Saturday, May 29, 2010

Hati saya puas!

Tadi pergi ke kedai nak beli CD Ip Man 2. Sya bertanya penjual CD mana CD tersebut, dia memberitahu yg CD tu belum ada lagi. Saya mahu beredar pergi tapi dia berbisik kepada saya yg CD pirate ada,harganya cuma RM 10 sahaja. Sya menjawab, sya tak nak beli CD pirate. Dia bertanya pada saya, “ Kenapa kak? Akak takut gmbar dia tak elok ke?”. Lantas saya menjawab “ Bukan itu jawapannya dik..Membeli CD pirate adalah menyalahi undang-undang!”. Dia terdiam dan saya terus beredar..hati saya puas! 

p.s. semakin jauh..

Friday, May 28, 2010

Janji manis mu..

Janjimu satu ketika dulu
Yg aku tetap di hati mu
Walau apa jua yg berlaku
Walau apa sja jalan yg berliku
Yg aku tetap bersama mu
Dan setia di kalbu mu
Dan kini
Aku jauh di tinggalkan mu
Dan aku menangis tak berlagu
Mengenang kata2 mu dulu
Yg manis seprti madu
Dan aku bagai ditusuk sembilu
Tersangat pedih dan pilu
Setelah ditinggalkan mu..


p.s. umi hanya sementara waktu..

Thursday, May 27, 2010

Tanggal 26 Mei..

Sepatutnya saya menulis entry ini semalam, tetapi dek kesibukan menghadiri ASLI Law confernce di CAC, tak sempat nk buat.

Anak saya yg kedua, Ahmed Wafi mengingatkan saya tarikh 26 Mei ialah tarikh saya di bedah pada tahun lepas. Tak sangka dia masih ingat tarikh tersebut. Katanya " angah takkan lupa tarikh ni bila mama dibedah dan angah tengok mama di hospital keesokan hari".

Walaupun sudah setahun berlalu tetapi parutnya masih ada..ketakutan sebelum masuk ke bilik bedah masih menghantui. Kesakitan selepas dibedah masih ingat..

Nikmat yg paling bahagia buat kita adalah kesihatan yg baik..gunalah peluang itu dgn sebaik2nya..

Sunday, May 23, 2010

Peguam Syarie: Org Islam v Bukan Islam

Antara isu terhangat di kalangan pelajar undang2 di AIKOL ialah, boleh kah seorang bukan Islam menjadi Peguam Syarie di Mahkamah Syariah? Hari ini di akhbar Berita Minggu ada satu rencana yg ditulis oleh wakil Persatuan Peguam2 Muslim Malaysia mengenai “ketidakbolehan” orang bukan Islam utk menjadi Peguam Syarie. Saya pun terpanggil untuk memberi idea utk menambahkan literature review di dalam isu ini.
Jawapan saya, org bukan Islam BOLEH menjadi Peguam Syarie kerana:

1. Tidak ada nass yg menyatakan peguam itu mestilah seorang Muslim. Hakim, mesti seorg Muslim berdasarkan sunnah rasulullah dan ayat Quran yg tidak membenarkan orang bukan Islam di jadikan pemimpin kepada org Islam.

2. Tidak menjadi syarat bahwa seorg peguam mesti seorg Islam untuk defend seorang pelanggan Muslim. Jika hendak dibuat qiyas pada isu yg sama; seorang peguam tidak semestinya seorg penjenayah jika clientnya adalah seorang penjenayah.

3. Di dalam Islamic legal system, peguam adalah pembantu kepada hakim supaya mereka sama2 berjaya membuktikan kebenaran berpandukan bukti2 yg dibentangkan di dalam mahkamah. Hakim adalah org yg paling “berkuasa” di mahkamah .

4. Ramai di kalangan ahli2 akademik bukan Islam yg popular dgn Ilmu islam yg mereka ada,[ dgn izin dan rahmat Allah]..seperti John Esposito, Karen Armstrong, David S. Powers, H.R. Gibbs. Mereka ini, tahu membaca Bahasa arab dan well versed di dalam syariah. Ya, sudah tentu ramai ulama’ terkenal dikalangan orang islam. Tidak syaa nafikan.

