadi isu dalam satu2 perhubungan dan boleh menyebabkan hubungan menjadi semakin renggang atau pun boleh menjadi putus.



Saya rasa jika kita pandai membahagi masa dan meletakkan yg mana perlu didahulukan dan yg mana boleh dikemudiankan sedikit, maka pertelingkahan dan sebarang konflik boleh dielakkan.


Lagi satu yg isu penting ialah komunikasi. Seharusnya ada komunikasi di dalam setiap hubungan.


Sebagai contoh, seorang student menghadapi masalah kesihatan atau peribadi, akibatnya dia tidak hadir ke kelas beberapa hari atau minggu. Guru akan menganggap pelajar tadi tidak berminat utk ke kelas maka guru akan bar pelajar tersebut dari menduduki exam. Anggapan guru dibuat atas dasar ijtihad dia kerana tiada komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Saya pasti, jika hal ini dikongsi tiada sebarang masalah besar akan timbul.


Semasa belajar di universiti dulu saya selalu pastikan yg saya akan menelefon ma abah 2 kali seminggu. Semasa bulan Ramadhan , panggilan akan menjadi lebih kerap.


Selepas kahwin dan mempunyai anak, saya menelefon ibu seminggu sekali. Walaupun kadangkala terlajak hingga ke 10 hari disebabkan oleh hal2 yg tidak dapat dielakkan. Ibu pun kadang2 ada hal2 tersendiri menyebabkan waktu senggang saya adalah waktu sibuk ibu..



Saya berharap sangat sesiapa saja di luar sana, tidak akan lupa utk menghubungi orang-orang tersayang untuk bertanya khabar dan sebagainya.



Begitu juga pelajar2 saya yg dulunya selalu menghubungi saya, sekarang ini tiada lagi bayang mereka di depan pintu pejabat saya.



Jangan jadikan alasan bahawa anda sibuk dan tiada masa utk mendail nombor telefon atau menghantar sms kepada mereka. Sekarang ini pelbagai cara utk menghubungi orang; email, sms, telefon, surat dan notes.


Lagi satu jangan pula bila kita berada di dalam kesusahan barulah kita teringat pada mereka.



Saya selalu mengingatkan diri saya, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih... semuanya bergantung atas berapa banyak kita kasih dan sayang pada mereka..



INGAT! Sayang bukan hanya di hati tetapi dibuktikan dengan amal yg nyata!


p.s Kind words can be short and easy to speak, but their echos are truly endless....

Friday, September 23, 2011

Jadilah seorang pendengar...

Student: Ustazah, saya down sangat hari ni...

Saya: Kenapa awak down?

Student: Saya failed dua paper.

Saya: Awak dah register kedua2 paper itu utk sem baru ni?

Student: Sudah..

Saya: Kalau gitu, awak tak perlu "down" lagi la...Sekarang fokus pada pelajaran.

Student: Ustzah rasa, saya masih ada harapan lagi tak utk belajar kat sini?

Saya: Saya rasa, soalan itu utk awak..bukan utk saya. Saya tak boleh jawab soalan itu. Apa awak rasa sekarang?

Student: Saya rasa boleh..tapi saya tak pasti.

Saya: Kalau awak rasa boleh, saya yakin awak boleh buat. Tetapi, pertama sekali awak kena pastikan dulu apa kelemahan awak. Apa yg menyebabkan awk fail dalam fail paper tersebut.

Student: Salah saya...

Saya: Apa salah awak? Pernah tak awk consult lecturer tersebut spjg pembelajaran awak? Pernah tak awak tanya dia, kenapa saya dapat markah banyak ni?

Student: Tak pernah...hmm..itulah kesalahan saya ( sambil tersenyum)

Saya: Sekarang awk dah tahu apa kelemahan awak, apa kekurangan awak..dan awak juga tahu apa kelebihan awk, bukan?

Student: ya.. (sambil tersenyum juga)

Saya: Lupakan yg lepas, pandanglah ke depan... awk boleh buat!

Apa yg boleh disimpulkan di sini ialah student ini hanya mahu ada orang mendengar masalah dia. Dia mahu org memberi perhatian apa yg dia rasa. Saya tidak berbuat apa2..Saya hanya mendengar dan cuba merasai apa yg dia rasa.

Kekuatan yg dia ada ialah sifat berani beliau utk meluahkan perasaan dia pada saya yg tak pernah dia kenali dan jumpai....


p.s. Ustajah Cinta v the Ssohor..Ccotek satu!!

Wednesday, September 21, 2011

Adab dengan guru...



Bila memberi lecture di dalam kelas, saya paling tidak suka dua jenis sikap pelajar.





1. Pelajar yg over confident bila mahu bertanya soalan pada guru. Pakai belasah saja hingga memotong percakapan guru. Pada masa yg sama tidak mengangkat tangan sebagai tanda izin mahu bertanya. Sikap sebegini adalah kurang beradab. Tunggu sehingga guru habis bercakap, kemudian angkat tangan kanan dan bila guru memberi izin ( mungkin dgn mengangkat keningnya, atau menyebut" Ya" atau apa2 saja tanda izin) maka bolehlah anda bertanya.





Lagi satu, student yg tak sabar-sabar nk bertanya. Walhal, jawapan pada muka surat sebelah atau pada isu yg berikutnya sedangkan guru itu tengah membuat persiapan utk memberi lecture pada isu tersebut. Dek kerana sifat gopoh gapah boleh membuat guru berasa hati dgn sikap kita yg kurang matang itu.





