Wednesday, March 2, 2011

Bila student nak tukar course..

Tadi ada seorang student datang meminta nasihat untuk tukar stream dari law ke education. Sedih dengar bila dia memberitahu yg mereka memilih law disebabkan ibu bapa yg menyuruh mereka mengambila course tersebut. Test yg saya bagi dua hari lepas dia dapat telur ayam. Jadi bila dia datang hari ini, saya sedar yg dia betul2 dalam kesusahan. Hmm..kesian dia. Apa yg boleh saya nasihatkan dia ialah belajar macam biasa dan selepas dapat result exam semester ini, saya akan buat recommendation letter utk tukar course.

Saya sangat2 bersimpati dgn student2 yg mempunyai masalah sebegini, persis diluah mati bapak ditelan mati emak. Sebenarnya, ibu bapa tidak boleh memilih course apa yg patut mereka belajar. Biar mereka yg tentukan sendiri. Mereka yg akan belajar dan mereka yg akan hadapi segala masalah esok hari. Biar mereka yg tentukan apa yg terbaik utk mereka. sebagai ibu bapa kita hanya membantu mereka. Memberi tunjuk ajar dan nasihat dalam pelajaran. Setiap ibu bapa hanya mahukan anak2 mereka bahagia, dunia dan akhirat. Cukuplah mereka menjadi anak yg mempunyai akhlaq pada sesiapa saja dan menjaga hak Allah sentiasa. Sudah cukup utk membahagiakan ibu bapa..

Untuk student saya itu, bersabar dan berdoalah..saya sentiasa menyokong anda dari belakang..

p.s. merisik khabar...

3 comments:

Janna Wan Muhammad said...

mujor la abah kita memberi kebebasan sepenuh nya kepada kita untuk pilih course apa.

ramizah said...

that is our our abah..he is indispensable..the one and the only..funny, strict and realistic..

Ibn Salim said...

ustazah,saya pun pernah terfikir nak tukar course dulu.

on a different note, ustazah tahu tak yg ex-student aikol batch 012 Allahyarham W ahmad fadzil sudah kembali ke rahmatullah petang semalam. Allahyarham dalam perjalanan pulang ke besut bersama2 anak dan isteri ketika kemalangan berlaku.

Allahyarham kerja sbgai PTD di konsulat malaysia di Pakistan dan pulang ke Malaysia utk hadiri meeting di KL.

Al-Fatihah.