Sunday, December 27, 2009

Puisi yg tidak bertajuk..

Kau semakin jauh pergi
Bukan lagi seperti yg aku kenali
Ketawa manja mengusik mesra

Kau semakin jauh berbeza kini
Bukan lagi penunggu hati
Di taman abadi
Tapi membiarkan aku kini berkarat sepi

Kau mungkin sudah bertukar ganti
Dan aku bukan lagi
Orang yg kau kasihi
Dan mungkin juga bukan lagi org yg kau kenali

Aku ingin berlalu pergi
Membawa hati pedih sekali
Dan tak ingin menoleh kembali
Pada setiap cetusan hati kita rasai
Coretan kanvas yg dikongsi
Biar saja di laluan sepi
Lambat laun akan hilang pergi...
Walau sakit di hati
Tapi kenangan tetap dihargai...

p.s. ramai yg bertnya apa cerita di sebalik puisi yg tidak bertajuk ini..sebenarnya idea menulis puisi ini tercetus bila mendapat berita tentang bekas2 student saya berkawin, bekerja dan sbgainya. Ada juga student yg dulunya tahun satu dan menganjak ke tahun dua yg mana sya tidak lagi mengajar mereka. Mereka ini selalu menghubungi dan menziarahi saya pada satu ketika dahulu... Tak kurang juga yg suka mengusik dan membuat lawak dgn saya.. tapi dek kesibukan tugas, hidup baru, kesibukan belajar..mereka tidak lagi menghubungi saya..malah ada yg buat2 tak kenal lagi dgn saya.. Puisi ni hanya secara umum..apa2 pun saya tetap menghargai setiap kenangan bersama mereka.. Buat mereka yg masih setia..anda andalah satu dalam sejuta..kasih sayang dan ingatan anda kepada saya tidak bermusim..tetapi abadi..terimakasih.

6 comments:

puteri_islam said...

just to say life is a challenge..meet it..hope ustazah bahagia sokmo dan tenang menghadapi ujian ini..

patunghujan said...

i rteally miss u
lan sy ke kl x spt yg sy rancang
not feeling well
sejak samai tu sy x sihat
x kuar g mana2
xnk susahkan kawan, sy balik ganu laa

ramizah said...

Puteri Islam: t.kasih..
Faez: No problem..

firdaus said...

ada kalanya diri terasa seperti yang pertama....
malu, resah, delisah dan bersalah...

namun hakikat aku masih yang kedua... walaupun kadang2 terleka dan alpa... aku tetap terus berusaha menjadi yang kedua...

kerana yang kedua itu padamu satu dalam sejuta... kerana yang kedua itu pasti kekal dalam ingatan dan doa... walau jauh di mata tidak bersua...

abailian said...

ustazah slmt pulang ke malaysia..he
pape pun ustzh tetap di hati wlpn dah takde peluang nak buat program bersama..:)

ahmad bin alwi
lawsoc 08/09

Kami said...

sepp kito..:)