Satu perkataan yang biasa kita dengar dan kita sebut. Samada dari orang lain atau dari diri sendiri. Sudah menjadi kemestian untuk kita melalui rasa kecewa dalam hidup.Kekecewaan adalah asam garam dan cuka gula kehidupan kita. Kita diuji dengan pelbagai cara, fizikal dan mental. Ini semua adalah "training" dan "intensive course" yang perlu kita ambil tanpa kita sedari, samada secara rasmi atau tidak rasmi.
Bagaimana rasanya kecewa itu? Tahap macam manakah perasaan kecewa itu.?
Rasa hati disiat-siat dengan pisau. Ditoreh dengan sembilu. Ditabur dengan cuka, garam, asam limau, dettol dan sebagainya. Adoi! pedihnya. Perasaan malu pun ada diikuti dengan rasa rendah diri dan tidak berguna lagi. Ia adalah satu penyiksaan batin yang tidak terperi rasanya.
Ya, memang pedih. memang luka berdarah.
Berapa lama harus kita merasai kepedihan itu?
Terpulang pada individu. Mungkin satu minggu, satu bulan, bertahun atau mungkin selamanya kekal abadi di dalam diri.
Sebenarnya tahap kekecewaan itu hanya sementara jika kita pandai menyusun jadual kehidupan kita.Mungkin juga bagaimana kita melihat peristiwa yg berlaku itu; positif atau negatif. ataupun mungkin bila kita dapat sesuatu yg lebih baik disebabkan oleh peristiwa itu.
Yang penting, kita mesti hadapi kekecewaan itu dengan berlapang dada serta membuka ruang di hati agar boleh menerima nasihat, memberi peluang kali kedua dan ubah apa yang silap serta meneruskan kehidupan dgn lebih positif, aktif dan proaktif.
Marilah kita sama-sama berfikir dan melihat pada setiap kekecewaan itu sebagai satu pengalaman hidup. Satu pengajaran yang boleh kita ambil. Mudah2an dapat kita kongsikan dengan anak-anak, adik-adik atau pelajar-pelajar kita.
Selepas kecewa pasti ada bahagia menanti selagi mana kita yakin dengan rahmat Allah. Untuk bahagia kita perlu bersifat maaf, sabar dan redha.
Selamat berbahagia semua! :)
5 comments:
setelah lama tidak bersiaran..ustazah cinta kembali dgn tajuk kecewa..
patutlah lama ckitbaru ada new entry:)
Betul syah..lama sungguh tidak bersiaran. kekangan masa dan sifat malas begitu menjadi-jadi. Tapi hari semalam dan hari ini, tiba2 idea datang, banyak seperti air perigi. sejuk dan nyaman sekali untuk dikongsi dengan pembaca2 yg baik hati :)
entri yang menarik..gaya penulisan yang amat cantik..teruskan menulis..selagi hayat dikandung badan hidup perlu diteruskan..:)
TINNIN - Titanium Bar & Grill - Shop at The Tintian
This bar and grill has a babyliss nano titanium flat iron steakhouse. TINNIN - TINNIN is a steakhouse that titanium rings for women offers titanium coating its guests the ideal steakhouse experience for titanium piercings every titanium vs platinum occasion.
bv990 oofos sandal,quiksilversrbija,reef slippers nederland,akucolombia,oofos zapatillas,alegriamilanosale,alegriahrvatska,ugg zābaki latvijā,reef t-shirts ab092
Post a Comment