Powered By Blogger

Friday, July 30, 2010

Aql & Nafs..

Today, I got the opportunity to interview some of the students who have been dismissed last semester.

One case that really shocked me and my colleagues was about one girl who did not sit for the whole papers of her final examination because of GAME ADDICTION! Astaghfirullah..

She confessed that sometimes she did not sleep whole night because of the game. At times she did not pray as well in pursuit of completing the mystery game.

Now I know some of the students who did not turn up for the final examination or did not come for the test because they are very busy "doing" something else.

I would like to appeal to those of you who used this excuse, knowing that your teacher dont know about this, so that your teacher will give you second chance, STOP doing this. Sooner or later you will be caught up. You start to learn your lesson, sorry to say..hard way, by being dismissed. Then you start blaming your parents, your siblings and friends.

I was about to tell her this ..but i changed my mind. What I wanted to say was "sister, throw away your laptop and broadband in sungai pusu..those things become a fitnah to you"

Any gadget that we have , we must make sure that "WE" are in charge of them. Lets control them and never ever let them control you, otherwise at the end of the day..you will be the victim because you let your nafs to control you instead of your aql..

p.s lama tak jumpa..

Tuesday, July 27, 2010

Hari yg panjang..

Hari ini dipenuhi dgn memberi nasihat pada student dari pagi sampai ke tengahari.

Student yg pertama mengunjungi saya ialah pelajar dari Albania meminta nasihat tentang cara2 hendak belajar Law dan bagaimana nak score CGPA 3.5. Dia masih lagi di tahun satu semester pertama. Secara umumnya, hendaklah metod belajar betul dan mendapat markah yg baik di dalam mid semester test dan bolehlah kita membuat perkiraan tentang kebolehan kita untk final exam.

Student yg kedua ialah pelajar undang2 syariah yg sudah di tahun akhir semester akhir, tetapi bercadang utk menukar stream ke civil. Ini kes senang je. JANGAN tukar! Macam org kwin 4 tahun, dapat anak 4 org tiap2 tahun dan pergi honeymoon sana sini dgn suami, tapi tup tup, bertanya pada diri sendiri, aku ni cintakan suami aku atau tidak? Ishk2.. Student ini tidak pernah fail mana2 sabjek, cuma tidak cemerlang sahaja.

Student yg ke tiga adalah student saya sendiri dtg utk membincangkan masalah pelajaran dan nota ICLnya. Dgn senang hatinya sya memperbtulkan nota2 di dalam buku nota ICL dia. Terutama ayat2 Quran, hadith dan legal maxim. Walaupun sya rasa tulisan saya dah cukup betul di whiteboard, tetapi biasalah, bila ex maahad menulis,tulisan arabnya agak advance. Manakala student tersebut masih dlm “kelas tadika fardhu ain” gagal membaca tulisan sya itu. Oleh yg demikian tulisan arab saya yg besambung2 itu tidak dapat difahami. Sya tak salahkan dia..

Pukul 5.15, seorg lagi yg "ditunggu2" sudah kunjung tiba..Biasalah, student macam ini kena bagi khutbah sikit dari "Imam Wanita" di atas mimbar buatan sendiri. Harap2 khutbah tadi bertahan sampai ke akhir semester ini. InsyAllah.

Selain student2 di atas, sy juga diterjah oleh student2 lain ;lama,semasa dan baru.

Akhirnya hari ini sya tidak kesempatan utk makan tengahari..Fikir2 sekali allowance utk academic advisor ni kena naik la tahun ni..  Letih tau bagi khutbah ni..*sigh*

p.s. jgn lupa beli mancis tau!

Demam

Malam ahad lepas, saya demam panas dan sakit2 seluruh badan, gara2 main tarik tali dan lari dalam guni ( yg tragiknya ialah semua kalah )pada pagi sabtu lepas. Sudah lama tak demam panas..bertahun2 dah rasanya. Akhirnya Allah tarik nikmat sihat badan dan tidur ku pada malam tersebut. Meleleh airmata bila demam sebegini. Bukan apa, teringat pada Ma ku di kampung. Masa kecil2 dulu, bila demam, ma akan datang bubuh minyak ubat pada betis, tangan dan kaki sambil mengurut tempat2 tersebut. Ma akan basuh kepala dgn air asam jawa dan buat sup utk di minum.

