Powered By Blogger

Wednesday, March 31, 2010

pakaian student perempuan di musim exam..

saya asyik ke library sejak seminggu lepas. Selain nak mencari bahan2 untuk mengajar dan research, sya juga terlajak sokmo ke light reading section, mencari buku2 motivasi, novel, buku2 masak dan puisi.

Satu senario yg membuat saya terkedu melihat student perempuan saya semasa musin exam. Hmm..apa lagi kalau bukan dari pakaian. Uishh..masa dalam kelas saya dan juga semester berlangsung, semuanya Wanita Melayu/Islam yg terakhir. Berbaju kurung, lemah lembut dan jurus sgt2. Tapi bila musim exam, masyallah sya pun tak berapa kenal dan mereka pun buat2 tak kenal melihat saya.

Pakaian yg saya kategorikan tidak menutup aurat langsung. rata2 memakai jeans ketat sambil menayangkan "aset" masing2. Ishk2..Lepas tu, pakai baju t shirt pendek dan ketat..waduh2, ooi..nak gi study ke nak tayang apa? saya boleh ukur ukuran mereka..40-40-40!

Sya rasa tak salah pakai jeans; tapi pakai lah yg sesuai, baju biarlah labuh menutup " aset" anda..tudung pun mestilah melepasi kawasan2 yg sewaktu dengannya..

pakaian sebenarnya menggambarkan yg kita masih ada sifat malu..dan malu adalah sebahagian dari iman..kalau malu sudah tidak ada maka segala maruah diri tergadai..

Menutup aurat adalah wajib, di mana2 saja dan bila2 masa..

Tuesday, March 30, 2010

Pergi takkan kembali..( khas utk teman2 cik deen haq)

Hari ini adalah hari sedih bagi sebahagian student sya semester ini. Kawan sekuliah mereka telah pergi..pergi tanpa pesan, pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal..pergi mengejut. Yg pasti kita sewajarnaya harus bersiap sedia untuk saat itu.
Begitulah resam dunia, yg hidup pasti mati..kita bertemu dan akhirnya kita berpisah..

Dalam kemuncak musim exam yg sedang berlangsung, pasti menjadi ujian pada teman sekuliah dan teman2 sebilik apa erti persahabatan bila berlaku kematian. Betapa mahalnya masa, saat dan ketika untuk dihabiskan dgn membca fatihah, yasin dan bertafakur seketika mengingati kebaikan arwah pada semua. Pasti ada yg snggup membilang waktu pada saat2 begini.. harap2 semua akan sedar, bahawa masa itu milik Allah semata2..Jika kita bertaqwa pada Allah , yakin pada Kekuasaan Allah pasti Allah akan mmebuka jalan untuk kita semasa exam nanti dgn pengorbanan yg kita buat. Jgn diungkit2 perngorbanan kita, belajarlah seperti biasa..

Sya harap, kalian semua yg alpa dgn exam dunia, akan terbangun dgn “wake up call” ini. Belajar dan mentelaah pelajaran jgn sampai mengabaikan hak org2 di sekeliling kita. Hak teman sebilik, hak kawan sepermainan, hak guru2 dan hak masyarakat . Jgn begitu taksub dgn exam seolah2 exam lah pemutus hidup dan mati kita. Buatlah berpada2dan jgn smpai lupa hak jiran kita.. Bila mereka sudah pergi baru nak menangisi kebaikan dia..bila mereka di depan mata, hak mereka diabaikan..kasih mereka dileraikan dan jiwa mereka dihancurkan..

Giliran kita bila pula…? Sudah cukup amalan utk di bawa..?

Saturday, March 27, 2010

IIUM library

Dua hari berturut2 saya mengunjungi IIUM library minggu lepas. hari khamis dan hari jumaat. Sudah lebih 3 minggu tak menjenguk disebabkan kesibukan nak menghabiskan sillabus dan mengira CAM markah student.

Sya amat sekali berbangga dgn IIUM library. Bukan setakat buku dan bahan2 rujukan yg saya kira ( pada tahap saya) komprehensif, lengkap dan uptodate. tapi, staff di situ secara umumnya adalah baik dan besifat proaktif dgn masalah pelanggan.

Saya mesti pastikan sy melawat IIUM library pada masa semester berlangsung, sebulan sekali. kalau dah habis kelas/sem saya mesti melawat 2 X seminggu. Kdg2 ada terserempak dgn student dan bila sya memberitahu saya datang dari library, ramai yg terkejut dan bertnya saya, buat apa di library?

* sya ke sana biasanya utuk melihat buku2 yg baru sampai dan saya mahu jadi org pertama membaca/meminjam buku2 tersebut.

