Powered By Blogger

Wednesday, September 8, 2010

Menjelang Hari raya..

Lagi satu hari aidil fitri akan menjelang tiba. Saya masih di Gombak. Esok hari terakhir anak2 ke sekolah. rambut mereka masih belum dipotong.

Hari ini sya dtg ke kampus. Sungguh sunyi sekali. ada ternampak beberapa org student berjalan2 di sekitar kampus, tapi semunaya pelajar2 dari luar negara. Pensyarah pun tidak kelihatan. Sya hnya berjumpa dgn dr ainul dan dr haniff sja di aikol. Yg lain mungkin sudah balik kampung.

Lagu2 Raya rancak berkumandang di corong2 radio. Bahangnya sudah terasa. Hati saya cukup hiba mengenang mereka yg tidak begitu gembira seperti lirik lagu2 hari raya. Sya cuba utk tidak terlalu gembira di aidilfitri ni. Hanya bersedrhana saja. Pasti ramai yg berduka bila kehilangan org tercinta. Yg penting, jiwa raga harus fitrah-suci dari segala tamak haloba, dengki dari berleluasa dan kasih sayang perlu ditimba pada hari yg mulia.

Hari Raya kali ini amat ditunggu juga kerana kakak sulung saya ( sy anak kedua) akan pulang beraya di kampung setelah beberapa tahun beraya di Singapura. Pada masa yg sama teringat juga pada adik, Janna dan Ahlami yg beraya di Sabah dan Adelaide pada tahun ini.

Walau di mana jua anda berada, yg penting kita mesti bahagia dgn sesiapa saja di sisi kita..

Selamat Hari Raya...

p.s aku yg kau tinggalkan...

Monday, September 6, 2010

Sahur

Sudah 27 hari kita berpuasa. Lagi 3 hari kita akan ( jika diizinkan Allah) menyambut Hari Raya Aidil Fitri, hari kemenangan bg umat Islam seluruh dunia. Ramai entry bloggers pada kali ini akan bercerita pasal raya. Sya pula ingin berkongsi cerita mengenai sahur.

Bangun sahur dan makan sahur, hukumnya adalah sunat muakkad. Sunat yg amat dialu2kan di dalam hukum Islam. Waktu sahur adalan masa mustajab doa. Seingat saya, semasa kecil, Ibu akan bangun menyediakan juadah bersahur. Bila bangun dari tidur, Ibu sudah menyediakna semunaya hatta nasi sudah diletak di dalam pinggan. Sya kagum dgn semangat kental ibu saya yg bertungkus lumus membuat persiapan di bulan ramadhan. Amalan bersahur menjadi amalan rutin saya setiap ramadhan. Jarang2 sekali, ada juga ibu terbabas. Sya terfikir, kalau saya sedar dulu saya akn bgn kejutkan ibu. Sya turut membantu ibu selepas itu.

Bila saya di Universiti, ramai teman2 sebilik meletakkan tanggugjawab utk mengejutkan bgn sahur kepada saya, hatta ke bilik yg agak jauh dari bilik saya.

Sekarang, bila sudah berkeluarga, saya masih lagi dgn tabiat yg sama. Mesti bgn sahur dan makan walau sedikit. Mengejutkan anak2 tidak susah buat saya. Bila saya sendirian di dapur menyediakan juadah sahur, kdg2 fikiran saya melayang pada pengorbanan ibu saya dulu. Sekarang giliran saya pula. Sya tak nafikan utk bangun sahur, memerlukan motivasi yg kuat. Tetapi berkat didikan ibu, saya dapat mengatasi kemalasan bangun sahur. Yg saya tahu byk keberkatan dan manfaat pada waktu itu...

Untuk ibu saya, Terimakasih kerana menanam sifat2 murni dlm hidupku..

Akhir kalam...masih 3 hari lagi utk bersahur..

p.s. Redha dgn kententuan Mu

Sunday, September 5, 2010

Bila student balik kampung..

Pagi tadi ke kampus sebab ada hal di office. Keadaan di kampus sgt sunyi. Ramai dah student pulang ke kampung. Byk kereta luar masuk ke kampus bila Pak Guard meminta mereka berhenti utk di ditnya tujuan ke UIAM.