5. Berbalik kepada isu no 4, kenapa mereka tidak memeluk agama Islam dgn Ilmu islam yg mereka ada? Tiada siapa boleh menjawab. Ini hak Allah, jika tiada hidayah dari Allah dan izinNya, mereka tidak akan memeluk Islam.

6. Usah kita khuatir, usah kita takut. Sebagai orang Islam, saya percaya dengan jiwa raga saya yg hanya Islam agama yg diteirma disisi Allah. Islam adalah agama sempurna yg tiada cacat celanya. Justeru itu, biarkan mereka mendalami Ilmu islam, biarakn mereka menggali khazanah agama terbaik ini.. biarkan mereka tahu betapa cantiknya islam dan betpa adilnya undang2 Islam.Biar mereka baca Quran dan hadith serta membuka kitab2 lama utk mencari pendapat2 ulama2 terdahulu dan sebagainya.

7. Jadikan isu ini sebagai method of da’wah. Jalan utk kita berdakwah kepada mereka. Mudah2an dgn terbukanya jalan ini akan memperluaskan lagi bidangkuasa mahkamah syariah di Malaysia.

Akhir kalam, Shariah yg diturunkan melalui Nabi Muhammad S A W adalah untuk manusia sejagat utk memberi kemaslahatan kepada kita semua, Islam atau bukan Islam..

Wallahua’lam

Friday, May 21, 2010

Apa kurangnya nama ayah dan apa lebihnya nama suami?

Sya terpanggil utk menulis pasal isu penggunaan nama di dalam Facebook (FB) selepas melihat ramai dikalangan friendlist saya menggunakna nama suami mereka sbg family name atau surname mereka. Nama ayah sudah tidak ada lagi..

Sebenarnya salah menggunakn nama suami di dalam nama kita:
1. Penukaran nama selepas berkhwin adalah amalan agama kristian. Kita dilarang samasekali utk meniru amalan agama2 lain. Ini adalah berkaitan dgn aqidah kita kepada Allah yg Maha Esa. Walaupun ada yg menjawab, ini hanyalah suka2 sahaja. Suka2 ada batasanya lebih2 lagi jika melibatkan aqidah kita

2. Di dalam al Quran sendiri ada menyebut yg kita hanya boleh dipanggil dgn berbintikan/berbinkan ayah kita sahaja. Ini berlaku sendiri pada Rasulullah yg memanggil anak angkatnya yg dikasih Zaid bin Muhammad. Tidakan Rasulullah telah ditegur oleh Allah dgn turunnya ayat Quran melarang amalan sedemikian.

3. Hubungan kita dgn suami boleh putus dgn perceraian. Manakala hubnugan kita dgn ayah sampai mati tetap ayah kita. Tetapi dgn suami, sudah tiada lagi hubungan selepas mati. Kita boleh berkahwin lain. Ramai dikalangan artis dan celebrity kerap menukar nama akhir mereka dgn nama suami. Selepas bercerai minta jgn dipanggil dgn nama begitu. Kemudian berkwin dgn org lain, ditukar pula nama kepda nama suami baru. Artis bukan “sample” utk kita jadikan contoh..

4. Kita boleh menggunakan nama samaran seprti Kerismas, Bunga Orkid, Gadis Melayu dan sebagainya. Itu tidak menjadi kesalahan. Nama itu hanya digunakan utk menggambarkan sifat atau karekter kita.

5. Ramai dikalangan kita begitu prihatin mengenai hukum fiqh: kentut batal wuduk, tertelan air dgn sengaja batal puasa, rukun solat ada 13.semuanya mengenai praktikal kehidupan kita. Tetapi ramai yg kurang prihatin mengenai bila batalnya aqidah. Seperti pengharaman yoga adalah disebabkan amalan sedemilkian adalah mengikut amlan agama hindu.

