Monday, January 31, 2011

kalau nak jadi pemimpin..

Kalau kita mahu menjadi pemimpin yg dihormati kita hendaklah berani membuat keputusan. Dalam bahasa Inggeris disebut " without fear and favour". Jangan takut dgn cemuhan org nanti jika kita tahu apa yg kita buat. Tetapi seelok2nya sebelum membuat keputusan, hendaklah kita meneliti undang2 yg terpakai, melihat segala bukti di depan kita, guna kreativiti, pegetahuan dan pengalaman yg ada dan seterusnya berdoa pada Allah agar keputsuan yg dibuat adalah benar dan betul.. Jika betul keputusan itu maka dua pahala kita dapat, jika salah satu pahala sahaja yg akan kita perolehi. Tiada dosa yg tertulis atas ijtihad kita.

Jika seorg lecturer membuat keputusan utk memberi gred "D" kpd seorg student, hendaklah dibuat selepas meneliti kesemua kriteria yg ada pada jawapan exam dan sikap student itu sepanjang belajar di bawah lecturer itu walaupun student itu sgt rapat dan baik dgn lecturer. begitu juga jika student itu gagal mmeberi jawapan yg terbaik, teapi dia sgt baik dgn lecturer tersebut, maka terpaksalah lecturer itu memberi gred yg setimpal dgn usaha pelajar tersebut.

Bila kita membuat mana2 keputusan , pasti ada yg tidak berpuas hati. Begitulah lumrah alam..tiada sesiapa yg dapat memuaskan hti semua.

Jadi, pemimpin2 di luar sana, jangan takut utk membuat keputusan dan jgn takut juga utk mengambil tindakan. Kuatkan semangat dan kuatkan iman..anda sebenarnya tidak berseorangan..yakin lah pada Tuhan Pencipta Alam dan Pentadbir urusan..Mudah2an kita tidak lagi berada di persimpangan semasa menbuat keputusan...

p.s. kita semua adalah pemimpin..

Sunday, January 30, 2011

Madihah yg patut dicontohi..

Ada seorang student saya yg sekarang ini berada di dalam tahun 3 semester kedua. Saya mula mengajar dia pada sesi 2008/2009 semasa dia di tahun 1. Kira2nya sudah hampir 3 tahun sya mengenali dia. Setiap kali dia hendak balik bercuti semester, samada semster break atau cuti semester yg panjang, dia tidak pernah lupa dtg berjumpa dgn saya utk memaklumkan yg dia akan balik kampung. Bila dia sudah berada di stesen bas, dia akan hantar message yg dia akan menaiki bas sebentar lagi. Bila dia sudah selamat sampai di kampung, dia akan message saya yg dia telah pun selamat sampai. Begitu juga, bila dia hendak balik semula ke Gombak. Benda yg sama dia akan buat pada saya. Sebenarnya, katanya, hanya utk memohon agar saya berdoa agar dia selamat dalam perjalanan, pergi dan balik. Sekali sekala dia dtg menjenguk saya di pejabat. Tidak selalu, bila dia tidak sibuk. Yg wajib dia datang ialah sebelum pulang ke kampung dan selepas sampai di kampus.

sesetengah stduent pula, hnya ingat pada saya bila dia hendak menduduki exam esok hari atau ada interview yg besar..maka, saya akan diminta utk berdoa pada dia.. selepas exam, tiada lagi kedengaran suara atau tiada lagi message utk bertnyakan khabar. Ada juga yg ingat pada saya bila nak minta derma atau sponsorship atau pun bila ada masalah..bila masalah selesai..duit dapat, maka tiada lagi yg terikat..

Apa boleh buat, yg penting saya kena ikhlas kan diri..jauh dari sifat dengki serta iri hati..hnya Allah tempat ku curahi..apa yg terbuku di hati..agar semangat jati diri..utk mendidik putera dan puteri..terus kekal abadi..walau diri semakin dijauhi...


p.s. Khas utk Madihah yg saya kasihi..

Saturday, January 29, 2011

Amanah,agar diri tidak punah..

Sebagai academic advisor di Kuliyyah Undang2 Ahmad Ibrahim, saya banyak menerima kunjungan daripada pelajar2 mengenai masalah pelajaran dan study plan mereka. Pada masa yg sama saya juga menerima aduan mengenai lecturer2 yg tidak menghadiri kelas dan memberi kuliah kepada pelajar2. Kuliah yg sepatutnya dibuat sebanyak 26-27 kali tidak dibuat. Tutorial yg sepatutnya di buat sebanyak 10-11 kali tidak juga dibuat. Malah saya ada menerima maklumat bahwa ada tutorial hnya dibuat 2 kali sahaja sepanjang satu semester. Lecture pula banyak dicancel disebabkan lecturer tersebut ada komitmen lain di luar kampus. Ada juga lecturer menggunakan masa revision week utk membuat kelas2 extra dan test. Lebih menyedihkan lagi ada student2 yg tidak tahu markah utk midterm test/assignment sehingga final exam berlalu. Kelas jam 8.30am tetapi lecturer dtg pukul 9 lebih. Mentaliti student ialah kalau lecturer dtg lambat 10 minit, student boleh dtg lambat 9 minit..

