Pada 19 Jun lepas, kita menyambut Hari Bapa. Dulu sambutan pada orang2 istimewa ini tidak dikomersialkan sangat. Sekarang ni, macam2 ada. Tak terkira.
Alhamdulillah, bapa saya, Wan Muhammad Wan Jaafar, masih sihat dan masih cergas. kami adik beradik memanggilnya "Abah".Kalau tak silap usianya skrg sudah menjangkau ke angka 68 tahun.
Semasa kecil, saya sangat takut dengan abah. Kalau dengar je, kereta abah dah sampai di bawah rumah, saya mesti jadi anak yg patuh dan taat. Masa kecil saya suka "dderak". Aktiviti saya ialah outdoor activities. Main masak2 guna api lagi. Main masak2 tu di bawah rumah orang pula tu. Saya suka juga main bola cap kaki tiga. Suka lempar bola tepat kat badan mangsa dan nk dengar bunyi "dup". Nah! rasakan lemparan tepat dari saya. Main lompat tali. Main selambut kat rumah orang. Kadang2 pergi ke sungai kelantan, makan buah tembikai yg orang tanam kat situ. Bila ma tahu, memang ma berleter tak berhenti.
Abah dulu tak cakap banyak dengan anak-anak. Abah sibuk bekerja. Tapi bila soal pelajaran, abah sangat mengambil berat.
Semasa saya di Maahad dulu, saya ada meminta abah beli basikal baru utk saya, tetapi abah cakap, naik lah basikal tu sampai hancur lebur, sampai tak boleh naik, barulah abah beli basikal baru. Pada masa tu bila dengar abah cakap macam tu, rasa sedih sangat. Tp saya faham maksud abah selepas itu.
Semasa saya di matrik, saya mengalami saat-saat yg mendukacitakan apabila saya menjadi homesick pada keluarga. Pelbagai pengalaman pahit berlaku sehingga pada satu ketika, saya mahu berhenti belajar. Abah datang dan memberitahu saya bahawa tiada masalah yg tiada penyelesaian dalam dunia ini. Saya masih ingat sebaik saja abah mengucap kata2 itu, saya memeluk abah sambil menangis teresak-esak. Abah sayang saya sebenarnya.
Pada tahun 2007 apabila saya selesai membuat pembedahan, abah datang melawat saya di hospital. Abah datang lewat satu hari dari ma. Bila saya tengok muka menjengah ke pintu bilik saya, terus airmata gembira mengalir tengok abah. Abah datang dan menggosok tangan dan kaki saya sambil mengucap," abah datang dari jauh nak tengok jah ni..."
semasa menunaikan haji pada tahun 2009, saya ada menelefon abah dan bercerita yg saya terperangkap dalam jem teruk semasa pulang dari Mina ke Makkah. Sambil cerita sambil menangis. 8 jam setengah dalam bas baru sampai. Walhal kalau ikut waktu biasa hnya memakan masa setengah jam saja. Komen abah ialah " Allah sayang Jah tu, bila Dia bagi ujian lagu tu..Itu pengalaman manis tu yg Jah boleh kongsi dgn org lain".
Lagi satu semasa saya kecil hinggalah sekarang ni, saya tak pernah mendengar abah marah pada pengguna2 jalanraya lain. Walaupun orang tu lintas abah ke, buat hon ke, bawa lambat ke, laju ke atau apa saja, abah tidak pernah sesekali marah atau mencebik keupayaan orang lain. Abah hanya diam dan berkata, "biarlah.."
Abah adalah seorang yg positif. Mempunyai sense of humour dan sangat mementingkan anak2 dia. Abah adalah "a man of a few words".
Untuk abah, kami doakan abah sihat sejahtera dan menghabiskan waktu untuk beribadah kepada Allah dan masyarakat.
p.s.kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman..
8 comments:
Ayoh Mat memang terbaekk.. the best uncle ever.
ingat lagi masa Ayoh Mat jumpa kakak kat Setapak. dia tanya Ha mana? kakak jawab Ha kerja. dia tanya Kho? Zal? Dal? Ro?
mula2 tak paham, pastu kakak ketawa sampai nak pecah perut. lawak sungguh Ayoh Mat.
ya itula abah kita...bergenang air mata tringat ko abah..rindu dgn abah:)
abah kita is the best.di cintai dan ditaati isteri...di kasihi anak2, di senangi anak2 sedara dan cucu2...di hormati anak murid dan juga kaum keluarga, menjadi tempat meminta nasihat, menjadi tempat mencari semangat..abah memang positif sokmo...I love you abah.........
masa tulis entry ni meleleh2 airmata ingat ko abah yg selalu cool...
baca entry ni po nok teriok sero.
dpt result takbest pon, abah dop mrh pong.stakat keno sindir2 jah...:)
abah2..
tiba2 sero nk tiok bc entry neh,pdhal knl pok cik mat tu sbb jupo kat mzi jh,,kdg2 jupo kat skoloh penambe,,:)
mungkin sbb sy ado ayoh hok hebat jgk:P
uhu,, i miss my father a lot...;(
terimakasih Cik Bie and Story of a girl kerna menjenguk blog saya..sapa lah agaknya cek mek molek ni?
Post a Comment