Sunday, July 15, 2012

Makkah dalam kenangan...

Makkah atau Bakkah, adalah tempat suci bagi umat Islam. Tempat yang penuh barakah dan bersejarah. Di sana, tanahnya adalah tanah batu. Bukit dan gunungnya adalah dijadikan dari batu keras. Orang-orang Arab di Kota Makkah sifat asalnya sebelum kedatangan Islam dan sebelum diutusnya Rasulullah SAW, adalah bersifat keras seperti batu. Mungkin ini antara satu sebab Nabi Muhammad diutuskan ke semenanjung Arab dan bukannya ke tanah-tanah lain di dunia ini.

Di Makkah terdapatnya Masjidil Haram. Di Masjidil Haram pula didalamnya terletak Kaabah, iaitu arah kiblat bagi umat Islam untuk beribadat. Di sini banyak tempat yang mustajab doa seperti di Hijir Ismail, Multazam, Safa dan Marwa dan di Kaabah itu sendiri. Walaubagaimanapun, ramai di kalangan umat Islam yang masih percaya pada khurafat, sehingga extrreme dalam beribadat pada tempat2 suci ini. Tindakan sebegini adalah salah di sisi Islam dan boleh membawa kepada Shirik.

Setiap kali saya melakukan tawaf, saya bayangkan beberapa peristiwa. Antaranya kisah Nabi Ibrahim yang membina kaabah bersama-sama dengan anaknya Nabi Ismail. Saya juga teringat pada zaman sebelum kedatangan Rasulullah, kaabah menjadi tempat orang Kafir Quraish menyembah berhala yang diletakkan di sekeliling kaabah. Di sini juga ada pasar Ukaz tempat orang-orang Arab melagukan syair-syair mereka. Di sini juga tempat Rasulullah SAW melakukan haji pertama dan terakhirnya pada tahun ke 10 hijrah. Akhir sekali, saya tidak akan lupa, di salah satu bucu kaabah ini, sahabat Rasulullah SAW dan juga anak lelaki pertama lahir di kota Madinah selepas Hijrah Rasulullah, iaitu Abdullah Ibn al Zubayr, mati di bunuh oleh komander tentera Muawiyah. Kisah pembunuhan sahabat Baginda ini sungguh menyayat hati saya yang sentiasa membuat saya mengalir airmata bila teringat saat sebelum dan selepas kematian beliau.

Masjidil Haram menjadi tempat tumpuan umat Islam. Selain beribadat, tempat ini menjadi tempat untuk berniaga. Di sana sini, banyak kedai yang menjual pelbagai jenis barang dan makanan. Tempat yang menjadi tumpuan saya dan keluarga, ialah makanan dan minuman. Makanan yg disediakan di hotel, tidak berapa disukai oleh suami yang berlidah rempah ratus. Kebanyakan menu di hotel disediakan oleh orang-orang Indonesia yang bertentangan dengan menu suami.Anak-anak tidak menjadi masalah.

Wafi sangat gemar melakukan tawaf sunat jika ada kelapangan walaupun matahari panas terik atau penuh ramai orang. Lutfi, tidak menjadi masalah bila dikejutkan untuk ke Masjidil Haram walaupun awal pagi lagi.Mereka juga tidak jemu-jemu menyebut beberapa patah bahasa Arab yang dipelajari dari buku kecil yang disedikan oleh Travel Agent. Bila ditanya, mahu datang lagikah ke sini? Masing-masing menjawab. ya!




Gambar yang diambil selepas solat maghrib. Kaabah menjadi tempat tumpuan semua orang.




Pemandangan biasa setiap kali lepas solat. Ada saja orang menjual tudung, jubah, selipar dan macam2 lagi di tengah-tengah jalan sehingga menganggu kelicinan perjalanan pulang ke hotel masing-masing.




Tiga beranak sebaik sahaja selesai mengerjakan saie kira-kira jam 3 pagi. Lutfi, senyum dalam paksa disebabkan oleh keletihan dan rasa mengantuk. Kami tidak tidur langsung sebaik sampai di hotel jam 12.30 tengah malam. Ibadah tawaf dan saie diselesaikan secepat mungkin sehingga jam 3 pagi. Sebaik selesai, kami terus menunggu waktu subuh yang masuk pada jam 4.12 pagi.


Tower clock yang diintai dari Masjidil Haram.

 Masjidil Haram yang masih dalam pembaikan dan pembesaran. Semuanya untuk keselesaan umat Islam. Ini adalah gate bernombor 79 yang menjadi tempat entrance kami untuk masuk ke masjid.

6 comments:

fatienwm said...

welcome back kak ngoh!:))

seri pagi said...

Kota Makkah yang penuh syahdu, ada rasa sayu, penuh rahsia dan keajaiban.. sentiasa dalam ketenangan..kota yang mengundang rasa rindu di hati..rindu untuk bertandang lagi..

walau bumi Makkah dan Madinah telah jauh anda tinggalkan..namun pastinya perjalanan ibadah sepanjang berada di sana sukar untuk dilupakan..lebih-lebih lagi kunjungan kali ini ditemani famili tersayang..mungkin juga sudah ada keinginan di hati untuk bertamu lagi..semoga akan ada peluang itu lagi...

ramizah said...

alhamdulillah..I am back!

ya, nurul...sesiapa yang sudah ke sana, pasti mahu ke sana lagi, dan lagi dan lagi! Sepanjang di sana sentiasa saya menyebut nama2 orang yg saya kasihi yg belum menjejaki kaki ke sana, agar diberi peluang utk menjadi tetamu Allah..amin

KhALiLI_HaNNaN said...

Salam..
Alhamdulillah.. Moga tiba juga giliran saya ke sana suatu hari nanti. Ameen!

badiuzzaman said...

bestnya ustazah :)

ramizah said...

ya, badiuzzaman :)