Powered By Blogger

Sunday, April 24, 2011

Ulangtahun perkahwinan yg ke-18

Semalam, tanggal 23 April, adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yg ke 18.Alhamdulillah, syukur kepada Allah azza wajalla, Tuhan sekalian alam, yg memberi rahmat kepada kami berdua untuk terus mencintai kerana Allah taala.

Walaupun pelbagai onak dan duri, syurga dan neraka, ombak bergelora dan menghempas pantai, tapi cinta masih utuh, hati masih kukuh untuk terus bersama.

Kadang2 ada student bertanyakan saya apa tips utk berumahtangga. Pertama2 nya jangan diingat setiap rumahtangga adalah syurga, penuh romantis, penuh puitis dan tiada tangisan. Rumahtangga adalah sebahagian dari kehidupan di dunia yg fana ini. Tidak lari dari unsur2 di atas. Tetapi apa yg mengekalkannya hingga saat ini. Tidak lain dan tidak bukan kerana rahmat Allah taala yg dicurahkan ke dalam hati2 kami. Setiap tangisan yg lahir dari kehidupan rumahtangga akan menguatkan lagi utk kita memahami pasangan kita dan akan menguatkan lagi keimanan kita agar kita selalu kembali kpd Allah.

Dalam kes saya, yg saya selalu ingatkan pada diri saya adalah membilang kebaikan dan kelebihan yg ada pada suami. Bila saya melihat kekurangan yg ada pada dirinya, terus saya menyejukkan diri saya dgn membilang kelebihan dalam diri dia dan seterusnya memaafkan dia. Dan suami pula, dgn sifat sense of humour yg ada pada dia membuat saya ketawa sentiasa dgn jenaka beliau. Suami saya suka membuat surprise dgn membawa balik sekuntum bunga, menulis nota cinta pada sya melalui email, menelefon saya semata2 utk mengucap "I love you" atau "I miss you" atau untuk mengucap " You are so beautiful".

Saya mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan dan suami melihat kekurangan saya adalah kekuatan bagi dia...

Untuk berjaya dan bahagia dalam perkahwinan, selalulah kembali pada Allah..Dia lah empunya hati, Dialah yg membolak balik hati kita..kepadaNya kita berserah pada setiap masalah yg dihadapi...Banyak2kan membaca Quran di rumah agar malaikat rahmat menyuburi hati2 penghuninya dgn kasih sayang dan kesabaran..

p.s. Maaf, Redha dan Sabar..

Sunday, April 17, 2011

Coretan pagi ini..

Sudah agak lama saya membisu seribu bahasa di dalam blog ini. Bukannya sibuk sangat tetapi fikiran agak buntu dgn idea2 yg menarik dan sesuai utk dikongsi bersama pembaca2 sekalian.

Semester 2 2010/2011 sudah pun berakhir. Student2 pun sudah ramai yg pulang ke kampung halaman masing2. Maka, tinggal lah kami semua di kampus utk memeriksa kertas2 exam.

Kampus2 menjadi semakin sunyi. Lecturer banyak menghabiskan masa di dalam pejabat masing2, bersendirian..hanya ditemani radio dan laptop ( sambil membuka FB).

Macam biasa, saya tidak boleh lama di pejabat. Pasti saya akan meronda2 di sekitar AIKOL dan juga libray utk mencari2 muka2 yg saya kenal. Kadang2 saya akan ke library utk memeriksa kertas exam sambil mencuci mata melihat buku2 terbaru.


Harapan dan doa saya, agar Allah penjangkan umur saya dan anugerahkan kesihatan yg baik agar dapat saya menghabiskan amanah ini sebelum 28hb April. Mudah2an Allah juga memberi kelapangan pada teman2 yg lain utk memasukkan markah dan gred sebelum tarikh tersebut agar student tidak dinafikan hak mereka utk mendapat PTPTN dan biasiswa sebelum bermulanya semester baru..amin ya rabbal aalamin..


p.s. selalu lah melihat kebaikan dan kelebihan org lain...

Thursday, April 7, 2011

Guru: Realiti dan hakiki..

Berita mengejutkan seluruh Malaysia mengenai kematian pelajar lelaki berusia 7 tahun kerana dipukul oleh guru sekolah dia adalah benar-benar menyentap hati semua rakyat Malaysia.


Saya terpanggil untuk memberi komen mengenai isu ini sebab di dalam undang2 jenayah islam ada satu topik mengenai defence dalam criminal liability. Salah satu defence di dalam criminal liability ialah bila kita terpaksa menunaikan hak dan juga tugas kita. seperti hak kita utk mempertahankan diri jika diri kita dicerobohi. Jadi, jika kita mencederakan si penjenayah tersebut, maka kita tidak dikenakan sebarang hukuman. Begitu juga, seorang doktor yg menjalankan tugasnya utk menyelamatkan pesakit tetapi selepas melakukan usaha2 yg sewajarnya, pesakit itu mati. Jadi, tiada sebarang tindakan boleh dikenakan kepada doktor kerana dia telah berusaha sedaya mungkin utk menyelamatkan nyawa si pesakit tetapi ajalnya sudah sampai.


Di dalam kes guru pun sama juga. Guru berhak utk mendisiplinkan pelajar jika terbukti pelajar itu telah melakukan kesalahan. Hak ini diberikan khusus utk guru2 agar dapat mendidik dan mentarbiyah pelajar agar menjadi manusia yg mempunyai nilai2 akademik dan nilai2 spritual yg lain. Walaubagaimana pun, setiap hak itu perlu digunakan dgn cara2 yg betul. Tetapi yg paling utama, ialah niat. Niat utk mendidik bukan utk melepaskan geram atau nafsu ammarah guru.


