Thursday, October 28, 2010

Oral Test

Semester 1 2010/2011 telah pun berakhir hari isnin lepas. Student2 sudah pun menduduki exam sejak semalam lagi.

Hari selasa dan rabu lepas saya telah membuat oral test pada student ICL saya. Oral test adalah metod assessement yg paling cepat dan tangkas. Tang tang tu jugak saya bagi markah. Masa oral test juga saya dapat melihat samada mereka bersedia atau tidak utk ditanya. Disamping itu, saya juga boleh memberi rumusan dari segi tahap keyakinan diri masing2. Yg penting dalam oral test ialah anda hendaklan menjadi diri anda sendiri. percaya pada kebolehan diri dan menyerahkan diri pada Allah yg maha Esa selepas membuat persediaan secukupnya.

Ada yg masuk bilik saya tidak memberi salam, tidak mengetok pintu dan terus duduk di atas kerusi tanpa dijemput. Walaupun perkara sebegini tiada dalam pemarkahan, tetapi ini menunjukkan anda tidak tahu adab2 masuk ke pejabat pensyarah. Mungkin anda akan menjawab, " saya takut sangat atau saya nervous sangat". Sebenarnya, proses ini juga dapat menilai sejauh mana anda mengawal perasaan anda; takut, gembira, nervous dan juga sedih.. Yg penting anda hendaklah menjadi diri anda sendiri.. yakin pada kebolehan yg ada tanpa mengikis sifat2 mahmudah dalam diri.

Dan bila mereka beredar..
saya juga menjadi diri sendiri..
bila dibiar sendiri...
tanpa diziarahi oleh sseiapa lagi..
Kerana saya hanya lilin yg membakar diri..
untuk anda yg dikasihi..

p.s. Biar aku sendiri..

Wednesday, October 27, 2010

Novel Cinta..

Kurang 3 minggu lepas saya beli satu novel berbahasa inggeris bertajuk The Killing Place. Buku tu agak tebal. Sebenarnya tiada niat utk membeli mana2 buku pada saya. Bila saya pergi ke MPH pada hari tersebut, niatnya nak membeli buku cerita utk dihadiahkan kepada Amalina Ramadzan kerana mendapat markah tertinggi di dalam mid term test pada bulan lepas. Tiba2 saya terfikir, eh..dah lama sangat tak bca novel Bahasa Inggeris. Asyik baca buku Bahasa melayu sahaja. maka saya beli buku itu dan mula membaca dari tarikh dibeli, 10/10/10 hingga 16/10/2010. Hampir semiggu buku itu habis dibaca. Satu rekod. Ianya tamat dibaca di Hotel Royal River, Bangkok.

Semalam sya sinnggah di MPH lagi. Kali ini saya borong 2 lagi buku; satu bertajuk DEAR JOHN dan SUMMER AFFAIRS. Hari tu beli buku thriller, cerita pembunuhanha. Kali ini, nak baca cerita yg romantik pulak. Wah, buku DEAR JOHN tu tinggal lagi 2 bab utk dikhatamkan. Ini cukup bagus! membaca novel cinta membuat kita mahu menghabiskan cerita itu secepat mungkin. Sya benar2 dilamun cinta..*sigh*

Orang berkata, Life begins at 40..saya pula, Love begins at 14...oppss..at 41.

p.s. Good bye and take care..

Thursday, October 21, 2010

Itu pilihan anda..

Bila saya dapat tahu, ramai student yg tidak menghadiri kelas saya semalam sebab sibuk menyiapkan kerja utk sabjek pelajaran lain, saya berasa sangat2 sedih. Rasa teraniaya, rasa dipinggirkan..dan pelbagai rasa masam dan pahit. Perasaan yg sama juga ada bila mendapat tahu, ada student yg sanggup tak datang kelas lecturer lain sebab nak datang ke kelas saya atau menyiapkan kerja saya. Perbuatan anda dibuat dengan sengaja..tanpa dipaksa tapi penuh rela hati. Itu pilihan anda

Ingatlah, wahai pelajar2 ku..Jika anda menjaga hak cikgu anda, nescaya hak anda akan dijaga dan dilindungi oleh Allah SWT. Perbuatan yg sedemikian sebenarnya menunjukkan anda tidak menghormati hak cikgu anda. Anda juga yg rugi..rugi yg sebenar2nya..