Sekarang bila demam, anak2 dan suami pula yg sibuk menjaga ku bila sakit. Anak yg bongsu, Ahmed Lutfi sangat pandai mengurut kaki mama yg lenguh2 itu. Maklumlah, mama selalu menngurut badan montel dia tu.

Hari ni, badan semakin sihat tapi tidak sepenuhnya. Yg penting semangat utk mengajar tidak luntur.Sebenarnya melihat wajah2 mereka di dalam kelas dan mendengar lecture ( dan leteran)ku adalah pembakar semangat ku utk memberi yg terbaik walau badan ku sakit!

p.s. kamu sayang aku?

Saturday, July 24, 2010

Death will come..sooner or later

Everyone will taste death..I hope when I am gone, my blog will remain here so that you can read and remember what I feel towards you. Please dont forget to make doa for me..

Below is my wishlist if I am gone..

"You can shed tears that she is gone,
or you can smile because she has lived.
You can close your eyes and pray that she'll come back,
or you can open your eyes and see all she's left.
Your heart can be empty because you can't see her,
or you can be full of the love you shared.
You can turn your back on tomorrow and live yesterday,
or you can be happy for tomorrow because of yesterday.
You can remember her only that she is gone,
or you can cherish her memory and let it live on.
You can cry and close your mind,
be empty and turn your back.
Or you can do what she'd want:
smile, open your eyes, love and go on.”

Thursday, July 22, 2010

Akim, Mimi & Ami..

Hari ini saya membeli CD nasyid Maher Zain. Selepas mendengar semua lagu2 nya saya terus jatuh cinta dgn Maher Zain. Suaranya merdu dan lembut. Melodi setiap lagu2 adalah sangat kontemporari, rancak dan ala2 pop. Sesuai dgn citarasa saya. Sebelum ini saya memandang remeh lagu2 nasyid Malaysia ( melainkan lagu Intifadah dan album pertama raihan) yg rata2nya mempunyai melodi sedih dan mendayu2. Bila mendanger lagu2 sebegini membuat saya lebih sedih dan tidak bersemangat. Tetapi Maher Zain adalah lain dari yg lain.
Pertama kali mendengar nama Maher Zain adalah dari student saya, Akim. Dia yg beria2 benar memuji penyayanyi tersebut. tetapi saya tidak mengambil kisah sangat sebab saya rasa melodinya tetap sama dgn penyanyi nasyid Malaysia. Kemudian seorang teman ( dan adik) saya, Mimi, ada meng"tag" lagu For the Rest of My life pada saya. Bila dengar lagu tu, saya terpegun..eh..sedapnya suara penyanyi ni. Lirik pun menarik juga. Adik saya, Ahlami juga ada menyebut pasal Maher Zain. Adik saya tu adalah seorg "penyanyi" yg tak bertauliah. Last sekali saya terbaca dalam suratkhabar tentang komen seorg wartawan tentang kualiti album Maher Zain.

Setelah mengumpul segala2 bukti dan testimoni dari peminat2 Maher Zain, akhirnya saya dgn rasminya telah menjadi peminat beliau. saya juga telah memilik CD beliau yg Original..Download2 tak main la.

Untuk akim yg sudi "meredah lautan api, mengharungi lautan dalam dan juga memijak lumpur" demi utk mendapatkan CD ini, TERIMAKASIH dari ku untuk mu..

Untuk Maher Zain..ku sebut nama mu di dalam doaku..

Tuesday, July 20, 2010

To please everybody is beyond my will..