Setiap kali ada tutorial, adalah menjadi satu kewajipan kepada lecturer utk mengenal pasti tajuk mana yg hendak dibincangkan di dalam kelas agar masing2 akan fokus pada discussion tersebut. walaybagaimana pun, jgn lah topik itu terlalu rigid sehingga tidak dibenar langsung topik2 lain tuk dibincangkan. Gunalah kreativiti sebagai lecturer utk mengatasi masalah tesebut.

Lecturer hendaklah amanah semasa bekerja kerana setiap tindak tanduk mereka akan menjadi ikutan pelajar2.. Saya pasti, student akan lebih menghormati seorg guru jika dia menunjukkan sifat2 mahmudah. Perlu diingatkan sifat mahmudah ini bukan bererti lecturer yg berdiam diri melihat perkara2 yg tidak suka tetapi tegas mengambil tindakan dan membuat keputusan demi kepentingan semua pihak.

Beberapa orang student pernah memberitahu saya, lecturer yg "baik" bermaksud lecturer yg meluluskan semua student yg dia ajar dan tidak mengambil kisah samada student datang ke kelas atau tidak.. Itulah karakter lecturer yg baik.. Mudah2an Allah memberi hidayah kepada pelajar2 dan lecturer yg berfikiran sedemikan..

p.s. belajar utk menerima segala kemungkinan..

Friday, January 28, 2011

Check out this blog!

Please dont hesitate to follow this blog.. http://www.sleeplessinkl.com/

Fabulous giveaway prizes are waiting for you..if you are lucky enough!

The owner of this blog is my sister. We were doing Hajj together in 2009..until now, we remain sisters..alhamdulillah..

Thursday, January 27, 2011

Malu..

Sifat malu adalah salah satu tanda kita adalah org beriman. Malu adalah satu perasaan hati yg membuat kita takut hendak membuat sesuatu. Ia adalah satu perasaan kecil yg mengetuk pintu hati kita agar tidak mahu melakukana sesuatu perkara. Sifat malu adalah sebahagian daripada aurat kita. Maksud saya, kalau seorg perempuan itu bertudung litup, memakai stokin dan sarung tangan tetapi tidak tahu malu maka wanita tersebut masih belum menutup aurat. Asyik menegur mana2 lelaki yg dia tidak kenal, bergurau senda dgn teman2 sepejabat tanpa batas dan bercakap dgn kasar atau menggunakan kata2 yg tak sepatutnya maka dia sebenarnya masih belum menutup aurat. Dia masih belum menjadi wanita beriman. Ada student memberitahu saya yg dia malu utk participate dalam kelas sebab malu nk berkata2; takut salah, takut org ketawakan kita, takut org merendah2kan kita. sebenarnya ini bukan sifat malu tetapi sifat rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri. Malu lebih kepada malu utk melakukan maksiat, jenayah, bersifat kurang ajar dan malu utk melanggar undang2 Allah. Itu lah sifat malu yg sebenarnya.

Bila saya melihat, wanita2 yg tidak menutup aurat atau terlonjak2 di atas pentas dan ketawa terbahak2 sebenarnya mereka ini tidak ada sifat malu. Atau pun melihat pasangan lelaki perempuan tanpa mahram keluar bergandingan tangan, berpelukan dan seterusnya, mereka ini sebenarnya tiada benteng iman yg akan membawa ke arah kebinasaan.


Malu bukan sahaja pada anak2 gadis tetapi pada semua peringkat usia. Saya harap student2 saya akan berasa malu bila mereka dtg lambat ke kelas atau malu kerana tidak menyiapkan kerja yg saya minta atau malu utk berlaku kurang ajar dgn saya.

Saya sendiri pun kadang2 termalu di dalam kelas membuatkan muka saya merah dan bahang panas terasa di muka saya. Tetapi saya tidak malu utk mengajar dan melontarkan suara saya sekuat mungkin semasa mengajar..

p.s. begitu lama masa berlalu..

Wednesday, January 26, 2011

Bermonolog sendiri..

Kita mesti melupakan apa yg terjadi pada hari semalam..walau ianya sukar utk ditelan..

Lupakan apa yg kelam..pasti ramai yg masih sayang..

Usah ditangisi pada perpisahan..tangisilah pada pertemuan..

Kau sebenarnya, masih ku sayang..

tetapi demi kebahagiaan mu aku harus pergi sekarang..

dan aku tidak mahu lagi menoleh ke belakang..

kerana aku tahu kau bersama org yg tersayang..

dan aku masih berseorangan...

