Friday, May 25, 2012

Cerita pagi jumaat...

Seorang pelajar lelaki tahun satu datang ke bilik saya tadi.

Pelajar: Ustazah, saya nak berhenti belajar...( matanya yang berkaca merenung saya)

Ustzazah: Hah? Exam contract kelmarin lagu mana?

Pelajar: Saya tak ambil exam kelmarin..( sambil mata tunduk ke bawah)

Ustazah: Dah beritahu mak ayah atau sesiapa pasal isu ni?

Pelajar: Belum ustazah...( menangis...)

Ustazah: Bagi saya no telefon mak awak. Biar saya cakap dengan mak...

Pelajar: Jangan ustazah...Biar saya simpan sendiri... ( sambil teresak2)

Ustazah: Kenapa awk nak berhenti?

Pelajar: Saya nak jaga ayah saya yg sakit...( sambil kesat airmata yg tidak berrhenti mengalir)

Ustazah: betul ke awak nak jaga? atau awak nak duduk ssajo?

Pelajar: Saya tak ada semangat nak belajar. Saya rasa putus asa. Tiada motivasi untuk terus belajar.

Ustazah: Bu ( bukan nama sebenar), tengok saya.... Bu, tengok saya, please... ( airmata sudah menanti utk mengalir) Boleh tak awak jadikan saya sebagai inspirasi kepada awak agar awak lebih bersemangat untuk belajar? Boleh tak awak kata pada diri awak, " kalau saya tak ada kat AIKOL ni, saya tak boleh jumpa ustazah lagi.."

Pelajar: (senyum nampak gigi...(mungkin tak percaya )sambil merenung saya) Ya betul , ustazah! betul...

Ustazah: ( senyum juga sambil ambil tisu kesat airmata)

Pelajar: Ok, saya nak ambil exam petang ni. Saya akan jadikan ustazah sebagai sumber inpirasi dalam hidup saya...Saya minta diri dulu, ye?

Ustazah: ya, Bu....jaga diri baik-baik

Di dalam bilik, saya termenung sendirian sambil mengeluh panjang. Begitu rapuh jiwa anak muda sekarang. Tetapi hanya dengan kasih sayang, sedikit perhatian dan kata-kata perangsang sudah cukup mengubah perasaan mereka....

Abu, Abu.....

9 comments:

fatienwm said...

keikhlasan seorang pensyarah..:)

tsam_ismail said...

eh,bakpo mata saya berair jugop ...

ramizah said...

kemudian Abu hantar message pada saya sambil menucap " Terimakasih Umie". Saya terus sebak...

seri pagi said...

Kata-kata nasihat yang lahir dari hati yang ikhlas akan jatuh ke hati dan mampu mengubah hati..

untuk abu, teruskanlah belajar, untuk ustazah teruskan menasihat, mereka memerlukan anda, sesungguhnya..:)

KhALiLI_HaNNaN said...

Subhanallah.. Kasihnya seorg ustazah pada anak didiknya begitu mendalam. Semoga terus ada sinar buat Abu.. Tahniah ustazah!

~tetiba mata ini pun berkaca..

ramizah said...

terimakasih nurul dan hanan..

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

klu saya yg g jumpa ustazah mcm kt post ni, ustazah kena kata gini " faezah, klu awk x belajar kt cni, mcm mana awk nk makan kek yg saya buat?

hehehhe. mode rindu kek2 yg sedap itu

badiuzzaman said...

pekat kelate ustazah. :)

ramizah said...

Faez: bila la kita boleh berjumpa lagi?
Badiuzzaman: memey pekat! hehe