* Sya mahu meminjam buku2 atau bahan rujukan2 yg lain atau membuat interlibrary loan

* semasa saya student dulu, kekerapan sya ke library tidak sama semasa sy bekerja. Dulu hnya utk study atau pinjam buku sahaja. Sekarang lecturer kena lebih tahu dari student jadi kena kerap megemaskinikan maklumat takut nanti ada soalan pelik2 dari student.

* masa exam, sy jarang study di library. Kalau mahu study, sy pastikan saya ada cubicle sendiri. saya tak boleh study di luar..kalau tgk ramai org study sy jadi tension. Sy study mengikut kebolehan saya sendiri.. mengikut rasa hati saya bukan sebab org lain.

* ada juga org pergi ke library sebab nak jumpa girlfren/boyfren.library juga jadi tempat mata bertentang mata..aku tgk mung, mung tgk aku..terutama bila duduk mengadap..hmmm..ada pengalaman ke? tepuk dada tanya la sendiri..saya? oh! tidak ada.

* Law library adalah section yg paling bising sekali di IIUM library. Selalu dpt komplen dari staff di Law section bahwa law student selalu membuat bising semasa menggunakan kemudahan di library. sampai bergaduh2 sesama sendiri..kononya law student tapi tak ikut law atau tak pandai bca law yg terpamapang di meja dan di tiang2 library..

* akhir sekali saya gi libaray kalau tak tahu nak buat apa, pergi ziarah teman2 di law section atau level 3 smabil mengeratkan sillaturrahim.

Selalulah mengunjungi libray kita dan menjadi fan IIUM libary di Facebook.

Anda pula bagaimana, selalu ke library?

Thursday, March 25, 2010

Bila student nak exam...

Sekarang ni tgh musim exam di UIAM sejak 20 hb march lagi. hari terakhir exam ialah pada tanggal 8 april nanti..kemudian semua akan bercuti selama kurang lebih 3 bulan.

* Bila musin exam tiba maka tiadalah kelas untuk di hadiri..maka masa akan digunakan mengikut kreativiti masing2.

* Bila musim exam majoriti student tension..tension sebab belum habis bca, belum hafal semua kes, belum hafal lagi ayat Quran, belum dpat CAM marks atau lepas dpt CAM marks lagi tension sebab hanya dpat 10/40,..belum itu, belum ini..

*Bil Musim exam, ramai student jadi org yg BUKAN MUKALLAF. Tak cukup syarat untuk memikul any criminal liability, sebab syarat A'QIL dah tak da..ada yg menjerit tak tentu pasal, ada yg tak tidur malam, ada yg minum nescafe/kopi pekat2 dan dicampur dgn bahan2 lain supaya dapat membuka mata2 seluas2 mungkin..mungkin juga ada yg nak bunuh diri..

* Bila musin exam tiba, ramai yg jadi selfish. Ingat diri sendiri saja..tak ingat roomate sebelah. Makan pun tak offer, roomate sakit pun tak tnaya khabar..janji aku boleh study dan dapat maintain CGPA/GPA

* Bila musim exam ada juga yg suka berdating..lagi enjoy, lagi besar ketawanya, lagi byk karton rokok di beli dan dihisap..dan ada juga balik kampung (ganu ke kelate ke)

* Bila musim exam ramai yg suka stay up sampai jam 4-5 pagi sampai subuh entah ke mana..bgn pagi esok macam beruang Panda..Hitam di sekeliling mata, kemudian bila nak jawab exam, tak nampak apa..yg nampak adalah simen lantai sebab dah jatuh bedebuk.


Sebenarnya banyak lagi pelbagai ragam student yg saya nak kongsi di sini. tapi byk sgtkan u all pun boring nak bca.

Yg penting biar sederhana. belajar kena konsisten.byk2kan menjaga Allah nescaya Allah akan jaga hak kita. Byk2 kan baca Quran dan Zikrullah. Illmu itu dari Allah, kepunyaan Dia yg maha Kuasa. Ilmu bukan untuk ambil exam sahaja, tetapi yg lebih utama ialah untk diamalkan sentiasa.. Ingatlah jangan taksub dgn exam hingga lupa nak jaga hak Allah dan org disekeliling..

p.s. Musim exam kali ini, saya kehilangan seseorang..

Tuesday, March 23, 2010

bila student kahwin

Minggu lepas balik kampung selama 3 hari 2 malam. ada beberapa sebab balik kg, selain nak melepaskan rindu pada Ma dan Abah, nk juga buat baju kat Rubee Boutique di atas bazaar. Sempat juga beli 2 helai baju maxi batik crepe di bazaar. Timakasih byk pada adik, Cikgu Halilah kerana tolong jadi driver pada hari tu.

