Powered By Blogger

Wednesday, January 25, 2012

Rindu serindu-rindunya






Perasaan rindu adalah tanda bahawa kita sayang pada seseorang. Rindu yang mendalam boleh membuat kita tidak keruan. Menjadi serba salah, segala kerja tidak menjadi. Sebelum tidur dia adalah orang pertama yg kita ingat dan bila bangun tidur, dia jugalah orang pertama yg kita ingat. Bak kata Jamal Abdillah, Kekasih Awal dan Akhir.












Kita mungkin rindu kepada suami/isteri, mama/abah, anak-anak, adik beradik, sahabat dan sesiapa sahaja yang pernah rapat dengan kita. Mereka ini masih hidup cuma tidak lagi tinggal bersama kita. Cara untuk melepaskan rindu kepada mereka mungkin dengan pergi berjumpa dengan mereka. Ataupun menelefon dan bercakap dengan mereka. Mungkin juga dengan menghantar surat atau kad sebagai tanda kita ingat dan rindu kepada mereka.






Kadang2 rindu pada mereka di atas, lebih baik bersarang di hati dan tidak perlu dikongsi. Mudah2an ia akan baik sendiri bila tiba waktu tanpa janji





Kita juga rindu pada orang2 yang telah lama meninggalkan kita. Mungkin juga orang2 yg saya sebut di atas tetapi sudah pergi meninggalkan alam fana ini. Rindu sebegini membuat kita mengeluh panjang dan mungkin menitis airmata. Doa dan sedekah al fatihah adalah jalan untuk kita berhubung sebagai tanda bahawa mereka masih di dalam ingatan kita sentiasa.












Ada kemungkinan juga kita merindui orang yang tidak pernah kita temui selama berhubung dengan dia. Ingin sekali kita bertemu dengan dia agar dapat melihat sendiri bagaimana rupa dia yg sebenarnya. Rindu sebegini tidak begitu meyakinkan kerana kita hanya "melihat" dia di alam maya atau melalui surat menyurat sahaja.






Walaubagaimanapun, saya pasti kita sangat-sangat ingin menemui Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW walaupun kita tidak pernah menemui mereka. Walaupun tidak pernah menemui Rasulullah tetapi setiap hari kita mengamalkan sunnah baginda sebagai tanda kasih sayang pada baginda. Sebagai seorang Islam, saya yakin kita ada menanam impian utk bertemu Rasulullah di dalam mimpi kta. Kita juga yakin bahawa Sunnah rasulullah adalah sebahagian daripada sumber rujukan shariah selain daripada Al Quran al Karim.







Rindu pada Pencipta kita hanya boleh dilepaskan dengan sentiasa berkomunikasi dengan Dia melalui zikrullah, membaca ayat2 suci al Quran dan melihat ciptaanNya sambil menyebut " Rabbana Maa Khalaqta Haaza batilaa Subhanaka Faqina azaabannar".







Mudah2an setiap kerinduan kita pada manusia dilepaskan dengan sebaik2nya mengikut hukum shara'. tetapi kerinduan pada Allah dan RasulNya adalah puncak kenikmatan rindu yg tidak boleh dilafazkan dengan kata-kta. Hanya Allah yg Maha Mengetahui betapa dalamnya rindu kita kepadaNya....


























3 comments:

KhALiLI_HaNNaN said...

salam..
semoga rindu ini menjadi sebahagian dari ibadah. Dan semoga rindu ini keranaNya.

Syafiqah Najwa said...

#rindu itu adalah.. anugerah dari Allah#

page baru nampak! wee~ ;)

ramizah said...

tksih wani dan pika :-)
ya, blog berwajah baru..