Powered By Blogger

Thursday, January 24, 2013

Cemburu dan Saya.

Saya diminta oleh seorang silent reader blog saya untuk bercerita tentang cemburu. Sudah lama saya berfikir apa yang patut saya tulis dalam tajuk cemburu. Saya jadi hilang idea bila isu ini  ditimbulkan kepada saya. Akhirnya saya bertanya kepada Mere Zindagi,"  Papa rasa mama ni, cemburu tak orangnya?" Suami saya dengan pantasnya menjawab "Tak!". Saya tersenyum sendiri sebab saya rasa saya ni bukan cemburu orangnya. 

Saya cuba mencari sebab-sebab kenapa saya tak cemburu pada suami. Fikir-fikir punya fikir, saya rasa sebab utama ialah suami saya tidak pernah buat saya cemburu dari segi sikap dan pergaulan dia dengan wanita-wanita lain. Samada teman sepejabat atau pelajar-pelajar perempuan. Walaupun dia ramah dan suka buat lawak dengan ramai orang tapi tiada secalit cemburu pun ada pada diri saya. Mungkin ada yang mengatakan, mungkin di belakang saya, dia ada buat tapi saya tak nampak. Oh, susahlah hidup kalau saya  asyik berprasangka dengan suami. Biarkan saja. Kalau betul, silakan saja.  Agama mengharuskan untuk dia berkahwin lebih dari satu jika mampu dan boleh berlaku adil. Saya rasa dia mampu. Adil? saya tak pasti. Tetapi kalau saya redha untuk dia tidak berlaku adil pada saya, tak apa-apa. 

Secara jujurnya, cemburu itu adalah satu perkara yang sihat  dalam setiap hubungan. Ia adalah tanda pasangan kita menyayangi kita. tetapi jika tidak dikawal, ia boleh menjadi motif untuk melakukan perkara maksiyat ataupun hingga mendorong kita untuk melakukan jenayah.

Untuk pengetahuan pembaca, saya tidak pernah melarang suami untuk kahwin lagi. Malah saya pernah memberitahu dia, kalau dia mahu kahwin lagi, saya akan memberi sokongan kepada dia. Lantas dia menjawab, " Kalau begitu, tolong carikan saja dan pinangkan dia untuk saya". Kadang-kadang bila soalan ini diajukan lagi dia akan menjawab, " Please put in writing that you gave me a permission to have another wife"

Kenapa wanita jadi cemburu? 

Satu saja jawapannya. Mereka tidak yakin pada diri mereka sendiri dan  tidak percayakan pada ketetapan Allah. Jangan jadi wanita yang penuh dengan perasaan syak wasangka pada suami. Kelak nanti, sinar mata akan jadi kelam, senyuman menjadi tawar. Biarkan saja. Kadang2 mereka hanya mahu menduga kita. 

Saya juga yakin bahagia itu di hati saya. Saya bahagia bukan sebab suami hanya mempunyai seorang saja isteri iaitu saya. Saya bahagia kerana saya pilih saya mahu bahagia.Yang lebih penting saya yakin Allah lebih tahu apa yang baik untuk urusan hidup saya. Kalau ditakdirkan saya hidup bermadu, saya redha. Kenapa saya redha? Sebab, itu ketetapan Allah. Jika kita asyik marah, mencemuh dan bercerita apa yang kita rasa pada orang lain mengenai sikap suami kita  atau isteri muda dia, kita tidak akan bahagiasampai bila-bila. Manakala orang di luar sana akan bertepuk tangan melihat sikap kebudak-budakan kita. 


p.s sebelum kahwin, ada juga cemburu buta. hehe

4 comments:

KhALiLI_HaNNaN said...

Salam.. Good entry! Saya juga tak mampu mencemburui suami saya. Bagi saya, di rumah dia suami saya.. Di luar rumah.. Dia milik masyarakat. Benar kata ustazah..letih kalau asyik berprasangka dengan suami. Apa pun, thumbs up untuk entry hebat ini!

AxraZa said...

A very good read. Boleh dijadikan pedoman bila dh berkahwin nanti. Terima kasih ustazah.. Salam taaruf dari saya :)

ramizah said...

wani selalu menjadi org pertama memberi komen. terimakasih banyak. sangat menghargainya.

Azira, alhamdulillah. salam perkenalan juga dari saya :)

Wafiq Legacy said...

indah perkongsian ini. semoga bahagia selalu ustazah :)