Tuesday, January 25, 2011

Sifat Tawadduk

Pagi tadi ada 3 org student tahun satu dtg ke pejabat saya utk menjelaskan tentang ketidakhadiran mereka ke kelas minggu lepas. Alhamdulillah, selepas di tegur tentang sikap segelintir student yg buat muka "selambarland" atau "buat bodoh" atau " muka 5 sen" di hadapan lecturer, akhirnya ada juga yg sedar dan insaf dtg meminta maaf kerana tak datang ke kelas/tutorial. Sebenarnya soal meminta maaf itu tidaklah terlalu penting. Nilai sebenar yg saya nk tanamkan ialah sifat tanggungjawab dan erti kesedaran di dalam diri. Saya selalu tekankan bahawa kita dgn guru kena ada sifat tawaduk atau rendah diri, baru ada keberkatan pada ilmu. Guru kita bukan setakat mengajar apa yg terkandung di dalam silabus pelajaran sahaja, tetapi lebih daripada itu. Justeru itu, title "Murabbi" itu sebenarnya adalah hak kepada seorg guru yg mengajar kita. Murabbi bermaksud org yg mendidik kita dari segi akademik dan dalaman; jati diri dan nilai2 murni di dalam hati seorg pelajar. Nilai2 ini, akademik dan dalaman akan digunakan oleh pelajar2 itu sampai dia mati. Pada masa yg sama, guru semestinya memiliki sifat tawadduk pada ilmu yg diberi pinjam oleh Pencipta Alam. Ilmu yg ada hendaklah dikongsi dgn sesiapa sahaja dan yg paling penting, guru hendaklah beramal dgn ilmu yg dia ada.

Mudah2an kita semua berada di dalam golongan ini. Untuk student2 saya tadi, doa saya utk kamu bertiga agar menjadi insan yg berguna kepada ummah.

p.s. berdebar2 menunggu hari esok..

Monday, January 24, 2011

Ahmed Zaki Abdul Rashid Moten







Hari ini (24.01.11)ialah hari ulangtahun kelahiran anak sulung saya, Ahmed Zaki, yg ke 17. Zaki atau juga panggilan Abang dikalangan adik2, sepupu dan makcik2 dia dilahirkan pada jam 1.30pm di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur. Dia lahir lebih seminggu lewat dari tarikh jangkaan doktor. Papanya ada bersama2 dgn saya semasa Zaki dilahirkan. Alhamdulillah. Sebaik keluar dari perut, Zaki terus diazan oleh Prof Dato' Dr Hamid Arshat kemudian barulah dia dibersihkan. Nama Zaki adalah pilihan papa dia. Panggilan ini sudah dipanggil sejak dalam perut lagi sebab kami sudah tahu jantina bayi. Berat Zaki semasa dilahirkan adalah 4 kilo. Berat saya semasa mengandungkan Zaki hampir mencecah 80 kilo. Semasa mengandung Zaki, saya alah teramat sangat. Dari seusia sebulan hingga ke 9 bulan, saya asyik muntah sahaja. Pada masa itu, kadang2 saya menyesal kerana mengandung kerana terlalu tertekan dgn keadaan yg selalu pening, muntah kemana saja saya pergi. sepanjang mengandung, saya terasa saya tidak dapat "enjoy my life".Sekarang Zaki sudah besar dan menjadi bodyguard saya jika papanya tiada di rumah ( atau malas utk menemani saya. Semasa di Singapura, saya panik sekali bila beg baju hilang. Malam itu juga saya bergegas keluar utk membeli apa yg patut tuk wafi dan lutfi. Zaki terus dtg memujuk saya agar tidak panik dan relaks agar saya dapt berfikir dgn betul. Dia adalah anak yg boleh diharap. Nakal dan suka menyakat adik2 dan mama tu adalah rukun hidup dia..


Saya doakan Zaki menjadi seorg yg beriman, tahu menjaga akhlaq dgn org tua dan sesiapa saja yg dia berjumpa. Mudah2an Zaki akan menjaga adik2 dia bila saya sudah tiada lagi di dunia ini.

p.s. Nilai Cinta mu, kata Sudirman..

Friday, January 21, 2011

Lift dan Pelajar Undang2 di AIKOL

Di AIKOL ada satu lift yg menjadi tempat tumpuan pelajar2 yg sihat dan bertenaga. Mereka yg muda2 ini sanggup tunggu lift 10-15 minit walaupun kelas sudah mula 15 minit lepas. Mereka yg bernasib baik dgn kurniaan Allah, dua tangan dan dua kaki sanggup membiarkan pelajar2 seperti Fahmi dan Salim dari menaiki lift. Sungguh tidak bertanggungjawab pelajar2 Undang di AIKOL. Sebenarnya warganegara yg menghormati undang2 bermula dari pelajar2 yg menghormati undang di Universiti masing2. Jika mereka boleh mempermainkan undang2 semasa belajar, maka tidak pelik utk mereka melanggar undang2 dan mengambil hak org lain apabila mereka habis belajar.

