Powered By Blogger

Monday, August 13, 2012

Menunggu yang dikasihi


Gambar-gambar di atas adalah senario biasa yang saya tengok sebaik saja saya keluar dari Masjid Nabawi di Madinah. Kaum Adam di atas sedang sedia menunggu isteri masing-masing, atau pun anak perempuan mereka dan mungkin juga ibu-ibu mereka yang keluar dari masjid. kadang-kadang seronok juga melihat mereka menyambut "ketibaan" kita di perkarangan masjid. Sambil tersenyum, mereka turut juga membawa makanan ataupun minuman untuk diberikan kepada kaum hawa. Sambil berpimpin tangan ataupun tersenyum mereka beredar dari masjid. Hati saya turut terusik dengan sifat romantik yang ditunjukkan oleh suami-suami, ayah-ayah ataupun abang-abang di atas kepada kaum hawa ini. 

Bagaimanan dengan saya? Tiada sesiapa menunggu saya di luar masjid? Oh..tidak! Tak perlulah menunggu saya. Hotel hanya beberapa tapak  saja jaraknya dari masjid. Yang penting poket seluar berisi kerana saya suka menyendiri sambil mengintai jauhari sebelum sampai ke bilik kami :)

2 comments:

seri pagi said...

nice entry..:)

mereka setia menunggu, nampak kerisauan dari raut wajah jika yang dinanti masih belum kelihatan, ada juga yg nampak macam boring agaknya sudah lama menunggu, yang dikasihi masih terkial2 mencari selipar..mungkin..(melalui pengalaman)

ada jemaah suka bergerak secara solo, lebih bebas asalkan tahu jalan pulang :)

ramizah said...

komen yang sangat tepat sekali! :)