Powered By Blogger

Thursday, November 15, 2012

Pandai ke saya menjahit?

Senang cerita, saya tak pandai menjahit. Sepanjang saya kahwin, kalau ada seluar anak koyak atau seluar suami koyak atau tercabut hook seluar atau kain saya ke, suami atau bibik yang jahitkan. Sekarang, bibik dah tak ada, jadi tugas menjahit diberi kepada suami yang tersayang.

Saya rasa memang tangan saya tidak ada seni langsung dalam menjahit, melukis atau pun membalut hadiah. Sememangnya saya ini Kerastangan bukannya Kraftangan.

Pernah sekali masa di kampung, seluar Lutfi koyak. Disebabkan kekurangan seluar maka saya mengagagahkan diri untuk menjahit. Minta  dengan ma, jarum dan benang. Ma pun bagi. Muka buat-buat confident. Ma tanya, " Jah tahu ke menjahit tu?" ( Ma pun tahu anak dia tak pandai, tapi agaknya dia fikir saya sudah belajar menjahit bila dah berkahwin). Dengan muka ala ala konfident, saya jawab, "boleh la sikit-sikit". 

Selepas beberapa minit, seluar Lutfi siap dijahit. Saya memberinya untuk dipakai. Dia cakap, " Hah? Macam ni jahit?" Saya jawab, " Lutfi, yang penting tak koyak dan lutfi boleh pakai seluar dan main sepak bola". Dengan muka teragak-agak, dia pakai seluar tu dan turun ke bawah untuk bermain bola. Selepas beberapa minit dia naik ke atas rumah dengan muka masam mencuka. " Mama, seluar ni koyak balik!" Ma mendengar dengusan Lutfi itu. " Jah jahit macam mana tu?" Adusss...memang termalu seround, dua round depan ma. Selepas ditengok, seluar yang tadi itu sudah koyak rabak. Lebih teruk dari sebelum dijahit.

Akhirnya, malam itu saya terpaksa ke kedai untuk membeli seluar baru untuk Lutfi.

p.s. Rasanya suami saya akan berfikir, rugilah kahwin orang macam saya ni...hmm...nanti saya tanya dia :)

5 comments:

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

nasib baik sy ambik kelas jahitan utk skill masa 3rd year, hehehehehe.confirm blh jahit seluar koyak.
sir rashid mesti kata x rugi, walau x pandai jahit, ustzah punye air tangan memg the best laa

FA said...

hehe. nakal sero baco entry ni.jolow doh kak ngoh, adek pon tak reti jahit jugok.:))

ramizah said...

Faez antara wanita melayu di nusantara ini.

Tu la, seluar lutfi soyok ghabok gara2 jahitan yang express hehe

KhALiLI_HaNNaN said...

Salam.
Nice entry. Hehehe.. x per, jahitan sang suami kan jahitan kasih sayang.

Zahira said...

Hehe. Lucu pulak sero. Tpi, zara pun x reti jahit. Mana2 hok koyak or tercabut button, semua hubby hok jahit. Lagi kemas, ummi royat :P hehe.