Jangan nak bercakap pasal ummah jika diri sendiri pun punah!!

p.s. cukup bahagia sejak kau tiada....

Wednesday, January 19, 2011

Patah tumbuh hilang berganti..

Saya mula mengajar di AIKOL pada tahun 1994. Sabjek2 pertama yg sya ajar adalah Undang2 Jenayah Islam dan Sistem Perundangan Islam iaitu untk pelajar tahun 2 dan 1. Jadi mereka mungkin tamat belajar pada tahun 2001 dan 2000. Kalau dikira dari tahun2 tersebut hinggalah ke tahun 2010 mungkin ada 10,000 org pelajar yg saya sudah mengajar mereka. Wah! sudah cukup ramai tu!

Ada yg masih ingat pada saya dan ada juga mungkin entah ke mana. Sekarang saya mengajar pelajar tahun 1 dan tahun 2. ada juga student2 saya yg sedang berada di tahun 3 dan tahun 4. Di kalangan mereka ini, ada yg segelintir masih ingat pada saya; dtg menjenguk ke bilik sambil membawa buah tangan, ada juga yang hanya senyum sambil memberi salam atau ada juga yg melambai dari jauh atau ada juga yg pura2 tidak kenal saya lagi walhal 2 semester lepas saya mengajar dia.

Walau apa pun mereka buat pada saya, yg penting mereka bukan milik saya. mereka hanyalah pinjaman sahaja utk waktu singkat. Saya mesti mengajar diri agar menerima realiti yg mereka hanyalah pelangi petang yg menyinari hidup saya. Walaupun sekejap, tetapi cukup menghiburkan saya...

Satu nikmat yg Allah anugerahkan pada kita ialah utk berkasih sayang..memberi dan menerima kasih sayang..


p.s. Yg patah akan tumbuh, yg hilang pasti berganti dan kita tidak akan bersendiri..t.kasih seri pagi..

Tuesday, January 18, 2011

Kelantan tanah tumpah ku..

Kelantan adalah negeri tempat saya dilahirkan. Ia adalah tanah tumpah darah saya. Berapa kali saya jatuh dan luka di lutut bila belajar naik basikal. berapa kali juga saya rebah bila bermain bola cap kaki tiga bersama2 dgn sepupu dan teman sepermainan.

Walau siapa pun yg memerintah Kelantan, saya tetap menyokong kemajuan dan kemakmuran negeri saya. Apa yg menjadi fakta mengenai Kelantan adalah tetap fakta. Apa yg salah, tidak akan saya sorok dan apa yg betul saya tidak teragak2 utk memaklumkan pada semua. Ramai yg mengatakn lelaki kelantan bossy. Saya berpendapat mungkin betul. Ini berlaku disebabkan oleh cara didikan ibu bapanya. Kelantan atau Kota Bahru adalah tidak bersih. Saya akui ada tempat2 yg kotor dan berbau busuk di bandar Kota Bahru. Ini disebabakan oleh penduduk2nya yang tidak tahu menjaga kebersihan dan juga mungkin juga tiada penguatkuasaan undang2 yg ketat kepada pesalah sivil ini.

Di bandar Kota Bahru, banyak trafik light yg sedikit sebanyak menganggu kelancaran lalu lintas dan minyak pun byk dipakai sebab terlalu byk membrek kereta.

Saya pernah menulis di dalam post saya tahun lepas mengenai radio di Kelantan tidak memutarkan lagu2 dari negeri barat. Apa yg sya dengar adalah lagu2 rakyat negeri kelantan yg tidak tercemar dgn lirik2 lucah dan negatif. Barang2 di sini sangatlah murah meyebabkan ramai pelancong2 datang utk shopping saja.

Di dalam entry yg lepas,saya ada menyebut mengenai negeri Kelantan juga mempunyai Hakim wanita di mahkamah rendah syariah. Pada tahun lepas, ada ekspo Cheng Ho yg saya dimaklumkan mendapat sambutan menggalakkan dari org ramai di seluruh Malaysia.

Sebagai anak Kelantan, tidak salah utk saya memuji Kelantan kerana ia adalah tanah tumpah darah saya. Walaupun saya bekerja dan berkhidmat di Kuala Lumpur tetapi Kelantan sentiasa di hati. Apa org nak melabel saya sebagai asobiyyah atau kelantan totok, terpulanglah pada persepsi masing2. Yg penting saya tidak mendiskriminasi negeri2 lain atau org dari negeri lain.