Sya harap dgn teguran ni, sesiapa yg menggunakan nama suami sbg nama akhir mereka, tukar lah. Apa kurangnya nama ayah kita dan apa lebihnya nama suami? Setiap wanita Islam yg berkahwin statusnya adalah sama seperti sebelum kahwin melainkan satu saja;keutamaan memberi ketaatannya saja beralih. Yg lain2 adalah seperti biasa. Itulah kecantikan dan kelebihan agama Islam. Usahlah kita nak meniru cara dan amalan org2 bukan Islam atau org barat.. Kecintaan pada suami bukan terletak kepada wujud atau tidak nama dia bersama dgn nama kita tetapi sejauh mana kita memberi ketaatan kita kepada dia selagi mana suruhan suami di dalam konteks syariah. Teguran ini dibuat atas dasar amar maaruf nahi munkar..

Wallahua’alam

p.s. My name is Ramizah Wan Muhammad and I am not a terrorist...

Thursday, May 20, 2010

A poem from one student..

While I was looking something in the drawer at my office, I found one Thank You card given to me a few years back by one of my students.. This is what he wrote in the card...


When I had a river
You gave me the ocean
When I had a cloud
You gave me the heavens…

When I was withering under the hurricane
You gave me shelter from the pelting rain
When I was at the peaks of the mountains
You always held me higher than I ever imagined…

My thanks to you and thank you for all
Even if the stars are counted it will all be gone…
Insignificant to what you have shown
And gives without regretting my heart swells with joy…

I pray for your days are better
Than before you can remember
I pray for your happiness forever
For you have made me happier for so much longer…


p.s. Ironically, he has not contacted me for a long long time..yeah, he did not forget me..he just suffered from a short term memory :-)

Wednesday, May 19, 2010

Satu cerita mengenai saya..

Hari ini sya diberitahu oleh seorg teman, yg seorang AIKOL student memberitahu dia, yg saya lebih suka berkawan dengan Brothers daripada sisters.

Tuduhan atau Fitnah ini bukan baru..ia ada sejak azali lagi..sejak sya mula mengajar di UIAM.
Tak perlu saya menjawab tuduhan ini, yg penting saya tahu apa yg baik buat buat diri berpandukan Quran dan Sunnah sebagai jalan hidup saya. Tiada siapa yg boleh menentukan apa yg baik utk saya melainkan diri saya sendiri. Mulut tempayan boleh di tutup, inikan pula mulut manusia.

Di dalam surah al Hujurat: 6 Allah berfirman:

“ Hai Orang2 yg beriman, jika datang kepada kamu orag Fasiq membawa berita, hendaklah kamu periksa kebenarannya, kerana takut, kalau2 kamu mengetahui suatu kaum tanpa penegtahuna, lalu kamu menyesal atas perbuatan kamu”

Betullah seperti dalam satu firman Allah yg bermaksud “ Fitnah itu adalah lebih dahsyat dari membunuh”

Sya sudahi dgn kata2 ini..


“I don’t live what people say about me..
But I live by what I know is true…
And what is right for me..”


Cukuplah pada Allah aku berserah dan menjadi saksi hidupku..

Tuesday, May 18, 2010

Terimakasih wahai anak2ku..

Saya masih menerima ucapan hari guru hingga hari ini walaupun sudah 2 hari berlalu. Alhamdulillah, masih ramai yg ingat pada saya. Sya ada menyuarakan kesedihan saya pada seorg student saya yg grad pada 2006 yg hanya berapa kerat saja batch Toni yg masih ingat pada saya seperti Iwan, Fethia dan Camy..Dia membalas message saya dgn berkata “ Madam jangan sedih2 tau. Sebenarnya Madam dapat pahala banyak lagi sebab segala ilmu yg madam curahkan itu membantu dalam pekerjaan mereka.” Alhamdulillah kalau mereka mengamalkan apa yg dipelajari dulu. Tapi yg saya tengok sekarang ini, ramai student perempuan yg sudah membuka tudung and menunjuk rambut mereka ( yg pelbagai warna rasanya) kepada sesiapa saja. Bila sya membuka FB diaorg pun saya tengok ramai yg menepek gambar2 mereka yg tidak menutup aurat.

Ada satu kad yg sya terima dari Shahril Resali a.k.a Pok Yea dan Ismail Kamat a.k.a. Pok Weil yg begitu menyentuh hati saya. Kata mereka “ Kami telah google dalam internet utnuk mencari erti “GURU”. Tapi yg kami jumpa hanya satu makna sahaja iaitu “ USTAZAH RAMIZAH”

Dua hari yg saya minta mereka ingat pada saya selagi hayat dikandung badan; Hari Guru dan Hari Raya. Kalau saya sudah tiada..mudah2an amalan baik yg kalian semua ambil dari saya akan menjadi saham berterusan kepada saya walau jasad sudah tiada.