Ada juga student yg mengaku dgn bangganya yg dia boleh buat lebih dari apa yg diajar oleh guru. Kenyataan sebegini boleh memakan diri sendiri.





Kita hendaklah confident dgn diri sendiri tetapi jgn OVER confident!


Bila belajar, kita hendaklah ada sifat rendah diri dgn guru..barulah hidup berkat dengan ilmu yg kita dapat...





Sikap yg kedua akan dibincang pada entri berikutnya.... :-)

p.s. hari yg ceria mendengar cerita mu...

Tuesday, September 20, 2011

I am in pain....


I know that pain is inevitable and suffering is optional..


But just to let you know


I am in pain.....








Sunday, September 18, 2011

Cerita suka dan duka....

Saya sering dikunjungi oleh student untuk meminta nasihat. Nasihat ini bukan sahaja berkisar pada masalah pelajaran tetapi termasuk juga masalah peribadi, kehidupan dan isu2 semasa. Kadang2 ada juga orang2 perseorangan lain yg datang meminta pendapat mengenai masalah yg mereka hadapi.

Kadang2 mereka membuat komen kepada saya;

"Eh, Ramizah..awak ni kan selalu senyum dan happy..kenapa ek?"

" Saya masuk kelas Madam sebab saya suka tengok Madam senyum..Happy sokmo"


" Saya datang minta nasihat dari Madam kerana saya tengok madam happy je.."

Sebenarnya saya mempunyai banyak kelemahan apatah lagi kekurangan yg bertimbun2 dalam diri saya.. Ada banyak masa saya tidak happy dan sedih tetapi saya sentiasa cuba mengawal diri agar kesedihan dan kedukaan saya tidak disedari oleh pelajar2 saya.

Bila kita menjadi guru, kita akan selalu berdepan dgn public, dgn pelajar kita. Kalau di universiti, pelajar2 kebanyakannya sudah besar..20 tahun ke atas. Malah ada yang lebih berusia dari saya. Saya akan memaksa diri untuk senyum dan gembiar setiap kali berjalan ke menuju kelas walau hati saya ketika itu bagai dirobek2. Saya mesti gembira agar orang lain juga gembira melihat saya.

Saya sendiri pun kadang2 memerlukan motivasi dan nasihat pada diri sendiri. Saya juga mempunyai banyak masalah yg kadang2 membuat saya terduduk dan menangis sendiri; kadang2 di bilik air, di dalam pejabat atau di dalam kereta...sendirian....

Bila saya mengarang puisi, sebenarnya ialah salah satu cara utk saya meluah kesedihan saya. Pusi demi puisi dicoret adalah satu cara utk saya melupakan kesdihan di dada. Saya juga suka membaca, novel, buku2 cerita fiksyen dan no fiksyen, majalah2 ringan sebagai jalan utk mengawal masalah yg saya hadapi. Memasak adalah satu lagi teknik utk melerai kekusutan di dadal. Menyibukkan diri di dapur adalah sebahagian dari terapi utk melupakan sesiapa yg mengecewakan saya. Sudah tentunya saya tidak lupa untuk solat sunat dan membaca Quran, dan selawat tafrijiyyah sebagai satu rutin.


Ramai orang mengambil kesempatan ke atas diri saya dan selepas itu mengecewakan saya akhirnya adalah masalah yg sering berlaku pada diri saya.

Peringatan yg selalu saya ingatkan pada diri ialah masalah itu adalah sebahagian dari kehidupan saya. Ia membuat saya menjadi lebih matang, lebih memahami dan lebih bijak. Jika tiada masalah tiadalah manisnya kehidupan dan tidak ada lah "thrill" dalam hidup kita. Yg penting, kita mesti bijak mengawal masalah dan jangan sampai menyusahkan orang.

Anggaplah setiap masalah adalah perkara penting dalam hidup kita yg akan mendidik kita menjadi orang yg lebih matang dan berpengalaman.

p.s. Pandai bermain kata-kata tetapi dusta belaka...

Wednesday, September 14, 2011

a moment with secret admirer...

Tadi saya dikunjungi oleh seorang student bukan dari AIKOL. Bila saya ke pejabat utk mengambil chop yg tertinggal dalam pukul 8.45 pagi, saya tengok dia tercegat di depan pintu pejabat saya. Saya memberitahu dia yg saya sibuk di LR 7 sempena dgn adjustment period jadi saya tk dapat berjumpa dgn dia sekarang. Jam 10.30pagi bila saya balik ke office saya tengok dia masih tercegat di depan pejabat saya lagi. Masa itu ada dua orang student datang bersama utk saya menyelesaikan masalah mereka. Saya meminta dia datang jumpa saya jam 2 petang. Bila saya bertnaya apa masalahnya, ( kerja saya, hanya utk menyelesaikan masalah orang) , dia menjawab " personal problem". Aik, saya tk pernah tengok budak ni, tiba2 suruh aku selesai masalah dia. pelik2...

Akhirnya jam 2.08 kami bertemu. Sebenarnya saya tak pernah bertemu dengan dia. Rupanya dia mencari saya melalui nama2 yg tertera dari list AIKOL lecturer di pejabat. Dia hanya ingin bertemu dan berbual2 dengan saya di samping itu utk menyampaikan misinya berjumpa dgn saya.