Mudah2an Kelantan akan terus maju dan membangun sealiran dgn masa..Org2 kelantan pula hendaklah mempraktikkan Islam bukan sahaja di mulut tetapi pada amal masing2..

p.s. sungguh lega dan bahagia

Sunday, January 16, 2011

Bahagia ada di mana-mana

Ada beberapa orang law student akan berkahwin pada awal februari ini sempena dgn cuti semester break dan juga cuti Raya Cina. Saya menumpang gembira kerana jodoh mereka sudah sampai ( walaupun saya secara peribadinya saya kurang setuju pelajar2 lelaki yg masih belum bekerja mengambil keputusan utk berkahwin). Mudah2an mereka berkahwian bukan sekadar berkahwin sebab ada girlfriend atau boyfriend tetapi sudah tahu apa tanggugjawab dan implikasinya bila sudah berada di alam rumahtangga.

Bila kita berkahwin, pasangan tersebut bukan hanya berkhwin di antara keduanya, lelaki dan perempuan tetapi kita juga berkahwin dgn keluarga masing2. Tahu bagaimana hendak bergaul dgn keluarga mertua dan tahu juga bagaimana hendak berfikir dan membuat keputusan. Tahu juga bagaiman hendak mengimbangi antara tuntutan pelajaran, keluarga dan isteri/suami.

Pada masa yg sama juga saya juga mendapat berita mengenai perpisahan yg berlaku di antara pasangan di kalangan student saya. Ada pelbagai faktor yg berlaku, mungkin tiada kesefahaman, tiada persediaan dan juga mungkin tiada cinta lagi. Ada yg berkata, tiada kematangan pada bekas pasangan2 masing. Apa2 pun yg diperkatakan, hati saya tersentuh bila mendapat berita sebegini terutama bila kedua belah keluarga sudah mengetahui tentang hubungan mereka.

Walau apa pun yg berlaku, anggap lah apa yg berlaku adalah lukisan alam; pelbagai warna yg dicorak di atas kanvas dunia ini. Semuanya adalah warna2 kehidupan yg perlu kita hadapi..Yg penting nikmat Iman dan Islam masih utuh di kalbu. Juga nikmat sisa hidup yg ada utk kita meneruskan hidup yg ada. Percaya lah, masih ada sinar di hadapan dan pastinya masih ada yg sayang pada kita...

Bahagia ada di mana-mana...mungkin perpisahan yg kita alami sebenarnya adalah anjakan kehidupan yg lebih berkualiti..bak kata Shahir, Kebahagiaan di dalam perpisahan..

p.s. hari bahagia bersama anak-anak dan adik tersayang...

Friday, January 14, 2011

Lagu-lagu Uji Rashid

Semasa saya kecil2 dulu iaitu masa bersekolah di sekolah rendah, saya suka sangat mendengar lagu2 nyanyian Uji Rashid dan Hail Amir. Saya juga selalu berangan2 pandai menyanyi dan mempunyai suara seperti Uji Rashid. Teman sepermainan saya pada masa itu ialah Wan Ros atau sya pnggilnya Deroh. Dia lah teman rapat saya semasa di sekolah rendah dan kami selalu bermain masak2 bersama dan menyanyi bersama. Saya, Uji Rashid dan Deroh adalah Hail Amir.

Saya memasang CD kompilasi lagu2 Uji Rashid di dalam kereta semenjak seminggu dua ini. CD nya baru berfungsi. Setiap kali mendengar lagu2 beliau saya pasti terkenang pada zaman2 dulu2. Saya rasa, jarang sangat penyanyi2 sekarang ini mempunyai suara lembut. manja seprti Uji Rashid. Bila bersama anak2 di dalam kereta, mereka selalu bertanya kenapa mama suka dengar lagu2 sebegini. Saya selalu memberitahu mereka yg ini lah yg dinamakan nyanyian yg sebenarnya. Ada lenggok suara, lemak merdu dan tiada bunyi bising alat2 muzik yg membingitkan telinga. Kita akan mendengar suara penyanyinya dgn jelas. Satu lagi lirik2 lagu2 Uji Rashid adalah berunsur cinta dan kasih sayang, kegembiraan dan kesedihan, kehidupan dan kematian.

CD lagu melayu yg menjdi koleksi saya ialah Allahyarham Sudirman dan Uji Rashid. Saya sedang merancang utk membeli CD Jamal Abdillah pula. Ini lah suara jantan yg tiada tolok bandingnya!

p.s. Iwan masih ingat saya...

Thursday, January 13, 2011

Mahkamah Syariah di Malaysia..

Kali ini saya nak memberi sedikit komen mengenai pentadbiran mahkamah shartiah di Malaysia. Baru2 ini sya didatangi oleh seorg wartawan Dewan Masyarakat ke pejabat untuk menenuramah saya mengenai pentadbiaran mahmah shariah pada hari ini. Apa yg boleh dirumuskan ialah mahakamh syariah di Malaysia adalah yg terbaik dari segi kecepatan menyelesaiakan kes. Byk2 kes di selesai melalui kaedah sulh. Kes2 juga boleh didaftar on line. Hakim2 juga dinasihati utk merujuk kepada semua mzhab sebelum membuat keputusan. Kes2 poligami hanya boleh dibenarkan oleh mahkamah utk berpoligami bukan sebab adanya izin isteri atau tidak.

