Wednesday, January 25, 2012

Rindu serindu-rindunya






Perasaan rindu adalah tanda bahawa kita sayang pada seseorang. Rindu yang mendalam boleh membuat kita tidak keruan. Menjadi serba salah, segala kerja tidak menjadi. Sebelum tidur dia adalah orang pertama yg kita ingat dan bila bangun tidur, dia jugalah orang pertama yg kita ingat. Bak kata Jamal Abdillah, Kekasih Awal dan Akhir.












Kita mungkin rindu kepada suami/isteri, mama/abah, anak-anak, adik beradik, sahabat dan sesiapa sahaja yang pernah rapat dengan kita. Mereka ini masih hidup cuma tidak lagi tinggal bersama kita. Cara untuk melepaskan rindu kepada mereka mungkin dengan pergi berjumpa dengan mereka. Ataupun menelefon dan bercakap dengan mereka. Mungkin juga dengan menghantar surat atau kad sebagai tanda kita ingat dan rindu kepada mereka.






Kadang2 rindu pada mereka di atas, lebih baik bersarang di hati dan tidak perlu dikongsi. Mudah2an ia akan baik sendiri bila tiba waktu tanpa janji





Kita juga rindu pada orang2 yang telah lama meninggalkan kita. Mungkin juga orang2 yg saya sebut di atas tetapi sudah pergi meninggalkan alam fana ini. Rindu sebegini membuat kita mengeluh panjang dan mungkin menitis airmata. Doa dan sedekah al fatihah adalah jalan untuk kita berhubung sebagai tanda bahawa mereka masih di dalam ingatan kita sentiasa.












Ada kemungkinan juga kita merindui orang yang tidak pernah kita temui selama berhubung dengan dia. Ingin sekali kita bertemu dengan dia agar dapat melihat sendiri bagaimana rupa dia yg sebenarnya. Rindu sebegini tidak begitu meyakinkan kerana kita hanya "melihat" dia di alam maya atau melalui surat menyurat sahaja.






Walaubagaimanapun, saya pasti kita sangat-sangat ingin menemui Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW walaupun kita tidak pernah menemui mereka. Walaupun tidak pernah menemui Rasulullah tetapi setiap hari kita mengamalkan sunnah baginda sebagai tanda kasih sayang pada baginda. Sebagai seorang Islam, saya yakin kita ada menanam impian utk bertemu Rasulullah di dalam mimpi kta. Kita juga yakin bahawa Sunnah rasulullah adalah sebahagian daripada sumber rujukan shariah selain daripada Al Quran al Karim.







Rindu pada Pencipta kita hanya boleh dilepaskan dengan sentiasa berkomunikasi dengan Dia melalui zikrullah, membaca ayat2 suci al Quran dan melihat ciptaanNya sambil menyebut " Rabbana Maa Khalaqta Haaza batilaa Subhanaka Faqina azaabannar".







Mudah2an setiap kerinduan kita pada manusia dilepaskan dengan sebaik2nya mengikut hukum shara'. tetapi kerinduan pada Allah dan RasulNya adalah puncak kenikmatan rindu yg tidak boleh dilafazkan dengan kata-kta. Hanya Allah yg Maha Mengetahui betapa dalamnya rindu kita kepadaNya....


























Tuesday, January 24, 2012

Jangan tiru dia!

Semalam seorang pelajar lelaki menegur saya. Bila saya melihatnya, saya tidak cam siapa dia. Rambutnya panjang di depan tetapi dikemaskan mengikut raut muka dan hampir menutup mata kiri. Bila diperhati lama-lama style rambutnya seolah-olah penyanyi lelaki dari negara Korea. Saya tahu drama2 dan lagu2 korea menjadi kegilaan remaja sekarang termasuk juga aktor/aktres dari sana. Kalau dilihat dalam gambar profile facebook pun rata2nya memuat turun aktor/aktres dari sana.