Selepas berbual kurang lebih 10 minit, saya meminta diri untuk keluar. Sebelum dia beredar saya meminta maaf kerana tidak dapat meluangkan masa yg panjang dek kesibukan menjadi academic advisor pada AIKOL student. Lantas dia menjawab, " Madam bukan academic advisor..tapi life advisor..." Saya tersenyum mendengar remarks daripada pelajar itu sambil melambai pada secret admirer itu dari jauh.. :-) selepas dia keluar saya masih tidak berhenti tersenyum macam orang sangau...

p.s. Cepatnya masa berlalu....

Sunday, September 11, 2011

Hidup perlu diteruskan....



Semester baru akan bermula esok hari, 12 september. Saya akan bertemu dgn lebih 60 orang student pelajar2 tahun satu pagi esok. Pada masa yg sama student2 saya yg lama akan menganjak ke tahun 2, 3 dan 4.






Seronok sangat bila mengajar dan bergaul dgn mereka ini. Saya selalu merasakan bahwa pergaulan dan menjalinkan persahabtan dgn pelajar2 akan membuat saya bertambah muda. Mungkin petua awet muda yg terbaru utk dikongsi dgn pembaca2 semua.





Dalam seronok tu ada juga yg sedih, bila ada sesetengah student yg buat2 tak kenal dah dgn kita. Ataupun student yg dulunya rapat dgn kita, selalu dtg berkongsi masalah dan meminta nasihat macam-macam. Tetapi setelah makin tinggi belajar dan banyak ilmu di dada, maka saya ditinggal begitu saja.





Apa2 pun saya pasrah, sabar dan redha...inilah yg dinamakan kehidupan....Kita bertemu dan berpisah...Berjumpa dan bergembira. Ketawa dan menangis. Yg hidup dan yg mati. Itulah lukisan alam. Suasana sebegini adalah memberi erti hidup yg sebenar. Yg penting, kita masih ada Iman dan Islam...Itulah sebaik-baik nikmat..

















p.s. pasti masih ada yang sayang pada saya....

Friday, September 9, 2011

What I feel today....





The only way to understand yourself is to get to know who is your creator..You must understand why did HE create you...What is your status to HIM...What is your mission as HIS slave.....




To HIM we come, to HIM we shall return....








Sometimes I just need to be left alone....pondering about HIS creations...thinking about my past and believing in HIM that whatever happened to me, there must be a reason behind it..and I have no regret at all...


p.s. leave me alone.....



Thursday, September 8, 2011

Kasih sayang...sebelum terlambat

Kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin, suami menelefon saya di pejabat. Suaranya di corong telefon tidak seperti biasa, kali ini agak lemah dan lembut. Malah dia bertanya saya dulu, apa yg saya sedang buat ketika itu.


Kemudian dia memberitahu saya yg kakak iparnya di Dhaka, Bangladesh telah meninggal dunia pada 29 Ogos. Sehari sebelum Aidil Fitri. Satu keluhan lemah dapat didengari dari telefon. Terus saya teringat yg saya ada mengpos kad raya pada Hena Apa 2 minggu sebelum raya. Pada masyrakat Bangladesh, kakak ipar adalah seperti kakak sendiri. Kami pernah ke sana pada tahun 1995 dan 1999 dan tinggal di rumah Hena Apa. Selepas itu, kami tak pernah berkunjung ke Dhaka lagi.


Suami telah menjadikan keluarga di Malaysia sebagai keluarganya. Dia sudah tidak punya ibu bapa dan adik beradik. Yg tinggal hanyalah anak2 saudara yg tinggal di Karachi, Pakistan. Sepatutnya, bila mahu pulang ke kampung suami, kami patut pulang ke Karachi sebab keluarganya di sana. Tiada siapa lagi di Bangladesh. Hena Apa adalah kakak kepada arwah isteri pertama suami. Sekarang, selepas kematian Hena Apa, pasti suami enggan mahu ke Bangladesh lagi.


Pengajaran yg boleh kita ambil di sini ialah, hendaklah kita tunjuk kasih sayang kita pada org2 yg kita sayang semasa mereka masih hidup. Ucaplah rasa sayang kita pada mereka. Jika mereka sakit, ziarah lah mereka. Tunjukkan yg kita prihatin pada masalah dan keadaan mereka.


Bila kita memberi kasih sayang, sesungguhnya kita memberi satu kehidupan dan harapan kepada mereka.


Mudah2an kita tidak mengambil enteng pada org2 yg pernah kita lafaz yg kita sayang pada mereka pada satu ketika dulu dan membiarkan dia terumbang ambing tanpa lafaz salam dan tanya khabar.... Hubungilah mereka sebelum terlambat...


p.s. Selamat tinggal...cukuplah setakat ini....


Tuesday, September 6, 2011

Puisi entah apa-apa...



Sekali air bah, sekali pantai berubah...

Hati manusia begitu cepat tidak endah..

Bila sudah dapat apa yg dihajat..


Manis mulut dgn kata-kata pujangga...

Serta janji untuk setia...

Akhirnya aku ditinggal jua...

Sunday, August 28, 2011

Di sebalik Hari Raya...

Ayah Sid berada di sebelah kanan..






Nenek sebelah abah; cucu panggil dia Mok..



Nenek sebelah Ma; cucu panggil dia Chek..