Itu adalah sebahagian dari kemajuan di dalam pentadiran Mahkamah Shariah di Malaysia. Tetapi apa yg terpapar di surat2khabar ialah mhkamah syariah adalah lembap dan lemah. Realitinya tidak begitu. Satu lagi pada tahun lepas, kerajaan telah mengumumkan hakim syariah wanita pertama di Malaysia iaitu di Mahkamah syariah Putrajaya/Wilayah Persekutuan. Tetapi ramai yg tidak tahu yg hakim wanita pertama di mahkamah syariah di Malaysia adalah di negeri Kelantan apabila pegawai sulh wanita ditauliah utk menjadi hakim mahkamah rendah syariah pada tahun 2007.

Saya merasa sungguh bersuyukur pada Allah kerana dgn izinNya mhkamah syariah boleh smpai ke tahap ini.

Walaupun perlahan, tetapi kami tetap bertahan dan tidak tewas pada cemuhan dari pihak lawan..

p.s. hati ku gembira..

Tuesday, January 11, 2011

Jangan jual mahal dgn cikgu..

Lecture saya pada hari selasa dan khamis bermula jam 8.30 pagi hingga jam 9.50 pagi. Kelas itu hanya mengandungi 25 org pelajar sahaja. Jadi saya mudah perasan siapa ada dan siapa yg tiada di dalam kelas. Saya juga tahu siapa yg dtg awal dan siapa yg dtg lambat. Disebabkan kelas saya merupakan kelas pertama yg akan menggunakan tempat tersebut maka saya diamanahkan utk memegang kunci kelas tersebut hingga akhir semester.

Biasanya saya akan membuka kelas tersebut jam 8 pagi, sebaik saja sy sampai di office supaya mana2 student yg suka dtg awal, boleh lepak2 di dalam kelas sambil membelek2 nota2 yg diajar tempoh hari. Saya pula akan sampai ke kelas jam 8.29 pagi dan biasa nya sudah ada beberapa org student (kebanyakannya sister) sudah sedia menunggu kedatangan saya. selesai membaca doa, maka ada lagi student yg masuk ke dalam kelas.

Pada hari ini, ada seorg student lelaki dgn muka "selambarland" masuk ke kelas antara jam 9.05-910 pagi. Lebih setengah jam selepas kelas bermula. Memang silap saya tak kunci pintu dan tidak menghalau dia keluar pada saati itu. Pada masa itu sya sdg asyik mengajar dan memberi beberapa contoh utk tajuk yg diajar pada pagi itu.

Walau apa pun tindakan saya, pelajar tersebut sepatutnya mempunyai sifat tawadduk dan hormat pada guru dan kawan2 dia di dalam kelas tersebut. Habis kelas dia terus blah ( cuba nak bercakap rock!).

Student itu memang jual mahal dgn saya..hmm..kalau dia boleh begitu sekali jual mahal dgn saya..saya pun boleh 10 kali jual mahal dgn dia!!

p.s. saya emosional?...terimakasih

Monday, January 10, 2011

Cinta yg sempurna

"Cinta yg sempurna" adalah tajuk lagu Yuna yg turut dicalon dalam Anugerah Juara Lagu 2010 baru2 ini. Saya bukan nak komen mengenai program tersebut cuma saya terpanggil utk memberi sedikit komen mengenai lirik2 lagu tersebut. Secara amnya lagu tersebut berkisar mengenai seorg gadis yg mendambakan cinta yg sempurna.

Sebenarnya tiada cinta yg sempurna di dalam dunia ini melainkan cinta Allah pada hamba Nya dan cinta Muhammad pada umat Nya. Cinta kita sesama manusia adalah cinta yg tidak sempurna pada hakikatnya. Cinta kita serba kekurangan dan ketidaksempurnaan. Kenapa begitu? Jawapannya ialah kerana manusia tiada yg sempurna. setiap manusia ada kekurangan dan kelemahan. Justeru itu, kita patut melihat teman hidup kita sebagai manusia biasa yg mempunyai kekurangan dan kelebihan. Bilang setiap kelebihan yg dia ada agar kita bersyukur dgn apa yg dianugerahkan Allah kpd kita. Tutup mata dan telinga pada kekurangan yg tidak menyalahi syara' yg dia miliki.

Cinta yg sempurna sesama manusia hanya dapat dicapai bila kita melihat ktidaksempurnaan itu sbg pelengkap hidup kita agar kita sama2 melayari bahtera hidup dgn saling mengingat antara kita..

p.s. aku terima hakikat ini..

