Powered By Blogger

Wednesday, June 17, 2009

Nak Seribu Daya, Tak Nak seribu Dalih.

Betul la orang kata, nak seribu daya, tak nak seribu dalih..

Bila jumpa dgn kawan yg tak dapat nak ziarah ke rumah atau ke hospital masa saya terlantar sakit baru2 ni, ramai yg bagi tahu yg mereka sibuk dgn keluarga, balik kg, kerja bertimbun2 dan sebagainya. Sebenarnya, tidak menjadi hal sedikit pun kalau tak datang. Isu ziarah ni, adalah hak individu,kita tak boleh paksa. Tetapi bagi saya, sekurang2nya bertanya khabar..sekarang ni, boleh dikatakan semua ada h/phone dan ramai yg ada email..tak boleh dtg, kita boleh hantar message atau hantar email untuk bertnyakan khabar.. Ianya sudah cukup menunjukkan bahwa kita prihatin dan concerned dgn teman atau ahli keluarga yg sakit itu. Ada juga yg memberi alasan, takut lah nak hantar message, nanti menganggu pulak. Aik? Ganggu apa pulak..kalau si penerima lapang pasti dia akan membalas message yg dihantar..kalau dihantar masa dia tidur, macam mana dia nak balas?..bila dia bangun, insyAllah dia balas la message tu. Sebenarnya dalam keadaan sakit tu, bila baca message dari kawan2 atau keluarga, hati rasa lega..perasaan jadi terharu. Ada juga orang tanya khabar..ada juga orang ingat kat kita.

Ada seorang teman snggup bertnya, “ jah, operation hari tu minor je kan?” Maksudnya di sini kalau major operation atau kalau dah sakit berat sangat baru nak melawat dan bertnaya kbhar la.. kalau dah masuk ICU atau dalam keadaan coma baru nak tnaya khabar.. :-(

Hmm..entahlah, pelbagai ragam manusia dgn pelbagai alasan yg diberikan untuk lari dari tanggungjawab. Jarang sangat saya mendengar, “ Kegagalan saya tidak ziarah/tidak menghubungi melalui email atau h/phone, adalah silap saya sendiri..saya yg tidak meluangkan sedikit masa untuk bertnaya khbr dsbg” Jarang sangat orang akan menyalahkan diri sendiri tetapi sebaliknya menuding jari pada kesibukan kerja dan sebagainya. Harap2 celoteh saya ni akan member peringatan juga pada diri sendiri..

Akhirnya bila orang itu sudah pergi barulah dtg kesesalan di hati sambil mengigit jari dan memujuk diri bahawa ajalnya sudah menanti…satu alasan lagi diberi sehingga ajal sendiri datang menjemput pergi...

3 comments:

jauhariah Omar said...

dah namanya manusia, sering bagi alasan kan. xper madam, jgn kecik hati sgt pasal jenis org gitu, kalau 10 org xkisah kan pasal kita, 1000 org lg akan ingat kan kita.
semoga madam terus sihat selalu, Aminnnnn.....

ramizah said...

betul tu..tak amik kisah pun. cuma nak berkongsi pasal ragam manusia

Adrina Adi said...

betul tu k ngoh.

kalau boleh luangkan masa utk menonton tv barang 1-2 jam, adakah menjadi masalah kalau luangkan seminit dua untuk menelefon bertanya khabar?