Di sebalik kegembiraan kita untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri yg akan menjelang tiba tidak lama lagi, saya harap kita tidak lupa kepada mereka yg telah lama meninggalkan kita. Juga kepada mereka yg tidak bernasib baik utk berhari raya bersama keluarga. Sekaligus juga kepada mereka yg ditimpa malapetaka atau kehilangan org2 tersayang menyebabkan Hari Raya tidak lagi menjadi hari utk mereka bergembira.



Saya harap di sebalik kegembiraan itu mesti ada terselit perasaan prihatin kepada org2 di atas. Berpada2lah menyambut Raya. Bersederhanalah dalam semua segi, dari penyediaan kuih muih, baju raya dan tawa gembira. Ingatlah pada mereka yg tidak bernasib baik seperti kita.




Pada hari yg mulia ini, saya pasti merindui nenek2 dan bapa2 saudara saya yg telah meninggalkan saya. Saya amat rapat dengan mereka. Semasa kecil, saya selalu mencari nenek dan bapa saudara utk mendapat duit raya.


Walau apa pun, yg pasti kita juga akan menjejaki mereka suatu hari nanti..



Mudah2an sempena menyambut hari kemenangan yg akan menjelang tiba, sama2 lah kita kembali kepada fitrah; menjauhi sifat munafik dan prasangka dan saling bermaafan agar hati kita suci dan bersih.


SELAMAT HARI RAYA!! :-)



p.s. Chek, Mok, Ayah Sae, Ayah Soh dan Ayah Sid....rindu nyohs...

Wednesday, August 24, 2011

Hidup tidak selalunya indah....







Hidup tidak selalunya indah




Kadang-kadang pasrah


Adakalanya tabah




Banyak kalinya gundah




dan selalunya terbabas









Yang penting lain orang lain tidak susah




Dengan aku punya masalah




Sabar, redha dan maaf




Hanya pada Allah aku berserah







Selagi jiwaku masih bernafas








*aaaaarrghh*


















p.s. Arwah Zumratullah tetap di hati...dibawa mati....

Sunday, August 21, 2011

Menjaga hak orang bukan Islam..

Baru-baru ini di dalam media massa ada menyentuh mengenai isu masjid di Pulau Pinang memasang bacaan al Quran al Karim dan juga tarhim pada waktu awal pagi sehingga menganggu org2 yg bukan Islam yg menetap di persekitaran tersebut.








saya terpanggil utk memberi reaksi dari isu tersebut. Patut ke tidak patut Jabatan Agama Islam melarang masjid di tempat itu dari berbuat sedemikian? Pada pandangan peribadi saya, patut. Larangan tersebut adalah mengikut lunas2 dan objektif shariah.








Bila kita hidup di dalam kelompok masyarakat org bukan Islam, isu2 sebegini perlu dititikberatkan. Ingin saya bertanya, adakah membaca ayat suci al Quran dan tarhim pada waktu pagi itu, hukumnya adalah wajib? Adakah ia menjadi satu asas bagi kemantapan akidah kita? Atau adakah ianya hanya sebagai salah satu furu' atau cabang dalam menegakkan syiar Islam? Secara jelas hukumnya tidak wajib. Objektif membaca Quran pada waktu pagi sebagai peringatan kepada umat Islam agar bangun pagi utk Qiyam atau subuh sudah menghampiri waktu. Tetapi jika hanya dua tiga kerat saja umat Islam di tempat itu ataupun pada masa yg sama menganggu ketenteraman org bukan Islam, maka tidak boleh kita melakukannya. Method of da'wah pun kena betul. Setiap hukum yg dikeluarkan oleh Majlis agama Islam atau Jabatan agama Islam perlu diambil kira dgn masyarkat setempat dan masa.








Semasa saya tinggal di jalan gombak, setiap pagi ahad, ada satu masjid di sana, selalu mengalunkan tarhim sebelum jam 5.30 pagi. Kemudian disusuli pula dgn tazkirah melalui pembesar suara hingga rumah saya yg jaraknya setengah KM itu dapat didengari. Tetapi saya tak faham satu butir pun kata2 dari penceramah. Yg saya dengar hanyalah tempikan suara beliau saja. Terfikir sebentar, adakah objektif memberi ceramah itu sampai? Kalau betul ada org mahu mendengar, silalah ke masjid. Saya pasti, org2 bukan Islam akan merasa tidak puas hati kerana pada hari minggu mungkin mereka mahu berehat dan melanjutkan tidur masing2. Yg penting di sini ialah sensitiviti kita pada hak mereka dan pada masa yg sama, kita mesti fikir adalah objektif kita utk berdakwah pada org Islam lain juga tercapai.








Maqasid Shariah perlu dilihat sebelum ulama' memberi hukum. Konsep daruriyyat, haajiyyat dan tahsiniyyat perlu difahami. Setiap hukum Islam perlu dilihat secara pragmatik dan bukan secara literal dan rigid.








Kadang-kadang kerana terlalu taksub dan rigid dgn hukum Islam, kita terlepas pandang terhadap hak2 org bukan Islam. Ilmu perlu digali, dikaji dan dikenal pasti yg mana sesuai dan dan yg tidak boleh dipakai. Pendapat2 ulama terdahulu perlu diterokai agar kita tiada prejudis pada satu2 mazhab.








