Bagaimana untuk saya memulakan bicara di dalam blog UstazahCinta ini?
Sudah lama tidak menjenguk blog ini serta membalas komen-komen pembaca yang saya kasihi. Saya malu untuk menyatakn saya sibuk sebab saya rasa ramai lagi orang di luar sana yang lebih sibuk daripada saya. Sebenarnya saya yang tidak tahu menguruskan masa. Terlalu alpa mungkin dengan kerja-kerja lain.
Tiada topik yang khusus untuk saya bicarakan untuk kali ini. Hanya sekadar bercerita peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang ketiadaan saya.
Peristiwa pertama yang begitu mencengkam perasaan kecewa saya ialah Pilihanraya Kampus di UIAM. Pelbagai perasaan wujud di dalam hati sehingga menganggu tumpuan saya semasa mengajar. Tidak sanggup rasanya melihat wajah2 pelajar esok hari. Tetapi apa boleh buat, perkara sudah terjadi. Selepas 2-3 hari saya semakin tenang dan cuba mengelakkan diri dari membaca status2 FB pelajar agar tumpuan saya tidak hilang,
Selepas seminggu, pilihanraya dibuat semula. Alhamdulillah kali ini berjalan lancar tanpa ada gangguan2 dari anasir2 luar. Paling seronok bila pada waktu malam di mana saya turut serta melihat pengiraan undi dijalankan di Stadium Saidina Hamzah di UIAM. Kemudian saya diminta oleh pihak pengurusan untuk membuat pengumuman siapakah pemenang untuk AIKOL constituency. Perasaan berdebar mencengkam dada saya. Duk dak, duk dak hati saya berbunyi. Saya juga risau jika suara kedengaran seperti menggeletar. Semasa saya membaca nama-nama pemenang dengan melihat kertas yg disediakan satu persatu, tiba-tiba rasa keyakinan semakin menimbul. Kemudian saya mengangkat muka untuk melihat ke depan. MashaAllah! Ramainya orang dan banyaknya kamera mengambil gambar saya di rostrum.Lampu flash berkerlipan kiri kanan dan depan saya. Saya terhenti sejenak sambil berkata di dalam hati, "adakah aku hari ini seorang selebriti seperti anak saya, wafi, beritahu saya tempoh hari?"
Pengalaman di atas bmemberi peringatan pada diri bahawa tanggungjawab yang saya galas begitu besar pada pelajar2 saya. Sewajarnya saya berkhidmat dan berusaha untuk menjaga dan melindungi hak pelajar sebaik mungkin.
Selain dari itu saya juga sibuk memberi "autograf" pada setiap permohonan menganjurkan program, booking venue program, mengeluarkan duit utk pelajar dan macam-macam lagi. Tetapi ada satu borang permohonan pelajar yang membuat saya terkesima dan berfikir begitu bertuahnya diri saya ialah bila membelek borang permohonan pelajar2 miskin atau yatim piatu. Ada yang hanya bergantung pada gaji ibu yang berjumlah RM750 sebulan. Bapa meninggal dunia.Tinggal di Kuala Lumpur. Anak dua orang dan masih bersekolah. Ada juga anak yatim piatu, ibu bapa sudah tiada. Adik beradik 7 orang. Semuanya masih belajar. Hidup bergantung pada pencen bapa berjumlah RM 350 sebulan disamping belas ihsan saudara mara. Bila saya melihat details dalam borang tersebut, hati saya bagai disiat-siat. Saya sangat beruntung.Baju tudung berlambak-lambak, sampai "terjeluwak" keluar dari bakul. 7 keluarga boleh hidup dengan pencen bapa RM 350 dan saya membeli baju raya bernilai RM399! Saya berasa sungguh malu...
Walaupun kerja bertambah dan masa juga penuh, tetapi pada masa yang sama, saya bersyukur juga kerana dengan pekerjaan ini saya lebih bersyukur pada Allah dengan apa yg saya ada. Walaupun tiada maid di rumah dan kebanyakan kerja rumah saya buat sendiri tetapi hati saya lebih tenang dan gembira. Sekarang saya sering ingatkan diri agar sentiasa ikhlas dalam setiap amalan. Hanya untuk Allah semata. Biar orang tidak suka dan tidak redha, janji kita yakin apa yg kita buat Allah redha.
Jadikan diri kita pada hari ini lebih baik baik dari hari semalam.
1 comment:
Salam. Lama tunggu.. Nice entry. Terima kasih atas peringatan yang cukup berguna. ~ ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam di malam yang kelam~
Post a Comment