Powered By Blogger

Thursday, November 19, 2009

Entry yg terakhir ..untuk tahun ini..

Rasanya ini entry yg terakhir sebelum berangkat ke Makkah pagi esok. Lebih byk update FB dari blog sejak dua menjak ni.

Doakan semoga saya selamat pergi dan selamat balik ke Tanahair ke pangkuan keluarga yg tercinta.

Ini merupakan haji pertama saya selepas 40 tahun hidup di dunia ini. Seruan nabi Ibrahim beribu2 ( puluhan ribu mungkin juga)tahun yg lepas, insyAllah baru dapat saya jawab..Labbaika Allahum Malabbaik..

Pemergian ke bumi para anbiya' ni adalah kerana Izin Allah semata2. Keinginan saya yg membuak2 untuk ke sana sudah lama..tetapi tiada keizinan dari suami membuatkan saya terpaksa menangguh dari setahun ke setahun dan tahun yg berikutnya.. saya pasrah dan redha kerana saya pasti matlamat tidak menghalalkan cara. akhirnaya pada tahun ini, dgn izin Allah, Allah membuka pintu hati suami mengizinkan saya pergi..harap2 bukan kali terakhir.

Untuk suami yg saya kasihi..Terimakasih banyak2..itu saja kata2 yg mampu saya ucapkan..untuk anak2, mama sayang abang, angah dan adik. mama bukan ibu yg terbaik, tapi sentiasa berusaha untuk menjadi yg terbaik..jadi lah anak yg mendengar kata dan mempunyai akhlaq yg yg baik. Pjg umur...mama akan kembali ke tanahair..insyAllah. Kalau tidak..maafkan mama..

Untuk semua student/bekas student yg mengikuti blog saya..insyAllah saya akan mngemaskinikan blog bila pulang nanti dgn macam cerita pasal student pada sem depan. sya akan mula mengajar mungkin pada 29 atau 30 dec 2009..tak lama..dalam tahun ni juga..insyAllahh

salam hormat dan so long!

Thursday, November 12, 2009

Puisi Perpisahan

Mendung sekali hari ini
Hari terakhir aku bersama mu
Sebelum engkau pergi jauh dari ku

Aku hnya tempat persinggahan
Sebelum engkau
Meneruskan hidup manismu
Bersama si dia itu

Dan aku adalah pelabuhan sepi
Setelah kau tinggal pergi
Setelah puas madu di isi
Di kantung hati mu
Dan sepah dibiar meratai
Di wajah berparut sepi
Sambil aku meratap sendu
bayang-bayang mu itu
Yg kau tidak akan kembali
Untuk bersma ku lagi..
Arghh….

Saturday, November 7, 2009

menghitung hari..

Baru saja habis masukkan result pada Admission and Record unit. Alhamdulillah, satu tanggung jawab sudah selesai.Alhamdulillah siap marking dalam masa 3 hari. 2 malam turut2 tidur jam 12malam, marking punya pasal. Macam mana result? Hmm..itu tak boleh dijawab. Ada yg lulus dan ada yg tak lulus..itu adalah perkara biasa.

Ada lagi satu paper pada 11hb November jam 2.30pm. Paper ni ada dua sections dgn jumlah student 65 org..(rasanya). Yg ni mungkin berat sikit. Sebab ramai, tak mungkin siap dalam 3 hari..mungkin 5 hari kot..apa2 pun kena siapkan sebelum 19hb November..

16 nov ni akan balik kampong untuk 2 hari satu malam..jumpa ma, abah, adik2, bapa2 saudara, mak saudara dan sepupu2 dan juga saudra yg lain sebelum berangkat pergi pada 20 nov ni..banjir ke sekarang? Sedap tuh!

Hmmm..menghitung hari untuk berangkat ni agak berat jugak la. Macam2 perasaan di dalam hati. Saya ni sentimental orgnya..bukan sentimental biasa2 tapi sentimental dah peringkat kronik! aduhai! Mere Zindagi dah jerkoh kalau asyik berlinangan airmata, JANGAN pergi! Ayo!yo! Appa! Amma! Nehe babuji..Acha hae.. Kamal kata buat gedebe sikit.. itu yg susah tu..sebab sikit. Kalau suruh wat banyak tu boleh la… he!he!

Ok..jumpa lagi.

Thursday, November 5, 2009

Puisi

Terkadang aku,
tersalah bahasa..
Tersilap kata..
Terlanjur bicara..

Justeru,
Maafkan aku..
Kerana jadi begitu..
Lidah seperti peluru
Membuat kamu keliru
Siapakah aku
Yang mana satukah itu..
Kini atau dulu..
Aku mohon maaf dari mu
Sejujur2nya aku..

Kerana,
Badan ku semakin lesu
Airmata menjadi temanku
Jiwa menjadi kaku
Memikirkan nasibku..
Yang mungkin akan meninggalkan mu…
Maafkan aku…

Tuesday, November 3, 2009

exam fever

Sebenarnya tidak ada topic menarik untuk dikongsi bersama kali ini mengenai pelajar2 saya. Cuma sekarang ni tgh musim exam sampai 18hb nov ( eh, betul ke?).
Paper saya akan bermula pada 4 nov dan 11 nov. Cantiiik..memang cantik. Alhamdulillah. Ada gap 6 hari sebelum paper ke dua. InsyAllah sempat habis marking kertas pertama paper ke dua pada 11 hb.
Semenjak dari minggu lepas sudah ada beberpa orang student dtg untuk membuat consultation dgn saya. Budak2 ni, kena hati2 juga..ada soalan perangkap. Katanya nak Tanya apa yg tak faham tapi meleret2 pada soalan “ topic ni masuk periksa tak?” haah..itu yg sedap di dengar, susah nak jawab..
Ada juga yg tanya, “part 1 byk soalan dari part 2 kan, ustazah?” aiseyman..tak leh jawab sayang ooi..
“ Ustazah, ada tips2 exam tak”. “ ada”. “ apa dia ustazah?”. “baca semua yg saya ajar dalam kelas”
Jgn tnya soalan apa topic yg masuk periksa. Ini adalah amanah yg telah saya janji dan sign dalam declaratory form yg saya tak akan bocor pada student. Amanah yg saya junjung kerana Allah s w t. Yg penting, dtg kelas sokmo, bagi perhatian apa yg diajar di dalam kelas, buat yg disuruh..dan selalu2 lah ziarahi sya untuk bertanya isu2 yg kamu semua tidak faham..selebihnya lagi, berdoa dan bertawakkal pada Allah.
Lagi satu, jgn kecewa dgn carry marks yg rendah..pandang ke depan..yg sudah tu sudah lah..
Yg dapat markah tinggi, jgn leka..kamu mungkin jatuh bedebok atas tanah, disebabkan terlalu memandang ke atas..
All the best to all of you..