Powered By Blogger

Tuesday, October 18, 2011

Doakan saya....

Tahun 2007 dan 2009 adalah tahun sakit saya..




Tahun ini, saya mesti buat check up lagi.




Apa nasib saya tahun ini, Allah sahaja yang lebih tahu.




Saya akan ke hospital lagi, kecut perut semakin terasa.




Sebak rasanya...airmata tergenang di kelopak mata.




akan terus gugur bila-bila masa




Segala wasiat sudah dimaklumkan kepada anak-anak....



Doakan saya....




Agar pergi dengan penuh keimanan




dan




Husnul Khatimah....

5 comments:

KhALiLI_HaNNaN said...

salam.. ustazah.. semoga dalam 'afiah iman dan islam. Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya. Perhatikan bait2 yang akan saya nukilkan buat ustazah.

Jangan berduka..kerana perasaan sedih itu akan terus mengganggumu dengan masa lalu.akan membuatkan kamu khuatir dengan segala kemungkinan pada masa yang akan datang dan menyia-nyiakan peluangmu hari ini.

Jangan berdukacita sebab perasaan sedih itu hanya akan membuatkan hati menjadi kecut..wajah menjadi muram.Semangat menjadi padam dan harapan akan menghilang.

Jangan berdukacita kerana ia membuatkan musuh gembira. Membuatkan keluarga dan orang2 yang tersayang bersedih. Membuatkan orang yang dengki senang dan membuat hakikat-hakikat yang ada berubah.

Jangan berdukacita sebab persaan sedih sama dengan menentang qadah' dan menyesali sesuatu yg pasti..membuatkan jauh dari sifat lembut dan membuatkan hati membenci dengan ni'mat2 yang masih ada.

Jangan berdukacita sebab perasaan sedih itu sama sekali tidak mengembalikan sesuatu yang telah hilang dan semua yang sudah pergi. Ia juga sama sekali tidak membangkitkan orang yang sudah mati. Ia juga tidak mampu menolak takdir yang sudah ditetapkan dan tidak mendatangkan manfaat.

Jangan berdukacita kerana perasaan sedih itu datangnya dari syaitan dan kesedihan itu adalah putus asa yang menakutkan. Kefakiran menimpa. Putus asa yang berpanjangan. Tekanan yang terpaksa dihadapi dan kegagalan yang menyakitkan..

Ustazah.. sekadar sedikit perkongsian dari buku 'LA TAHZAN' moga ia mampu menjadi peniup semangat buat ustazah. Tenangkanlah hati.. banyakkan membaca surah asy-syarh (alam nasyrah..)

ramizah said...

:-))) terimaksih byk.... mudah2an Allah bg pahala sewajarnya..amin

Shahir said...

"Baik-baik sayang..."

Semoga Allah sentiasa melindungi ustazah... :')

nurul said...

semoga ustazah sihat dan lindungi ALLAH selalu..

walaupun saya jauh tapi jasa ustazah kepada saya tetap akan saya kenang...mungkin ustazah tidak tahu siapa saya..tapi seorang insan yang pernah jatuh dan bangun semula berkat melihat kegigihan dan semangat pensyarahnya ini...dan hari ini saya menjadi seorang peguam yang boleh dikatakan berjaya..

terima kasih ustazah..

UIA-2008 dalam kenangan

Janna Wan Muhammad said...

my prayers are always with you kak ngoh.....