Kepada semua yg masih ingat pada saya, jutaan terimakasih dari saya. Mudah2an hidup kamu semua diberkati Allah. Amin ya Rabbal Alamin..

p.s. akhirnya kau pergi jua seperti yg dijangka..seperti yg dirasa..

Saturday, May 15, 2010

Selamat hari Guru

Hari Ahad ini, bersamaan dgn 16 Mei 2010 adalah hari guru di negara kita. Tarikh ini adalah tarikh yg saya selalu ingatkan pada murid2 saya untuk jgn lupa mengucapkan selamat hari guru2 mereka. Ada dua hari yg saya minta mereka jgn lupakan saya; hari guru dan hari raya.

Tanda ingatan pada guru bukan setakat di mulut kita yg kita ingatkan mereka tetapi perlu dibuktikan dgn amal yg nyata. Saya tak minta setiap bulan, atau setiap minggu tetapi 2 kali setahun..

Sya juga punya guru2 dulu. Tetapi sya tidak tahu di mana mereka sekarang. Yg saya tahu, ramai sudah meninggal dunia terutama guru2 di sekolah rendah dahulu. kalau mereka masih ada, pasti saya mahu menjadi org pertama yg mengucapkan Selamat hari Guru kepada mereka.

Pada masa yg sama, sya sebagai guru juga ingin mengucapakn ribuan terimakash kepada studuent kerana diberi peluang utk saya mengenali kamu semua. Walau hanya seketika cuma tetapi besar ertinya buat saya..walau syg kamu pada saya semusim saja, seketika cuma, sekurang2naya dpt saya berkhidmat kepada kamu semua..

Sayangilah guru anda, tunjuk kan lah yg anda masih ingat pada mereka selagi mereka masih hidup..tanpa guru siapalah anda dan tanpa anda kami tidak akan menjadi guru..

Antara tujuan saya membuat blog ni adalah utk berhubung dgn murid2 saya. bercerita mengenai pgalaman saya dgn pelajar2 di universiti. Berkonggsi kisah sedih saya bila student mula melupakan saya. berkongsi mengenai kegembiraan saya bila student berjaya.memberi sedikit panduan dgn realiti mkehidupan manusai sejagat. bercerita dgn merekka bahwa tidak ada pengalaman paling manis di dalam kehdupan kita melainkan semasa kita di alam pembelajaran..

Guru bukan setakat mengajar ilmu tetapi guru yg sebenar2nya adalah guru yg memberi inspirasi kepada pelajar bagaimana membentuk keinginan utk belajar..sekalgus menjadi pendidik dari segi sakhsiyyah murid dan menerap nilai2 murni pada murid...

"A good teahcer explains, the superior teacher demonstrates and the greatest teacher inspires.."

Selamat Hari Guru..

p.s ada setengah student saya menjadi teman baik saya sekarang..Alhamdulillah

Thursday, May 13, 2010

unfullfilled promises..

Some of my students (graduated or non graduated) used to tell me that

1. “We will never forget you..You have taught us and gave me guidance, how can we forget you?”
This was said 2 years ago..Until now, I have never heard a single word from him.

2. “Madam, You gave me life when I am half dead. You helped me a lot. Of course, you are always in my mind”
This was said 3 years ago..I have never received any sms/call from him ever since.

3. “Madam, when I graduate, you will be the first person whom I will belanja you”
This was said 6 years ago. Now he is a lecturer in one of the universities in Malaysia. Never heard anything from him

4. “Madam, I have a problem with my marks. I don’t know what to do”. “I have a problem with my girlfriend..bla bla..” “Madam, please help me how to solve this problem” Madam, here and madam there”.
Once he is no longer in my class, once his problem solved, once he got the marks as he expected..he just disappeared..nowhere to find. I am sure he will come again, if he has a problem..

5. “Madam, I promise I will always visit you..I will always contact you..I will ..I will..”
This was said 2 months ago..Now, he is just a different person..

