Akhirnya dapat juga menaip sikit pada hari ni. Ya, memang sibuk sejak dua minggu lepas. Pindah rumah utk kali ke 3 semenjak mendirikan rumahtngga tahun 1993. Nk pindah lagi ke selepas ini? Wallahua'lam..tak boleh nak jawab.
Kali pertama pindah rumah ialah pada tahun 1995. Dari rumah lama di Menara Bakti, Seksyen 14, Petaling jaya ke rumah teres dua tingkat di Bandar Utama, Damansara. Anak nombor 2 dan nombor 3 lahir di sana. Pada bulan October 2001, berpindah ke Idaman Putera, Medan Idaman, Gombak. Di sana,tiada sesiapa dilahirkan di sana sebab sudah tidak punya apa2...
Dan buat kali ke tiganya pada bulan October 2010, kami berpindah lagi dan kali ini ke PV8, Platinum Hill Condo, Melati Utama. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Berpindah ke rumah baru ini adalah pengalaman yg menyeronokkan tetapi memenatkan. Dalam proses perpindahan itu, ada juga barang rosak dan pecah dan juga barang yg entah di mana letaknya. Saya rasa perkara sebegini adalah rencah perpindahan. Yg penting sabar dan buka hati sebesar mungkin.
Akhir kalam, doakan kesejahteraan kami di rumah yg sentiasa baru buat kami selagi mana kita memperbaharui azam dan niat untuk menjadikan hari ini adalah lebih baik dari hari semalam..
p.s. Semakin jauh atau semakin dekat..?
6 comments:
Rumah baru 2..area gombak jugop ko kk ngoh?bleh laa gi ronda2 area 2..hi3
alamatnya, Melati Utama, Setapak, Kuala Lumpur. Alahai capik, kalau nak kelik Kelate ikut Karak Highway, kena lalu la depae rumah kngoh ni..Before masuk tol gombak..
I hate packing and unpacking when moving house. But moving is an eye-opener -- it always makes me realise how little we actually need. Byk barang tu tak pakai. Klu barang tu dah duduk dlm kotak lama2, maknanya kita tak perlukan benda tu.
ye mi..berapa kotak dh dibuang. sampah sbnarnya..
salam ustzh.
bile nok bwt majlis naik rumoh ni?
hehe..
kabo2 lh deh =)
nanti nak pergi ziarah.
Post a Comment