Saya suka tengok cerita love story terutama jika cerita tersebutboleh memberi mesej dan pengajaran kepada kita. Antara cerita love story yang evergreen ialah cerita "Love Story" yang dikeluarkan pada awal 70an saya rasa. Pelakon utamanya Ryan 0'Neal dan Ali McGraw masih lagi hidup pada saat saya menulis entry ini.
Satu lagi filem yang memberi kesan kepada saya hingga ke hari ini ialah filem yang bertajuk "In Love and War". Filem ini diterbitkan pada tahun 1996 dan berdasarkan pada kisah benar yang berlaku kepada Ernest Hemingway, seorang sasterawan dan pernah menerima Nobel Prize pada tahun 1954. Satu kisah cinta di antara seorang askar Amerika iaitu Ernest, dengan jururawat berbangsa Austria yang bernama Agnes. Apabila Ernest cedera semasa bertugas sebagai pemandu ambulans di Perang Dunia Pertama, dia dibawa ke hospital di Itali. Di sana dia bertemu dengan Agnes, seorang jururawat yang sering berbual-bual dengan Ernest. Agnes jauh lebih tua dari Ernest. Agnes pada mulanya turut menyintai Ernest tetapi berubah fikiran selepas Ernest pulang ke Amerika.
Walaubagaimanapun, cinta mereka tidak kesampaian dan berakhir dengan tragedi di mana Ernest membunuh diri pada tahun 1961.Disebabkan terlalu kecewa kerana Agnes tidak membalas cintanya, Ernest telah membawa diri ke satu tempat yang terperincil. Di situ dia menulis novel dan menjadi seorang nelayan. Ernest pada mulanya seorang yang baik hati dan gentleman, walaubagaimanapun berubah menjadi seorang pemarah, peminum arak dan suka menyisihkan diri. Dia menyimpan dendam amarahnya pada Agnes. Agnes sebenarnya merasa ragu-ragu untuk mengahwini Ernest yang 7 tahun lebih muda dari Agnes. Lantas, Agnes menulis surat pada Ernest yang dia akan berkahwin dengan orang lain.
Mesej yang ingin saya sampaikan di sini ialah, jangan terlalu kecewa jika cinta kita tidak berbalas. Atau jika cinta tidak kesampaian. Kita perlu berlapang dada dan menerima dengan hati yang terbuka. Perit, memang perit tetap hidup perlu diteruskan. Jika kita tidak memaafkan diri kita atas kekecewaan itu maka akan memudaratkan diri. Lepaskan kisah yang lalu dan biar ia di telan masa. Maafkan dia dan maafkan diri. Masih ramai yang sayang.
Saya masih ingat babak terakhir dalam filem ini ialah bila Agnes datang mencari Ernest di Amerika. Dia datang untuk meminta maaf pada Ernest sambil bertanya jika masih ada ruang untuk Ernest menerima dia kembali. Tanpa memandang Agnes, dia hanya mendiamkan diri sahaja. Agnes pula sabar menunggu jawapan tetapi tidak dihirau langsung oleh Ernest. Akhirnya Agnes berlalu pergi meninggalkan Ernest. Sebenarnya, Agnes tidak berkahwin dengan sesiapa sehinggalah dia mati. Cintanya hanya untuk Ernest. Tetapi kerana ego, dendam dan kecewa teramat sangat akhirnya, Ernest akhirnya membunuh diri. Inilah cinta yang memakan diri.
Saya syorkan kepada sesiapa agar menonton kisah benar ini. Ambillah pengajaran dari kisah ini.
4 comments:
Salam.. Wah.. Citer fav en.bahtera damai ni.. Suka sgt dia entry ustazah yg ni.
where do i begin... to tell the story of how great a love can be..the sweet love story that is older than the sea..the simple truth abt the love he brings to me..where do i start..:)
have a good day!
....woooo, memang ustazah cinta lah...
ustazah, xtau selama ni ustazah ada blog, hehe but, sy sgt tersentuh dgn entry yg ni..sbb seems like sy sdg melalui fasa2 akhir dlm cerita tu..honestly bkn senang...ur words sentiasa motivating me ustazah..thanks..
Post a Comment