Saturday, January 8, 2011

Hidup penuh risiko..

Hari ini saya didatangi oleh seorang pelajar dari negara luar utk meminta tandatangan saya agar dia dapat drop sabjek yg dia ambil pada semester ini. Kebetulan sabjek yg dia nak drop adalah sabjek saya. Sebenarnya tidak menjadi masalah sabjek saya atau sabjek org lain, sya cuma melihat pada study plan, jumlah credit workload utk smester ini dan academic history sebelum memberi nasihat. Rupa2nya dia hnaya mengambil 15.5 credit hours shaja smester ini. Jadi kalau dia drop satu sabjek maka 3 workload akan hilang dan yg tinggal hanyalah 12.5 credit sahaja. Dia baru dalam tahun satu. Sya memnasihatinya jgn drop, sebab workload akan menjadi terlau sedikit dan ada kemungkinan dia akan extend satu semester. Kalau lah dia ada fail mana2 sabjek pada sem ini atau sem akan dtg, maka byk lah sabjek yg tertinggal. Lagi satu, kalau terlalu sedikit workload, jika dia mendapat "C" pada semua sabjek maka CGPA dia mungkin kurang dari 2.00.

Bila sy bertnaya kenapa nak drop sabjek, dia hanya memberithau saya yg dia nak score semua sabjek yg dia ambil. Dia adalah top student di sekolah dulu. Dia tak pernah fail dalam pelajaran. Semua kawan2 dia kagum dgn diri dia sebab dia masih muda tapi sudah khatam dan hafal Quran. Dia tak sanggup utk menghadapi keputusan exam selain daripada gred A dalam pelajaran.

Saya memaklumkan kepada dia yg hidup ini tidak selalunya manis. Kita juga tidak selalu di atas. Dia hanya boleh memikirkan yg dia akan mendapat "A" sahaja dlm hidup nya dan tidak kurang dari itu..

Sebagai pelajar kita hendaklah belajar sebaik yg mungkin. Berusaha apa yg mampu. Apa yg di depan mata, kita belek, belai, fikir..kalau elok kita ambil. kalau sebaliknya kita tinggal. Jangan paksa diri apa yg tak termampu utk kita buat. Org kata, apa yg berlaku semalam adalah sejarah..hari ini adalah hadiah..dan hari esok adalah misteri.. Adalah satu kesilapan jika kita fikir jika kita gagal dalam pelajaran kita juga gagal dalam hidup kita. Hidup ini adalah penuh risiko. Jika kita takut utk menghadapi risiko maka kita tidak tahu makna kehidupan.. dan kita tidak akan lama utk hidup..

p.s. antara mimpi dan realiti

Thursday, January 6, 2011

"Love Story"

Antara lagu kegemaran saya ialah lagu bertajuk " Love Story" nyanyian Andy Williams yg dipetik dari filem Love Story. Filem ini rasanya diterbitkan pada awal 70an dan dilakonkan oleh Ryan O'Neal dan Ali McGraw. Saya sanggup memutarkan lagu ini sbnayk yg mungkin sambil memandu kereta tanpa rasa jemu. Melodinya amat menusuk jiwa sambil menghayati bait bait lirik lagu tersebut. Bila diingat pada kisah di dalam filem itu yg berakhir dgn tragedi, kdg2 membuat saya merasa sebak. Kisah cinta yg berkesudahan dgn kematian. Walau apa pun, itu adalah sebahagian dari kehidupan di alam fana ini. Setiap yg hidup pasti akan mati, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap kegembiraan pasti ada kesedihan. Terpulang kepada masing2 bagaiman untuk memberi reaksi pada setiap kisah yg berlaku di dalam diri kita.

Bagi saya yg sentiasa menerima kunjungan dari student utk menyelesaiakan masalah akademik dan juga personal mereka, kdg2 membuat saya tertanya2 adakah masalah saya sendiri akan selesai? Bila saya menanyakan soalan pada diri saya..jawapan yg selalu saya sediakan ialah; Yang penting kita semua mesti kelihatan gembira dan ceria walau hati sedang berduka. Kadang2 kedukaan itu patut dibiarkan saja berlegar2 di dalam kehidupan sehari-hari. Jangan diusik, jangan dicemuh dan jangan difikir..lama2 ia akan pergi bersama2 masa2 yg berlalu setiap hari..

p.s aku tidak apa-apa...

Tuesday, January 4, 2011

Jejak kasih di Singapura







Lawatan ke Singapura pada tahun lepas, 29 dec 2010 hingga 2 Januari 2011 adalah merupakan lawatan secara rasmi utk kali ketiga. Lawatan rasmi yg sya maksudkan ialah lawatan yg menggunakan travel agent dan tinggal di hotel. Lawatan yg tidak rasmi sudah beberapa kali dibuat dan sya tinggal di rumah kakak sulung saya di Choa Chu Kang.


