Powered By Blogger

Monday, June 20, 2011

...................

Saya melawat pakcik saya di hospital hari sabtu lepas. Dia mengidap penyakit kanser sudah melebihi tahap 4. Bila melihat keputusan x ray yg menunjukkan jumlah sebenar keseluruhan badan beliau yg telah di mamah virus cancer, hati saya sebak..*sigh*

Badan pakcik saya semakin lemah dan tidak bermaya. Bila ketawa pun, katanya sakit. Walau dalam keadaan lemah, dia masih boleh tersenyum melihat gelagat anak cucu. masih lagi sempat mengusik saya dan masih lagi menjadi maharaja lawak..He is still in the high spirit!

Teringat saya pada Julai tahun 2007, bila saya di diagnose mendapat kanser di dinding rahim. terkejut mendengar berita dari doktor pakar sakit puan. Menahan sebak di depan dia. Bila masuk di dalam kereta..terus menangis teresak-esak. Seolah-olah kiamat akan menjelma. Menangis dalam tidur..melihat muka anak2 hati seolah2 dirobak dgn luka hiba. Airmata deras mengalir bila bercakap dgn ma, abah , kakak serta adik2 sehingga tidak lagi mampu diluahkan dgn kata-kata..

Alhamdulillah, sehingga ke saat ini, saya masih lagi menghirup udara di sini... masih mampu memberi kasih sayang pada yg sudi.. masih mencari-cari siapa lagi yg mahu dikasihi dan disayangi kerana kasih sayang bukan milik kita sendiri..ianya rahmat ilahi yg perlu kita syukuri..

p.s rindukan Pelangi Petang...

3 comments:

seri pagi said...

setiap dari kita tak akan terlepas dari diuji..have a good day..:-)

Hakim Hamid said...

setiap hari kita melihat matahari yg sama,bulan yg sama,ufuk petang yg sama.Walau jauh mana berpisah,iAllah silaturrahim itu akan kekal sampai bila2 iAllah.Allah kan ado kak ngoh?
Buleh senyum jah walau sebok.hehe

ramizah said...

ya, Nurul..
Betul tu Pokkeng :-)