Bila kita jadi guru, kita tidak mampu hendak memuaskan hati semua student kita. Contohnya bila nak buat kelas ganti atau kelas tambahan( extra) tak semua dapat dtg pada tarikh atau masa yg dicadangkan. atau bila kita hendak membuat pemilihan pada setiap kumpulan, mesti ada yg tak puas hati..caption yg paling popular ialah, ustazah lebih rapat atau lebih suka pada brothers..aduhai, tak larat la saya nk dgr statement begini. Atau bila ada sesiapa yg dapat markah tinggi dan kebetulan orgnya ialah budak laki, jadi lagi gempaq yg saya sayangkan brothers..

Apa yg boleh sya buat ialah, dengar, senyum dan berserah pada Allah yg Maha tahu segala2nya..

p.s. kau lah segala2nya...

Friday, July 16, 2010

Kenangan mengusik jiwa: ICL dan UF

Pada semester lepas ada beberapa kenangan manis yg berlaku semasa mengajar student ICL dan UF. Sya masih ingat lagi semasa mula2 masuk ke kelas ICL, saya sangat2 terkejut melihat ramai budak2 laki2 dalam kelas tu. Kalau tidak silap saya ada seramai 30 org budak laki2 dan budak perempuan dalam 20 orang. Setiap kali nk pergi kelas, memang berdebar2. Biasanya kelas ramai perempuan dari lelaki tp kelas ni "special" sikit. Aduh..perit sungguh rasa di dada. Sekali tu, pin kat tudung tecabut..panik jugak. Tapi sempat tenangkan diri dan duduk sebelah sister dan bubuh balik tudung tu. W/pun sya seronok mengajar mereka dan sya kira mereka semua anak2 yg baik dan suka mengusik.

Kelas UF yg lepas macam biasa la tak ramai, dalam 32 org rasanya. Semester ni lagi teruk, hnya 21 org sahaja. Tu pun sy dah cukup bersyukur sebab hari pertama masuk kelas hnaya 4 org sahaja. Nyaris2 kena tutup kelas..

Antara kenangan manis di kelas UF ialah semasa tutorial di sebelah petang. Bila tutorial, saya agak relaks sedikit..jadi byk buat bercerita dan memberi pelbagai contoh2 yg lucu tetapi semasa. Kelas tu memanag gempaq, tmbah2 ada divadivana dalam kelas tu. Dalam kelas tu kami selalu ketawa..kuat pulak tu. Berapa kali sya ketawa smpai berair mata hampir2 tak boleh nak mengajar. Satu hari tu, ada student kat kelas sebelah dtg ketuk pintu dan minta kami jgn ketawa kuat sangat sebab menganggu mereka. Aduh! termalu seround. Tapi budak2 sporting..Diaorg cakap, " ala ustazah, diaorg jeles tu sebab kita sdg bergumbira!" hehehe..

Lagi satu kenangan kelas UF ialah bila saya nak cepat2 ke kelas selepas solat asar. Hari tu saya pakai jubah seluar. Bila masuk kelas, seorg sister tunjuk kat kaki saya. saya pun tak faham..tnya dia balik, apa dia? dia cakap stokin sya kat luar, seluar saya kat dalam..aduh! termalu lagi..

apa2 pun, kenangan bersama student dan mengajar mereka adalah saat manis dalam hidup saya.. saya tidak hairan bila sy tidak mengajar, sy sngat2 merindui saat bersama mereka..This is what I love doing..this is my passion..and my students are my life..my love..


p.s. mudah2an terus bahagia

Wednesday, July 14, 2010

Dean's List v Dream's list

To be in the Dean's list is a bonus for you to get a scholarship from an renowned agency. May be to be shortlisted in the coming interview. But it does not guarantee that you will be getting a job or a scholarship.
Some students or many students who are in the Dean's list are trying very hard to get an excellent result in every semester so that he remains in the Dean's list.

I am not in favour of those people who are so much obsessed with the Dean's list and would do anything as long as remains in the list.

This problem is not only occurred among the studnets but also to the parents as well. Parents look at the piece of paper as an achievment of their children. Some of them would pressured their children so that they remain there. These students expreesed their stressful feelings to me and to certain extent tried to commit suicide.