Teringat zaman di UIAM dulu, bila bulan puasa, hati dan fikiran meronta2 nak balik kampung utk berbuka puasa bersama keluarga. Tetapi pada masa yg sama mengingatkan diri sendiri apa tujuan sebenarnya dtg ke UIAM. Walaupun perasaan membuak utk balik tapi yg paling penting sekali ialah pelajaran. Kita telah diamanahkan utk belajar. Tidak sesekali saya akan ponteng kelas hnya semata2 utk balik kampung secepat mungkin. Tidak sesekali sya akan membuat permohonan utk dipercepatkan ujian atau diperlambatkan ujian utk saya semata2 kerana saya nk balik kampung. Walaubagaimanapun, org mungkin akan mempertikaikan dulu lain, sekarang lain..Begitulah org2 yg tetap tidak mahu mengaku salah dan masih nak menegakkan benang yg basah.

Sya sungguh tersentuh dgn sikap student2 yg dtg berjumpa dgn saya sebelum balik ke kampung sambil memohon kemaafan zahir dan batin. begitulah akhlaq yg mulia yg bukan hanya menanam tebu di bibir sahaja..

p.s kau pandai bermain kata..

Wednesday, September 1, 2010

Sibukkah anda?

Saya tahu bahawa saya tidak berhak utk bercakap pasal sibuk sebab saya rasa ramai lagi org2 di luar sana yg teramat sibuk sperti PM kita, Datuk Seri Mohd Najib dan para YB2 yg lain.

Cuma sya terasa sedikit luar biasa berlaku pada diri saya semenjak bulan april tahun ni lagi. Ianaya semakin menjadi bila semester baru bermula pada bulan julai lepas dan semakin menjadi luarbiasa bila masuknya bulan ramadhan yg mulia ini.

Setiap minggu sya mesti pastikan yg sy memberi kerjarumah pada student saya seramai 81 org. Setiap minggu juga saya akan mengendong hasil kerja mereka ke rumah dan memeriksa bila ada masa terluang.

Setiap hari khamis atau jumaat sya akan memerah otak, apa kerja rumah yg patut bagi pada mereka. Setiap hari saya akan membuat sedikit research di dalam online databases jika ada latest research mngikut topik2 yg diajar. Kalau boleh stdent sentiasa dibekalkan dgn info yg baru dan terkini. Nota2 perlu dikemaskini dari masa ke semasa.

2 minggu lepas, kami diminta menyediakan soalan2 untuk peperiksaan akhir semester pada bulan october. MashAllah, rasa macam nk pecah kepala saya bila terpaksa "berkhayyaling". Pada masa yg sama, ada 3 kertas kerja yg perlu disiapkan sebelum akhir tahun ini.

Bulan ramadhan yg mulia ni, sya mesti pastikan sya mencapai KPI ( Key Performance Indicator)seprti qiyam, solat sunat, bersedekah, khatam Quran dan pelbagai amalan lain lagi.

Tidak ketinggalan juga, setiap minggu atau cuti umum, sya mesti melawat teratak baru kami sekeluarga di Melati Utama yg sedang dalam proses pembaikan.

Apa2 pun, sya pasti student2 saya adalah org2 yg paling sibuk sekali apabila setiap minggu semenjak bulan ogos lagi ujian pertengahan semester yg berderet2 setiap minggu disamping assignment dan kerja2 lain yg berkaitan dgn pelajaran mereka..

Tahun ni, sya tidak berkesempatan utk membalas kad2 raya [ yg amat sedikit] yg dihantar oleh student2 saya. Maaf, ini semua kesilapan saya yg gagal menguruskan masa dgn bijak..

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi bebanan kepada kita melainkan DIa tahu yg kita mampu utk memikulnya..


p.s. Mana lebih senang, hantar kad raya atau hantar warning letter?

Thursday, August 26, 2010

kenangan lebih 20 tahun lepas..

Bila bulan puasa serta ada hujan sya pasti teringat pada zaman dahulu kala semasa masih bersekolah di Maahad Muhammadi Perempuan.Setiap hari ke sekolah sya mengayuh basikal tua besar berwarna hitam dari rumah ke sekolah yg jaraknya tidak sampai 4 kilometre. Biasanya pada bulan ramadhan lah basikal itu (dgn izin Allah) selalu buat hal. Tayar pancit la, rantai putus la, brek tak makan serta pelbagai masalah lain lagi. Selain dari itu, pada bulan ramadhan juga saya selalu ditimpa hujan. Bila sampai di sekolah, baju basah berjeruk..atau sampai di rumah tak perlu mandi.

