Berita mengejutkan seluruh Malaysia mengenai kematian pelajar lelaki berusia 7 tahun kerana dipukul oleh guru sekolah dia adalah benar-benar menyentap hati semua rakyat Malaysia.
Saya terpanggil untuk memberi komen mengenai isu ini sebab di dalam undang2 jenayah islam ada satu topik mengenai defence dalam criminal liability. Salah satu defence di dalam criminal liability ialah bila kita terpaksa menunaikan hak dan juga tugas kita. seperti hak kita utk mempertahankan diri jika diri kita dicerobohi. Jadi, jika kita mencederakan si penjenayah tersebut, maka kita tidak dikenakan sebarang hukuman. Begitu juga, seorang doktor yg menjalankan tugasnya utk menyelamatkan pesakit tetapi selepas melakukan usaha2 yg sewajarnya, pesakit itu mati. Jadi, tiada sebarang tindakan boleh dikenakan kepada doktor kerana dia telah berusaha sedaya mungkin utk menyelamatkan nyawa si pesakit tetapi ajalnya sudah sampai.
Di dalam kes guru pun sama juga. Guru berhak utk mendisiplinkan pelajar jika terbukti pelajar itu telah melakukan kesalahan. Hak ini diberikan khusus utk guru2 agar dapat mendidik dan mentarbiyah pelajar agar menjadi manusia yg mempunyai nilai2 akademik dan nilai2 spritual yg lain. Walaubagaimana pun, setiap hak itu perlu digunakan dgn cara2 yg betul. Tetapi yg paling utama, ialah niat. Niat utk mendidik bukan utk melepaskan geram atau nafsu ammarah guru.
Perlu diingatkan juga di disini, tidak semua hal boleh diserahkan kpd guru utk mengambil tindakan. Jika jenayah atau perbuatan tersebut di bwh undang2 Malaysia, maka guru tidak boleh mengmbil sbrg tindakan. Jenayah seprti, mencuri, membunuh, mengugut dan sebagainya maka ia di bwh bidangkuasa penal code.
Satu lagi mengenai penjenayah terbabit. siapakah penjenayah itu? Di dalam undang2 islam, syarat utk mengenakan hukuman hudud dan qisas ialah penjenayah tersebut mestilah seorg yg mukallaf; yg beraqal, yg mencecah umur sbg org dewasa dan org yg mampu utk membuat pilihan samada utk melakukan jenayah itu atau tidak ( freewill ). jadi kanak2 berumur yg berusia 7 tahun tidak dikira sbg mukallaf mengikut ijma' ulama.
Memukul kanak2 berusia 7 tahun dan mendera nya sampai mati adalah lari lunas2 hukum syara'. Kerana wang sejumlah RM7 maka nyawa seorang kanak2 kecil melayang. Sebenarnya hak samada boleh dihukum atau tidak adalah hak mangsa curi. Jika wang RM 7 sudah dipulangkan maka gugur lah hukuman yg perlu dikenakan kepada pelajar tersebut. hanya hukuman ta'zir seperti memberi warning (peringatan) wajar diberikan kpd pelajar tersebut.
Sebagai guru, wajib kita menyayangi pelajar seprti anak2 atau adik2 kita sendiri..mendidik mereka agar tidak terjerumus di dalam kancah dosa dan maksiyat. walau apa pun, wajib juga guru mendidik diri agar menjadi yg terbaik agar menjadi contoh teladan kepada murid2...
No comments:
Post a Comment