Lagi satu yg penting, dakwah pada org bukan Islam. Berdakwahlah dgn mereka dgn amalan dan perbuatan kita kerana ianya lebih berkesan dari pembesar suara...








Basshiruu wala Tunaffiru.. Berilah khabar gembira (semasa berdakwah) dan janganlah kamu membuat mereka lari..( dari mendengar dakwah kamu)! ( maksud hadis)








p.s. menghitung hari...

Wednesday, August 17, 2011

Isu murtad dan prosedur dalam Islam

Ramai yg tahu bahawa mengikut undang2 Jenayah Islam, hukuman yg akan dikenakan kepada orang murtad ialah hukuman bunuh. Tetapi ramai yg tidak tahu apa dia prosedur jenayah Islamiyyah sebelum hukuman itu dapat dijalankan. Disamping itu ramai juga yg tidak tahu, apa dia elemen2 jenayah yg WAJIB dibuktikan sebelum si penjenayah boleh diumumkan sebagai Murtad Islam. Perlu diingatkan juga bahawa hanya Mahkamah Syariah yg berkuasa utk mengumumkan bahwa si Polan itu sudah murtad."Sesungguhnya dilarang sama sekali dikalangan kita utk memanggil sesiapa sebagai orang murtad melainkan si pemanggil itu juga adalah seorg murtad juga" ( maksud hadis).






Antara prosedur jenayah yg perlu dilalui oleh mahkamah ialah hak kepada si murtad utk bertaubah. Dalam bahasa Arab ia disebut sebagai Istitabah. Hak ini adalah wajib diberikan oleh mahkamah kepada tertuduh. Ulama2 berselisih pendapat tentang period yg perlu diberikan. Ada yg berkata, 3 hari, 1o hari dan ada juga tiada ketetapan masa tetapi bergantung kepada mahkamah. Pada masa period istitabah juga, adalah menjadi tugas mahkamah dan pihak berwajib lain utk menyelidiki apakah yg menyebabkan tertuduh meninggalkan agama Islam. Apa silapnya? Apa masalah si tertuduh? Mungkin ada ketidafahaman hukum hakam Islam dan sebagainya? Mungkin ada paksaan atau elemen luar lain yg menyebabkan dia murtad? Apakah ada niat jenayah si penjenayah? Ini adalah antara elemen2 penting yg perlu dibuktikan oleh Mahkamah Syariah. Jika si murtad bertaubat dalam waktu ini maka gugurlah hukuman bunuh ke atas beliau.





Di dalam lecture saya selalu memberi contoh kes Lina Joy sebagai satu kes yg mana si murtad boleh dikenakan hukuman bunuh. Lina Joy @Azlina telah dillahirkan sebagai org Islam, hidup mengikut amalan Islam tetapi tiba2 keluar dari agama Islam sebab mahu mengahwini pemuda kristian. Dia juga telah membawa kes ini hingga ke Mahkamah Persekutuan dgn tujuan utk mencabar kedaulatan Islam agar memberi hak kepada dia utk keluar dari agama Islam. Jika kes dia menang di Mahkamah Sivil ( Persekutuan), maka akan menjadi ikutan pada org2 murtad lain utk mengikut jejak beliau sekaligus mengugat kedudukan agama Islam di negara kita. Satu perkara perlu diingat bahwa, kes2 murtad hanya boleh didengari di Mahkamah Syariah sahaja. Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidangkuasa





Walaubagaimanapun jika si pesalah murtad ini adalah org2 yg tidak mempunyai kepentingan umum tetapi hanya peribadi sahaja, maka mahkamah boleh consider permohonan beliau. Seperti kes Siti Fatimah Abdullah, seorg wanita muallaf yg berkahwin dgn lelaki muslim dari Iran. Selepas berkahwin, tiada sebarang tunjuk ajar dari suami bagaiman mahu hidup mengikut cara Islam dan apa yg halal dan apa yg haram. Sepanjang berkahwin, tidak pernah solat dan sebagainya. Suaminya pula hilang entah ke mana. Justeru itu, permohonan sebegini boleh didengari boleh Mahkamah. Saya rasa tidak adil utk menyuruh atau memaksa Siti fatimah untuk terus kekal dalam agama Islam sedangkan pengalaman pahit bersuamikan org Islam menyebabkan dia ada stigma yg negatif pada agama ini.






Banyak lagi isu2 lain dalam jenayah murtad ini tetapi tak dapatlah saya nak membincangkan di kesemuanya sini.






Secara umumnya, kes murtad di Malaysia adalah amat2 membimbangkan. Tugas pihak berwajib ialah utk mencari punca keadaan ini berlaku. Apakah kepincangan yg berlaku dalam masyarkat kita? Apa kelonggaran dari segi undang2 menyebabkan mereka meninggalkan agama Islam sebegitu saja? Ini adalah tugas kita; tugas semua umat Islam. Pada masa yg sama kita hendaklah memberi contoh yg terbaik kepada org bukan Islam. Walaubagaimanapun saya pasti, jika niat utk memeluk agama Islam dibuat dgn penuh keikhlasan hati disamping ada moral support dari keluarga dan teman2, pasti si muallaf itu kekal beragama Islam. Tetapi jika seseorang itu, memang lahir sbg org Islam dan mengamalkan ajaran Islam sebelum ini dan tiba2 keluar dari Islam, maka seuatu yg pelik telah berlaku. Hanya dgn undang2 jenayah Islam dapat merungkai apa masalahnya dan jika perlu, hukuman bunuh perlu dilaksanakan kpd beliau. Itu pun selepas setiap prosedur mahkamah telah dilalui. Hukuman hudud senang disebut tetapi sangat susah untuk dilaksanakan.





