Banyak peristiwa yang berlaku sejak seminggu lepas sehingga ada satu ketika itu saya terpaksa meng'deactivate'kan Facebook buat seketika. Terasa begitu tertekan dengan keadaan dan orang-orang tertentu.
Kadang-kadang saya tersepit dicelah-celah kemelut antara beberapa pihak serta prinsip saya sendiri. Begitu mencabar minda dan fizikal saya.
Tetapi saya sendiri membuat pilihan untuk menerima tugas ini maka, saya mesti kuat dan tabah dan sesekali tidak akan beralah dengan cabaran dan juga kemarahan dari pihak tertentu. Betul lah pepatah ada berkata, ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa. Jadi, saya ikut iman agar hidup saya aman tenteram.
Bila ada orang berpendapat bahawa hudud tidak relevan dan tidak sepenting dengan masalah sosial atau pun masalah yg membabitkan masyarakat, saya rasa pandangan sedemikian adalah tidak komprehensif. Ianya terlalu mendatar. Tidak peka bahawa masalah sosial juga berkait rapat dengan persepsi masyarakat terhadap undang2 Islam.
Satu lagi, hanya Kuliah Undang-Undang yang sesuai untuk bercakap pasal hudud. Hudud bukan milik PAS, bukan milik UMNO dan bukan milik mana-mana parti di Malaysia ini. Ianya milik semua manusia.Ia diturunkan agar memberi kemaslahatan kepada manusia di mukabumi Tuhan ini. Cuma, orang-orang PAS yang banyak bercakap pasal hudud, walhal ramai lagi ahli akademik yang non partisan yang boleh bercakap pasal isu ini.
Mudah-mudahan saya diberi kekuatan, kesabaran dan keberkatan dalam memperjuangkan undang-undang Islam dan juga shariah islamiyyah di negara kita ini. Sesungguhnya undang-undang Islam bukan sahaja tertakluk kepada hudud tetapi termasuk undang-undang Ta'zir yang memberi kuasa kepada pemerintah untuk menghukum pesalah2 jenayah dengan hukuman yang sesuai.
Teringat saya kepada kata-kata Ibn al Qayyim tentang maksud Shariah. Katanya " Shariah itu bermaksud apa jua undang-undang yang memberi kemaslahatan dan keadilan kepada manusia"
Bak kata motto Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), "Shariah asas keadilan" :)
No comments:
Post a Comment