On the lecturer's part, I guess it is not fair to make an assessment to the students ' performance solely on the written test. there should be also a form of activities where he can express his views confidently and the audience can understand what he is trying to say such group presentation, forum and debate

The most imoportant thing is the you must be able to grasp the knowledge and manifest it through your character. A student with confidence and possesses interpersonal skills is my Dream's list.


p.s. aku bahagia..

Friday, July 9, 2010

Nota Kuliah

Tadi cari nota2 untuk kelas hari isnin ni, pukul 8.30 pagi tapi tak jumpa..ishk mana perginya. Nampaknya kena buat baru. Tapi bila fikir2 balik, lebih baik buat baru daripada mengguna nota yg lama. Bila kita mengemaskini nota sebenarnya kita juga belajar perkara baru. Nota2 perlu dikemaskinikan supaya student dapat mengikuti perkembangan semasa. Ilmu perlu ditambah dgn membuat peneyelidikan dan membaca journal terkini.Sya kurnag setuju guru2 masuk ke kelas sambil lewa tanpa membuat persediaan. Walaupun mereka sudah berpuluh2 tahun mengajar, adalah satu kmestian utk dtg ke kelas well prepared.Pada masa yg sama, saya ingin menasihati student jgn mengambil nota senior atau beli di kedai fotostat Badai. Sebenarnya kamu tidak mendapat ilmu yg sempurna jika kita hanya meniru nota yg lepas2. Ramai tidak menyedari bila mereka berbuat sedemikain, mereka sebenarnya tidak ikhlas belajar..bila tiada ikhlas tiadalah ganjarannya..tiada kepuasan bila menjawab soalan dan akhirnya mendapat keputusan peperiksaan yg tidak begitu bermakna. Kita hnya menulis nota selepas kita betul2 faham apa yg diajar oleh guru..

akhir kalam, selamat memulakan semester baru dgn semangat dan azam baru.. Jumpa hari isnin nanti!

p.s. biarkan aku sendiri..

Wednesday, July 7, 2010

Nostalgia Piala Dunia..

Hari ini sya ingin bercerita mengenai Piala Dunia 2010 yg sedang rancak berlangsung di Afrika Selatan. Minggu ini adalah minggu terakhir Piala dunia di mana pada pagi isnin depan akan berlangsung perlawanan akhir diantara Belanda dgn siapa ye?

Sejak musim Piala dunia ini berlangsung 3 minggu lepas, masing2 bercerita pasal bola. Makan bola, tidur bola dan main bola jugak!

Seiingat saya piala dunia yg pertama saya mengikuti ialah pada tahun 1982 kemudian diikuti 1986. Tahun2 ini adalah tahun sya dalam usia remaja, 13 tahun dan 17 tahun. Sya masih ingat yg sya sangat2 meminati Zico pemain Brazil ( yg sgt hensem) dan Franz Beckenbauer dari German. Manakala kakak sulung sya pula, suka sgt pada Paolo Rossi dan Michel Platini. Ya lah, zaman remaja dahulu kala byk berkhayal dan tidak berpijak pada bumi yg nyata.

sekarang nama2 tersebut sudah menjadi lipatan sejarah. Tetapi mereka tetap menjadi lagenda di dalam dunia bolasepak antarabangsa.

Kami adik beradik sgt meminati sukan bolasepak disebabkan abah kami adalah peminat setia sukan tersebut dan pernah menjadi pengadil bolasepak FAM.Manakala bapa saudara, iaitu adik abah, Wan Rashid ( kini arwah)adalah pengadil FIFA tetapi tak sempat ke World Cup.

Jadi, saya tidak pelik bila anak2 suka menonton bola..datuk borek, cucu rintik.. dan saya kini menjadi peminat bola dari belakang je..sebab mere zindagi kat tengah dan anak2 di depan.

Monday, July 5, 2010

once upon a time...