Saya rasa ini lah kelemahan masyarakat melayu kita ini. Terlalu mudah terpengaruh dengan budaya dan orang2 luar. Terlalu berbangga bahawa cara hidup mereka adalah lebih baik dari cara hidup kita sehingga mengorbankan style kita sendiri demi utk mengikut cara mereka. Saya rasa tidak salah menonton drama2 Korea yg banyak memberi mesej dalam kehidupan kita tetapi cukup setakat itu saja. Contoh filem Korea yg begitu memberi kesan pada saya ialah filem "Taekuguki". Filem yg membuat saya menangis dari permulaan cerita sehingga akhirnya. Lagu2 Korea juga ada yg sedap didengar dengan lirik yg puitis tetapi kita perlu menapis siapa dan apa yg boleh kita ikuti dan dengari.


Berbalik kepada pelajar tadi, saya amat terkejut dengan penampilan terbaru beliau. Teringat semasa belajar dgn saya dulu, rambutnya kemas dan beridentitikan orang melayu. Ya lah, ramai pelajar takut pada saya semasa belajar sebab markah di tangan saya ( dan Allah jua). Bila sudah habis belajar dengan saya, sudah tidak takut untuk membuat apa yg dilarang. Di dalam hati mereka ditanam supaya takut pada guru lebih dari takut pada Allah!


Saya pernah berjumpa dengan pelajar lelaki yg memakai rantai berwarna perak di leher. Saya yg berdiri di sebelah beliau pun tidak dikenali. Almaklum bila ada makwe di sebelah seolah2 dunia menjadi milik dia. Mashallah...


Saya rasa scenario ini berlaku disebabkan kita belajar agar untuk lulus di dalam peperiksaan bukan utk mencari ilmu pengetahuan. Saya tidak berbangga langsung melihat pelajar yg mendapat keputusan yg cemerlang di dalam peperiksaan dan disenaraikan dalam Dean's List tetapi tidak "berilmu"! Lebih2 lagi jika perangai pun entah ke mana.


Ilmu bukan diukur dengan jumlah degree dan sijil yg ada, tetapi berdasarkan jumlah amal istiqamah yg anda miliki dan amali....

Sunday, January 22, 2012

Tabarruj












Sedang saya sibuk menyapu lip balm ke bibir saya yg kering, tiba-tiba Lutfi menjerit kepada saya, " Haram! Haram, Mama". Saya terus menyapu juga tanpa mengendahkan pada teguran dia.






"Kenapa Lutfi kata haram?" Saya bertanya kemudiannya.



" Mama tak boleh buat macam tu". Dia cuba meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada saya.



" Ok, mama tak boleh buat. Tapi kenapa tak boleh buat?"



" Macam tu, hanya orang Kristian buat saja yang buat".






Saya tersenyum mendengar penjelasan dari anak yg berumur 12 tahun ini. Maksud dari jawapannya ialah bersolek atau bertabarruj itu hanya dibuat oleh orang2 bukan Islam sahaja. Wanita2 Islam tidak boleh atau haram bertabarruj.






Saya menjelaskan kepada dia bahawa memakai lip balm dibolehkan. Tujuan memakai lip balm ialah untuk mengelakkan bibir dari kering dan merekah. Lama kelamaan akan jadi pedih dan boleh menganggu keselesaan kita bila mahu bercakap atau makan. Malah jika kita ke negara-negara yg mempunyai 4 musim, diwajibkan untuk kita memakai lip balm. Begitu juga bila menaiki flight yg mengambil lebih 2-3 jam, hendaklah kita banyak minum air dan menyapu vaseline di bibir utk mengelakkan berlaku dehydration. Saya juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan konsep tabarujj dan menutup aurat dalam Islam kepada anak-anak.






Kadang-kadang kita tengok sesetengah Muslimah memakai tudung di kepala tetapi warna dan perhiasan tudung itu agak keterlaluan. Warna yg terlalu terang ( flashy) dan dihiasi dgn manik2 yg yg lip lak dan berjela-jela panjang. Ada juga sesetengah itu yg memakai brooch atau perhiasan besar di tengah2 dahi yg dari jauh sudah nampak seolah2 seperti antenna seolah utk menghubungi planet lain.






Perhiasan yg keterlaluan ini juga dikira tabarruj. Saya rasa cukup sekadar satu brooch besar yg diletakkan di tempat yg sesuai pada tudung kita. Ramai orang kononya hendak mengikut fesyen tetapi sebenarnya ramai yg menjadi mangsa fesyen.