6. “Madam, I will send you Hari Raya card on Eid al Fitr and Eid al Adha. I will make sure I will do this even after my graduation”
He has never sent me one..never ever till today.

7. “Madam, we always talk about you. We enjoyed while we were in your class. You are always on my mind and doa”
I saw him two days ago at the library. He did not even care to text me a message or to inform me that he was around in UIAM on that day. Ironic right? Always talk about me? *sigh*

These are some of the real stories that happened to me. Promises were made so that they thought those promises would make me happy. My gut said at that time when the promises were made, “they are not going to keep their promises “, was right. Please don’t make any promises if you think you cannot keep your words. You only love me when you need me..when you have your interest on me..

I strongly believe that what you gave, you will always get back, good or bad especially if it was done to your teacher..

Tuesday, May 11, 2010

sayangilah diri sendiri..

Kadang-kadang kita terpaksa mengucap salam perpisahan pada seseorang yang kita sayangi. Kita bertungkus lumus mengambil berat perihal dia tetapi kita dibiarkan saja begitu tanpa ada perlakuan kasih sayang.. adakah kita patut berdiam diri dan membiarkan diri kita diperlakukan begitu? Ohh! Tidak.

Dalam setiap hubungan, yang utama ialah belajar untuk menyayangi diri sendiri..
Kita sayang pada orang yang sudi menyayangi kita..
Sayangilah diri sendiri sebelum kita rugi kelak nanti..

To love and be loved is the greatest love of all…
To love without being loved,then pain is unbearable…”


p.s. bak kata Kaer..Biakan aku pergi

Monday, May 10, 2010

Orang2 Islam di Selatan Thailand

Hari ini saya ke perpustakaan Darul Hikmah. Hampir 2 jam di sana menanda kertas periksa student CIL standard chartered bank. Selesai menanda, seperti biasa saya akan ke tempat buku2 yg baru sampai yg dipamirkan di setiap tingkat. Sempat juga meminjam 2 buah buku yg baru sampai itu.

Kemudian saya ke tingkat tiga dan terus ke rak buku kegemaran saya iaitu buku2 mengenai negara Thailand. Antara buku2 yg sudah saya sudah baca dan sudah pun sya review ialah buku bertajuk The Muslims in Thailand karya Michel Gilquin. Buku tu masih di situ..sya masih ingat buku ini sya tengok di MPH di Alpha Angle dan sya meminta library membeli buku ini sebagai menambah koleksi buku2 negara Thailand. Kemudian saya pinjam dan membuat review buku ini dan sudahpun diterbitkan di jurnal Intellectual Discourse IIUM. Niat saya pada masa itu ialah agar penderitaan org2 islam di Thailand mendapat publisiti di kalangan kita.

Ramai teman2 dan juga student bertanya kenapa saya berminat mengenai Thailand terutama isu org2 Islam di sana. Jawapan saya ialah saya tersentuh melihat keadaan org2 islam di sana yg sudah dipinggirkan berabad lama. Sekarang, bukan setakat dipinggirkan tetapi di bunuh dgn kejam dan sering dilabelkan sebagai pengganas. Setiap kali saya membaca peristiwa pada bulan October 2004 bersamaan dgn bulan ramadhan pada tahun itu, pasti airmata saya mengalir melihat pemuda2 yg tidak berdosa mati dibunuh oleh tentera Thai. Setiap tahun berapa ribu org awam mati ditembak. Sya pasti ada dikalannga org islam yg bertindak ganas atas keganasan tentera/kerajaan thai, tetapi ini adalah satu naluri yg biasa bila kita ditindas, dibunuh dan dipenjarakan tanpa apa2 kesalahan. Kita perlu bertindak..tetapi mechanism seprti ini tidak akan mencapai kedamaian sampai bila2..

Kemelut politk Thailand semakin meruncing sekarang. Perbalahan antara puak Abhisit and Pro Thaksin semakin menjadi2. Yg pasti nasib org Islam di Thailand juga semakin dilupakan, semakin di anaktirikan dan juga semakin tidak ada kepentingan. Raja Bhumiphol di harap dapat berbuat sesuatu utk menyelesaikan masalah dalam di negara gajah putih ini. Bagi org2 Thai, raja mereka seperti Tuhan mereka. Sya cukup yakin bila Raja Bhumiphol berkata sesuatu seolah mereka menerima satu wahyu yg perlu dilaksanakan.

