kali ni saya nak bercerita pasal org2 muda zaman la ni..tidak ada human touch langsung..tak ada mesra alam sekeliling dia termasuk lah orang yg lalu lalang. yg dia tahu, tengok handset, taip message, hantar email guna 3G, i phone..atau pun, pasang MP3/4 dan lekat benda Allah tu kat telinga, kita panggil pun tak dengar. aktivit sebgini bukan setakat di tempat awam malah berlaku di surau2 atau di masjid.
senario begini juga berlaku di kampus UIAM Gombak. ramai student berjalan mata tengok bawah..warak bunyinya. sebenarnya mata tengok handset. Lecturer lalu sebelah pun tak nampak. malah ada juga yg melanggar saya sebab asyik melayan message dalam handset.
Saya teringat zaman saya kecil2 dulu, saya suka menegur org2 tua hatta kat perhentian bas. bertanya, makcik/pakcik nak pergi mana? banyak barang makcik bawa..atau pun bagi salam pada mereka dan senyum kemesraan dilemparkan kepada mereka. sekarang ni, jauh sekali nak tengok anak2 muda zaman sekarang bersikap sedemikian. semuanya Mind your own business!
sya teringat, satu ceramah yg diberikan oleh Datuk Harrussani, mufti negeri Perak ( negeri yg popular sekarang ni di seantero dunia) sekarang ini, dia ada memperingatkan diri kita bahwa, badan kita dan aktiviti yg kita lakukan sehari2 adalah milik Allah semata2. Peribahasa melayu jangan mengacau tepi kain orang adalah silap dalam konteks Islam...kita kena bersedia untuk dikritik, dikomen atau ditnya tentang tindak tanduk kita sehari-hari..
5 comments:
Ya Allah, menusuk kalbu la kata-kata ustazah ni... Rase macam terkena kat batang hidung sendiri pulak..hehe..
Saya setuju sangat apa yang ustazah bagitau ni..Ape yang Dato Harussani cakap tu pun betul..
Thanks for your motherly advice..
setuju...setuju...jgn memendu sambil SMS/JAWAB KOL...HEHE..bahaye..
Betul tu..nampaknya semakin canggih hidup ni, nilai murni dah terhakis,pandai2lah kita gunakan kemudahan ini untuk kebaikan dan apa yang Dato Harussani cakap tu betul, seluruh hidup kita ini adalah hak dan kepunyaan mutlak ALLAH..
agree with you..
ami supo kakngoh kott...
brehi tegur2 oghe..
pahtue tnyo2 soalan mcm2...hihi..
tmbh2 oghe jual2..i can see that from you..akak jual sausage kt jusco tue pon kakngoh beramah mesra mcm kenal lame dah..hehe..deh kakngoh deh?
fairoz: t.kasih menjenguk..you owe me one visit, huh?
Camy: i miss you la
Jau: you&me have sth in common
ami: tak kurangnya kita bila bermanis muka dgn org..tmbh2 kalau di tempat org
Alexis: di mana kamu?
Post a Comment