Pada masa yg sama dapat juga melihat anak saudara baru, Muhammad Nabil bin Norhisham. Tahniah buat adik saya, Cikgu Siti Aisyah kerana mendapat anak sulung. Alhamdulillah.

Kemudian, sya sempat juga pergi ke kenduri kahwin student yg skrang ni sudah bergelar peguambela & peguamcara, en zukhairi di Kubang kerian. Sedap makan nasi di rumah Hanis ( isteri zul). Layanan dari safra' cukup menggembirakan hati saya walaupun kami dtg awal sebelum majlis bermula..gini la saya zul, lebih excited dari pengantin!

Sya cukup gembira bila dapat kd kwin dari student. Khwin juga diaorrg ni..syukur pada Allah. Tp disebalik kegembiraan itu ada perasaan sayu dan hiba...seolah2 saya kehilangan mereka.. Balik ke rumah ptg itu, saya termenung sendiri selepas solat maghrib..adakah zul akan menghubungi saya lagi..ingat lagi tak dia pada saya. Marah tak isteri dia kalau sy hubungi zul..pasti tidak ada lagi pertnyaan kbr dari zul. ucapan selamat hari guru dan hari raya mungkin sudah berakhir pada tahun lepas.. Airmata saya meleleh smbil menangis hiba..zul, zul.. semacam adik saya sendiri.

Tahun lepas, dua org student sya kwin juga. pada masa tu sy di Makkah menunaikan rukun islam ke lima. Masih saya inagt pada hri akad nikah hayyi, saya di masjid. Iwan message saya yg hayyi selamat dinikahkan..menangis gembira saya. lantas sy terus bgn dan menunaikan solat hajat untuk hayyi dan isteri semoga selamat melayari bahtera rumahtanngga..sambil saya mengira2 yg hayyi akan pegi jauh dari hidup sya, tiba2 dapat message dari hayyi bertnyakan kbr saya. perasaan syak wasangka saya terus hilang..hayyi masih ingat pada saya.

seorg lagi student juga telah selamat berkhwin pada tahun lepas..tapi ssgt2 jarang menghubungi saya..senyap sunyi..tak mengapa.. doa saya utk mereka.

sya tengah membilang seorg lagi student saya ( tuan timbalan pendakwaraya) yg akan melngsungkan perkhwinan tak lama lagi..mungkin pada mereka itu lah hari bahagia..tp jauh di sudut hati saya,mungkin hari itu hari sedih saya..

Entahlah..ini memang kelemahan saya..inilah kekurangan saya.. mudah2 kamu semua tidak mengurangakn kasih syg kamu pada saya melihat pada kekurangan saya ini..

Kamu sentiasa di hati saya..terbenam di sanubari saya..akan kekal sentiasa sampai bila2..

Monday, March 8, 2010

Luahan hati

Sudah lama sya tidak mengemaskinikan blog saya ni. Sudah hampir sebulan lamanya. Kata Zukhairi, sudah bersawang..

Antara sebab tidak mengemaskini adalah

* Sudah ada FB, jadi Blog menjadi pilihan ke2. betul kata pepatah melayu, sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi..

* Agak sibuk di office dgn kerja2 yg tak seberapa tapi memerlukan konsentrasi yg padu. Student ramai yg datang untuk mendapatkan khidmat nasihat untuk study plan dan akademik mereka. Kdg2 ada meeting.

* Teramat sibuk di rumah dgn tgk TV, Fbing, berleter kpd yg tua hingga la yg muda. Kenapa? Sudah 4 bulan cek tak dok maid. Jadi sifat MALAS memang menjadi2..masyAllah. takutnya.. Balik off, "Abang ( anak yg sulung, suami, saya panggil Mere zindagi), ambil duit pegi beli dinner kat kedai Mamak tu" " Mama penat la bang.."
Malam: " Abang, jgn lupa balik sekolah esok, tolong hantar baju2 dan seluar sekolah ke dobi utk digosok, ye?" " Ok mama". " Jn lupa bawa hanger jugak" " Ya , mama".
Malam: " Mere Zindagi, tomorrow is your turn to fetch the kids from school...Hmmm dont forget their lunch, huh?" " Your wish is my command" ..Hmm..dah biasa dh..

* Idea ada, cerita pun ada tetapi..jejari ( yg dulunya lembut..sejak 4 bulan lepas mnjd semakin kasar dn bergerutu..hu hu) amat malas nak menekan keypad byk2..

* Kalau ada crita pun byk cerita yg menyeksa jiwa sahaja..You all tak suka nak dengar..

InsyAllah, mudah2an Allah permudahkan hidup saya dan keluarga. Semuanya adalah pengalaman manis..

Sya sudahi dgn kata2 " Even if you are not happy, you must always look cheerfull.."