Lawatn rasmi yg pertama dibuat pada tahun 2004 semasa sya menghadiri ASLI Law confernece anjuran National Univ of Singapore. Yg kedua pada tahun 2008 yg mana Singapore Flyer baru dilancarkan pada tahun tersebut. Yg ke tiga pada tahun 2010.


Seingat saya pertama kali dtg ke Singapura pada tahun 1997 bersama2 dgn suami dan anak no 1 dan no 2, zaki dan wafi. Zaki masa tu berusia 2 tahun setengah dan wafi 6 bulan. Kami memandu ke sana. Bila sampai di imigresen, mere zindagi tidak dibenarkan masuk ke Singapura disebabkan ketiadaan visa. Masa tu sya dan anak2 sudah melepasi imigresen dan kastam singapura. Tetapi suami masih tersekat di sana. Suami tidak dibenarkan masuk. Saya tercengang ketakutan bersama anak2 melihat suami melambai pergi di seberang sana. Saya kuatkan hati dan mencari semangat utk memandu kereta sendirian di negara orang bersama2 dgn 2 anak kecil. Risau takut anak2 ni menangis nk ke bilik air atau menganggu semasa memandu. Sambil mengikut arahan yg diberikan oleh kakak, akhirnya saya selamat sampai di Choa Chu Kang selepas hampir 2 jam memandu. Bila sampai terus meluru memeluk kakak sambil menangis kegembiraan. Takkan sya lupa kenangan memandu di sana..


Kali ini ke Singapura, satu beg baju hilang disebabkan kelalaian anak no 2 menjaganya. Mula2 tu agak geram juga tetapi bila diingat balik, kami dtg utk bercuti dan bersukaria, sya tolak ke tepi perasaan kegeraman itu. Yg penting, anak2 sihat dan tak hilang. Semua baju anak no 2, wafi tidak ada. Akhirnya malam tu juga terpaksa berlari2 ke kedai utk membeli keperluan dia. Kredit kad yg diniatkan utk kegunaan emergency akhirnya terpaksa digunakan. Nak buat macam mana.


Hari ketiga kami ke rumah kakak saya di Choa Chu Kang. Hujan lebat semasa kami turun dari bas utk ke MRT station. Basah baju semasa di dalam MRT. Bila smpai di rumah kakak saya, keletihan kami hilang dgn seteko teh panas, sepinggan pisang goreng dan keledek goreng. Alhamdulillah. Anak2 pula sibuk berjejak kasih dgn sepupu2 dia.


Apa2 pun yg penting kami semua selamat sampai di rumah, Melati Utama dgn menaiki bas kegemaran kami, Aeroline yg penuh keselesaan.


Kami semua suka apa yg ada di Singapura..hanya satu yg kami tak suka..Duit dia yg mahal sangat!

p.s. alhamdulillah..aku masih gagah di sini






Monday, January 3, 2011

kenangan di Singapura

Sepatutnya gambar ini di bwah tetapi tak tahu macam mana nak letak.. ini lah harga2 jus yg dibeli..hmm..kalau nak tau harga dlm RM kali dgn 2.3


Pada 29 dec tahun lepas, sya bersama dgn anak2 dapat berjalan ke Singapura selama 5 hari 4 malam. Kali ini kami tinggal di hotel santa grand bugis, hnya utk tidur dan melepaskan lelah sahaja.. Hotel ni hanya 3 star dan bilik kami di basement. Tapi ok lah, alhamdulillah. alamat hotel ini ialah...
^
^



Gambar di bawah ni semasa sy melawat studio Jalan Ampas di No 8. Studio sudah menanti utk dirobohkan pada bila2 masa2 saja. Teringat pada cerita2 P Ramlee yg menjadi igauan kita hingga saat ini..



Gmbar di bwh ni semasa di Singapore Flyer. Kami tak naik sebab dah naik pada tahun 2008. Ini adalah wheel yg paling tertinggi di dunia. masa ni, kita tersangat lah dahaga. Lutfi sedang minum mango jus dan mama tengag ralit menghirup avocado jus. Angah macam biasa la..berkhayal..kali ni nak jadi apa pulak. hari tu nk jadi juru tol..anak aku sorang ni..









Ini Masjid Sultan, antara masjid tertua di Singapura. Teringat pada zaman kes Natrah dulu, masjid ni menjadi kubu org2 melayu dari di serang oleh tentera british.




Gmbar ni, di Merlion, puncak kemegahan Singapura..kali ni angah berkhayal nk terjun sungai singapura agaknya..





Ini tiket ke Universal studio yg berharga Singdollar 66 utk hari biasa dan 77 dollar utk weekend..
















Gmbar di bwah semasa kami berada di entrance sebelum masuk ke Universal Studio yg meninggalkan seribu kenangan manis semasa kami di sana..


Nak pergi lagi tak? jawapannya...Naaaaaaaaak!