Setiap kali saya di dapur menyediakan juadah sahur untuk keluarga, saya pasti teringat pada Ma di kampung. Suasana waktu sahur yang ketika itu jauh dari bunyi bising dan hiruk pikuk suara anak-anak jiran, membuat saya mudah mengimbau kenangan lalu. Ingatan pada Ma akan lebih menjadi-jadi setiap kali saya mengemas mangkuk pinggan yang telah dicuci semalam. Teringat pada Ma kerana bila saja saya masuk ke dapur untuk bersahur, akan kelihatan Ma sibuk mencuci pinggan mangkuk sambil menggoreng atau memasak apa-apa di sebelah dapur gas. Ma hanya bersendirian di dapur tanpa ditemani oleh sesiapa.
Kemudian bila saja mencedok nasi ke pinggan untuk anak-anak dan suami, saya juga teringat semasa saya di sekolah rendah dan menengah, bila saya bangun sahur selepas dikejutkan Ma, tengok-tengok nasi sudah sedia terhidang di dalam pinggan masing-masing dan menunggu masa untuk di suap ke dalam mulut. Selepas makan, kami membasuh pinggan masing-masing dan terus tidur (masa ini di sekolah rendah). Tiada rasa ihsan untuk menolong Ma di dapur pada masa itu.
Kadang-kadang ada juga di kalangan adik beradik yang susah nak bangun sahur walaupun sudah beberapa kali dikejutkan oleh Ma. Kesian tengok Ma, yang tak puas makan, bila asyik masuk keluar bilik mengejut sesiapa yang liat nak bangun. Bila saya mengejut anak-anak dan suami untuk bangun makan sahur, saya tanam dalam diri agar jadi sesabar Ma.
Seingat saya, bila usia menganjak ke umur 16 tahun, saya mula menjadi manusia lebih bertanggungjawab kepada Ma. Kadang-kadang saya tersedar sendiri dari tidur bila mendengar mangkuk pinggan berlaga atau bunyi ikan digoreng dalam kuali. Bila saya bangun, saya akan bertanya Ma apa lagi yang perlu dibuat. Saya nampak macam lega bila ada yang membantu di dapur. Walaupun tidak banyak yang saya tahu pasal masak memasak ini tetapi kehadiran saya untuk menemani Ma di dapur pada waktu kira-kira jam 4.30 pagi membuat Ma rasa gembira. Ada juga, saya yang bangun dulu dan mengejutakn Ma dari tidur.Kadang-kadang rasa bersalah pula, kenapalah aku ni lambat matang dan lambat memahami perasaan Ma.
Pesanan saya kepada orang-orang di luar sana yang masih punya ibu, cukuplah kita menyusahkan ibu di kala kita sudah berumahtangga dan beranak pinak. Jangan sesekali membiarkan ibu kita mengasuh anak kita setiap masa. Janganlah kita meletak anak-anak kita di rumah ibu tidak kira masa dan ketika tanpa ada rasa timbang rasa. Ibu kita sudah banyak berkorban untuk kita sejak dari kecil. Jangan membiarkan ibu membasuh pinggan yang kita makan dan gelas yang kita minum. Cukuplah..cukuplah...
Saya doakan Ma dan Abah sentiasa diberi kesihatan yang baik agar mereka dapat beribadat dan meluangkan masa bersama-sama. Kepada adik-adik dan kakak, marilah kita berbakti kepada Ma dan Abah dengan membuat mereka gembira dan sesekali tidak menyusahkan hidup mereka. Apa yang mereka buat semasa kita kecil adalah tanggungjawab mereka kepada kita. Sekarang, adalah tanggungjawab kita untuk menjaga hati mereka. Ingatlah, apabila Ma senyum pada kita tidak semestinya Ma redha dengan kita....beringatlah. Kadang-kadang jauh di sudut hati Ma, mungkin hatinya terluka.
Teringat saya satu hadis; " Tiap-tiap dosa bisa diundurkan oleh Allah sehingga ke hari kiamat, melainkan kederhakaan kepada ibu bapa, nescaya akan dipercepatkan balasan kepada si penderhaka sebelum dia mati".
Ma, maafkan dosa-dosa kami....
6 comments:
Ma x pernah pun ckp.. "Ma nk rehat la hari ni, anak2 la buat kerja.. tak pernah"
Semoga aisyh pun boleh jadi sesabar Ma :)
terkesan dgn kata2 ini: 'Ingatlah, apabila Ma senyum pada kita tidak semestinya Ma redha dengan kita....beringatlah. Kadang-kadang jauh di sudut hati Ma, mungkin hatinya terluka...'
seorang ibu itu selalunya tidak mempamerkan kedukaan dan kesukarannya...kasih ibu itu sepanjang hayat, kasihnya tidak pernah bersyarat..
"Rabbighfirlii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa"
Ma memang tegar dan tabah bab kejutkan anak2 utk makan sahur. Ma rajin jugok oyak ko ami, maso ami kecik2 dulu la, lagi berkat kito poso kalu sahur. buke sebab tokse wi lapar jah. maso tu ami kecik lg xpehe, bilo besar, and belajar hadis nabi yg mengatakan ada keberkatan pada mereka yg bersahur utk puasa. baru laah pehe ;) mashaallah kasih ibu, hingga ke syurga.
amat terkesan dengan entry kali ini. kerana rasanya sampai hari ini saya masih belum matang.. allah..
Aisyah & Ami: Itulah Ma yang Allah bagi sihat tubuh badan buleh masok dan buleh gi jjaley sana sini :) alhamdulillah
Nurul: terimakasih memberi komen yang penuh makna serta doa yang comel sekali
Wani: slow and steady :)
saya juga mempunyai seorang ibu yang sanggup melakukan apa saja untuk anaknya..seingat saya semasa saya sakit nak bersalin ibu saya solat hajat sepanjang saya berada dalam labour room..
sentiasa memasak apa yang saya teringin nak makan semasa mengandung, hinggalah mendapat cucu dia masih akan masak apa yang anak saya nak makan..
tp bl dia kurang sihat sy tak mampu nak masak sesedap masakannya untuk buat dia berselera..
dan sekarang ni bila saya dah ada rumah sendiri yg dekat dgn rumahnya, bl tiba balik keje sy dapati rumah saya kemas tanpa sedikit habuk..sbb mak saya akan pergi bersihkan rumah saya..
saya tak mampu nk balas jasanya..harapan saya agar Allah tempatkan ibu saya dalam syurga..saya hadiahkan setiap bacaan Quran saya pada ma..
itulah ibu, sanggup buat apa saja untuk anak..sedangkan anak belum tentu mampu memberi khidmat sebegitu rupa..
Post a Comment