Semoga saudara2 kita di Thailand dirahmati Allah sentiasa..

p.s kau sudah lama kehilangan aku...

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Hari ni adalah hari ibu mengikut pendapat dari org2 barat. Mereka memilih satu hari dalam setahun untuk menyambut org2 yg istimewa dalam hidup mereka. Di dalam Islam, sambutan hari2 yg istimewa berkait rapat dgn aqidah dan iman kita kepada Allah. Antara hari2 kebesaran dalam Islam ialah 2 hari raya, hari tashriq, hari wuquf di arafah, hari asyura, 1 muharram dan sebagainya. Hari2 ini kita disunatkan untuk berzikir kpada Allah, berpuasa sunat ( hari wuquf kpada org2 yg tidak menunaikan haji) utk mendpat keredhaan dari Allah azzawajalla.

Hari Ibu dan hari bapa adalah tidak menjadi kesalahan utk di sambut. Cuma perlu diingatkan sambutan itu bukan setakat hari ini shaja, tetapi setiap masa dan saat hatta ibu/bapa sudah meninggal dunia..

Sya bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada sya untuk menjadi ibu..sya juga amat bersyukur kerana masih punya Ibu yg masih prihatin pada saya walaupun saya sudah berumahtngga dan menjadi ibu..

Hari ni juga, teman sekuliah sya di AIKOL, kehilangan ibu yg amat dikasihi..

Peringatan pada semua, jangan terlau gembira menyambut sesuatu atau saat yg menggembirkan dalam hidup kita..pasti di luar sana ada org yg menangis kehilangan org tersayang..bersederhanalah dalam hidup kita..

Friday, May 7, 2010

tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima

Sejak short sem buka pada 26 april lepas, sudah ada beberapa student telah datang melawat saya. Tapi apa yg nak saya ceritakan di sini ialah akhlaq mereka bila menziarahi saya. Boleh dikatakan secara umumnya datang ke pejabat saya dengan ber “buah tangan”. Ada yg bawa makanan berupa kuih,snack, kek, coklat dan pelbagai benda lagi. Saya amat teharu dengan ingatan mereka kepada saya. Sebenarnya ingatan dan kerinduan mereka pada saya bukan menanam tebu di bibir saja tetapi dgn dibuktikan dengan amal yg nyata..

Amalan di atas adalah satu akhlaq yg terpuji dan dialu2kan dalam Islam terutama bila kita hendak menziarahi sesiapa terutama jika org yg kita nak ziarahi itu mempunyai anak2 kecil. Adalah dianjurkan untuk bersifat mawaddah dan rahmat kepada anak2 kecil.

Teringat satu hadith yg bermaksud:
hendaklah kamu saling bertukar hadiah nescaya, akan bertambah kasih sayang di antara kamu

Dalam doa selepas solat dhuha ada satu permintaan kita kepada Allah supaya menjadikan kita dikalangan org2 yg suka memberi dan bukan menerima..

Mudah2an ukhuwwah antara kita akan terus berkekalan bukan saja di hati, bukan di mulut tetapi dibuktikan dgn amalan dan perbuatan kita, mengikut kemampuan masing2..amin

Wednesday, May 5, 2010

Missing my students

My day was occupied with a meeting, wrote a report, updated my CV etc. I met a few students in campus but i did not see any familiar faces..This really made my heart aching and longing to see my students..

I did not go to the library today to release my missing heart. I did not have time to do that.

I hope to see them soon, insyAllah..

Ya Allah, please grant me long life so that I can see them again..

Tuesday, May 4, 2010

Minggu puisi..

Senyuman itu..

Senyuman yg indah
dari bibir ku yg merah
Belum tentunya ikhlas
tapi sebenarnya parah
Cuba menutup gundah
dari hati yg pasrah
zahirnya cerah
batinnya punah

ketahuilah
langit tidak selalunya cerah
aku harus tabah
dengan cinta yang tewas..


aaargh...


p.s. aku ketawa bila diusik si dia..