Kelmarin keputusan peperiksaan semester 1 2011/2012 telah selamat dikeluarkan oleh pihak universiti. Seperti biasa, ada yang lulus dengan cemerlang dan disenaraikan dalam Senarai Dekan dan ada juga yang gagal di dalam sekurang-kurangnya satu sabjek. Ada yg lebih teruk lagi bila dibuang terus dari universiti.
Saya ada menereima call dari dua orang parents bertanyakan nasib anak2 mereka yang telah dibuang dari UIAM. Kesian mendengar suara dan luahan perasaan dari mereka. Tapi, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Ada beberapa sebab kenapa pelajar dibuang; sebab utama ialah sifat ambil lewa pelajar tentang soal pelajaran dan sebab yang kedua ialah course yg diambil bukan dari minat sendiri. Bagi sebab yang pertama saya tidak mengambil kisah sangat sebab itu memang salah sendiri. Tetapi bagi yg kedua, amat terasa pedihnya.
Saya cuba membantu dengan memberi nasihat dan jalan keluar dari masalah tersebut. Saya berbuat sedemikian dengan harapan dapat memberi sokongan moral kepada mereka ini. Saya juga ingin mereka tahu bahawa masih ada yg sayang kepada mereka.
Pagi tadi seorang pelajar yg telah dibuang menelefon dan membuat pengakuan bahawa selepas 4 tahun belajar di UIAM sedikit ketenangan dapat dicapai selepas dibuang dari universiti. Sebelum ini, dia berusaha untuk kekal di fakulti undang2 tetapi selepas mendapat surat bahwa dia telah dibuang sebab gagal beberapa kali dalam exam, sedikit ketenangan datang di hati. Saya pasti fikirannya berserabut dengan course yg tidak sesuai dengan kebolehan dia. Bergenang airmata saya mendengar kata-kata dari pelajar itu; " ustazah, terimakasih kerana sudi mendengar masalah saya. Terimakasih juga kerana memberi ketenangan di dalam hati saya"
Untuk pelajar tersebut ingin saya nyatakan di sini, "apa yg saya mahu lihat ialah ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup kamu dengan apa saja course yg kamu pilih. Degree bukan penentu kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup kita tetapi sejauh mana kita akrab dengan Allah SWT"
1 comment:
salam..
entry yang menyentap jiwa! Suka sangat kata2 ni "Degree bukan penentu kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup kita tetapi sejauh mana kita akrab dengan Allah SWT"
Post a Comment