Wednesday, June 29, 2011

Cerita di suatu petang...

Semalam saya marah Lutfi, anak bongsu yg manja lenjer tu.


Petang dia ke sekolah agama di mana ada van dtg jemput dan balik.tetapi semalam sebelum dia pergi dia pesan yg hari ni mama kena pergi jemput dia dari sekolah.


Sebaik saja masuk dalam kereta petang semalam, muka dia masam mencuka. Bila saya tnya kenapa. dia jawab kawan-kawan dia ketawakan dia sebab dia sebut perkataan " Baligh" dengan sebutan " Baalikah". ( Semalam dia ada ujian feqah). saya sendiri pun nak ketawa tapi control lawa je la dalam kereta.


Saya cuba memujuk dia dengan memuji kelebihan yg dia ada dan menyatakan yg kwan2 dia akan lenguh mulut bila ketwa banyak sgt. Pada masa yg sama, saya menasihati dia agar selalu membaca buku bahasa Melayu sebagai satu jalan utk memperbaiki bahasa melayu dia.




Bila sampai di rumah, sy suruh dia turun dari kereta sebab saya nk reverse parking yg mana pintu depan akan rapat pada tiang sebelah dgn parking. Dia buat hal, tak nak turun. Selepas dipujuk, akhirnya dia buka pintu dgn satu kaki saja keluar. Lepas saya merayu, maka kaki ke dua pula keluar. Kemudian selepas 1 minit barulah dia turun. tetapi tak mahu tutup pintu kereta. Saya cakap, "Lutfi, cepat lah..dh nk maghrib".



Habis kes pintu kereta, dekat lift pulak. Tak nak masuk lift. Lepas dipanggil, dipujuk2 tak nak masuk jugak. Bila nak masuk pintu dah nk tertutup, terkena badan dia.



Sampai di gate rumah, bila saya buka pintu dan masuk dalam rumah, rupanya dia tak masuk dalam rumah. Dia duduk di luar. pintu dah tertutup tapi tak dikunci. Tak nak masuk sehinggalah saya pergi buka pintu utk dia. Sabar lagi..Bila dia masuk, dia baling selipar ke dalam rumah. Wah! Mama punya temperature dah naik ke boiling point dah kali ni.





Apa lagi, bukan bagi tazkirah, tapi bagi "khutbah" sebelum maghrib. Memang gempak punya..Pelbagai ayat Quran dan hadith terkeluar dari mulut. Dia pun diam tak terkata apa. Menangis dgr khutbah mama. Lepas habis khutbah, giliran mama pula menangis dalam bilik air.. Sedih, bila marah anak ni. Takut anak kata, mama tak suka pada dia.



Bila nak makan malam, ajak dia makan sekali dgn mama. Kemudian tiba-tiba minta mama tolong sendukkan kuah dan ambil ikan utk dia. Dah baik semula.



Moral of the story is that, you have every right to be angry but don't misbehave. Sebagai ibu, saya perlu berpesan pada diri agar menjadi ibu yg sabar dan tegas dalam mendidik anak. Tetapi bersabar dgn kerenah dgn anak2 bukan bermaksud kita membiarkan apa saja yg dia nak buat. Ada ketika kita perlu mengambil tindakan yg sepatutnya agar anak tahu yg perbuatan dia itu salah..tugas mendidik anak2 ni terletak di atas bahu ibu bapa sampai mati...





p.s. Jauh di mata dekat di hati...

9 comments:

Syafiqah Najwa Mohd Anuar said...

*control lawa*
hehehe... ;)

Janna Wan Muhammad said...

dulu2...sokmo kena khutbah dgn kak ngoh, mmg lengkap dgn hadith dan ayat Quran...so, tokleh nak argue lah,hehehe...dulu2 sakit tlingo dengar..sero tebal jah...tp lonim bilo ingat balik..jd kenangan manis... timakasih kak ngoh.

kalu wat silap,salah...perlu di tegur,apa lagi anak2.

Hakim Hamid said...

terima kasih kerana berkongsi kak ngoh!mutiara hidup nih,pengajaran buat kami yg baru nak belajar.hehe

fatienwm said...

lutfi lutfi...saje je nak uji kesabaran mama..:P

ramizah said...

Pika: rindunya kat Pika..
Janna: Oloh, dok ingat lagi hok dulu tuh..
Hakim: sama2 kasih Pokkeng!
Dek: sokmo dh lutfi..adaih..

Capik said...

Hehehe...lutfi manjo ngan mama 2...biasa laa meta2 jah..pah molek smula mood dio..^^

ramizah said...

lutfi tu sekalo semeta jah..tp kita kena sabar la..

Adorable Tudung Online said...

kak Jah, perturunkan lagi Ilmu mendidik anak2 nie..;)) Buat kelas kat umah...jiran sebelah ni InsyAllah datang sokmo...hehe

sue wnr said...

dgr kisah kak jah ni..teringt plk kt kg..heheeheee..
sbb che sue pn suka v khutbah gk ko ank2 sdra...
tp xdok hadithla...hehehe..
che sue suka cr kak jah tu...:)