Tabarruj ini bukan sekadar bersolek di muka tetapi termasuk juga jenis pakaian dan perhiasan pada pakaian kita.






Bagi saya, sudah cukup untuk meyapu sedikit celak di mata, pelembap muka serta bedak yg sesuai dengan warna kulit serta lip balm yg sewarna dgn bibir. Semuanya dbuat dengan sederhana.



Sunday, January 1, 2012

Yakinlah pada diri sendiri..[ adab dengan guru II]

Satu lagi sifat yg saya kurang suka bila pelajar berada di dalam kelas ialah sifat yg berlawanan dgn sifat pertama tadi; sifat yg terlalu merendah diri.





Merendah diri adalah salah satu sifat yg mulia dan salah satu dari sifat2 Rasulullah S A W. Tetapi jika terlalu sangat merendah2kan diri kita membuat orang lain merasa muak dengan perangai sedemikian.





Sebagai contoh; bila ditanya di dalam kelas, jawapan yg diberikan ialah " tidak tahu" atau mengangkat bahu. Kemudian setelah selesai kelas, maka student itu datang dan menjelaskan jawapan yg sebenar. Bila ditanya kenapa tidak dijawab sedemikian. Lantas jawapan yg diberikan ialah " Saya malu...saya takut jawapan saya salah..English saya tak bagus..dan bla bla bla.."



Ataupun pelajar yg tidak pernah membuka mulut sepanjang masa tutorial. Tidak pernah bertanya, tidak pernah menjawab soalan, tidak pernah memberi komen atau pun menjawab ya atau tidak bila ditanya soalan sedemikian. Yg ada hanyalah senyuman yg terukir di bibir.








Sebenarnya bila kamu berada di dalam kelas, kamu dan rakan kamu yg lain adalah berada di atas level yg sama di antara satu sama lain. Tiada yg lebih dan tiada yg kurang pada pandangan guru. Jika kita terlalu merendah diri kita akan rugi. Kita akan terlepas peluang utk menonjolkan kelebihan yg kita ada. Menonjol di sini bukan bermaksud menunjuk-nunjuk. Tetapi lebih kepada sifat positif iaitu menunjukkan keyakinan yg kita ada. Keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri.

Ramai orang akan hormat pada diri kita jika kita mempunyai sifat percaya pada diri sendiri. Percaya kepada diri sendiri bermaksud percaya pada kebolehan yg ada tanpa ada rasa sifat untuk menyombong pada orang lain atau hendak menunjuk2.



Semasa saya kecil, ramai kanak2 lain suka mengejek2 dgn memanggil saya dgn nama "ttampong". Ini adalah disebabkan pada sebelah kiri muka saya ada tompok2 warna coklat yg tidak sama dgn warna kulit muka saya. Tompok2 itu adalah tanda lahir sejak saya lahir ke dunia lagi. Ia menjadi semakin jelas bila saya meningkat remaja. Saya merasa rendah diri di atas kekurangan yg saya ada pada masa itu. Bila usia sudah semakin meningkat, saya semakin lali dgn keadaan muka saya. Saya tidak pernah merasa kekurangan tadi sebagai penghalang untuk saya mencari kawan dan senyum pada sesiapa saja. Kerana saya yakin, mereka juga tidak sempurna seperti saya. Yang penting, orang lain gembira melihat saya.. :-)





Ada juga teman2 rapat dan student bertanya akan hal ini. Jawapan saya senang saja, itu tanda rezeki dari Allah untuk saya dan saya cukup gembira dengan tanda lahir itu. Bila saya ke salon untuk membuat facial, sudah menjadi kemestian kepada beautician bertanya untuk memutihkan tanda lahir tersebut, tetapi saya enggan. Saya selalu berkata, ini yang Allah bagi pada saya dan saya merasa cukup "cantik" dengan anugerah Allah itu.



Berusahalah untuk mendapat ilmu dan sentiasa berdoa agar Allah menganugerahkan kepada sifat bijaksana agar dapat kita melalui kehidupan kita dengan penuh keyakinan bahawa setiap pergerakan kita hanyalah utk mencari keredhaan Allah dan bukannya keredhaan manusia.

Selamat Tahun Baru semua!!