Perlu diingatkan juga di disini, tidak semua hal boleh diserahkan kpd guru utk mengambil tindakan. Jika jenayah atau perbuatan tersebut di bwh undang2 Malaysia, maka guru tidak boleh mengmbil sbrg tindakan. Jenayah seprti, mencuri, membunuh, mengugut dan sebagainya maka ia di bwh bidangkuasa penal code.


Satu lagi mengenai penjenayah terbabit. siapakah penjenayah itu? Di dalam undang2 islam, syarat utk mengenakan hukuman hudud dan qisas ialah penjenayah tersebut mestilah seorg yg mukallaf; yg beraqal, yg mencecah umur sbg org dewasa dan org yg mampu utk membuat pilihan samada utk melakukan jenayah itu atau tidak ( freewill ). jadi kanak2 berumur yg berusia 7 tahun tidak dikira sbg mukallaf mengikut ijma' ulama.


Memukul kanak2 berusia 7 tahun dan mendera nya sampai mati adalah lari lunas2 hukum syara'. Kerana wang sejumlah RM7 maka nyawa seorang kanak2 kecil melayang. Sebenarnya hak samada boleh dihukum atau tidak adalah hak mangsa curi. Jika wang RM 7 sudah dipulangkan maka gugur lah hukuman yg perlu dikenakan kepada pelajar tersebut. hanya hukuman ta'zir seperti memberi warning (peringatan) wajar diberikan kpd pelajar tersebut.



Sebagai guru, wajib kita menyayangi pelajar seprti anak2 atau adik2 kita sendiri..mendidik mereka agar tidak terjerumus di dalam kancah dosa dan maksiyat. walau apa pun, wajib juga guru mendidik diri agar menjadi yg terbaik agar menjadi contoh teladan kepada murid2...


Wednesday, April 6, 2011

Perihal student yg mendapat warning dan barring letter

Tadi saya lalu depan notice board AIKOL dan ternampak list nama student yg mendapat warning letter and barring student. Bila saya meneliti setiap nama yg tertulis itu saya dapati mereka ini adalah orang2 veteran dalam aktiviti ini. Mereka ini adalah sejak dari tahun satu lagi sudah mendapat warning letter dan juga barring letter. Dan mereka tidak serik utk berbuat lagi dan lagi! Saya tahu student 2 seperti ini adalah student yg mempunyai masalah. Tetapi mereka tidak mahu berkongsi masalah mereka dgn lecturer atau academic advisor atau mana2 lecturer yg mereka percayai. Ada juga yg merasa ego mereka tercabar bila masalah mereka dapat dihidu oleh pihak2 berwajib. Walau apa pun masalah yg mereka hadapi, pelajar2 mesti ingat apakah tujuan mereka datang ke universiti? Untuk apa mereka belajar? Kalau yg mengambil biasiswa atau pinjaman, jgn lupa perjanjian yg telah dibuat semasa mula belajar di sini dahulu. Tidakkah mereka bayangkan wajah2 ibu bapa di rumah yg mengharapkan kejayaan di dalam pelajaran. Saya pasti student yg dapat masuk ke universiti adalah mereka yg mempunyai nilai akademik yg tinggi. Tetapi mengapa bila sudah di menara gading sifat malas mula berleluasa di dalam diri? Mengapa jadi sombong dgn lecturer? Nilai2 murni semasa di sekolah menengah dulu semakin terhakis bila mereka jauh dari ibu bapa dan mendapat sedikit kebebasan dibandingkan di sekolah menengah. Jika dibandingkan di antara mereka yg suka meniru dan ponteng kelas, mana satu pejenayah yg patut kita takuti? sama saja kan?

Saturday, April 2, 2011

Meniru, hukumnya haram..

Saya sudah lama tahu yg ramai pelajar2 suka meniru semasa midterm test. Aktiviti ini berlaku terutama sekali bila test dibuat ditempat yg besar dan luas seperti Moot Court, LT A dan LT B. Dan ada juga dikalangan Dean's List ini adalah dikalangan mereka yg suka meniru. Sungguh tidak disangka-sangka.

Ada banyak sebab student meniru. Sebab yg utama ialah tidak study jadi jalan pintas utk berjaya ialah dgn meniru. Ada juga yg meniru bila mereka sangat baik dgn lecturer tersebut dan malu kalau dapat markah rendah dgn lecturer itu, ditakuti nanti lecturer itu tidak lagi mahu berbaik dgn dia, jadi dia akan meniru.

Lecturer juga diingatkan mengambil langkah2 berjaga2 bila ada test. Jangan bagi peluang langsung utk mereka meniru dan selalu merasa suspicious pada sesiapa yg bersikap pelik semasa exam atau test.

Saya ada bertanya pada student saya kelmarin, " awak pernah meniru tak dalam test?". jawapan dia adalah, " belum lagi ustazah.." haish..rasa nak tarik telinga budak tu. Kalau belum lagi jawapanya, maksudnya, ada niat utk meniru lah tu!

Peringatan yg saya sampaikan di sini ialah, meniru itu adalah haram, hukumnya berdosa. Mereka yg meniru adalah mereka yg ada potensi utk melakukan jenayah yg lebih teruk seperti, mencuri, merompak dan membunuh. Mana2 student saya yg pernah meniru dalam test/exam saya pasti mereka ini adalah org yg tidak akan mencapai kebahagiaan dalam hidup mereka walau sesaat.