Powered By Blogger

Sunday, April 29, 2012

Kasih sayang dan Kekecewaan

Mudah-mudahan setiap hubungan ukhuwwah Islamiyyah yg saya pupuk selama ini, dengan sesiapa saja yg saya temui dan hubungi, adalah berlandaskan kepada Allah semata-mata.

Mudah-mudahan juga, jika diandaikan kita berpisah pun, kerana Allah jua.

Kadang-kadang saya takut untuk terus menyayangi dan mengasihi seseorang kerana saya bimbang saya akan kecewa satu hari nanti.

Walaupun ada yang cuba meyakinkan saya bahwa, kasih sayang itu adalah kerana Allah dan ianya abadi tapi realitinya ramai sudah meninggalkan saya.

Saya tahu lebih banyak jumlah saya mengasihi dia, lebih banyak lagi jumlah untuk saya merasa kepedihan itu satu hari nanti.

Tetapi rasanya, sudah banyak kali saya merasai kepedihan dan kekecewaan akibat ditinggalkan teman, pelajar dan sesiapa saja tetapi saya masih tidak serik untuk terus menyayangi seseorang. 

Selagi ada rahmat Tuhan, selagi itulah kita akan saling berkasih sayang.....

p.s Enti daiman fi qalbi :)

1 comment:

KhALiLI_HaNNaN said...

Salam..

Walaupun kita jarang sekali bersms. Jarang sekali bertanya khabar. Jarang sekali berbalas comment di FB. Namun, Allah sentiasa tahu yang ustazah sentiasa dalam hati saya. Sentiasa dan selalu ada dalam setiap doa saya... Moga kita dapat sentiasa bersama di akhirat sana.. Ameen!