This coming Wednesday (07/07), there will be a taaruf session with 1st year law students at the moot court. I will be there in my capacity as a academic advisor of the Kulliyyah. This is not the first time for me to be there. I was there a few times. Whenever I am there I will always remember the moment when I was a freshie in 1988. I remember I was very quiet and lack of self esteem. Back then, I was in PJ campus which was a congested campus. But the ukhuwwah was there due to the limited of space where we normally bumped into each other a couple of times per day.

As time goes by I managed to build my confidence and have self belief. I managed to conquer my fear and accumulate my courage to lead my life as a law student. At times, I could not believe that once, I liked to keep quiet though I have something to say. Now, with grace of Allah. I managed to give a lecture to my students and presented a paper to international participants.

To all new students..learning is a fun activitiy if you know how to plan your studies. Never stop to believe in yourself that everything is possible. Have faith in Allah that His Rahmah is everywhere..

p.s. Biarkan aku sendiri..

Friday, July 2, 2010

Siapakah Pengurus hidup anda?

ada student memberitahu saya yg mereka sedih sebab akan grad lambat. Tidak bersama dgn kawan2 mereka yg lain. Sya tanya, apa yg menyebabkak grad lambat? dan apa istimewanya grad cepat? Antara sebab mereka grad lambat adalah kerana ada paper2 yg tak lulus atau terpaksa ambil cuti belajar atas sebab2 kesihatan atau masalah2 lain.

Sebenarnya kita mesti melihat punca sebenar bila situasi ini berlaku. Apa yg menyebabkan kita gagal? Apa silapnya? Kita perbetulkan di situ. Yg sudah tu, sudah lah..jgn diungkit2 lagi. Jika diungkit, hati sakit. Biarkan saja dan lupakan ia. Pandang ke depan. Tiada manusia yg sempurna. Tiada manusia yg tidak lupa.. Yg penting kita belajar dari kesilapan.

Katanya lagi, bila grad awal, boleh dapat kerja awal dan boleh kawin awal..( ececeh..itu niatnya) Dapat kerja ni, rezeki dari Allah. Dia yg menentukannya. Itu bukan formula yg tepat utk kita membuat kesimpulan.

Apa yg yg boleh saya simpulakn ialah ramai dikalangan kita bersikap sebegini disebabkan mereka lupa siapakah sebaik2 pentadbir dan pengurus dalam hidup kita..Hanya Dis sebaik2 pentadbir. Berlapang lah dada dalam segala hal nescaya hidup kita tenang dan damai.

p.s. Alhmadulillah..selesai

Thursday, July 1, 2010

Berkongsi cerita bersama si dia..

Seorang bekas student dtg berjumpa saya hari ni. Menurut beliau perjumpaan ini adalah sesi meluahkan perasaan beliau ( bukan pada saya..) tentang pengalaman menjadi peguam sejak 3 tahun lepas. Bila dia memberitahu yg client dia menawarkan dia botol arak utk diminum dan membawa dia ke mana2 bar, saya tidak tekejut sangat. Saya tahu begitulah senario menjadi seorg peguam bila mana client anda adalah company yg ternama. Begitulah realiti sebenar menjadi seorg peguam dalam kerjaya mereka ( sebahagian dari mereka)

Menjadi peguam tidak salah, tetapi ramai org telah mengotorkan bidang itu demi utk kepentingan business masing2. Alasan yg mereka berikan ialah .."ala biasa la.." Ya, alah bisa tegal biasa. Setiap kebiasaan yg dibuat akan menjadi habit atau tabiat. Tabiat pula akan menunjukkan karakter kita dan karakter adalah simbol destinasi hidup kita..ke arah mana, syurga atau neraka.

Kdg2 kunjunga mana2 bekas student berjumpa dgn guru mereka dan bekongsi pengalaman adalah satu akitiviti yg sihat utk kita lebih berpijak pada bumi yg nyata. Yg lebih penting ada orang yg akan memberi nasihat dan mengingatkan kita apa yg baik dan yg buruk..yg sy kira sebenarnya adalah menjadi peringatan pada diri saya sendiri.

Guru akan tetap guru, sampai bila2..

p.s. jauh..sungguh jauh..