Powered By Blogger

Saturday, October 29, 2011

Pelangi Petang

Pelang Petang adalah tajuk lagu kegemaran saya yg dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Lagunya yg mendayu-dayu dan disusuli dengan suara lembut dan sedih dari penyanyi tersebut memang akan membuat saya mengalir airmata. Lebih-lebih lagi bila sampai ke bait bahawa Pelangi itu membawa kebahagiaan dalam hidup kita walau hanya sebentar cuma.


Semasa kecil, terutama selepas mandi hujan di depan rumah, saya pernah beberapa kali melihat Pelangi muncul di langit. Terasa sungguh bahagia sekali melihat keajaiban Allah itu. Pada masa itu tidak faham konsep hujan, mentari dan pelangi



Sekarang baru saya tahu, bahwa hujan itu bermaksud kesedihan yg kita hadapi samada dari kegagalan hidup dan atau kecewaan kerana ditinggalkan teman atau sesiapa saja yg kita sayangi. Hujan juga diibaratkan airmata yg mengalir yg kerana kesepian dan kedukaan akibat ditinggal kekasih atau teman baik atau sesiapa saja yg kita sayangi. Saya dapat bayangkan semua itu kerana saya pernah merasa dan sedang merasainya sekarang.


Banyak kali saya dapat merasai bahawa mereka yg saya kasihi itu adalah Pelangi Petang semuanya.




Walau apa pun terjadi, saya pasti setiap kesedihan pasti akan disusuli dgn kegembiraan. Cuma, kita hanya perlu bersabar dan menanti saat manis yg akan tiba. Bila dan di mana? Terpulanglah pada kita. Kita yg menentukan bila kita mahu bahagia. Kebahagiaan tidak semestinya berdua atau bertiga. Kebahagiaan ada di dalam hati kita..dan di mana jua kita berada..




Jika dia sudah pergi...



biarkan saja,



pasti ada lain yg sudi untuk menemani...



kalau tidak pun, biarkan saja bersendiri...



Mudah2an dia akan muncul kembali...Jika ada rezeki...



Kalau tidak, mungkin itu sudah dari azali...



Yg dia tetap pergi



dan tidak akan bertemu lagi...



pada diri ini...

8 comments:

Shahir said...

Allahumma laa taj'alni min pelangi petang.

ramizah said...

amin..amin..ya rabbal aalamin

KhALiLI_HaNNaN said...

salam.. sedih..sayu..sepi..entry kali ini. kalau tak ada hujan manakan muncul pelangi itu. 'ala kullihal.. saya x nak jadi pelagi petang itu. sebab saya nak jadi mentari yang sentiasa bersama tak kira siang atau malam.. =)

Capik said...

Your words always inspire and motivate me...tq KK ngoh ^^

ramizah said...

Ya, Hannan..sayu. Cukup sayu..
Capik yg dikasihi, alhamdulillah. That is the least thing I can do to you...

suami seorang ustazah said...

salam kenal dari saya.

Nur Qistina said...

123 akhirnya tercapai..

Salam kenal ustazah..^^,

ramizah said...

salam kenal.. selamat membaca dan jgn lupa utk memberi komen. sgt2 menghargainya :-)