Tuesday, July 27, 2010

Demam

Malam ahad lepas, saya demam panas dan sakit2 seluruh badan, gara2 main tarik tali dan lari dalam guni ( yg tragiknya ialah semua kalah )pada pagi sabtu lepas. Sudah lama tak demam panas..bertahun2 dah rasanya. Akhirnya Allah tarik nikmat sihat badan dan tidur ku pada malam tersebut. Meleleh airmata bila demam sebegini. Bukan apa, teringat pada Ma ku di kampung. Masa kecil2 dulu, bila demam, ma akan datang bubuh minyak ubat pada betis, tangan dan kaki sambil mengurut tempat2 tersebut. Ma akan basuh kepala dgn air asam jawa dan buat sup utk di minum.

Sekarang bila demam, anak2 dan suami pula yg sibuk menjaga ku bila sakit. Anak yg bongsu, Ahmed Lutfi sangat pandai mengurut kaki mama yg lenguh2 itu. Maklumlah, mama selalu menngurut badan montel dia tu.

Hari ni, badan semakin sihat tapi tidak sepenuhnya. Yg penting semangat utk mengajar tidak luntur.Sebenarnya melihat wajah2 mereka di dalam kelas dan mendengar lecture ( dan leteran)ku adalah pembakar semangat ku utk memberi yg terbaik walau badan ku sakit!

p.s. kamu sayang aku?

3 comments:

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

saya sayang ustazah

Mr. and Mrs. Mokhsin said...

get well soon kak ngoh....

ramizah said...

aku sayang kamu! thanks janna :-)