Adakalanya musim panas terik yg bgitu mencabar iman di bulan puasa. Naik basikal, panas terik, tayar pancit dan terpkasa mengheret basikal ke rumah atau ke sekolah. Tapi yg peliknya saya tak pernah menangis dek kesusahan tersebut. tidak menangis di luar..tp di dalam hati saya menangis samabil berazam yg sya akan belajar bersungguh dan mendapt keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan.

Di sini sya nk berkongsi gambar2 saya semasa di MMP dan UIAM dari tahun 1984-1989. Gmbar2 lama yg menjadi kenangan mengusik jiwa semasa remaja suatu ketika dahulu..

check these out!



gambar pertama semasa sya berumur 15 tahun, kedua 16 tahun, ke tiga 17 tahun, 18 dan 20 tahun..

Muka memang hitam legam dek kena panas naik basikal..









Monday, August 23, 2010

Kamu hebat?

Org yg hebat ni macam mana? Adakah kerana mereka bijak maka mereka dikatakan hebat? Atau kerana mereka sering ke masjid dan solat berjemaah maka mereka boleh dikategorikan sbg hebat? Atau mereka yg tidak pernah lupa utk solat dhuha atau solat2 sunat lain, maka mereka boleh dipanggil sbg org yg HEBAT?

Ciri2 org2 yg hebat adalah mereka yg menjaga hak Allah, hak org lain dan juga hak diri mereka sendiri. Bukan setakat ke masjid dan menunaikan solat berjemaah boleh kita pnggil dia seorg yg hebat jika bila sampai di rumah menyumpah seranah anak bini dan tidak bertanggungjawab kepada keluarga.

Mereka juga berjaya mempamirkan peribadi dan persenoliti seorg Muslim sejati seperti menjaga masa, menepati janji serta mempunyai keyakinan yg tinggi pada tahap kemampuan masing2. Mereka ini juga manusia yg hebat jika dapat melawan nafsu ammarah tetap bersikap tenang di dalam saat genting.

Jgn cepat melabel seseorg itu hebat hanya dgn melihat dari satu sudut. Luaskan pandangan dan lihatlah tingkah laku seseorg dgn mata serta hati kita.Jgn terpengaruh dgn apa yg terbukti di depan mata. Cuba berkawan, bergaul dan memerhati dari jauh siapakah si dia itu sebelum menggelarnya sbg manusia hebat.Bagi lah masa utk diri kita kerana masa penentu samada si dia itu memenuhi kriteria SIRIM yg dijanjikan oleh Allah...


p.s. teringat pada lagu Jamal Abdillah bertajuk Kehebatan Cinta ku...

Friday, August 20, 2010

Saya jatuh cinta...

" Saya jatuh cinta, ustazah.." Hah? Tekejut juga sya mendengar pengakuan berani seorag student kepada saya semalam. Saya terkejut sebab pelajar ini manjadi "pujaan" ramai pelajar2 lelaki di dalam dan di luar UIAM. Al maklum dia memiliki ciri2 wanita sejati.

"Ustazah, saya jatuh cinta dalam masa 4 hari.." Sya semakin terkejut mendengar statement dari beliau. Macam mana tu? Selepas mendengar cerita dari dia saya mula membuat rumusan bahawa hati bukan milik kita,tetapi milik Allah semata2.

Pelajar ni yg dulunya sudah berapa kali menolak pinangan orang dan mati2 mengatakan cinta bukan utk dia..Pelajar ni juga pernah di cop sebagai anti lelaki, akhirnya akur pada gerak hati dan naluri wanita yg dia tidak akan mampu untuk hidup tanpa cinta..

Semoga dia bijak memintal cinta yg yg baru temui..jgn terlalu longgar kelak ia akan terlepas pergi..jgn terlalu ketat kelak nanti, jatuh tersungkur, terjeruk lidah sendiri..Pintal lah ia dgn ayat2 cinta yg bertasbih kepada Allah yg Maha esa..

p.s. when there is love, there is life..