Satu lagi sifat yg saya kurang suka bila pelajar berada di dalam kelas ialah sifat yg berlawanan dgn sifat pertama tadi; sifat yg terlalu merendah diri.
Merendah diri adalah salah satu sifat yg mulia dan salah satu dari sifat2 Rasulullah S A W. Tetapi jika terlalu sangat merendah2kan diri kita membuat orang lain merasa muak dengan perangai sedemikian.
Sebagai contoh; bila ditanya di dalam kelas, jawapan yg diberikan ialah " tidak tahu" atau mengangkat bahu. Kemudian setelah selesai kelas, maka student itu datang dan menjelaskan jawapan yg sebenar. Bila ditanya kenapa tidak dijawab sedemikian. Lantas jawapan yg diberikan ialah " Saya malu...saya takut jawapan saya salah..English saya tak bagus..dan bla bla bla.."
Ataupun pelajar yg tidak pernah membuka mulut sepanjang masa tutorial. Tidak pernah bertanya, tidak pernah menjawab soalan, tidak pernah memberi komen atau pun menjawab ya atau tidak bila ditanya soalan sedemikian. Yg ada hanyalah senyuman yg terukir di bibir.
Sebenarnya bila kamu berada di dalam kelas, kamu dan rakan kamu yg lain adalah berada di atas level yg sama di antara satu sama lain. Tiada yg lebih dan tiada yg kurang pada pandangan guru. Jika kita terlalu merendah diri kita akan rugi. Kita akan terlepas peluang utk menonjolkan kelebihan yg kita ada. Menonjol di sini bukan bermaksud menunjuk-nunjuk. Tetapi lebih kepada sifat positif iaitu menunjukkan keyakinan yg kita ada. Keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri.
Ramai orang akan hormat pada diri kita jika kita mempunyai sifat percaya pada diri sendiri. Percaya kepada diri sendiri bermaksud percaya pada kebolehan yg ada tanpa ada rasa sifat untuk menyombong pada orang lain atau hendak menunjuk2.
Semasa saya kecil, ramai kanak2 lain suka mengejek2 dgn memanggil saya dgn nama "ttampong". Ini adalah disebabkan pada sebelah kiri muka saya ada tompok2 warna coklat yg tidak sama dgn warna kulit muka saya. Tompok2 itu adalah tanda lahir sejak saya lahir ke dunia lagi. Ia menjadi semakin jelas bila saya meningkat remaja. Saya merasa rendah diri di atas kekurangan yg saya ada pada masa itu. Bila usia sudah semakin meningkat, saya semakin lali dgn keadaan muka saya. Saya tidak pernah merasa kekurangan tadi sebagai penghalang untuk saya mencari kawan dan senyum pada sesiapa saja. Kerana saya yakin, mereka juga tidak sempurna seperti saya. Yang penting, orang lain gembira melihat saya.. :-)
Ada juga teman2 rapat dan student bertanya akan hal ini. Jawapan saya senang saja, itu tanda rezeki dari Allah untuk saya dan saya cukup gembira dengan tanda lahir itu. Bila saya ke salon untuk membuat facial, sudah menjadi kemestian kepada beautician bertanya untuk memutihkan tanda lahir tersebut, tetapi saya enggan. Saya selalu berkata, ini yang Allah bagi pada saya dan saya merasa cukup "cantik" dengan anugerah Allah itu.
Berusahalah untuk mendapat ilmu dan sentiasa berdoa agar Allah menganugerahkan kepada sifat bijaksana agar dapat kita melalui kehidupan kita dengan penuh keyakinan bahawa setiap pergerakan kita hanyalah utk mencari keredhaan Allah dan bukannya keredhaan manusia.
Selamat Tahun Baru semua!!
1 comment:
salam..
nice. ~doakan saya jadi anak murid yang baik~ =)
Post a Comment