Guru adalah Ibu bapa anda juga..Beringatlah..Beristighfar..

p.s. selamat tinggal..

Monday, October 18, 2010

4 nights in Bangkok!

Last week, I went to Bangkok for a conference on Human rights in Southeast Asia. This was my 2nd trip to Thailand, the land of smile. The first trip was in 2008. However, I was on 2 hour transit at Survanabhumi airport before transferred to nakhon Sithammarat in southern Thailand. This time I was with my eldest son, Zaki, as my bodyguard. Alhamdulillah, he has fulfilled his duty as one.

My presentation was on the 1st day, 14th October. Alhamdulillah, it was great. I received some questions from the floor. It was a great opportunity for me to share with the audience, Muslims and Non muslims alike about Islamic law. At the same time I was able to clarify about the position and the application of Islamic law in Malaysia. Once the presentation was over, I feel so much relieved and had a sound sleep on that night.

The next day, I attended only morning session before left for shopping session the whole day. We went to Jim Thompson House where variety of local souvenirs can be purchased. The most favorite goods was anything that was made of silk. I managed to grab a few wallets and coins purses for my mom and sisters. Later, we moved to factory silk where I bought a Thai silk for me and a shawl. Then we head to MBK, a famous shopping centre cum food centre to have out lunch. There was a musolla at level 6 of the building.

On the 16th of October, we went to floating market at Damaensaduk which is about 100 kilomtre away from Bangkok. It was 1 1/2 journey from our hotel. It was an interesting experience to be in the boat and did our shopping through the next boat which passed next to us. Another amazing thing is the attitude of the boatmen to maneuvere their respective boats so that every boat could pass through without any problem. Respect to each other.

Alhamdulilah, our flight landed smoothly on the 17th October at 3.15 pm. I was so eager to see my other two sons, Wafi and Lutfi. Missing them so much. My hubby was waiting at KL sentral with a big smile and a flower ..He could not be more than happier because the co driver has come back..

Tuesday, October 12, 2010

Berpindah rumah..

Akhirnya dapat juga menaip sikit pada hari ni. Ya, memang sibuk sejak dua minggu lepas. Pindah rumah utk kali ke 3 semenjak mendirikan rumahtngga tahun 1993. Nk pindah lagi ke selepas ini? Wallahua'lam..tak boleh nak jawab.

Kali pertama pindah rumah ialah pada tahun 1995. Dari rumah lama di Menara Bakti, Seksyen 14, Petaling jaya ke rumah teres dua tingkat di Bandar Utama, Damansara. Anak nombor 2 dan nombor 3 lahir di sana. Pada bulan October 2001, berpindah ke Idaman Putera, Medan Idaman, Gombak. Di sana,tiada sesiapa dilahirkan di sana sebab sudah tidak punya apa2...

Dan buat kali ke tiganya pada bulan October 2010, kami berpindah lagi dan kali ini ke PV8, Platinum Hill Condo, Melati Utama. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Berpindah ke rumah baru ini adalah pengalaman yg menyeronokkan tetapi memenatkan. Dalam proses perpindahan itu, ada juga barang rosak dan pecah dan juga barang yg entah di mana letaknya. Saya rasa perkara sebegini adalah rencah perpindahan. Yg penting sabar dan buka hati sebesar mungkin.

Akhir kalam, doakan kesejahteraan kami di rumah yg sentiasa baru buat kami selagi mana kita memperbaharui azam dan niat untuk menjadikan hari ini adalah lebih baik dari hari semalam..


p.s. Semakin jauh atau semakin dekat..?