Marilah kita sama2 mendoakan negara kita selamat dari malapetaka sedemikian...








p.s. maaf, sabar dan redha...













Sunday, August 14, 2011

Ucapan Raya: Kad Raya Vs SMS









Hari ini sudah masuk hari ke 14 kita berpuasa. Ada kurang lebih 2 minggu lagi kita akan berhari raya. Saya kira pada minggu ini ada juga diantara kita yg menghantar kad raya utk keluarga yg jauh di mata dan juga rakan taulan yg dekat atau jauh.



Sejak zaman IT melanda dan cellphone menjadi asas hidup individu dalam dunia ini, ucapan raya melalui kad sudah lama berlalu. Ramai yg menggunakan SMS atau text message dan Fb sebagai jalan utk menyalurkan ingatan di Hari Raya.



Secara peribadi saya lebih suka menerima ucapan melalui kad raya. Kad ucapan yg saya terima adalah sesuatu yg personal bagi saya. Terlalu istimewa utk diucapkan dgn kata-kata. Kehadiran kad adalah tanda pengirim mengingati penerima. Di dalam kad tertulis kata-kata yg manis, ucapan yg ikhlas serta doa dan harapan dari pengirim. Jika dipos, maka pengirim telah mengambil inisiatif dengan menampal stem dan mengepos kad pada masa2 tertentu. Saya suka menerima kad raya. Setiap kad raya yg diterima akan disimpan utk bertahun2 dan dibaca semula bila ada masa terluang.



Saya sangat menghargai kad ucapan dari pelajar2 saya yg ditulis dan dihantar dgn penuh ikhlas. macam mana saya tahu ikhlas? berpandukan ucapan di dalam kad tersebut. Dengan tulisan tangan dan smiley face. Cukup menggembirakan saya. Jika disertakan dgn alamat pasti saya akan membalas setiap kad yg dihantar satu persatu.


Saya harap budaya menghantar kad masih belum pupus. Walaupun ada yg lebih suka menghantar ucapan melalui SMS atau Fb, saya tetap lebih suka pada kad raya yg masih ada personal touch.


Dekat di hati dan rasa dihargai...


p.s. peminat stem...

Thursday, August 11, 2011

Paris Mosque

Semasa ke London bulan lepas, sempat juga saya berjalan-jalan ke Paris. Hanya satu hari di sana. Semasa di Paris, saya singgah di Masjid Paris yg terletak di celah-celah bangunan dan deretan kedai di bandar Paris. Tengok sekali rasa macam tak percaya itu adalah masjid. Walau apa pun, saya bersyukur bahawa, walau di mana kita berada, pasti ada masjid untuk umat Islam beribadat.




Di bawah ini adalah batu bersurat tentang sejarah Masjid Paris. Saya pun tak sempat baca. Kalau baca pun memang agak2 la apa kandungan yg tertulis di atas batu ini. Jadi pembaca2 sekalian boleh lah cuba membacanya. Kalau yg berumur 40an seperti saya ini, kena pakai spek lain utk membca tulisan sekecil ini.







Ini pintu gerbang masuk ke Masjid Paris. Ramai pelawat2 datang berkunjung untuk mengambil gambar masjid ni. Masa saya solat jamak dan Qasar pada waktu ini, lebih ramai pelawat dari jemaah utk bersolat.













Bila saja masuk ke dalam masjid, pemandangan ini yg kita nampak dulu. Taman Bunga dgn air pancut. Cantik dan tenang saja di sini.












Salah satu lorong di kawasan masjid









Di pintu yg terbuka itu lah tempat jemaah wanita bersolat.














Saya harap suasana sebegini tidak berlaku di Malaysia. Masjid bukan tempat utk orang Islam untuk berposing sana sini. Bukan tempat untuk kita bersohor yg kita pernah datang ke sini. Masjid adalah tempat utk kita memakmurkan ia dgn amal ibadat, ikitikaf dan zikrullah. Mungkin bagi mereka yg tak pernah datang ke masjid itu, boleh lah mengambil gambar sebagai kenangan. Janganlah pula kita datang melawat masjid yg berharga berjuta2 ringgit tetapi tidak sempat utk menunaikan solat tahiyyatul masjid, tetapi sempat pula kita untuk berposing-posing kemudian tepek gambar dalam Facebook...














p.s. mencari kekuatan diri untuk dilupai....





Monday, August 8, 2011

Ibadah: Personal vs Muamalat

Pada bulan yg mulia ini, ramai yg cuba melipatgandakan amalan ibadah mereka dgn melakukan perkara2 extra seperti solat sunat, solat tarawikh, solat witir, membaca Quran, Oiyam, iktikaf dan sebagainya. Saya kira, amalan ibadah sebegini adalah berbentuk personal. Antara hamba dgn Pencipta.




Saya harap antara kita tidak lupa juga dgn amalan berbentuk muamalat; iaitu berbentuk memberi manfaat kepada orang lain. Ini pun ibadah juga. Contohnya, mengajar mengaji atau sabjek2 lain, menulis sesuatu yg memberi manfaat pembaca ( menulis entry dalam blog?), menjaga orang sakit, menolong ibu bapa atau adik2 di rumah, bersedekah dan sebagainya.




