Tuesday, March 17, 2009

Pesanan untuk putera puteri ku..

saya selalu berpesan pada student2, nak tuntut ilmu ni, hati kita ni kena besar..kena buka seluas2nya..kena ada ruang untuk masuk pelbagai pelajaran dan juga untuk masuk pelbagai pengalaman hidup.

Ruang itu digunakan untuk memahami pelbagai kerenah/gaya guru mengajar.. Terima seadanya cara guru mengajar dan cuba sedaya upaya untuk memahami pelajaran tersebut. Ada sekumpulan pelajar2 perempuan saya mengadu bahawa lecturer lelaki dalam kelas mereka, tidak pernah memandang wajah mereka di dalam kelas semasa mengajar. Sudah tentu saya tak boleh nak mengajr lecturer tersebut dalam hal sebagini. tapi saya memberitahu pada pelajar2 tersebut, ini adalah cabaran buat awak semua. cari alternatif lain untuk memahami pelajaran itu. Fikir and cari jalan secara berkumpulan. bergerak secara berjemaah. tanya lecturer yg mengajar sabjek yg sama dan cuba minta tolong dari dia..

Ruang untuk memahami kawan2; perangai yg macam2, yg lambat bangun tidur, yg lewat dtg discussion group, yg minta kita belikan dia lunch atau dinner, yg suka memnijam wang atau barang kita dan yg macam2 lagi. belajar untuk menangani masalah tersebut dgn berhikmah bukannya dgn bermasam muka..

Ruang untuk memaafkan orang lain dan memaafkan diri sendiri. Jgn alpa dgn sifat yg kita rasa kita adalah manusia sempurna.. belajar memaafkan orang lain hatta sejahat mana manusia tersebut. Ampunan Allah sentiasa terbuka, rahmat Allah sentiasa ada di mana2.. seterusnya jgn juga kita lupa juga untuk memaafakn diri kita yg tidak sempurna ini. belajar untuk menerima realiti hidup hari ini, sejarah hari kelmarin dan esok yg penuh misteri..


Ruang seterusnya ialah ruang yg paling penting dan berada di tengah2 iaitu ruang untuk Azzawajalla..Allah yg Maha esa, yg empunya Ilmu yg ingin kita tuntut. Taqarrub pada Allah dan berzikir padaNya agar dapt kita menarik perhatianNya supaya setiap usaha yg kita jejaki mendapat keredhaanyNya.. Kita mesti menjadi manusia yg merendah diri jika kita nak menuntut ilmu..

6 comments:

patunghujan said...

i juz agree wt ur opinion.
belajar ni ada mcm2 cara
nk harapkan lecturer tgk muka kite?
hello!!kite yg kena tatap muka mereka
itu wajah pemberi ilmu
i'm not da top student as i among the lowest, i'm not lecturer's favourite student but i always believe that may be our lecturer not aware of us but does not mean they not love us.

ramizah said...

i like you becauuse we can get along..

Roseriana CA said...

yup..agree with the opinion given..bila menuntut ilmu bukalah minda seluas2nya,ikhlas dan berusaha..dalam masa yg sama jaga hubungan dengan lecturer, jaga hubungan dengan kawan2 sebab mak ayah kita jauh di kampung..bila susah at least ada lecturer dan kawan2 berkongsi masalah..

mdm..i really miss my study life..masih teringat bila ada test usul fiqh study group dengan member2...struggle hafal dalil..hee..;)

Wan Kamilah said...

kak lah setuju nga jah...infact selalu advise student yg banyok songeh...ngada2 nak ngadu cikgu tu lagu ni cikgu tu lagu tu...we must respect our teachers...baru la berkat belaja.....u are welcome to visit my blog, wka600606.blogspot......latest..gambar cucu kak lah..bye..........

ramizah said...

kak lah: thank you for visiting my blog. Sure, I will visit your blog.

ikmalhmt said...

Salam kunjungan Dr.

Ya, macam-macam karenah pada student dan saya sangat seronok sebagai pensyarah muda mengajar generasi muda sebaya walaupun adakala saya 'tidak' gemar memandang pelajar-pelajar saya!:)

Teruskan berblog Dr. Singgahlah di blog saya kala kelapangan :)