Powered By Blogger

Thursday, October 20, 2011

Bersama pelajar membuat saya bahagia...

Selain daripada mengajar pelajar2 saya di dalam kelas, saya juga mengajar mereka di luar kelas. Bila mereka datang berjumpa dengan saya untuk meminta nasihat mengenai masalah peribadi yg mereka hadapi maka saya juga "mengajar" mereka bagaimana utk menghadapi masalah tersebut mengikut pengalaman yg ada atau berpandukan pada pengalaman orang lain. Tp banyak kali saya pula yg belajar dari mereka tentang kehidupan dan masalah yg mereka hadapi yg kdg2 menjerat diri mereka sendiri.


Selain dari mengajar saya juga boleh mengesah sijil2 atau transkrip exam student. Ini adalah tugas seumur hidup saya sepanjang mengajar di IIUM. Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada pelajar datang meminta utk mengesahkan sijil2 mereka atau dokumen2 lain. Jadi, kerja saya ialah utk memberi autograf pada setiap helaian sjiil yg telah difotostat. Ada yg datang utk permohonan PTPN, JPA, zaka, Baitul mal dan macam2 lagi.


Selain dari itu, saya juga banyak menjadi referee kepada student yg akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Master atau Ph.D Tidak kurang juga menjadi referee kepada pelajar2 LLB yg sedang membuat chambering. Dengan kata lain, kerja pensyarah ni banyak cabangnya dan banyak sumbangannya pada pelajar2. Yg ironiknya, selepas mendapat PTPN atau selesai mendapat degree master atau Ph.D atau menjadi lawyer dan sebagainya, semuanya senyap belaka. Kad raya sekeping pun tak ada, apatah lagi ucapan hari guru...*sigh*


Apa2 pun, tidak mengapa..yg penting mereka bahagia dan berjaya. Yg penting juga, saya pun cukup bahagia menjadi sebahagian dari kejayaan mereka. Walaupun mungkin sudah dilupa, tapi saya cuba untuk bersangka baik dengan mereka..Mereka hanya tidak bijak mengurus masa..


Akhir kata, saya gembira dapat berjumpa dengan pelajar2 saya, kerana mereka membuat saya...


sentiasa muda.. :-)









6 comments:

FA said...

smart gmbr!hehe:)
kakngoh sentiasa muda sokmo tuu sbb idea2 kena dgn org muda...

Shahir said...

saya bukan pelajar ustazah. adakah saya boleh termasuk dalam golongan yang membahagiakan ustazah? :D

nurul said...

Bukan lupa...cuma takder kekuatan untuk memulakan bicara...

incek.loyer said...

bersama ustazah pun membuatkan pelajar bahagia jugak :)

KhALiLI_HaNNaN said...

salam.. tapi saya bukan pelajar ustazah.Masih adakah ruang buat saya untuk jadi sebahagian dari kebahagiaan itu?( antara insan yang membahagiakan ustazah?)
=D

ramizah said...

Adikku sayang: terimakasih!
Shahir: :-)))
Nurul: Carilah kekuatan sebelum terlambat...
Incek Loyer: Untuk menjaga kasih sayang memerlukan dua hala..
Hannan: Rahmat Allah itu luas...
:-)