Sebenarnya amalan mumalat di atas adalah lebih banyak pahalanya dari amalan berbentuk personal. Teringat pada makcik saya, Puan Wan Aminah Wan Yusoff, yg sibuk menjaga suaminya di hospital sejak 19 Julai lagi. Maka berbuka puasa dan melakukan amalan ibadah lain, semuanya di hospital. Mudah2an Allah memberi ganjaran yg sebaik2nya kepada beliau. Ketabahan dan kesabaran beliau semasa di di hospital menjaga suami tercinta membuat saya terpegun. Walaupun tidak dapat solat terawikh di masjid atau menghabiskan 30 juzuk pada bulan ni, saya pasti dan yakin ada pahala lain yg telah dijanjikan oleh Allah kepada dia.




Begitu juga pada ibu-ibu lain yg sibuk menyediakan juadah berbuka utk keluarga. Bermula dari bangun pagi2 lagi utk ke pasar, menyediakan bahan2 utk memasak, mengemas dapur dan sebagainya. Mungkin kerana kepenatan, tidak sempat nk melakukan 20 rakaat tarawikh dan Qiyam setiap malam. Tetapi sumbangan ibu2 sebegini yg mengorbankan masa dan tenaga agar org lain selesa melakukan ibadah adalah tiada tolok bandingnya.




Saya sendiri pun cuba utk memasak pada keluarga setiap hari dan mengelakkan diri utk membeli. Pada masa yg sama cuba utk mendidik anak2 agar redha dgn apa jua yg tertera di atas meja. Hari pertama berpuasa, saya meninggalkan pejabat jam 4.15 petang dan singgah di Giant utk membeli bahan2 basah utk memasak. Hampir 30 minit di sana dek ramainya orang, walhal hanya nk membeli ayam dan daun sup saja. Niat nk membuat lauk yg istimewa utk anak2 tapi dek keletihan ( hari pertama berpuasa dan bekerja) hanya sempat membuat nasi ayam saja, yg paling senang dan mudah.




Apa2 pun jangan diukur ibadah bulan puasa dgn berapa jumlah rakaat kamu solat tarawikh dan witir dan berapa kali kamu khatam Quran..berapa kali kamu iktikaf di masjid. Tiada siapa yg dapat mengukurnya melainkan Allah taala sahaja. Keikhlasan kita menentukan segala2nya. Cukuplah kita bulatkan hati dan tegarkan amalan hanya untuk Allah semata-mata.. Sebaik2 amalan ialah amalan yg berterusan..yg istiqamah dan yg tegar...bukan sahaja di bulan Ramadhan tetapi setiap bulan..






p.s. .............................................................................................

Saturday, August 6, 2011

Pertemuan itu...







Pertemuan itu manis bak limau kasturi


Takkan ku lupa hingga kini


Bila melihat kau berlari-lari


Mendapatkan aku yang ternanti-nanti


Bersama senyuman paling manis sekali


Serta buah tangan yang dihargai








Kini kita sudah jauh terpisah pergi


Sudah tidak bertemu lagi


Sudah tidak sehati lagi


Sudah tidak dirindui lagi






Tetapi pertemuan itu tetap di hati


dan tetap manis sekali


sesekali tidak akan kulupai


dan masih dijiwai


walau aku sudah jauh ditinggal pergi...


Dibuang jauh dari sanubari...


kerana pertemuan itu

satu yang hakiki

yang aku pernah kau sayangi..






p.s that was the best moment...

Tuesday, August 2, 2011

Kisah bersama Raja Bahlul...

























Ramai pembaca-pembaca blog saya (express dan silent reader) meminta agar saya menulis pasal kes Raja Bahlul.


Semasa sesi pembentangan kertas kerja, saya bersama dengan 2 org lagi speaker diletakkan di dalam sesi Religion and Society. Pembentang yg pertama ialah Mashhad al allaf dari UAE. Saya pula pembentang kertas kerja yg kedua ( sy suka no 2, sebab saya anak yg ke2) dan yg ketiga dari pembentang dari negara Romania

Sebaik saja habis pembentangan, org pertama yg bertanya soalan ialah seorg professor dari US, Prof David. Soalannya agak jujur dan berunsur ingin tahu tentang prosedur undang2 sebelum mahakmah syriah menjatuhkn hukuman.


Selepas David bertanya, Raja Bahlul pula mengangkat tangan, meminta izin utk bercakap. Rupanya dia hanya ingin meminta komen dari semua pembentang tentang Tuhan. Dia byk menggunakan istilah God dan bukannya Allah. Bagi saya, sebagai org Islam, adalah lebih baik kita menyebut nama Tuhan kita, Allah, bila bercakap. Walaupun, istilah "God" pun boleh tetapi dari personal impak, menyebut nama Allah adalah lebih menyuntik keimanan kita kpd Allah dan sekaligus menggetar jiwa kita.



Raja Bahlul bertanya, "Why do we need to seek forgiveness from God? What was the violation which we have committed, hence we need to ask forgiveness from Him? How do we know that He has forgiven us? Where is He?" Ini adalah intipati soalan2 dari beliau. Ada lagi komen2 lain yg disusuli dgn soalan ini. Saya cuma mengambil isinya saja.




