Monday, September 6, 2010

Sahur

Sudah 27 hari kita berpuasa. Lagi 3 hari kita akan ( jika diizinkan Allah) menyambut Hari Raya Aidil Fitri, hari kemenangan bg umat Islam seluruh dunia. Ramai entry bloggers pada kali ini akan bercerita pasal raya. Sya pula ingin berkongsi cerita mengenai sahur.

Bangun sahur dan makan sahur, hukumnya adalah sunat muakkad. Sunat yg amat dialu2kan di dalam hukum Islam. Waktu sahur adalan masa mustajab doa. Seingat saya, semasa kecil, Ibu akan bangun menyediakan juadah bersahur. Bila bangun dari tidur, Ibu sudah menyediakna semunaya hatta nasi sudah diletak di dalam pinggan. Sya kagum dgn semangat kental ibu saya yg bertungkus lumus membuat persiapan di bulan ramadhan. Amalan bersahur menjadi amalan rutin saya setiap ramadhan. Jarang2 sekali, ada juga ibu terbabas. Sya terfikir, kalau saya sedar dulu saya akn bgn kejutkan ibu. Sya turut membantu ibu selepas itu.

Bila saya di Universiti, ramai teman2 sebilik meletakkan tanggugjawab utk mengejutkan bgn sahur kepada saya, hatta ke bilik yg agak jauh dari bilik saya.

Sekarang, bila sudah berkeluarga, saya masih lagi dgn tabiat yg sama. Mesti bgn sahur dan makan walau sedikit. Mengejutkan anak2 tidak susah buat saya. Bila saya sendirian di dapur menyediakan juadah sahur, kdg2 fikiran saya melayang pada pengorbanan ibu saya dulu. Sekarang giliran saya pula. Sya tak nafikan utk bangun sahur, memerlukan motivasi yg kuat. Tetapi berkat didikan ibu, saya dapat mengatasi kemalasan bangun sahur. Yg saya tahu byk keberkatan dan manfaat pada waktu itu...

Untuk ibu saya, Terimakasih kerana menanam sifat2 murni dlm hidupku..

Akhir kalam...masih 3 hari lagi utk bersahur..

p.s. Redha dgn kententuan Mu

4 comments:

Alexi said...

Rasa sayu plak nk meninggalkan ramadhan...:(

ramizah said...

ya syafiq..mudah2an Allah bg kesempatan utk bertemu Ramadhan lagi..amin..

anak soleh said...

antara cara untuk mengetahui sejauh mana sayangnya isteri kepada suami ialah ketika sahur. bukn semua sggup bgun awl2 sediakan juadah! =)

ta gitu ust?

Mr. and Mrs. Mokhsin said...

yer..tima kasih untuk ma dari janna juga, janna pon tok sekko,janna bulih gigih bgn sahur,masak and prepare utk anak2 and somi...looking back at myself years ago...when Ma had to do everything for me...tok sekko janna bulih buat... =) thank you ma...