Wednesday, February 29, 2012

Ayah Di ( Adi Haji Taha) dalam kenangan

Sudah agak lama saya tidak mengemaskinikan blog saya dengan entri-entri terbaru. Keadaan tidak mengizinkan saya berbuat demikian. Kesibukan tugas mengajar dan mendengar masalah pelajar bukan faktor utama sbenarnya. Ianya lebih kepada ketidaksediaan saya untuk menulis sesuatu di dalam blog ini.


Fikiran saya masih teringat kepada pakcik saya yg meninggal dunia pada 4 Februari lepas. Kehilangan dia amat dirasai sekali oleh saya secara peribadi. Selepas beberapa tahun bergelumang menentang penyakit kanser akhirnya ajalnya telah sampai pada tarikh tersebut. Sejak ketiadaan dia, saya terfikir apa yg mahu dicoret di dalam blog nanti. Hati terasa tidak bersedia untuk itu. Seolah2 saya juga dalam waktu berkabung menangisi ketiadaan dia di dunia ini.


Arwah begitu sentimental dalam hidup saya. Sejak dari kecil hinggalah saya sudah menjengah ke alam tua, dia begitu banyak meninggalkan kenangan dalam hidup saya. Dari sokongan mental hinggalah fizikal, dia banyak menolong saya.


Tiada kata untuk saya coretkan betapa dia telah berbudi pada saya dan keluarga. Tiada kata dan harta utk saya membalas jasa arwah kepada saya. Hanya doa dan airmata mengiringi pemergian arwah tempoh hari. Hingga kini bila disebut nama arwah atau melihat hadiah peninggalan arwah kepada saya, cukup sudah utk saya mengalirkan airmata merindui arwah. Saya pasti, anak2 arwah dan isteri arwah lebih terrkesan dengan ketiadaan dia tetapi bagi saya secara peribadi, saya juga turut merindui dia. Setiap sekali selesai solat, tidak saya lupa menyedekahkan ayat2 al Quran kepada dia. Atau pun setiap kali saya bersendirian; berjalan, memandu kereta, memasak atau memandang ke langit biru, arwah tetap di hati dan di bibir saya. kadang-kadang saya menangis teresak-esak sendirian samada di dalam pejabat, bilik atau di dalam kereta. Betapa dia begitu dekat di hati dan kekal abadi...


Mudah2an Ayah Di tenang di sana....amin...


5 comments:

seri pagi said...

semoga rohnya bersemadi dengan aman..

Janna Wan Muhammad said...

Ayah Di istimewa di hati semua orang....miss him so very much. :(

Adrina Adi said...

baca entry kak ngoh pun kakak dah nangis teresak-esak sampai kena tegur dengan Ariq.

kakak pun macam tu. asal teringat jer sedekahkan alfatihah.

i miss him so badly.

ramizah said...

ya, ayah Di tetap di hati...kekal abadi. tksih utk nurul juga.

Flower said...

I tak kenal your arwah father, tp apa yang I masih ingat ialah komen yg I buat kat blog lama you. 'Romantik sungguh parent you sbb selalu berpegang tangan'. Bagus kan. Kita buat tu sebagai contoh selain dari contoh2 baik yang lain dari arwah.

Missing him tu perkara biasa. Let me tell you, after so many years I still miss my mum. Kita doakan saja yang terbaik utk mereka semua tu.

Mallan