Bila saja mendengar soalan2 begini yg ditanya, saya kecut perut. Takut jika ada "tanda" yg Allah murka dgn soalan2 sebegini. Sebelum saya dan pembentang lain memberi response komen ini, tiba2 Cynthia, seorang Non Muslim dari Amerika menjawab. " Dont you know that Muslims are abdallah; servants of Allah? There are many verses in the Holy Quran which mentioned that He is Ghaffar, he is al 'afw and and al Samhu. If you cannot see Him, He can see you. If you want to know whether he has accepted your apology, then you should communicate with Him. how do you communicate with Him? You have to read the Holy Quran".





Saya sungguh terpegun dgn jawapan yg diberikan oleh Cynthia tadi. Walaupun dia adalah seorang Non Muslim, tetapi dari segi ilmu agama ( berdasarkan jawapan dia tadi), adalah mengalahkan pengetahuan org2 Islam lain. Pada masa yang sama, saya terfikir yg kadang-kadang orang yg paling bahaya di kalangan org Islam adalah org Islam itu sendiri. Org Islam yg sifat bermuka-muka dengan nama sebagai org Islam dan amalannya . Tetapi di dalam hati masih meragui tentang kebesaran Allah dan sifat2Nya.




Saya hanya memberi response pada komen Raja Bahlul itu pada akhir sessi. Jawapan saya ialah. " As a Muslim I believe in Allah and His perfect attributes. I also believe in the Holy Quran, as the words of Allah. I strongly believe that He is the al Ghaffar by virtue of a number of Quranic verses. If you dont believe in Him and the Holy Quran.. well..I cannot do anything. I leave it to you to decide. "




p.s. Collide..You and I...

Monday, August 1, 2011

Books...

Dah lama tak menulis pasal buku-buku baru baru dibeli dan dan sudah dibaca..




Kebetulan masa trip ke London baru-baru ini, saya sempat membeli dua buah buku di KLIA sebelum masuk ke departure hall.


Di sini ada 3 buah buku yg saya sudah siap dibaca..








Tajuk buku di bawah ini ialah "Princess". Buku ini saya baca semasa berada di Heathrow Airport sambil menunggu waktu masuk ke departure hall. Ianya siap dibaca sehari selepas itu.Ianya berkisar pada kisah benar yg berlaku pada salah seorang puteri dikalangan kerabat diraja Arab Saudi. Pada umumnya buku ini sangat memberi impak kepada sesiapa saja bila mengetahui status wanita pada mata lelaki arab. Sebaik sahaja habis khatam buku ini, saya merasa sungguh geram dengan budaya dan mentaliti lelaki Arab terhadap wanita. Walaupun saya tahu, tidak semua lelaki bersikap sedemikian tetapi sedikit sebanyak menjejas juga perasaan saya pada lelaki Arab2 ini. Apa yg boleh saya simpulkan ialah, situasi sebegini adalah budaya Arab, norma hidup mereka dan sesekali tidak "represent" norma dan hukum Islam.






Ini buku kedua yang saya baca. Buku ini mula dibaca semasa di KLIA sebaik saja dibeli. Buku ini menjadi teman saya semasa menunggu bas, tube, tren atau pun semasa di rumah sewa. Tajuknya yg menarik membuat saya menggelepar hendak mengetahui isinya secepat mungkin. Banyak tips yg boleh kita belajar daripada buku ini. Tetapi ada juga yg saya tak mahu ikut; contohnya " How to use your eyes to make someone fall in love with you". Tips macam ini buat kita jadi gedik dan gelenyar pulak :-) Apa2 pun yg kita baca, gunalah akal fikiran dan iman di dada untuk menapis apa yg baik dan tidak baik.








Akhir sekali, buku yg terakhir yg ingin saya paparkan di sini ialah " I Shall Not Hate". Ianya adalah hadiah seorang yg istimewa kepada saya.




Buku ini adalah berdasarkan kisah benar berlaku pada penulis buku, Dr Izzeldin. Kisah hidup dia sebagai budak lelaki Palestine yg hidup di bawah reglime Israel. Keinginan beliau untuk belajar dan menjadi seorang doktor agar dapat mengubah kualiti hidup dia dan keluarga. Dalam memenuhi hasrat dan cita2 belau pelbagai ranjau terpaksa dihadapi. Bukan setakat wang dan kemiskinan tetapi dari segi politik dan sosial juga terpaksa beliau hadapi. Walaupun ibunya mati disebabkan keengganan pihak ambulan Israel enggan membawa ibunya ke hospital serta 3 org anak perempuannya mati akibat peluru yg dilancarkan oleh Israel pada rumah dia, dia masih tidak membenci Israel. Dia masih menyimpan harapan agar ada satu episod baru dalam hidup dia agar Israel dan Palestine masih boleh bersama. Sebaik saja habis membaca buku ini satu keluhan berat dan panjang saya lepaskan berserta airmata mengalir keluar. Mudah2an saya mempunyai semangat seperti Dr Izzeldin.




Sempena Ramadhan yg mulia ini, marilah kita semua menggunakan peluang ini untuk membaca al Quran Di samping itu juga, tidak salah untuk kita membaca buku2 berfaedah lain agar dapat menambah ilmu dan pengalaman hidup.

Ramadhan al Mubarak untuk semua!

p.s. aku yg sudah tak diendah..bila hati sudah berubah...